Wednesday, June 30, 2010

Haikal Bersama Pakar Motivasi…

Cakap fasal pakar motivasi, tentu dah boleh teka siapa dia.. hehe.. Betul, orangnya ialah Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.. Haikal dapat motivasi terbaik hari ini.. Iaitu jangan nakal-nakal teman mama :P

IMG_6914

This morning, aku pergi klinik bawak Haikal sekali.. Sementara tunggu giliran, kitorang pergi makan dulu.. Masa dah nak habis makan, ternampak Dr. Fadzilah Kamsah masuk dalam restoran..

Tidak semena-mena, datanglah idea nak mintak tangkap gambar.. hehe.. Dengan tanpa segan silu, I approached him and said “Dr. boleh tak saya nak tangkap gambar Dr. dengan baby saya?”.. Dan, inilah hasilnya.. :)  Dr. tanya Haikal berapa bulan, first baby ke?  Dan dia cakap my baby is fit dan tegap.. Memang betul, kepala takde goyang2 dah..

Lagi satu, gambar Haikal beramah mesra dgn sorang kakak di klinik ;) Sangat friendly anak aku ni.. hehe..

IMG_6917 

Note: I went for pap smear checkup.. Tau kan untuk apa? Screening test for cervix cancer.. Boleh baca di sini for more info.. Sudahkah anda menjalaninya?

Kiddopotamus: Cushy Stroller Straps Cover..

Bagaimana nak buat stroller baby kite kelihatan lebih comel dan baby yang duduk dalam stroller pun nampak lagi comel? :)

Before:

IMG_6717 What a plain and boring stroller strap.. huhu..

After:

This is the solution; Kiddopotamus: Cushy Straps Cushioned Strap Covers.. Of course, have to invest a little bit..P

Bought it at LittleWhiz the other day.. They are having sales now.. Comel kan? Material lembut, Haikal suka pegang2.. dan, tak lupa masuk dalam mulut.. hihi..

IMG_6809

IMG_6805

Habis kepala bear tu basah kena air liur ;P.. Bila balik rumah, tengok plastic dia, baru perasan, we should put the cover the other way round.. hehe..

So, this is the correct way..

IMG_6866

IMG_6867

Tuesday, June 29, 2010

Gelora Di Hati Tak Siapa Yang Tahu…

Setiap hari Rabu, mesti tak ketinggalan tengok cerita Gelora Di Hati Sara 2.. Episod dia baru start beberapa minggu lepas, kadang-kadang termiss jugak.. Dah separuh jalan, baru teringat nak alih channel ke TV2..

image Photo source: gua.com.my

Memang aku ikut siri ni dari mula lagi.. Masa tu, masih kat Senawang.. Bila baca balik entry yang lepas, sedih giler tengok tv gambar blur.. huhu.. Sekarang, dah tak perlu adjust2 retina mata sebab rumah pun dah ada Astro.. :P.. Cuma masih lagi CRT tv yang besar bagak tu.. Ah, takpe, janji gambar clear.. Nak tengok tv guna LCD or plasma tv, rumah siap nanti baru boleh cerita.. hehe..

Ok-ok, berbalik dengan cerita sequel ni, siri kali ni bagi aku agak kureng sikitlah.. Agaknya, sebab Rosyam Nor dah tua kot untuk jadi hero.. haha.. Jalan cerita seperti biasa, macam dalam novel.. Bab kahwin dua tu yang tak boleh tahan, siapa suruh cari penyakit?.. huhu.. Watie Elite psiko gile dalam cite ni, Fauziah Latif yang makan hati.. Tension tengok.. Pastu, aku tak suka bab-bab gaduh-gaduh sampai kuar-kuar pistol semua.. Tak boleh ke cerita aman2 sikit? hehe..  Kalau nak cerita ikut citarasa sendiri, kena buat drama sendirilah nampaknya.. kehkehkeh…

Golek-golek, Geli-geli…

Suka betul aku dengar kalau Haikal ketawa mengekek.. Dia dah pandai ketawa (dengan keluar suara skali).. Bila agah2 atau geli-gelikan dia, keluarlah suara comel Haikal.. Aku yang dengar pun ikut ketawa sekali.. Sampai lenguh tulang pipi sebab banyak sangat ketawa.. hehe.. Tapi, ikut mood jugak.. Kadang2 ketawa, mulut terbukak, tapi suara tak keluar.. ternganga aje :P

IMG_6901 Tak habis-habis masuk tangan dalam mulut..

IMG_6903Peluk bantal..

Ni video aku geletek Haikal.. hehe.. amik guna sebelah tangan, nasib tak goyang-goyang.. :P

Monday, June 28, 2010

Guess What Is He Watching?

IMG_6859

IMG_6857

Bukan cartoon atau kids show.. Tapi, it was Valentine’s Day movie, temankan papa.. hehe.. Beria tengok tv, macam faham aje movie orang tua.. Agaknya seronok tengok gambar kaler-kaler dan bergerak-gerak.. Bila dah khusyuk camni, mama boleh buat keje lain.. :P

Gambar bawah ni, Haikal tengah tengok Baby Genius – Favourite Nursery Rhymes DVD kat laptop papa.. DVD ni mama belikan kat Speedy Video masa kitorang pegi Pavilion hari tu.. Macam-macam lagu ada, Old MacDonald, Bingo, Are You Sleeping? etc.. DVD sesuai untuk baby sehingga 48 months.. Selalu bukak DVD ni dan tinggalkan Haikal tengok sorang2... Pastu mama boleh continue memasak.. Kadang-kadang, tengok Haikal macam nak bangun dan terkam laptop.. Excited agaknya dengar orang menyanyi-nyanyi.. Tapi, bila dah boring, bising lah mulut dia memanggil-manggil.. hehe..

IMG_6741

IMG_6740

Sunday, June 27, 2010

How To Wear Pouch Sling Correctly?

I have problem wearing my pouch sling.. Entahlah, was it because the size is bigger or my technique was not correct? If the size bigger, what is the right size for me? Any other position should I try? I did watch YouTube on how to wear it.. But, when I myself try to put my baby in it, I feel not comfortable.. Also, I worried my baby tersepit and not comfortable too.. That’s why I only wear it a few minutes then put my baby back into his stroller.. hehe… I feel better in my ring sling..

IMG_6626 Haikal macam tak sudi aje.. hehehe..

Cloth Diapers vs Disposable Diapers…

image 

Photo source: Google

Ibu-ibu bapak-bapak mana yang kamu pilih untuk anak kamu?

I noticed di mana-mana aje, ada promote cloth diapers ni.. Tak kiralah, dalam online shop, blog, majalah, kat kedai-kedai baby.. Aku tak pernah beli lagi dan tak pernah try untuk baby aku.. Dalam hati, takde lagi bercadang nak tukar pakai cloth diapers..

Sehingga sekarang, aku masih memilih untuk gunakan disposable diapers.. Bukan sebab I’m not environment friendly atau tak support save earth campaign ke apa.. Aku masih rasa tak convenient, for my situation la.. Satu, kena basuh.. Dua, kena beli simpan stock banyak jugak sebab tak sure baby berak berapa kali dalam satu hari.. Dan, untuk satu keping tu, harganya mahal jugaklah aku tengok, depends on brand.. Memanglah cloth diapers boleh tahan sampai umur 3 tahun, tapi, bab nak basuh tu, memang lah aku rasa leceh.. Sometimes, baju yang basuh pun, tak sempat nak sidai.. hihi.. Lagipun, aku taknak baby aku pakai sampai diapers sampai 3 tahun.. Once baby dah pandai cakap nanti, boleh bagi potty train.. InsyaAllah.. So, after that, no more diapers.. Sekarang ni, beli 2 packs pampers, boleh tahan 1 bulan lebih.. Beli time promotion, harga dalam RM32.00 satu pack.. Selagi papa, tak complain mahal, kira okaylah kan, Haikal? hehe.. Jadi, I’m stick to use disposable diapers.. Current brand is Pampers..

Note: Harga rokok papa sebulan, lagi tinggi.. huhuhu.. :P

Thursday, June 24, 2010

Are You Sleeping, Baby?

Haikal sekarang lebih selesa tidur mengiring.. Especially, bila susukan dia sambil baring, tepuk2 dia lepas tu terus tertidur.. Sambil menyusu tu, kadang2 dia pegang tangan mama, pastu main tarik2... Suka betul pegang tangan comel dia.. :) 

IMG_6752 Hampir tertidur…

IMG_6753 Main dengan jari sendiri.. I thougt he just realized that he has 2 hands.. :P

Bila Haikal tidur mengiring, nyenyak sikit tidurnya.. Kurang terkejut kalau terdengar bunyi bising.. Biasalah, kalau memasak, berdentam-dentum kat dapur tu… hihi..

Cuma satu aje, Haikal suka hisap ibu jari dia.. Pandai pulak dalam tidur tu adjust jari masuk dalam mulut.. Mama tengok, bukan main sedap.. Cap cap cap bunyinya.. :P Selalunya, memang mama tarik jari dia keluar.. Let say tidur malam, sumbat la susu kat mulut dia.. Abis cerita.. hehe..

IMG_6813 Tengah “layan”…

Slackware Linux For Lenovo Thinkpad T410..

Can anyone help me?

I’m in the process to setup new laptop with Slackware Linux. The installation went well, but I can’t find the right driver for the hardware; network card, sound driver etc.. I also encounter problem during kernel compile; do not know which option to choose for my kernel.. huhu..

If there is any good link that you want to share, feel free to drop in the comment box.. I appreciate it so much! Thanks.

My Baby Is 4 Months Today…

Sampai sekarang, sometimes terasa masih tak percaya aku dah ada baby.. Perasan muda lagi la tu.. :P Bila tengok anak sendiri, rasa susah-payah yang kite lalui masa mengandung, bersalin, jaga dia memang sangat berbaloi, kan? Hilang penat balik kerja bila tengok bukan main sukanya dia bila nampak kite.. Rasa tak sabar nak balik rumah ni, nak jumpa baby, macam orang bercinta pulak… hehe..

IMG_6853 Purposely tunggu balik rumah untuk snap photo Haikal at his 4th month.. So, lambat la keluar entry ni :P

At his 4th months, apa pencapaian Haikal ye?

  • This month tak pergi checkup untuk injection, so tak dapat timbang berat kat klinik.. According to our bathroom scale kat rumah ni, his weight now is 7.20kg..
  • I’m very sure he already recognize me.. Memang sangat excited bila aku tepuk2 tangan nak angkat/dukung dia.. Semalam, masa makan, letak Haikal dalam rocker dia.. Pastu, dia panggil2 nak mintak angkat.. Aku bangun sebab nak cari mainan dia, terus dia nak menangis.. Maybe sedihlah tiba-tiba mama hilang tak angkat dia.. Pandai betul..
  • At his 3 and 1/2 months, Haikal dah pandai meniarap.. Kagum mama! :P Kepala Haikal pun dah kuat, so bila meniarap terus angkat kepala naik.. Ni nak tunggu angkat dada aje.. Kaki dah macam kayuh2 aje nak tolak badan ke depan..
  • Tak suka asyik baring.. Bila baring aje, Haikal akan cuba angkat badan dia sekuat hati macam nak duduk.. Kalau dah cuba tapi tak boleh, terus nak berpusing untuk meniarap.. So, mama letak Haikal duduk dalam Bumbo Seat dia for a while.. Senyap la sekejap.. Takpun, pangku dia kat riba..
  • Still ongoing exclusive breastfeeding.. Alhamdulillah.. Haikal minum banyak sekarang.. Papa cakap boleh habiskan 5oz at one shot.. Kalau ada mama, 1oz pun tak abis.. Lagi suka direct feed.. Bijak-bijak..
  • Time menyusu dah tak reti duduk diam.. Bila mama duduk time menyusukan Haikal, macam nak berperang.. haha.. Dia mengeraskan badan macam ada tak kena.. Mulalah terselak-selak baju mama.. hehe.. Haish, macam mana nak breastfeed in public ni? Kadang2, minum sekejap, berhenti pulak pandang sana sini, bersiar-siar dulu.. Then, sambung balik.. Last-last, menyusukan sambil baring.. Time tu, mama pun tido sekali… hihi..
  • He is stronger than we think.. Bila mama pegang tangan Haikal dan tarik ke atas, dia akan ikut naik sama, macam nak duduk.. And, his tried this himself bila mama baringkan kat bantal.. Cuba dengan sekuat hati..

IMG_6832 Tengok tu, sampai senget2 mulut..

  • Lagi, suka tidur sambil hisap ibu jari.. huhu.. Kalau nampak memang kitorang akan tarik keluar jari dia dan sumbat puting.. Risau jugak habit sampai besar hisap jari, lagilah effect gusi nanti..

That’s all for now.. Happy 4 months, sayang.. Mama loves you!

Wednesday, June 23, 2010

Otak-Otak Place.. Reminds Me The Good Old Days..

Pernah makan kat sini tak? Aku baru try sekali.. Actually dah lama dah ni.. Before Haikal lahir.. hehe.. Tengok-tengok dalam folder, ada gambar2 makanan yang buat aku terliur ni… Harap, boleh pergi lagi la next time :P

IMG_4523

Interior dalam restoran ni berunsur zaman kite kecik2 dulu.. Ada basikal tua kat depan kedai, pastu kat setiap meja ada kad “Happy Family” dan tutup botol.. Hiasan lain pun memang yang lama-lama punya..

IMG_4525 Hubby tengah main tutup botol sementara tunggu hidangan sampai..

Tentang makanannya, memang tak mengecewakan.. I tried berry smoothies (kalau tak silap).. Sedap, rasa macam Sugus or chewing gum.. hehe.

IMG_4526

IMG_4527 Kopi dan biskut kering..

IMG_4529 Nasi goreng.. At that time, tak dibenarkan makan nasi lemak which is my favourite sebab sudah gain weight banyak.. :P

IMG_4531 Nasi lemak.. Hubby said, ok aje..

IMG_4530 The yummy rojak.. Next time, kena cakap tak nak segala sayur la.. Susah aku nak asingkan sayurnya, banyak sangat.. Aku dahlah tak makan sayur..

IMG_4533 The bicycle.. Looking at this old bicycle, teringat lagu Sudirman “Basikal Tua” tu.. 

Nanti pergi One Utama, boleh makan lagi kat sini.. Tapi, bila tu? hehe..

Tuesday, June 22, 2010

Bukittinggi, Indonesia.. Our Next Trip..

Aku akan ke Bukittinggi lagi.. And, this will be my third trip.. Kali ni bersama keluarga pulak.. So, dah tak bolehlah nak menempel tido kat bilik ko, Ely.. haha..

Lama lagi our trip ni, March 2011 ye.. Haikal pun dah setahun masa tu.. Nasib baik dapat beli tiket Air Asia hari tu.. Walaupun lama lagi, kerja-kerja belakang tabir perlu dibuat, booking sini, booking sana.. Paling penting, susun atur itinerary.. Malas nak mengomel panjang, just want to post a few photos from my previous visit.. Definitely will visit the interesting places again.. Tolong jangan macet, I hate spending time on the road.. huhu..

IMG_1044 Istana Pagar Ruyong.. Ini dah terbakar, nasib sempat pegi.. hehe.. Sekarang, dalam pembinaan semula..

IMG_1070Danau Singkarak..

IMG_1107 Pantai Malin Kundang, Padang..

IMG_1101

IMG_1085 Danau Maninjau.. Pemandangan dari atas.. Memang cantik memukau!

IMG_1096 Danau Maninjau..

IMG_1118 Obyek Wisata Tirta Alami.. Nak bawak Haikal mandi kat sini.. Mesti kecut2 anak aku kesejukan.. :P

IMG_1120

IMG_1155Lobang Jepang @ Lubang Jepun.. Nak pergi bergambar2, boleh la..

IMG_1171

IMG_1169Naik kuda ronda2 bandar Bukittinggi..

IMG_1205 Pasar Atas…IMG_4781 Jam Gadang..

IMG_1186 Previously, Novotel Hotel.. Now, The Hill.. Nak duduk sini, boleh tak? huhu.. Hotel ni mahal, rasa tak worth it pulak spend nearly 700,000Rp per night.. Nanti, asyik keluar, duduk bilik sejekap aje.. Cuma, hotel ni best, sangat dekat dengan Pasar Atas, Pasar Bawah, Ramayana, Jam Gadang.. Memang within walking distance..

Must try menu, but seriously, I forgot the name..

IMG_4872

IMG_4786

Bukittinggi, till we meet again.. Siapa nak pesan telekung sulam2, boleh la order.. haha..

Monday, June 21, 2010

Gambar Censored Ketika Mandi…

Hehe.. He was having a good time! Setiap kali mandi, I could see the excitement in his eyes.. Dah hantar pengasuh ni, aku berpeluang mandikan Haikal time weekend aje..

Ni gambar masa mandi kat rumah mak kat Wangsa Maju.. Comel betul, guna besen rendam baju je :P..Besen baby dah simpan dalam stor.. Haikal tak kisah, mama dia lagi tak kisah, janji anak mandi.. hehe.. Hari tu, pegi Pavilion, mandikan kat Nursing Room tu.. First time Haikal mandi dalam sinki.. Tapi, yang bagusnya, air dia panas.. memang sesuai nak mandikan baby kat situ.. Baby Bath pun ada.. So, balik rumah malam2, dah tak payah mandi lagi dah..

IMG_6785 “Apa ni amik gambar Haikal tengah bogel ni? Malu tau!”..:P

IMG_6786 Seronok betul dia mandi..Blur kan sikit gambar "tutut" dia.. Nanti bila besar, Haikal marah mama pulak letak gambar ni dalam blog.. hehe..

Since Haikal macam happy aje main air, rasa tak sabar nak bawak dia pegi mandi-manda kat swimming pool.. Bila ye waktu sesuai untuk bawak baby mandi swimming pool? Aku tengok anak orang putih, baby lagi dah campak dalam pool.. Kerkepak2 anak dia nak terapungkan diri…

Saturday, June 19, 2010

Haikal In Moo-Moo Attire…

“Macam mana bunyi cow, nak?”

“Moo Moo..”

Semalam first time Haikal pakai baju yang Aunty Reck bagi hari tu.. Haikal pakai, pastu cakap “Moo Moo”.. Ok, mama tipu :P

Mama pakaikan Haikal lawa-lawa sebab nak bawak pergi Jusco Wangsa Maju.. Mama nak cuci gambar instant.. Ada project besar nak buat.. Besar la sangat.. hehe.. Cuci a few photos aje.. Nanti cuci banyak, guna EOE Online la.. Itu lagi murah dan jimat.. Aku dah pernah cuci beratus2 gambar kahwin dengan EOE.. Servis pun bagus..

IMG_6769 Sebelum pergi.. Khusyuk betul tengok tv..

IMG_6770

IMG_6773

IMG_6771
Posing kat kedai gambar dengan Mak Su…

IMG_6778Macam menari breakdance aje ni.. hehe..

IMG_6780 “I like to shop” written on the baju.. Definitely! Saje je letak watermark kat bahagian atas, sebab mama suka tengok kaki comel Haikal… hehe.. Siang dah tak pakai booties or socks dah.. Panas!

Pergi Jusco sekejap aje.. Lepas cuci gambar, beli cotton bud kat Guardians, pastu beli sayur kat supermarket, terus balik.. Plan nak beli sayur campur, tapi, bila fikir hari ni takde plastic bag, terus tukar beli sayur kobis yang panjang tu je, entah apa namanya tu.. hehe.. Serius leceh nak bawak banyak2 barang dengan nak tolak stroller baby lagi :P