Isnin hari tu, aku cuti.. Tapi, hubby kerja.. Awal-awal dah plan nak keluar berdua dengan Haikal.. Since sekarang dah ada stroller ringan, tak adalah payah sangat..
Aku plan nak pergi Sogo.. So, ajaklah mak dan adik2 aku skali.. Diorang pun nak beli baju Sofia kat Sogo jugak.. Dari Balakong ke Wangsa Maju, aku dengan Haikal berdua saje.. He is very good boy.. Dalam kereta, duduk dalam carseat dia, sikit pun tak menangis.. Tidur aje sepanjang perjalanan..
Ada clown tiup belon.. Mintak buatkan teddy bear, dia bagi tikus.. Tak retilah tu.. hehe..
Aku janji nak belikan baju Barbie untuk Sofia.. Tapi, bila sampai sana dia dah berkenankan Barbie Doll pulak.. “Kalau tak Barbie Doll, adik nak Baby Alive”.. Baby Alive lagi lah mahal dari Barbie Doll.. Memang tak dapat approval la.. Saja je takut2 kan dia yang malam2 Baby Alive tu menangis dan panggil2 dia.. hehe… Last2, tak jadi beli dua-dua.. Beli baju aje..
Bila dah nampak, terus melekat.. Siap high heels tu.. Tunang Tasha bagi kat Sofia.. Kaki dah sama saiz dengan orang besar dah.. :P
Tak puas berdiri, duduk pulak membelek.. hehe..
Haikal dalam baby pouch hadiah Aunty Keron.. Mama suka, kaler pink.. Papa pun boleh pakai jugak, kan? hehe.. Kalau tak singgah tempat toys, memang tak sah.. Walau tak beli, dapat tengok2 pun jadilah…
Suka sangat orang bawak jalan..
Dah penat, tidur dulu.. Ada orang tegur “girl ke, boy?”.. Aku jawab “Boy”.. “Boy ke, ingat girl.. Pakai baju purple..”.. Erm, aku pun confuse sikit.. Apa boy tak boleh pakai purple ke? Bagi aku, colour doesn’t matter.. Even pink pun boleh la..
Cam-whoring.. hehe.. 3 beradik perempuan.. Yang laki2 semua tinggal kat rumah.. babai.. Haikal syok tidur..
Lepas dah beli apa yang dihajati, kitorang pun balik… Aku tak mahu lama2 sebab takut jam time nak balik Balakong nanti.. Haikal akan merajuk kalau lambat dapat susu… Time kat carpark, try lipat stroller.. Tengok hubby buat, ingatkan reti lah buat sendiri.. Tapi, tak berjaya.. After called him and asked for instruction, baru boleh tutup stroller tu.. hihi..
3 comments:
Nice n3..visit mine if free k. ;D My top entry is here So Funny
waa umur bape dh sophia ni? dh ala2 anak dara dh hihi. bdk2 skrg bsr2 je. ke aku yg kecik? :P
ina,
umur adik aku 8 tahun.. baru darjah dua.. baju aku dah leh pakai.. memang besar, makan banyak tak nak control.. kitorang slalu bising suruh dia diet.. haha
Post a Comment