Monday, February 28, 2011

He Loves Steering So Much!

Bila masuk kereta, tempat pertama Haikal tuju ialah steering kereta.. Nak lepaskan tangan dia dari steering punyalah susah sebab dia genggam kuat sangat.. Baru2 ni, pandai dah main signal kiri kanan, high beam dan main viper.. Sampai terpancut air viper tu.. Bunyi hon, jangan cakaplah.. Berkali-kali, sampai orang yang lalu pun terkejut.. :P

Biasanya, kalau papa Haikal yang drive, kitorang duduk kat sebelah.. Bila aje kereta berhenti kat traffic light, cepat2 Haikal pergi kat papa dia nak berdiri kat steering.. huhu, tak reti diam betul..

Setiap kali nak keluar, aku dan Haikal akan naik kereta dulu sementara tunggu my hubby kunci pintu.. So, time ni aku bagilah Haikal main puas2 kat steering.. Tengoklah budak kecik ni, main steering sambil layan lagu jiwang.. Terlentok-lentok kepala, you.. haha..

Hari tu pergi Jusco, trylah naikkan dia mainan kereta music yang masuk duit tu.. Memang purposely pilih yang ada steering.. Suka Haikal duduk dalam tu, tapi mata pandang ke sebelah.. Sebab ada awek.. haha.. Bila music stop, dia melalak.. hehe.. Nasib baik bila papa dia nak keluarkan dari situ dia okay aje..

IMG_0997 Alamak, garangnya.. hehe..

IMG_0999

IMG_1000 Dah boring duduk kat seat, duduk mencangkung pulak.. hehe..

Entah tak tahu kenapa Haikal suka steering sangat2.. Firstly, dia boy.. Budak lelaki suka ciri-ciri yang lasak macam ni.. Atau, yang kedua, maybe dulu masa aku pregnant kan Haikal, hari-hari drive ulang-alik Senawang.. Tu yang dia asyik rasa perut aku kena steering tu.. haha…

Suka sangat steering sampai rasa nak makan.. Nyam nyam!

IMG_1002

Murah-murah! Tupperware Garlic-N-All Keeper..

Tak tahulah sama ada ramai tak peminat Tupperware tahu tentang promotion bulan ni.. Murah sangat2 sehinggakan aku terkesima melihat harganya.. Sebabnya, last month aku baru beli dengan harga RM59.90 sebiji.. Beli sampai 2 biji pulak tu.. huhu..

Tup-tup bulan ni keluar promotion ni.. Beli 2 dengan harga RM95.80.. Tengok tu berapa anda dah jimat?? Murah dan berbaloi2.. Bagus untuk letak bawang besar, bawang putih dan bawang kecik.. Letak ubi kentang pun boleh.. Itu yang aku buat sekarang, stock ubi kentang seminggu sekilo, gara2 buat bubur Haikal, plus aku pun suka kentang.. hehe..

a331

Siapa berkenan nak beli, I give you good price.. RM90 including postage.. Aku ada ready stock item! Cepat2 sebelum kehabisan.. Kalau nak order lebih pun boleh :)

Sunday, February 27, 2011

It Was Good To Do Shopping When Baby Fell Asleep…

Last 2 weeks pergi The Gardens, cari baju Haikal untuk pakai masa birthday.. After settle buat passport, terus ke sana.. My hubby dah set time, mesti balik pukul 3.00pm sebab dia mengantuk tak cukup tidur.. So, bila mission cari baju Haikal untuk birthday dan beli handphone aku tercapai, pastu beli groceries sikit, terus balik rumah..

Yang best tu, time belikan baju baby, dia tidur.. Memang syoklah memilih dengan tenang.. Kalau tak, bila stroller berhenti aje, dia merengek.. Masuk Baby Gap, my hubby cakap aku pernah janji nak belikan sweater untuk Haikal.. Yelah-yelah, kena beli jugak sebab nak ke Bukittinggi, malam sejuk kat sana.. hehe.. Alasan.. Kira as a birthday gift lah from mama untuk Haikal..

IMG_0814 Baby Gap takde sales at that time.. Sweater ni pun takde sales walaupun Baby Gap ada sales.. huhu.. Jadi, beli ajelah..

Balik rumah, try terus sweater baru.. Besar sikit, boleh pakai lama.. hehe..

IMG_0819  Haikal tak suka pakai hood tu..

Malam, baru try kasut dan baju baru yang papa belikan..

IMG_0821 Kasut dah baru, bila mau jalan anak mama ni, ha? :P

IMG_0826 Baju dan kasut beli kat Robinsons.. Lagi satu t-shirt, Haikal pakai masa birthday dia..

Last Saturday, ke The Gardens lagi.. Kali ni, alasannya Haikal takde seluar panjang nak pergi jalan.. Macam-macam alasan mama… haha.. Tapi, kalau dah masuk mall, kalau tak pergi tempat yang nak dituju aje, memang tak sah.. Mesti masuk kedai lain sama.. Dockers is having sales, dapatlah my hubby seluar 2 helai.. Paling best, baby tidur jugak time ni.. Pilihlah berapa lama, janji jadi beli.. Kalau tak, memang aku selalu nak suruh cepat2.. hihi..

IMG_1009 

Masuk Baby Gap lagi.. Baby masih tidur, goood :P Takde sales, tapi ada promotion T-shirt.. beli 3 dengan harga 2 pcs.. So, belilah 3 helai t-shirt untuk jalan2.. Tak sempat nak tunggu raya kot.. hehe.. Entahlah, sejak beli for the first time kat Baby Gap ni last year, makin suka datang lagi.. Kain dia kualiti baik, sampai sekarang Haikal pakai elok aje, walaupun dah ulang2 pakai.. Nak tunggu sales lagi, nanti boleh simpan stock untuk raya pulak.. hehe..

IMG_1015

IMG_1013 This time baru jadi member.. Rugi tak subscribe masa beli last week.. Kena accumulate RM700 untuk entitle discount.. So, kawan2 yang nak shopping Baby Gap/Gap, bolehlah guna my contact number as a membership number.. hehe.. Tolong kawan, maaa… :P

Lepas beli2 barang papa, barang Haikal, Haikal pun bangun… Maka, tinggal mama sorang yang balik empty handed.. huhu.. Takpe, next time pulak..

Sampai rumah sharp 12.00am.. huhu, macam Cinderella… Tapi, takde kasut tertinggal.. hehe..

Sesi mencuba pakaian, macam biasa…

IMG_1024  Baju tidur beli kat FOS.. murah dan jimat.. hehe..

IMG_1021 Model Baby Gap yang pakai pampers.. haha..

Thursday, February 24, 2011

I’m Taking Orders…

Memandangkan aku akan ke Bukittinggi next week, dan Bukittinggi ni terkenal dengan kain kebaya sulam, telekung sulam, serba serbi sulam, so aku nak tanyalah ada sesiapa nak order tak? Especially to my close friend.. Aku nak SMS satu2 tak dapeklah, so aku tanya dalam blog aje..

Kalau ada yang nak pesan, SMS, leave comment or email aku.. Bagitaulah nak yang macam mana.. Kalau ada gambar, lagi bagus.. Takut karang salah beli, aku pulak yang kena pakai.. hehe.. Oh ya, bagitau before Friday ye.. Limited pieces only, sebab tak boleh banyak sangat, berat luggage terhad.. :)

Wednesday, February 23, 2011

Pakej Photography Murah…

Tajuk entry macam nak buat promosi aje.. Memang pun.. hehe..

Adik aku, Epit, dia buat part time as a freelance photographer for wedding, birthday or any events.. Hari tu masa kenduri Haikal, aku mintak dia amik gambar.. Of course kena bayar, walaupun adik beradik.. haha.. Okay I would like to share some photos.. Gambar2 ni belum edit lagi ye..

DSC_4147

DSC_4184 Seriusnya anak aku ni.. hehe.. He looks like a big boy, rite?

DSC_4238

DSC_4219

DSC_4237

DSC_4232 Melalak tak mahu pakai topi.. huhu..

DSC_4197

DSC_4303

DSC_4411

DSC_4544 Mengintai dari tingkap..

DSC_4649 Dengan Mommy Qastalani and Abang Qaiser yang makan karipap (sayur).. :)

DSC_4476 Kening tu yang mahal sekali.. hehe..

Okay tak? Ini blognya: Laman Hati Photography.. Bukan dalam hati ada taman ye.. hehe.. Pakej yang ditawarkan oleh Laman Hati ni, korang tengok dalam blog and kena tanya sendiri dari tuannya.. Just mention my blog, nanti dapat diskaun kot.. hehe.. Jangan risau, harga boleh dirunding…

Note: Secara personal, untuk wedding, how much would you pay for a photographer? Time aku kahwin dulu, aku guna khidmat a chinese guy from Keep Gallery PJ untuk amik gambar.. At that time, dia kira lumpsum untuk majlis nikah, berinai dan bersanding.. Before that, aku ada pergi pameran pengantin, survey2 harga dari photographer Melayu.. Yang buat aku tak amik orang Melayu sebab diorang tak boleh lebih kurang.. Nak kerja ikut jam, kalau aku ada 3 event, kenalah darab 3.. Let say satu event RM1000, tak ke mahal tuh? huhu.. So, aku amik orang cina, senang nak negotiate… Tapi, dengan adik aku ni, jangan risau.. Boleh discuss :)

Haikal Turns 1 Today!…

DSC_4222  Tak sangka, sekejap aje Haikal dah setahun.. Masih terasa kesakitan melahirkan dulu.. huhu.. Apapun, kesakitan itu berbaloi bila kita lihat anak membesar dengan sihat dan gembira depan mata kita.. :)

Mari kite lihat apa progress Haikal masa umur dia setahun ni..

  • Masih fully breastfeed with Mama’s milk.. Alhamdulillah, ada rezeki untuk anak aku ni sehingga sekarang.. Semoga berterusan sehingga 2 tahun, InsyaAllah.. Papa boleh kira berapa dah jimat untuk beli susu Haikal.. Nanti duit tu, boleh belikan mama rantai emas.. haha..
  • Dah mula beranikan diri berdiri lama tanpa pegang apa2, tapi bila time nak melangkah tu, Haikal macam takut sikit.. Go baby go, cepat2 jalan.. hehe..
  • Sejak demam hari tu, sampai hari ni, he became more clingy.. Asyik merengek bila dengan aku.. And lagi satu, buat muka serius.. Maybe badan dia masih tak selesa, dengan selsema lagi.. So, sangat susah nak tengok dia senyum, tunjuk gigi.. Asyik nak duduk atas riba aku dan berdukung aje..
  • Bila dah siap poo-poo, dia akan datang kat aku dan merengek2.. Time basuh tu, aku cakap suruh cangkung.. Dia pun cangkung sambil tangan pegang bebird dia.. haha.. So cute.. Senang aku nak cebuk..
  • Tak pernah ditinggalkan dengan orang lain waktu tidur malam, except time aku pergi OBM dulu.. Entah, aku rasa susah hati bila nak tinggalkan baby tidur malam dengan orang lain contoh mak aku ke, mak mertua ke, tanpa aku ada sama... Mesti terfikir2 baby nak susulah, nanti cari nenen lah.. Itu bagusnya breastfeed, kalau nak orang lain jaga, kena banyak fikir, tentang stock susu, baby tercari2 mama dia etc.. Last2, tak jadi.. hihi..
  • More focus now when watching TV or laptop, especially bila aku pasangkan video Barney on CD atau tengok kat youtube.. Nanti kepala pun tergoyang2 ikut rentak lagu..

Itu aje dulu yang terfikir setakat ni.. Happy Birthday, my baby.. Is he still a baby? Or, a toddler now? Selagi tak jalan, selagi tu rasa macam baby.. hihi..

Tuesday, February 22, 2011

Blogging from Nokia C3...

Testing2... Tak ada special application yg aku guna untuk blogging.. Just guna opera mini macam selalu.. Handphone aku ni pun aku tak tahu apa fasal tak boleh nak guna Ovi apps seperti twitter and facebook.. Dia asyik appear "communication error".. Mula2 dulu boleh.. Apa entah aku godek.. Huhu.. MMS lagilah tak boleh.. Memang kena pergi Maxis and Nokia betulkan setting.. Bila try2 sendiri tak boleh, tension dibuatnya.. Tapi, what I did? Just ignore and dont think about it... Maka, takdelah tension2 lagi.. Hehe..

Behind The Scene–Haikal’s Akikah And Birthday…

Alhamdulillah, majlis pada hari Sabtu lepas berjalan lancar.. Kecuali, my little boy demam.. huhu.. Walaupun demam, sikit pun dia tak meragam masa majlis tu.. Cuma dia nak berdukung ajelah..

Okay, just to share few pictures from my camera.. Gambar-gambar lain, banyak dalam camera adik aku, merangkap photographer of the day.. Nanti aku buat entry lain once dah dapat gambar2nya..

One week before kenduri, aku buat aiskrim Malaysia perisa asam boi.. Buat 100 batang.. And, tau tak, masa kenduri, memang laku aiskrim ni.. Bukan setakat budak2, mak bapak budak pun makan sama.. haha.. Aku ada simpan 2 batang untuk diri sendiri.. hehe, Kalau letak semua, confirm abis.. Bila tanya siapa makan banyak, adik aku Liana, makan sampai 10 batang.. huhu..

IMG_0870 Buat aiskrim Malaysia guna Tupperware Dispenser memang senang kerja.. Biasa aku guna jag, abis tumpah sana, tumpah sini.. hehe..

Untuk doorgift kanak-kanak, mak mertua aku bagi paper bags lebih dari kenduri abang ipar aku dulu.. Save budget.. hehe.. Then, aku buat sendiri tag Happy Birthday untuk gantung kat paper bag tu.. Itu pun ekonomi jugak sebab aku lekatkan atas kad kahwin yang aku dapat.. Keras sikit tag tu bila dah tampal atas kertas keras.. :P

IMG_0891  Inilah rupanya… Bahagian belakang tertulis “Haikal is 1”

IMG_0907

2 hari sebelum majlis, aku buat 3 adunan chocolate chip cupcakes untuk masukkan dalam paper bags door gift tu..

IMG_0903

Untuk orang ramai, aku buat dalam versi cake.. Tapi aku tak pandai agak sangat timing untuk bakar dia.. So, belasah ajelah.. hehe.. Laku jugak cake tu..

IMG_0945  Ini dia kek aku yang hitam legam.. hehe..

Birthday anak yang pertama kali kite buat, tentulah berkobar2 kan nak deko2 ni? haha.. Dengan gigih aku buat banner.. Siap gantung depan rumah dengan belon2.. Belum pun tiup lilin, belon dah pecah.. haha.. Hari panas, belon murah, manalah nak tahan lama… kuikuikui..

IMG_0908 Simple decorations for Haikal’s birthday..

This is my little boy.. Pagi tu, ada baca selawat dan doa sebelum mula acara menjamu selera.. Aku pakaikanlah kemeja kat anak bujang aku ni.. Gambar potong kek takde, kena tunggu photographer..

IMG_0913 Kesian anak mama, tak sihat..

IMG_0918

IMG_0957 Hadiah2 yang Haikal dapat.. Terima kasih kepada sesiapa yang bagi hadiah, duit dan yang penting datang majlis ni.. :)

IMG_0965

IMG_0962

Cukup dulu setakat ni, later kite sambung cerita lagi..

Thursday, February 17, 2011

This Is The Reason My Handphone Went Kaput..

Kalau tak rosak, nescaya aku tak tukar handphone lagi sekarang ni.. huhu.. Tengoklah apa yang dibuat oleh anak bujang aku terhadap handphone lama aku..

Bila pulak joget jadi gojet.. lantaklah, malas nak tukar.. haha..

Bijak, memang bijak Haikal ni.. Lepas guna untuk bersuka ria dengar lagu, dia buang pulak handphone.. Dah buang, pandai pulak amik balik.. Hari-hari kena buang ke bawah, manalah tak jahanam.. hehe.. Same goes to the remote control.. Memang sentiasa sorok tak bagi dia amik.. huhu..

Demam...

Esok nak kenduri, hari ni Haikal pulak demam :( Tiba2 aje demam malam tadi, takde sign apa pun sebelum tu..Kesian anak aku, tidur tak nyenyak.. Asyik2 terbangun aje.. Nak tidur atas pangku sambil dienjut2.. Aku pun mata stim aje datang kerja ni.. hehe.. Harap2 hari ni Haikal sihat balik dengan cepat.. Amin..

Unique Door Gift For Wedding.…

IMG_0794

Dalam kotak comel tu, ada Strawberry Jam from Cameron Highland!

Bagi aku ia unik sebab tak pernah jumpa lagi orang bagi jem untuk door gift majlis kahwin.. I got it from my hubby's friend wedding last week... Masa lepas amik makanan, diorang bagi kotak ni.. Aku goncang2, rasa berat aje isinya.. I was expecting chocolate sedap.. hehe.. Sekali tengok dalam tu ada botol jem.. Kreatif sungguh dan lain dari yang lain.. Rasa seronok pulak dapat makanan2 cam gini.. :) Apa lagi yang best2 yang boleh diberi semasa majlis kahwin, and paling penting within budget? Bakal pengantin, bolehlah fikirkan.. hehe..

Tuesday, February 15, 2011

We Are Ready To Fly!

Busy asyik fikir fasal kenduri akikah and birthday Haikal, aku terus terlupa fasal nak renew passport aku dan buat passport untuk Haikal.. Macam manalah boleh terlupa, padahal selalu aje sebut fasal nak ke Padang… huhu.. Lucky my hubby tanya bila nak buat passport, last Saturday.. Balik tu terus check surat dari Imigresen yang aku dapat hari tu.. Dalam surat tu, ada tulis tempat2 yang boleh renew passport pada hari Ahad.. So, esoknya, pagi2 kitorang dah keluar ke Pusat Bandar Damansara untuk renew passport kat sana…

Bila pergi ke tempat2 awam seperti ni, aku risau sangat kena beratur panjang dan tunggu lama.. Lagi risau kalau terlewat sikit, nombor giliran habis dan terpaksa datang hari lain.. But, to my surprise, proses hari tu sangat lancar.. Datang2 sana, terus isi borang dan pergi kaunter untuk cap jari dan tandatangan.. Aku pun macam tak percaya kenapa cepat sangat, tengok kat bahagian lain ada je orang yang menunggu.. Rupanya sebab aku bawak baby.. Warga emas pun diberi keutamaan.. So, urusan dibuat di kaunter khas.. Lepas siap semua, buat bayaran, after an hour passport pun siap! Baby punya passport ialah RM150 untuk 5 tahun.. Aku buat untuk 2 tahun aje.. Kitorang sempat renew IC kat pejabat Pendaftaran tingkat bawah bangunan yang sama.. Takde orang, so, might as well grab the chance lah..

Yeay, we are ready to pack our things and fly.. hehe..

IMG_0876  Inilah rupa macho my little hero.. Bukan main susah nak amik gambar kat kedai gambar.. Suruh duduk kat kerusi, tapi dia ingat kita nak tinggalkan dia pulak... hihi..

IMG_0878  Haikal tried to take his passport from papa.. Mana boleh, karang habis lunyai kat tangan dia.. :P

Little Pomen…

Tengoklah anak bujang aku ni.. Dalam kereta, kat rumah sama ada kat atas sofa, atas katil, di dapur, tak reti duduk diam.. Ada saja benda dia buat.. Sampaikan kadang2 aku yang tak tahan menengok.. hehe..

Kalau dalam kereta, masuk aje kereta, dia akan capai steering dulu.. Then, bila my hubby nak drive, aku akan angkat Haikal dan duduk atas riba aku… Time angkat tu, dia akan tarik baju my hubby kuat2 sebab tak nak beralih tempat.. Bila dah duduk kat riba aku, mustahil dia duduk diam kecuali tidur… Ini yang dia buat, tekan2 button radio kereta.. Button kat Myvi kan besar bapak, memang ternyata berjaya tarik perhatian anak aku ni… haha.. Sekejap2 dia perlahankan radio, kemudian dia kuatkan pulak.. huhu..

IMG_0725

IMG_0789 Tengok tu, macam orang besar.. Sambil drive, boleh tukar2 channel radio.. hehe..

Lagi satu, tak boleh tengok aku duduk senang lenang main FB ke, bukak blog ke.. Terus dia terkam kat keyboard, then tolong aku tutupkan screen.. Dengan jari2 aku dia kepit sekali.. Haish, ini budak memang sangat jeles kalau mama bukak netbook..

IMG_0865 Lepas dah tolong tutupkan netbook, dia pusing2kan..Aku risau dia campak ke bawah aje.. Hari tu dah jatuh dah dari atas meja makan.. huhu..

Handphone pun sangat suka.. Kena sorok dari pandangan dia.. Kalau dia tengah pegang dan kite amik dari tangan dia, mulalah melalak..

IMG_0666  Godek handphone papa..

Kalau dah nama budak ni, semua benda dia nak tahu, kan? Main kat kipas lah, main kat cabinet… Ni masa kat rumah atuk.. Apa nama benda ni pun aku tak tau, fungsi macam kipas jugaklah…

IMG_0723

Tapi kan, sebenarnya bagus kalau baby aktif camni.. Biarkan dia explore, tapi kite kena perhatikanlah, jangan sampai membahayakan dia.. Sebab bila aktif, try situ try sini, otak dia berkembang dengan cepat.. :)

Monday, February 14, 2011

Shocking Pink Blackcherry…

Impian memiliki Blackberry tak tercapai sebab it’s beyond my ciput budget.. So, inilah pengganti untuk handphone lama yang screen nya sudah kaput.. Instead of getting Blackberry, I got myself a Blackcherry.. haha..

IMG_0868  It is Nokia C3, actually…

Kalau ikutkan hati, nak beli handphone harga RM100 aje.. Jadilah, untuk terima panggilan dan SMS.. Itu pun dalam satu hari handphone tak berdering, takde orang call pun.. Bila handphone murah ni, takdelah concern sangat sana sini calar-balar.. Haikal nak main2 pun, tak risau sangat sebab handphone cap ayam aje.. Lagi aku bagi kat dia suruh main campak-campak.. hehe..

Tapi bila fikir2 balik, aku sebenarnya teringin nak handphone yang ada WiFi dan boleh guna untuk Twitter.. Kan sekarang ni gila bertwitter.. haha.. So, Nokia C3 ni adalah pilihan yang tepat untuk masa sekarang.. Harga pun okay, below RM500.. Takde 3G, takde GPS takpe, aku tak guna pun.. Cukuplah, ada basic function..

Dengan ini, kena jaga handphone baik-baik.. Haikal asyik aim aje nak amik dari tangan aku.. Nantilah baby, bila dah ada calar2 sikit nanti, mama bagi main… haha..

Sunday, February 13, 2011

5 Kenduri…

Semalam hectic giler.. Kitorang berjaya pergi 5 kenduri dalam satu hari.. Memang banyak orang buat kenduri semalam.. Tak terfikir pulak sebab tarikh cantik.. Ramai yang nikah 11.02.2011.. Cuba tengok balik tarikh tu.. Rupa-rupanya, 1102 tu reflection kepada 2011.. Try pergi letak kat cermin, tengok… hehe..

Bila dah banyak kenduri kahwin, kenalah sedia hadiah.. Kadang2 tu, tak sempat beli, hulur duit ajelah.. So, tengah2 malam, bila Haikal dah tidur, aku pun buat operasi balut hadiah.. This is what happened to all presents.. haha.. Semua sama kaler, malas dah nak pilih2 corak lain2.. hehe.. If you noticed, this is also wrapping paper yang aku guna untuk invitation card majlis Haikal nanti.. hehehe..

IMG_0785 Lepas balut, terus tulis atas pembalut.. senang, tak payah card2 bagai..

Oh ya, last majlis yang kitorang attend semalam ialah pukul 5.30pm.. haha.. Of course dewan, meja semua dah kemas.. My hubby just jumpa aje kawan dia and bagi hadiah.. Nak makan pun dah tak larat dah, penuh perut dengan nasi beriani… :)

Saturday, February 12, 2011

Handmade Invitation Card..

IMG_0804 Siap invitation card, macam anak nak kahwin pulak.. Padahal baru setahun jagung.. hehe.. Actually, ini hobby aku.. Dulu, masa tunang pun, aku buat card jugak..:) Cuma sekarang ni, when Haikal is around, susah sikitlah nak buat fancy-fancy.. Aku buat simple aje, yang penting ada alamat, tarikh dan peta.. Nak bagi kat kawan2 mak, saudara mara, pakcik makcik yang takde email.. Kawan-kawan sendiri tak dapat ye, aku invite via FB aje.. hehe.. Tak kuasalah nak post2, setem mahal.. haha

Note: Nak blogging pun susah, anak asyik mengacau.. Dia tengah tarik baju aku nak naik atas sofa ni.. haha.. So, entry ini pendek aje.. Smile with tongue out