Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, August 11, 2016

Ayam Kampung..

Our favourite now, ayam kampung goreng garing-garing.. Tak makan dengan nasi pun takpe, aku dengan Hariz ratah aje.. Sangat sedap!

Dah 3 kali order dan delivery ke rumah.. Harga pun berpatutan.. Untuk agen di area lain, boleh check dalam FB Ammarni Farm..

bee2a1d7-a4f9-44bb-ba94-18f5b95cc743
Marilah order ayam kampung… Yums..

Wednesday, August 20, 2014

Chocolate Ecstasy..

I want this cake! Time puasa, tengok apa pun nampak sedap.. hehe..

Ini memang sedap! Cake baru kat Secret Recipe.. masa lunch, tak teringat nak beli.. Ni dah teringin huhu.. Next time lah..

036
Yumssss…

Thursday, December 12, 2013

Nasi Kukus Sedap Di Kota Bharu…

Baru start nak cerita, aku dah terliur.. hehe..

“Warisan Nasi Kukus”.. Not sure sama ada glamour tak gerai ni, tapi petang-petang ramailah yang datang beli nasi kukus kat sini.. One of kedai nasi kukus yang orang cerita kat aku ialah Nasi Kukus Abang Mie.. Aku try tapi tak kena selera sebab kari dia tu macam manis sikit..

To compare, Warisan Nasi Kukus ni lagi sedap berbanding Nasi Kukus Abang Mie tu.. Sesiapa yang pergi Kota Bharu, jangan lupa ye try!

IMG_2167

IMG_2161

Masa outstation ke sana last month, asyiklah ulang-ulang makan nasi kukus.. Tapau, bawak balik hotel.. Aku try lauk udang besar, sotong besar, kepak ayam.. Pergh.. Harga untuk lauk udang dan sotong ikut saizlah.. Dalam RM12 ke atas sekali dengan nasi.. Lauk ayam, murah je..

IMG_2160

Lokasi gerai Warisan Nasi Kukus ni ialah depan Public Bank, area Crown Garden Hotel..

Sesiapa naik flight, nak pesan bawakkan balik KL, boleh? hehehe..

Oh ya, lagi satu nak share.. Kalau ke Kelantan, nak bawak balik ole-ole keropok yang dah siap goreng, beli yang ini.. Nipis-nipis keropok dia, tak sama macam yang selalu beli kat kedai tu.. Makan sorang-sorang tak sedar dah abis satu pack.. Haikal pun sama.. Smile with tongue out

IMG_2404
Yang penting “Dijamin Tidak Gatal” LOL..

Tuesday, July 30, 2013

Nutella Ice Cream…

Tak perlukan mixer pun.. Just blend je semua.. Pastikan bukan blender cili yang digunakan.. Abis pedas nanti aiskrim tu.. haha..

Very easy peasy.. Got it from Twitter friend..

Bahan-bahan:

2/3 cup full cream milk
1/3 cup whipping cream
1/3 cup Nutella

Blend all together until smooth.. Done..

Lepas tu, masukkan dalam plastic aiskrim.. Aku guna popsicle mold, bila dah keras, susah sikit nak keluarkan.. Sebab campuran ni lembut sikit sebab ada whipping cream..

Without whipping cream, boleh guna sukatan ni:

1 cup milk
1/3 cup Nutella..

Bolehlah cuba, senang sangat..

IMG_1327

IMG_1323
Sedap and creamy.. :)

IMG_1330

Sunday, July 21, 2013

Homemade Strawberry Cheesecake Ice Cream…

Tak sangka boleh buat ice cream sendiri, selain aiskrim Malaysia yang biasa orang buat tu.. hehe..

For this first try, aku buat my favourite flavour.. Afterall, aku yg nak makan, kan?? haha..

IMG_1126
Ready to eat..

For the recipe, you can view it here in JoyOfBaking.com website.

To simplify, here are the ingredients: (Makes about 3 cups. Preparation time 40 minutes)

2 cups half-and-half (1 cup of milk and 1 cup of whipping cream)
1 1/2 tsp vanilla extract
115 grams Philadelphia cream cheese, room temperature (separuh daripada 1 buku cream cheese tu)
3 kuning telur (mind you, kuning telur sahaja)
2/3 cup Sugar
2/3 cup Strawberry filling (beli kat Bakery Shop)
Fresh Strawberries (optional)

How to:

1. Dalam periuk kecil, panaskan secara perlahan-lahan half-and-half dan vanilla extract.. Panaskan sampai campuran tadi hampir mendidih.

2. In different bowl, mix cream cheese, kuning telur dan gula sampai kembang dan gebu.. About 2 minutes..

3. Masukkan campuran half-and-half yang suam ke dalam campuran cream cheese.. Sikit demi sikit, dan make sure telur tidak berketul-ketul..

4. Campuran tersebut dipanaskan secara double boil, sentiasa kacau dengan senduk kayu until the campuran likat… To check, bila angkat senduk, the mixture will coat the wooden spoon.

5. Cepat-cepat remove dari api.. terus kacau lagi untuk beberapa minit supaya dia tidak overcook..

6. Masukkan strawberry filling. Ikut selera. Kalau tak suka manis sangat, boleh rasa dulu sebelum letak lagi..

7. Masukkan dalam bekas. Tutup. Biarkan sejuk dalam suhu bilik.

8. Masukkan dalam peti ais. Biarkan beku for few hours or overnight. 

9. Since aku takde ice cream maker, now and then, aku akan bukak bekas tu, dan kacau ice cream aku tu.. Bila kacau selalu, it helps smoothen the ice cream texture..

10. Biarkan beku.. Let say masa kite nak makan, ice cream tu terlampau keras, letakkan bekas ice cream kat chiller area for about 30mins untuk biarkan dia lembut sedikit… Bolehlah cedok dan makan.. Strawberry sebagai hiasan..

Inilah dia rupa KitchenAid Ice Cream Maker Attachment… Best tu, boleh terus jadi ice cream!

KitchenAidIceCream_0
Source from Google.

Siapa nak pergi US, bagitau eh, nak kirim.. hihi..

Sunday, July 7, 2013

Crème Brule & Marble Cheese Cake…

Been craving for these cakes lately.. Dalam seminggu tu, kadang-kadang sampai 2 kali beli.. huhu.. Takut nak timbang berat badan!

Sedap dan tak manis.. Suits to my liking.. Hope one day, I can bake it by myself.. Sama sedap macam Secret Recipe punya.. Boleh? hehe.. Sementara tu, kite cukupkan dulu baking utensils, baru syok nak baking.. :P

IMG_0633

IMG_0601

You guys should try both.. Aku dah bosan asyik makan chocolate, now I love something simple like this.. :)

Thursday, May 30, 2013

Beard Papa Cream Puff…

Aku puasa, lalu teringin ini.. huhu

IMG_9055

This cream puff is the best I ever tasted.. Simpan dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk, sedapnyaaaaaa… Ah, dah terliur ni..

Tuesday, May 28, 2013

Anniversary Dinner…

Disebabkan aku berada di Ipoh sekarang, dan rindukan cik abang berdua di rumah, aku nak cerita sesuatu yang relate dengan mereka berdua.. kehkeh.. Nak dekat sebulan dan berlalu dari tarikh Anniversary ke-4 kami..

We had dinner at Chinoz On The Park.. Keletihan jalan-jalan KLCC hari tu for HOMEDEC, so we settled with these..

IMG_9790
Cili Padi Seafood Olio.. Sedap.. Tapi aku selalu payah nak abis makan pasta2 macam ni.. Cepat muak..

IMG_9789
Hubby order apa entah.. Aku tak ingat..

4 years together, this is the greatest gift from Allah… Alhamdulillah :)

IMG_9954
Budak ini banyak akal sekarang.. hehe.. Be a good boy, okay!

Soalan yang confirm ditanya kat kitorang sekarang, “bila nak tambah anak?” hihi.. The time will come, InsyaAllah.. Kalau boleh, esok aku nak beranak.. Open-mouthed smile Only Allah can answer this..

Thursday, December 27, 2012

Serai Restaurant, Empire Shopping Gallery…

First time try makan kat Serai Restaurant ni.. Dan, first time jugaklah jejakkan kaki ke Empire Shopping Gallery.. Lunch dengan kawan-kawan, kebetulan kerja luar kat Subang..

153

Tak mahu makan nasi (I heardoon their nasi kerabu is marvellous, maybe next time), aku order mee hoon tomyam..

154
Masam sangat, tapi acceptable. Boleh tahan sedap..

151
Hazelnut Chocolate..

Kitorang order jugak Pavlova.. Gambar hilang dari phone.. Portion dia kecik berbanding Alexis.. and Alexis punya lagi sedap, kot.. hehe..

Order kitorang lambat dapat.. Dia cakap sbb ada function kat situ.. Tapi macam diorang lupa order.. Naik geram aku, almost 45 minit menunggu.. Kawan aku siap nak cancel order.. Bila aku dah panas hati, diorang pun datang bagi dessert ni untuk sejukkan hati kami.. kekekke..

156

Overall, makanan dia sedap.. Cuma a little bit overpriced.. Sekali-sekala nak datang makan tu, okaylah…

Monday, December 17, 2012

Makan Belangkas Di Kota Tinggi…

Masa kat JB hari tu, 2 hari kat Kota Tinggi.. Bila tanya dengan staff-staff kat sini, mesti cakap belangkas yang paling special kat Kota Tinggi ni.. First time dengar fasal Belangkas, tertelan air liur.. Betul ke ni?? huhu..

Kitorang ke Kedai Masakan Kampung Ibrahim kat Teluk Sengat.. Tengok bawah menu-menu special nya.. Dengan siput gonggong lagi.. Eksotik sungguh!

009

010
Menu lunch kami.. Ikan bawal asam pedas, kupang goreng, sambal ketam, nangka masak lemak cili padi, belangkas masak cili dan ulam-ulaman.. 

Semua sedap, tapi my focus ialah ketam.. hihi.. Belangkas tu, aku makan sikit je.. Sekadar nak rasa macam mana belangkas tu..

014

013
Kupang.. Sedap jugak..

Tapi kan, malam tu ada kawan-kawan aku yang sakit perut.. huhu.. Alhamdulillah, aku tak apa-apa.. So, bagi aku, kalau nak makan makanan yg kite tak pernah makan ni, kena beringatlah.. Rasa sikit pun cukup kot.. Risau pulak jadi apa-apa..

Monday, December 3, 2012

Johor Bahru – Heaven Of Foods..

Kalau dulu pergi Kelantan, rasa kat sana makan best sebab murah-murah.. Kali ni kat JB, lagilah makanan sedap-sedap.. Kena dengan tekak aku.. Aku kan orang Johor! hehe.. Setiap tempat yang diorang bawak mesti ada yang best-best.. Argh, stress sebab asyik makan.. hihi..

Let’s take a look! Smile with tongue out

113
Laksam.. Makanan orang kelantan memang ada di mana-mana ye… Cuma tak semuanya sedap.. Tapi, yang ini, sedap!

118
Rojak buah.. Super sedap..

132
Sup Tulang di Restoran ZZ Sup Tulang.. Okay-okay je for me sebab rasa lembu sangat.. haha..

125
My team mates..

056
Goreng pisang di Galeri Mawar..

001
Nasi Ambeng.. Kawan makan.. Aku tak suka sebab ada mee bercampur..

004
Yang ni makan kat Johor Jaya… Nasi Ambeng tanpa mee..

005
ABC Special…

012
Durian time..

136138
Nasi Lemak Simple…

158
Kacang Pool Haji.. Sedap jugak..

150
Office JB hidang bubur nasi.. Sambal cili tu sedap sangat, sampai teringat-ingat aku dibuatnya..

Now, off to bed.. Jangan mimpi makanan, sudah! :P

Wednesday, September 19, 2012

Yummy Pancakes From Paddington House Of Pancakes…

All this while, lalu depan kedai, belek-belek menu, tapi tak pernah pun masuk.. Tiba-tiba satu hari kawan ajak makan pancake.. Aku okay saja, suka nak try-try makanan lain.. Cuma bila takde kawan, makanan paling mudah makan sorang-sorang ialah McD.. hehe..

So lets see the varieties of pancakes we had.. Untuk 3 orang, dapat 4 dishes sebab aku ada B-Card, so boleh dapat free 1 pancake.. Berlebih-lebih dibuatnya.. hehe..

027
Oreo Pancake..

Yang lain-lain aku tak ingat nama.. Order dari menu pun sebab tengok gambar kat buku menu..

028


029

030

Harga okay-okay je kot.. Dari RM8.90 hingga RM11.90 bergantung kesusahan nak buat.. haha..

032

Kalau rasa nak makan something sweet and pluffy, pancake and ice-cream are the best choice! Yummy.. 

Note:  Murah pulak pakej Maxis ni.. RM48 for 400 minutes, 200 SMS every month… Yang ini pulak, Samsung Galaxy Note 10.1 for only RM699.. Murahnya..

Saturday, July 21, 2012

Sagu Gula Melaka…

Saja je kan, time bulan puasa macam ni post gambar makanan… hehe..

Belek-belek gambar dalam laptop, sekali ternampak gambar sagu gula melaka ni.. Terus request mintak mak buatkan untuk berbuka petang ni.. weeee…

IMG_2283

So, apalagi, kejap lagi pergi kedai cari bahan-bahan yang diperlukan.. Gonna replace the santan with susu cair instead.. Kurang kalori, ye ke? haha..

Oh ya, sempena bulan puasa ni, sesiapa yang join SAYS.my, boleh dermakan earnings korang untuk charity.. More info is here..

Wednesday, July 18, 2012

Food Overloaded..

Lagi 2 hari sebelum berpuasa, sepatutnya dah start melatih diri (dan perut) menahan lapar dan dahaga berpuasa.. Walaubagaimanapun, dalam hati ni ada jugak perasaan nak makan sedap-sedap sebelum bulan puasa menjelma.. hihi.. Bila puasa nanti, sure semua makanan yang kite tengok nampak sedap.. Mulalah rasa tak sabar nak berbuka, nak itu ini untuk juadah berbuka, sudahnya makan tak habis.. *___*

Okaylah, ni saja nak letak gambar-gambar makanan.. Most of it dah share kat Instagram.. Tapi, please jangan tengok di bulan puasa nanti, takut terliur.. hihi..

IMG_2025
ABC, Pappa Rich.. This one is soo yummy! Ais dia lembut..

IMG_2044
Selama kerja kat Midvalley ni, ni first time try Durian Pancake.. Sedap giler.. Aku boleh habiskan 6 ketul in one shot.. RM10 for 6 pcs.. Booth dia depan Big Apple Donuts..

IMG_2056
Hot & Roll.. First time beli sendiri hari tu.. Pizza Beef flavour.. Aku request letak sos cili (Anak “hantu” kicap, mama “hantu” sos cili muahaha)..

IMG_2055
Snow Almond Cookies.. Puasa belum lagi, kuih raya dah start dijual.. hehe.. And aku pun dah order :P Siap tulis kat tepi tu remarks “Dapat sebelum puasa pun tak apa” haha.. I love this cookies, nak buat sendiri, malas.. huhu.. So tahun ni tak ada lagi shortbread, itu dah outdated.. kuikui..

IMG_2064
Sambal Udang Petai.. Berbuka puasa dengan sambal udang, hmmm membuka selera sungguh! hehe..

Yang bawah ni pulak gambar-gambar masa pergi Kelantan hari tu.. Kalau pergi jalan-jalan, selalunya, aku tak kisah boleh je makan apa aje dan makanan bukan fokus utama aku pergi berjalan.. Tapi, bila sampai Kelantan, rugilah kalau tak pekena nasi kerabu yang original! :)

IMG_2191

IMG_2170
Pergi pasar malam, makanan yang aku aim ialah nasi kerabu.. Aku suka yang nasi kaler biru tu.. Baru rasa dia umpph.. Sepanjang kat Kelantan, 3 kali aku makan nasi kerabu..

IMG_2171
Murah-murah je semua.. Dahlah dapat banyak.. Kat KL, mana dapat!! Semua nak cepat kaya.. huhu..

IMG_2178
Satay 40 sen sebatang.. Beli untuk Haikal, tapi dia tak mahu pulak..