Wednesday, October 28, 2009

Free Detail Ultrasound Scan..

Siapa tak suka benda free, ye tak? hehe..

Last Saturday, saya dan suami ke Vision College di Kelana Jaya untuk buat baby detail scan.. Macam mana aku tau tempat ni? Ada satu hari tu, aku sakit and pegi klinik.. then, doctor locum ni tanya nak tak buat scan free.. dia study berkaitan imaging ni la kot.. aku pun cakap OK.. OK.. later, boleh buat appointment dengan dia..

Masa sampai tempat yang dijanjikan tu, aku ingatkan scan biasa2 aje.. rupanya dia buat detail scan.. jenuh aku baring, 1 jam lebih jugaklah.. pinggang pun dah sengal2.. sekejap2 doctor suruh aku pusing kiri, pusing kanan.. baby pandang ke bawah, so tak dapat baca heartbeat betul2 sebab terlindung dengan tulang belakang dia.. macam2 doktor tu ukur.. kepala, perut, kaki, tangan semua complete... sambil2 tu dia teranglah kat kami apa yang dia tunjuk tu.. Alhamdulillah semuanya ok..

Since benda ni free, aku tak boleh dapat printout or CD image2 tu.. takpe2, yang penting baby ok.. kalau weekday, boleh dapat scan results tu, tapi, kena sikit charge la.. and she said, kalau nak buat regular ultrasound scan pun boleh.. RM10 sahaja, tapi, during weekday sahaja.. Jadi, untuk aku yang bekerja jauh nun di Senawang ni, not possible la.. So, kalau ada yang duduk area sana and minat, boleh la contact Vision College and make appointment with them...

Tuesday, October 27, 2009

Ada Bakat Ke?

Ni bukan segment “Ada Bakat Ke” dalam Macam-Macam Aznil ye.. hihi..

Kekok aje pegang baby.. yelah, baru sebulan dua, takutlah.. tak betul pegang kang, sakit baby tu..

IMG_3894

Tengok tu, tak pernahnya Marissa senyap.. tak reti dah aku nak godek macam mana.. hehe.. Pakcik and makcik je yang sibuk posing, Marissa tak layan langsung.. ni gambar masa pegi rumah Epit hari tu.. dia dah pindah Putrajaya sekarang..

IMG_3895

IMG_3896

Ha, senyap pun dia.. cute like me.. hehe.. 

Monday, October 26, 2009

Gara-Gara Facebook..

Pagi ni, aku dengar Sinar FM sambil memandu ke ofis.. Tak surelah carpool-mate aku faham ke tidak celoteh Salleh Yaccob, Khairil and Kak Engku yang memang kecoh tu.. maybelah dapat tangkap sikit2 kot..

Yang bestnya, topik pagi ni, diorang bincang "Gara-gara Facebook".. Tak sangka, hebat betul penangan Facebook ni.. dari budak2 sekolah, sampailah orang tua yang dah bergelar atuk bercucu pun ada account.. Friendster yang dulunya glamour pun dah semakin dilupakan..

Ada sorang laki ni citer pasal wife dia..laki ni ajak wife dia makan (or hidangkan makanan untuk dia makan, lebih kurang camtulah).. pastu wife dia jawab "Sekejap bang, nak bagi lembu makan dulu..".. haha, sampai macam tu skali addict nya dengan FarmVille.. laki pun dah jatuh jadi nombor 2.. hehehe.. So, my question is, seronok sangat ke?? aku tak pernah try main FarmVille.. pernah main The Sims yang buat2 rumah tu, time belajar UM dulu.. tapi, sekejap je pastu dah bosan.. Ni Facebook ni pun, aku dah mula bosan.. Hari2 bukak, tengok status orang and gambar orang aje.. aku tak de rasa nak wat kuiz ke, nak main game ke.. tu yang aku ignore aje macam2 request... except friend request.. ramai sangat kawan dalam tu, ada yang aku pun tak cam or tak kenal.. i'm thinking to remove them la.. tunggu jelah nanti.. sometimes, rasa semak pun ada jugak, asyik orang yang sama je update status.. penuh screen facebook aku dengan dia aje.. haha..

Sunday, October 25, 2009

Esok Cuti, Yay!

Seluruh Negeri Sembilan diisytiharkan cuti esok sempena Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (betul ke jawatan ni? aku pun xpasti, yang penting CUTI.. hihi).. Ini yang bagusnya keje luar KL ni.. ada aje cuti peristiwa yang KL tak sambut.. Apa nak buat esok? tengoklah nanti, mana tempat yang hendak dituju…

Saturday, October 24, 2009

PapaDom MamaDom..


We went for midnight show at Dataran Pahlawan, Melaka.. dengan adik and abang2 ipar.. Pada pendapat aku, tak rugi tengok cite ni.. Ada gelak2, sedih.. paling tak tahan gelak time dialog Harun Salim Bachik “jangan emosi dengan tanah”.. selamba dek dan spontan je lawak dia..

p/s: Ada orang tak nak tengok cite ni.. tapi, gelak jugak bile dah dalam wayang :P

Friday, October 23, 2009

Terlupa Lagi…

Biasanya lepas makan malam, terus makan ubat/supplement yang doktor bagi… ni, nak dekat 2 pagi, baru teringat tak makan lagi.. nasib tak tido lagi.. Macam2 ada, folic asid, obimin, calcium, vitamin C and B complex.. cukup pakej semuanya.. walaupun aku ni jenis tak suka makan ubat, tapi aku kena makan jugak, especially time pregnant ni.. sayur tak makan, itu tak makan, ini tak makan, tapi, ubat MESTI kena makan!.. memilih sangat :P  bukan tak nak makan, tapi, bile masuk kat mulut, rasa tersekat kat kerongkong.. selera aku sama macam dulu.. aku makan, apa yang aku suka makan sahaja.. oleh sebab tu, i try not to miss taking all the supplements.. boleh tambah2 nutrien mana yang tak cukup..

p/s: sekarang ni, takdelah mengidam apa2.. tapi, rasa nak makan sedap2 aje.. :)

Thursday, October 22, 2009

Watermark Your Photo..

Picture 150

Rupanya senang aje nak letak watermark atas gambar guna Windows Live Writer ni.. Dalam dunia serba canggih macam sekarang, banyak hal terjadi.. curi karya orang lain la, curi gambar la.. example terdekat adik aku punya gambar hasil wallpaper pun diguna oleh orang lain, tanpa sedikit pun credit.. so, letaklah watermark so that ada la bukti itu gambar kite yang punya.. aku malas sebenarnya.. kalau kena buat manual, it will take my time.. tapi, sekarang sudah mudah dengan WLW…

Gambar di atas tu, gambar aku ye.. dengan perut yang sudah ke depan.. haha.. it was taken while I wait for the KTM hari tu.. yes, aku berselipar sahaja pergi keje.. selesa, lebih2 lagi sekarang ni.. yelah, bile balik keje, masuk kete, pecut and terus sampai rumah.. tak singgah ke mana2.. tak expect la hari tu, kena balik naik train.. jadi, berselipar pun selipar la.. janji sampai rumah..

Kesimpulannya, letak watermark ok! harap aku sendiri x lupa..

HOMEDEC 2009.. Make You A Better Living..

Ini kali pertama aku and hubby pergi HOMEDEC ni.. memang tertunggu2 nak survey apa offer yang best sangat kat situ.. at the same time, survey skali harga buat kitchen cabinet, wardrobe bagai.. rumah tak siap lagi, jadi bawak plan aje pegi sana.. mintak diorang quote kan harga.. harga, erm.. aku pun tak tau mahal ke murah.. sebab tak pernah survey and buat benchmark pun sebelum ni.. just compare2 harga dengan company2 yang ada kat situ.. masa sampai pun dah petang, tak sempat nak jalan kat Hall lain, stuck kat Hall 1 aje.. lama betul, sampai tak sedar booth nak tutup.. 

Picture 115

Picture 123 Macam2 design ada.. sediakan aje pitihnya..

Picture 126 

Simple and nice..

Hasilnya, from HOMEDEC ni, kitorang dapat beli Hob, Hood and Digital Oven dengan harga yang sangat berpatutan .. and booking skali untuk buat kitchen kabinet.. booking ni, untuk lock harga HOMEDEC.. nanti, kat luar tak dapat harga tu.. menurut kata diorang la.. harap2 betul.. hehe.. nanti, rumah dah siap, barulah panggil diorang datang ukur bebetul.. time tu, baru bayar lagi..

me

 

 

 

  

 

 

 

 

 

Me at 16 weeks+ of pregnancy… Still slim, eh? :-)

Wednesday, October 21, 2009

Nuffnang Poll.. Baby Girl or Boy?

Aku baru je create Nuffnang poll kat side bar blog ni.. Tekalah, whether my baby is girl or boy.. nak teka banyak kali ke, ikut suka lah..tapi, xde hadiah lah.. Saja je suka2.. hehe..

Okaylah, time to sleep.. aku sudah penat, sakit pinggang..sakit akibat cramp kaki pagi tadi pun still ada lagi.. sengal je bile berjalan..tapi, kugagahkan juga kaki melangkah.. siap sampai McD tu, tengahari tadi :P

Till then, nite nite.. :)

Tuesday, October 20, 2009

Her New “Car”..

Pakcik and makcik yang tak sabar nak letak Marissa dalam stroller Sweet Cherry dia ni.. Ini hadiah dari aku and my hubby untuk newborn baby Epit.. nanti, untuk baby kitorang, bersiap sedialah aku nak pau pulak.. hihi.. hari tu, barang ni orang hantar ke rumah mak kat Wangsa Maju.. dapat2, dalam kotak.. semua parts asing2.. kena ikut manual la nak pasang... Bile dah siap pasang, ni tak sabar2 kitorang nak tengok camne Marissa kalau letak dalam tu…

IMG_3817

Moksu tengah buat preparation!

Hiks, skali bile dah letak, dia menjerit da… dah sedap kena dukung la ni, sampai tak nak letak kat bawah..

IMG_3818 argghhh..

IMG_3819 wa..wa.. pls help me.. saya kelemasan..:P

Ini hadiah dari Sofia pulak.. tapi, guna duit ayah la ye.. :) dia yang pilih hadiah2 ni, beli kat Jusco Wangsa Maju… kononnya nak belikan walker la.. budak belum pun sebulan, nak walker ke menda.. haha… lain kali la belikan ye dik, oi.. yang kat tangan tu, mainan yang tarik2 keluar bunyi.. dan sepersalinan pakaian.. Tasha belikan buaian elektrik..

22082009 fariz tayang body.. mak ai, lebih besar perut dia dari perut aku sekarang ni.. huhu..

Note: Post is written using Windows Live Writer.. Very easy.. nak letak gambar pun, just copy and paste.. macam buat Word Documents aje.. nantilah aku cerita kalau ada masa..

Sunday, October 18, 2009

Last Day of Syawal..

Today is 29 Syawal 1430H.. Last day raya for all Muslims..

Nah, gambar kami masa raya hari tu.. last day raya baru letak kat sini.. :P



Selamat menyambut kedatangan bulan Islam yang baru..
Goodbye, Syawal..

Wednesday, October 14, 2009

This Is How Pregnant Lady Drives...



no no no, it's not me.. i don't drive manual car.. hihi.. yang memandu ni, my carpool-mate, Serene.. She is also pregnant, tapi, about 2 minggu awal dari aku.. macam kumpulan ibu mengandung je, ada lagi yang nak join?... everytime she drives, she will protect her tummy from bumping onto the steering with the pillow... bawa manual car ni, memang kena seat ke depan sikit sebab nak tekan clutch tu..

p/s: Risau jugak ye, buatnya tiba2 kawan aku ni nak bersalin, aku pun nak terbersalin sama, macam mana? :P..

Tuesday, October 13, 2009

Online Shopping, Anyone?

Korang suka tak shopping secara online? For me, depends lah kalau ada duit lebih sikit dalam bank.. hihi.. I do shop for stuffs like tudung, tupperware, toys and many more except for clothes.. tak yakinlah beli baju online.. sebab, I can't see the material, rasa tak puas, lagi2 kalau second-hand one...

Macam beli Tupperware tu, kalau aku missed campaign ke, aku try cari on the net.. atau, kadang2 tu, barang asyik takde stock and aku fedup nak pegi stokis dua-tiga kali.. so, other choice is to buy online.. senang betul, terus sampai rumah.. pandai2 la cari, ada yang murah, ada yang mahal...

Ada one day tu, bloghopping here and there, then I found this website, CraftyHeart.. jual barang2 crafting/scrapbooking, which I like so much.. harga affordable if compared to those in shopping complex, like Papier at The Curve.. it is wayyy out of my budget.. :P I have made 2 purchase with them.. I bought stickers, CraftyHeart bagi 10% discount voucher dengan setiap pembelian... macam2 nak buat kononnya, termasuklah nak tampal2 my baby's ultrasound photo.. tapi, kekurangan masa lah..




my stickers collections..

And, this is my recent purchase.. Sweet Cherry S200 Jogger Stroller..


Pink colour, sweet kan? actually, aku yang berkenan sangat.. hehe.. Stroller ni untuk anak Epit.. Ini namanya "menanam".. haha.. tau kan maksudnya?? Aku beli dengan Deals2U.my, setelah puas survey harga kat kedai2.. Retail price is RM279 at Jusco, Sogo, Manjaku Babystore.. takde diskaun.. but, di Deals2U.my, I got it for RM255 excluding shipping.. good deal, hmm??

Online shopping ni, nak cakap elok pun tak jugak.. kena hati2 jugak... here are some online shopping tips to share:
  • kalau seller guna ebay atau lelong, boleh tengok review pembeli tentang seller ni.. kalau ada yang negative, fikir la banyak kali sebelum membeli.. especially beli yang mahal2 tu...
  • buat survey tentang harga, compare dengan harga pasaran..
  • make sure guna secure website untuk buat payment transaction.. don't simply click on the given link.. kalau nak buat through Maybank2u, bukak website Maybank2u and transfer from there..
  • berhati2 bila guna credit card untuk buat payment..
  • print receipt as a proof of payment..
Till then, selamat membeli belah..

Thursday, October 8, 2009

Our Baby's Ticker..



Updating my blog with our baby's ticker.. I am very excited to see how our little one progressing each week.. Right now, I am 16weeks++.. Can't wait to feel the baby "kicking"..

Source: Ticker from babygaga

Suatu Senja Di Seremban...



It happened on the Tuesday..
6.35pm, aku masih menunggu ketibaan Komuter untuk membawaku ke Serdang.. Sepatutnya, hari ini aku carpool dengan my colleague, Serene.. and it was her turn to drive..

Lepas keluar office, we headed to her car.. it is her husband's car, to be exact.. To our surprise, car alarm berbunyi, tapi, tak tahu sebab apa.. She can't unlock the car and can't disable the alarm too.. My friend call husband dia, and tanya mana satu manual key.. tapi, manual key ada kat rumah, ahh sudah.. we can't do anything at that time.. her husband akan datang selamatkan keadaan.. she say sorry to me and ask her friend to send me to KTM.. so that, tak payahlah aku tunggu lama hingga husband dia sampai.. actually, i was in a rush nak balik rumah PIL nak singgah rumah..Tunggu punya tunggu, kul 7.00pm baru KTM mula bergerak.. aku sampai kat rumah kul 8.00pm, dijemput oleh husband.. MIL dah ada kat rumah, dah siap masak nasi pun.. Very tiring day, but I didn't blame my friend.. Yelah, sometimes, manalah kite boleh jangka apa akan jadi.. disebabkan dia rasa bersalah, esoknya, dia drive lagi bawak aku pegi kerja.. very nice of her..

She texted me, saying that she forgot to off the light.. that's why the bateri kaput.. and alarm tu berbunyi setiap masa.. so, siapa yang salah ni? husband yang tak provide manual key atau wife yang terlupa padam lampu dari pagi? renung-renungkan dan selamat beramal.. hehe..

Wednesday, October 7, 2009

Ada Apa Dengan Twitter...

I've just joined Twitter few days ago..
But, I don't have any idea if this one will do any good to me..
Maybe someone can explain more about it..
Like Facebook, I joined because I want to contact my long lost friend when I'm about to get married the other day.. And, yes, it helped me..

Oh, by the way, if you wanna twitter with me, use my nick: sayahappyslalu

Tuesday, October 6, 2009

"Giant" Karipap..



Skali browse2 My Pictures folder, terjumpa gambar ni, karipap pusing.. Erm, sedap ni.. karipap yang dibeli di pasar Ramadhan masa bulan puasa hari tu kat area Serdang.. Bulan tak puasa ni, tak tau la orang tu meniaga kat mana.. Saiznya besar, satu tu, boleh makan 2 orang.. Tapi, can you imagine, I can finish 2 pieces on my own.. hihi.. Harga RM1.50 seketul.. Sangat sedap bagi aku, tapi, encik suami lagi suka karipap kat Ikea.. I wonder, when I can go Ikea again.. rasa nak "mencuci mata" tengok barang2 rumah pulak.. *wink*wink*

p/s: Dulu pernah belajar buat karipap pusing.. tapi, sampai skarang tak pernah apply.. :)

Monday, October 5, 2009

Kilang Terbakar?



Don't worry, bukan kilang tempat aku bekerja ni yang terbakar.. kilang sebelah nu.. Kim Fashion yang telah lama ditinggalkan sepi setelah bankrupsi.. monyet2 aje yang buat keje dalam tu.. Entah apa yang terbakar, maybe wiring lama kot.. asap je yang berkepul2... sampai ke lab, aku boleh bau hangitnya.. I was expecting boleh nampak ada api2 sikit.. barulah tragik.. haha.. then, the boss akan announce boleh balik utk half day, because the environment is not good for health.. In my dream, lah! :P

Tak lama lepas tu, everything was back to normal.. ada lah tu bomba datang selamatkan keadaan... aku teruskan kerjaku seperti biasa..

Friday, October 2, 2009

Mama Milk and Mama Club..

Sejak awal pregnancy, aku dah start survey2 susu yang sesuai untuk ibu mengandung.. Bile jalan2 kat supermarket, just tengok2 jenama apa yang ada.. Yang aku tahu, Anmum dan Dumex brand aje.. yang lain, macam jarang dengar.. Mahal jugak 1 tin tu.. Husband dah warning awal2, kalau beli, tapi tak minum, SIAP!!.. hehe.. tapi, kalau beli and minum sampai habis, my husband pulak yang SIAP!!.. siapkan duit la, tolong beli lagi.. :P


A cup of milk, anyone?

Aku tak mahulah main beli aje, hentam keromo.. nanti, bile try tak best, aku terus tak sentuh lagi.. Membazir namanya.. Then, I looked through their website and found out that I can get free sample of each brand.. Itu bagus betul, aku boleh test dulu before beli.. and see which one suit my taste.. Aku request Anmum Materna Chocolate Flavour dan lagi satu Mamil Mama Vanilla Flavour from Dumex.. tak sampai 2 minggu after signed-up the club and requested those samples, aku dah dapat sample2 tu di rumah.. Selepas mencuba kedua-duanya, I decided to choose Anmum Materna tu.. sedap2.. yang vanilla, aku tak dapat habiskan.. tak sesuai dengan selera.. So, maybe nanti nak beli.. harap boleh habiskan :).. buat masa sekarang, I just consumed Dutch Lady Full Cream Milk everyday..

Oh, lupa nak bagitau, after register as a member with Mamil Mama Gold Club, they rewarded me a soft and warm toddler blanket for baby.. mama baby nak pakai pun boleh ni.. hehe.. thanks very much, Dumex!

Thursday, October 1, 2009

Aaaargh...

Note: Photos as illustration..

Keadaan aku pagi ni... soooo sleepy..



Kan best, kalau dapat sambung tido.. lebih2 lagi di atas tilam yang empuk di rumah..



Walaupun terganggu sedikit oleh keadaan sekeliling, tidoku tetap lena..



Then, barulah boleh segar balik.. and I can keep my eyes wide open whole day.. :)