Ramai yang cuti hari ni, kan? Alangkah syoknya kalau aku pun cuti juga.. Pastu sambung sampai merdeka.. Huhu, sudah-sudahlah berangan, cuti tak ada, nak cuti kemenda? :P
Belek-belek gambar Haikal dalam folder, tengok balik gambar sebulan, 2 bulan lepas, 3 bulan lepas dan compare dengan sekarang, banyak berubah.. Bagus sangat ada camera digital zaman sekarang ni, capture aje berapa banyak gambar nak, lepas tu simpan.. Time boring, time rindu, tengok balik.. Pasti akan ada senyuman terukir di bibir sendiri.. Kalau masih guna Kodak Film macam zaman kite kecik2 dulu, nak bergambar kena tunggu event2 penting atau pegi jalan2 aje.. Nak tangkap gambar, dalam gambar tu mesti ada orang.. Rasa rugi kalau amik gambar landscape atau view aje.. Rugi nak cuci hihi.. Tapi zaman berubahkan, makin moden.. Tapi ni dah moden sangat, banyak2 gambar, tersimpan elok ajelah dalam laptop, tak cuci-cuci.. Don’t worry, aku nak kumpul gambar Haikal dari first day he was born sampai 1 tahun, nanti aku nak cuci 365 photos and make a compilation. InsyaAllah..
Ni saja aje nak letak gambar2 Haikal yang aku rasa belum pernah letak lagi dalam blog ni..
3.15kg masa baru lahir, nak pegang pun takut2 sebab kecik sangat.. Sekarang, dah nak dekat 8kg dah, boleh dah nak gomol2 ikut suka hati :)
Budak tembam.. 2nd day.. Nak balik dari hospital.. Kulit Haikal masa lahir penuh dengan bijik2 putih ni, tak licin kalau kita tengok.. Orang tua cakap “air mandi”.. Orang datang rumah aje mesti tanya “Kenapa? kenapa?”.. Aku pun tak tau explain apa, aku cakap “jerawat baby”.. hehe.. Day by day went by, bijik2 tu makin berkurang dan dah tak ada lagi sampai sekarang.. Bersih dah kulit, cuma ada kesan kena gigit nyamuk ajelah.. Kesian dia..
Haikal suka mengeliat dan meneran tak kira masa, dalam tidur atau masa berjaga.. Bila mengeliat, habis hitam muka.. Dalam hati, “Alamak, hitamnya anak aku” hehe.. Lama-lama mengeliat pun hilang, and kulit pun berubah jadi cerah sikit.. Atas kepala tu bedak sejuk, petua untuk hilangkan bijik2 putih kat muka dia..
Very significant smile, hmm? Senyum senget sebelah.. Masa kecik-kecik, selalu senyum dalam tidur aje.. Start 2 bulan, baru pandai senyum bila agah suruh senyum..
Buat muka.. hehe.. Kalau tengok Haikal tidur, mesti tergelak-gelak tengok muka dia.. Macam-macam pesen dia buat.. hihi.. Besar betul baju, now sudah pakai muat-muat dah.. Aku tak pernah beli baju newborn.. Beli mesti besar-besar biar boleh pakai lama sikit, jimat-jimat.. hihi.
Suka mandi! Kecik2 dulu, static aje macam takut-takut.. Nenek yang hari-hari mandikan Haikal.. Sekarang nampak excitement kalau time mandi.. Macam-macam memek muka ada.. hehe
Masa kecik, Haikal sangat jarang menangis atau melalak sampaikan orang ingat macam takde baby kat rumah sebab tak dengar baby menangis.. Perut kembung, berak-berak pun senyap aje.. Aku pun tak tau sakit ke tidak anak aku ni.. Apa aku buat, sekejap-sekejap aku check pampers dia.. As he grow bigger, dah develop kebolehan diri sendiri iaitu kalau tak dapat apa yang nak, mesti MELALAK.. haha.. Sekarang ni baru selalu dengar suara dia menangis.. Siap tengah malam pun tiba-tiba menangis macam orang kena pukul.. Aku angkat nak susukan, menangis jugak.. Rupa-rupanya, nak menyusu sambil baring, baru senyap.. huhu.. Macam-macam..
Cukuplah dulu buat masa ni, okay.. Da..