Monday, August 16, 2010

Tak Sahur…

It happened yesterday morning.. Tiba-tiba my hubby bangun kejutkan cakap dah pukul 5.50am… Hah?.. Dengan mamai-mamai, terus gi dapur, minum air masak aje, sempatlah sebelum azan Subuh 5.53am.. huhu.. First time tak bangun sahur, sebab tak kunci jam.. Selalu hubby kunci alarm dalam handphone dia, so, memang hari-hari aku mengharapkan handphonenya berbunyi ayam berkokok tu untuk kejutkan aku bangun.. My hubby lupa yang dia dah disable alarm sebab kitorang sahur dan berbuka kat Wangsa Maju masa last weekend. Dalam rumah, semua orang kunci jam, sekejap2 alarm bunyi :P  Kalau nak harap handphone aku pulak, bunyi tak kuat, kadang-kadang, mana entah aku letak.. Tengah2 menyusu baby, terus tertidur terus, tak ingat nak kunci alarm.. hehe..

Ingatkan okay aje berpuasa dengan tak sahur ni.. Biasanya, tahun sudah-sudah pernah jugak tak sahur, maintain aje sampai petang.. Tapi, semalam, I went FLAT… Dah masuk kul 3.00pm tu, dah rasa tak tentu arah.. Bila berdiri lama sikit, rasa dah pusing-pusing kepala.. Bila duduk, pastu bangun, pandangan gelap semacam rasa nak pitam.. Mungkinkah sebab low sugar level atau low blood pressure? Entah aku tak tahu.. Dah separuh jalan, rasa sayang pulak nak berbuka, so aku teruskan jugak berpuasa.. Dalam fikiran ingat air, makan aje.. hihi… Bagitau hubby tak larat nak masak, nak masak after berbuka.. Then, dia offer tolong masak.. Okaylah, aku tolong tumis aje.. Sampai rumah aje, melepek baring kat katil.. Seriously, aku rasa tak larat gile-gile, kat ofis, nak menaip kat pc, mood takde langsung, nak pump susu tak larat, nak dukung baby pun rasa tak kuat, nak mandi pun tak larat.. hehe.. Sementara nak tunggu berbuka, baring kat sofa pulak.. :P Macam budak-budak berpuasa aje.. hehe..

Masa berbuka, bancuh Milo, minum lai chi kang, makan kurma, karipap, potato wedges, kuih onde-onde, kuih koci.. hah, amik kau, semua aku bantai.. hihi.. Then, makan nasi.. Lepas makan, terus perut sebu.. Sambung baring-baring sekejap sambil susukan baby.. Sempat tertidur, nasib tak terlajak Maghrib… hehe.. After that baru rasa okay sikit.. Malam sebelum tidur, makan Burger Otai.. hihi..

Lepas ni, harap takde dah ter”miss” sahur ni.. Kalaulah ditakdirkan miss lagi, memang fikir banyak kalilah nak teruskan puasa.. Kalau tau tak larat, baik buka awal2.. hehehe.. Kenapa sebegini tak larat ek? Sebab susukan baby ke? Agaknya la kot..

6 comments:

Queen said...

saya dah 2 3 kali tak sahur....masa hari first tu sakit perut macam nak gastrik...pastu hari2 lepas tu kalau tak sahur dah takde pape...even tho ber'cuti'..pun tak makan dan tak sahur sama macam org puasa..heee

This is .... said...

entahla, sejak ada baby exhausted sgt2 kot.. hehe

Rizziela said...

yerlah tu
akak dulu pun mcm tu gak...
1st day flat giler masa last ye
lepas berbuka pengsan terus

This is .... said...

pengsan? seumur hidup tak pernah lagi saya pengsan..

~ZuE~ said...

mmg kalo bf n puasa bkl flat gile.. huhu.. kalo x pose pon pas pump sure haus n lapar gile huhu

This is .... said...

kak zue,
serik nak puasa kalau tak sahur.. hehe..