Tuesday, August 17, 2010

Alahai Kesian Anak Mama…

Haikal demam sejak malam Isnin.. Tak sampai hati kitorang tengok… Dahlah demam, kena batuk dan selsema lagi.. Walaupun demam, tetap aktif nak pusing sana sini.. Sikit pun tak menangis, jadi aku pun tak tau sakit ke tidak anak aku ni.. Malam Isnin tu, bila badan Haikal mula panas, my hubby try amik suhu guna digital termometer.. Masa tu, dah 38.3 degree Celcius, terus kitorang siap2 ke Hospital An-Nur di Bangi.. Nasib baiklah tak jauh dari rumah kitorang dan kliniknya buka 24 hours..

IMG_7875 Menunggu giliran..

Kat hospital, doktor check dah naik 39 degree Celcius.. Terus nurse masukkan ubat yang masuk dalam bontot bagi cepat turunkan suhu badan.. Masa mula-mula tu, doktor ada tanya “Haikal ni lelaki ke perempuan?”.. Sebab apa? Sebab itu ambiguous Mickey or Minnie Mouse hat.. kekeke..

IMG_7876 Masih lagi tersenyum-senyum bile nurse nak masukkan ubat..

Then, doktor advised suruh mandikan baby dengan air suam bila balik nanti.. Bukan main seronoklah Haikal kena berendam tengah malam.. hehe.. Lepas mandi, kitorang pakaikan dia baju pendek dan seluar tiga suku.. Aku slalu ingat kalau baby demam, kena selubung sebab sejuk.. Yelah, biasanya kalau aku demam, aku rasa sejuk dan selubung.. Rupanya tak, biar pakai baju pendek, bagi panas badan dia reda..

IMG_7879 Lepas mandi, masih ligat bermain..

Malam tu, tak panas dah badan dia.. So, esoknya (Selasa) aku hantar ke babysitter macam biasa.. Masa balik, my hubby amik Haikal dan kakak babysitter tu cakap Haikal merengek aje nak dukung dan badan panas masa siang tu.. Aku tengok mata pun merah, mungkin tak cukup tidur.. Kesian sangat.. Aku letak kat toto, terus dia tertidur sambil menanduk bola..

IMG_7886

Masa kitorang berbuka, Haikal terbangun, muka bukan main serius.. Taulah, Haikal kan suka angkat2 kening.. hehe.. Lepas makan, main-main dengan dia, baru okay sikit.. Siap bergelak ketawa dengan papa dia..

IMG_7889

IMG_7892

Sempat aku record video dia ketawa terkekeh-kekeh gara-gara papa buat aksi Street Fighter.. haha.. Ala-ala “Abugit” gitu, entah character siapa tu?

Such a sweetie boy, sakit-sakit pun boleh gelak2 lagi.. Time menyusu pun gitu, bila tengok muka aku, dia senyum.. :)

Ingatkan malam semalam dah okaylah sebab dah tak panas badan dia.. Sekali masa tidur, aku rasa badan dan kepala dia panas balik.. Aku amik tuala basah dan letak kat kepala Haikal.. Dia tidur aje seperti takde apa berlaku.. Lepas sahur check suhu badan, still panas lagi 38 degree C, kitorang ingat nak bawak ke klinik balik.. Bila dah siang, dah kurang dah, tak jadilah nak ke klinik.. I decided nak monitor dia hari ni.. Tak sampai hati nak hantar pergi babysitter, takut panas balik badan dia.. Kesian jugak kat akak tu, kalau tak boleh buat kerja lain asyik kena pegang Haikal aje..

IMG_7900

So, aku di sini, di rumah menjaga baby hari ni. Amik EL today.. Mudah-mudahan cepat sembuh anak aku ni.. Tak sanggup tengok anak sakit lama-lama..

Note: Ada orang cakap, mungkin baby demam sebab nak tumbuh gigi.. Aku check, takde lagi gigi kat gusi Haikal tapi sejak beberapa hari ni suka sangat gigit masa menyusu.. huhu.. Sakit tau!

7 comments:

en_me said...

siannyerr..

salamm ramadhan mama ittewww

~Mommy ZuE~ said...

alahaii.. get well soon haikal

Ann said...

Salam.

Baru tau bila baby demam kena pakaikan baju pendek. Selama ni dok pk kalau baby demam kena pakai baju panjang, selubung dengan warmer. Kunun nk bagi peluh keluar. Haha. Ajaran sesat rupanya. :B

Get well soon ya Haikal.

Wan Amira said...

tak pe amik EL .. anak lagi penting kan..

sayahappyslalu said...

kak zue,
thank u. he's getting better today..

Ibu Alia Kaiyisah,
hehe... saya pun fikir camtu..:P

Kak Mira,
haah, EL pun EL la.. walaupun cuti dah nak negative.. hehe..

mira edora said...

samala haikal ngan Aiman
demam, selsema n batuk
malam panas, pagi bila plan nak bawak pi klinik, ok pulak
tp ligat bukan main, senyum n gembira mcm tak sakit
agaknya diorg nak kurangkan risau kita bila tengok diorg sakit kot
get well soon haikal!

sayahappyslalu said...

kak mirah,
haikal dah okay dah.. tapi, still batuk2 lagi.. hari ni hantar ke babysitter. hopefully bertambah baik.. Tak sabar nak balik!