Monday, May 31, 2010

Haikal’s First Photoshoot…

Photoshoot sempena konvo Pak Teh.. Semua ahli keluarga berkumpul kat kedai gambar untuk bergambar kenang-kenangan dengan Pak Teh yang memakai jubahnya..

IMG_6425 Dengan Nenek dan Abang Danish sebelum pergi kedai gambar..

IMG_6426 Sebelum bergambar, kita minum duluuuu… Bagi cukup tenaga!

IMG_6427Curi-curi amik gambar dari belakang.. Macho lah Pak Teh!

Dah bergambar-gambar, baru tanya dengan tokey tu pasal pakej.. hehe.. And, baru dapat tahu tak boleh dapat softcopy gambar-gambar tu.. Haiya..

IMG_6429

IMG_6432

Tak tahulah macam mana rupa Haikal dalam gambar.. Tak sabar nak tengok.. Harap senyum lah macam selalu.. Tokey tu siap main-main loceng supaya Haikal pandang kat kamera.. hehe..

Bila nak buat outdoor photoshoot? Ada yang nak bagi best offer? hehe..

Jual Barang Di Mudah.my.. Sejauh Mana Keberkesanannya?

Boleh dipercayai ke Mudah.my ni? Bagi aku, website ni memang mudah la seperti nama dia.. hehe.. Tak payah nak register ke, jadi ahli ke apa macam Lelong.com.my.. My hubby beli steamer iron pun dari Mudah.. Kalau rajin browse nak beli barang2 especially barang 2nd hand ni, kadang-kadang bernasib baik, boleh dapat murah.. Pandai-pandai la negotiate kalau boleh.. Second hand tak semestinya tak elok.. Penjual akan bagitau la condition barang-barang tu supaya pembeli tau at the first place before confirming their purchase..

Dengan adanya kemudahan ni, kitorang try to let go our baby’s Sweet Cherry SCR5 stroller kat Mudah ni.. Memang mendapat panggilan hangat.. hehe.. Tapi, yang dapat stroller tu ialah my hubby’s friend.. Dia nak beli.. And now, kitorang nak clearkan sikit ruang bilik.. So, let go pulak exercise bicycle yang aku beli time nak panjat Gunung Kinabalu dulu… Serius semangat time tu, beli basikal bagai konon nak tingkatkan stamina.. hehe.. Daripada tak digunakan skarang atau jadi tempat menyidai baju aje, baiklah jual kat orang yang berminat.. Baru appear iklan ni, dah ada orang call tanya.. And, malam semalam dah terjual.. Yeay!

by

Bye bye basikal.. Nanti, beli basikal untuk Haikal pulak.. :P

Sunday, May 30, 2010

My Baby Got New Stroller & We Went Shopping At Ikea All Day Long..

Haikal yang dapat stroller baru, tapi, mama yang terlebih excited.. :P Lepas beli stroller, terus bawak gi jalan-jalan kat Ikea.. Haikal sangat baik, tak meragam langsung.. Duduk diam2 je dalam stroller walaupun badan panas sikit selepas kena cucuk.. Cuma kena sumbat puting la bagi dia leka.. hehe..

Stroller MacLaren Quest Sport ni my hubby beli untuk gantikan Stroller Sweet Cherry SCR5 yang sudah di let go.. Kitorang takde problem dengan stroller lama tu.. Stroller tu sangat tegap and spacey untuk Haikal dan boleh letak barang2 after shopping.. :P It was just tak sesuai untuk kereta kitorang yang kecik cinonet bonetnya.. Kalau dah letak stroller, memang tak boleh letak barang lain dah… huhu.. Daripada beli kereta baru yang lebih besar, baik beli stroller baru yang lebih kecil.. Bajetnya lagi rendah, kan? hihi.. Makanya, sampai sudah mama tak tahu nak lipat stroller SCR5 tu.. haha..

IMG_6492

IMG_6499“Haikal jangan nakal-nakal ye!” pesan papa.. “Okay, papa..” jawab Haikal dengan senyum manisnya.. :P

IMG_6496

Bila dah masuk Ikea yang jarang2 skali kitorang pergi, memang akan ada aje barang2 yang terbeli.. sometimes, takde dalam list pun.. hehe.. We bought ANTILOP high chair and LÄTTSAM children potty seat.. Ye, masih terlalu awal sebab Haikal pun tak tau duduk lagi, tak tahu nak berdiri untuk poo-poo sendiri.. But, who cares? :P Tak tahu bila nak pergi sana lagi.. Lagipun, potty chair tu murah sekarang… RM6.90 aje, ada promotion.. Harga asal RM12.90.. Lagi, beli periuk belanga, soft ball (for Haikal lagi), storage box diskaun 50% kat As Is section, hand towels, frames, wall clock, itu je kot.. Tak ingat dah.. hehe..

IMG_6500 Haikal demam… Kesian anak mama ni..

IMG_6501Sangat baik, serius! Sayang Haikal.. Lain kali mama bawak jalan-jalan lagi.. Senang sikit, stroller baru ni very light weight.. 5.2kg aje, berbanding yang dulu, 8kg.. Takdelah susah payah nak mengangkat nanti.. Yang penting, nak lipat pun senang, macam lipat payung (umbrella fold type)..

Kitorang sampai rumah nearly 12.00am setelah round-round Ikea dan Ikano Power Centre.. Very tiring Wesak Day.. Tapi, puas hati, dapat stroller baru.. kehkehkeh..

Beryl’s Free Chocolate Buffet..

Bila sebut fasal buffet, aku dah fikir makanan berlambak atas meja sampai tak tahu pilih yang mana.. Same goes with chocolate buffet yang Beryl’s anjurkan.. I expect chocolate macam2, so, boleh pilih mana yang suka.. But in this case, cakap aje buffet.. Buffet la sangat! huhu.. Husband aku cakap dia bagi sorang sikit.. Secoit aje… Merasalah aku seketul coklat free.. Since baru balik dari checkup, Haikal pun tidur, aku tak masuk.. Kalau masuk, tentu kecewa.. :( So, my hubby beli coklat kat situ, orang tu cakap murah dari harga luar.. So, percaya ajelah.. hehe.. Nasib baik coklat sedap..

IMG_6480

IMG_6481 Ramai yang menunggu di luar.. Ada yang tak dapat masuk.. Aku pun tak tau kenapa guard nak tutup2 pintu.. Kata nak bagi makan free,  bior aje lah gate tu bukak!

IMG_6482Ini coklat RM40.. Nak makan free kenyang2 kat chocolate buffet tu, tak dapeklah.. Nak kenyang, kena beli sendiri.. huhu..

3rd Month Checkup At Annur, Bangi…

Jumaat, cuti Hari Wesak, kitorang bawak Haikal ke Klinik Pakar Kanak-Kanak An-Nur Bangi untuk injection 3 bulan..

IMG_6473 Menunggu giliran dengan penuh sabar…

Pergi checkup setiap bulan ialah waktu yang dinanti-nantikan sebab excited nak tahu Haikal dah naik berapa kilo.. hehe.. Tapi, part nak tengok anak kena inject, memang mama surrender.. Tak sampai hati!

Mula2 timbang dulu.. Ewah, selamba aje baring atas scale tu.. Haikal dah 6.5kg.. Naik lagi sekilo.. Pastu tinggi pulak 63cm.. Naik 1cm..

IMG_6475Rilex aje, tak tahu kejap lagi doktor nak cucuk dia.. :P

IMG_6476 Doktor nak inject.. Mama duduk jauh2 aje.. hehe..

Being a strong boy, Haikal tak menangis pun kena cucuk.. Mencemik aje macam orang nak menangis, tapi tak jadi menangis.. He can bear the pain..

IMG_6477On the way balik.. Baring berehat dalam basket dia.. Tengok paha, dah berisi macam drumstick.. hehe..

Wednesday, May 26, 2010

A Bookworm-To-Be…

IMG_6442

Tengok tu, sampai tertidur anak mama baca buku.. hehe.. Jadi bookworm tak apa, tapi jangan jadi nerd ye.. hihi.. Tak sabar nak tengok Haikal pegang sendiri toys, books and botol susu.. :P

Hari tu belikan Simple Dimple Cloth Book ni kat Natural Bebe’s Home.. Murah berbanding Fisher Price Peek-A-Boo.. So, for a starting okay la, kan? Mini Library yang aku menang essay writing hari tu, kulit tebal.. Aku risau jugak kalau tiba2 terjatuh masa baca untuk Haikal.. Karang, benjol pulak dahi anak aku.. hehe.. Bila baca, aku terpaksa pegang kuat2..

Tuesday, May 25, 2010

Wedding Seasons.. Time To Dress Up..

Start bulan May, boleh dikatakan setiap minggu ada orang kahwin sampai bulan Julai nanti.. Bulan April hari tu, aku still dalam pantang… Yang pergi, hubby sorang ajelah.. So, bila nak pergi majlis ni, kena bawak baby skali dan setiap kali tulah aku fikir, baby nak pakai apa? Baju ni, dah pakai hari tu.. Seluar ni dah pakai jugak.. blablabla.. Tentang baju mama, senang aje.. Sarung baju kurung yang mana ada, settle.. hehe.. Betullah orang cakap, bila dah ada anak, fikir fasal anak aje dulu.. Mama punya kemudian.. Macam slogan 1Malaysia pulak, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Nanti Dulu Diutamakan.. Dalam kes aku, Anak Didahulukan, Mama Kemudian.. hehe..

So, bila rasa baby asyik pakai baju yang sama aje, macam tak best pulak.. Mulalah mama membeli sana-sini.. Memang pantang nampak kedai2 baby.. Lagi2 yang siap bukak khemah kat depan kedai.. Hari tu lalu masa lunch, Natural Bebe’s Home dan Manjaku buat sale, terus aje singgah sekejap.. Double parking pun tak apa.. hehe.. Memang tak tertahan tengok baju comel-comel ni.. :P Seronok kan tengok anak pakai baju lawa2.. hihi..

Owh, ini gambar2 Haikal attend wedding di Melaka, 2 minggu berturut2..

IMG_6311 Baju budak setahun lebih kot.. Saiz M.. Main sarung aje, acilah besar sikit.. Pakai malam, takdelah sejuk sangat.. :P

IMG_6317 Get enough sleep sebelum pegi kenduri.. :P

IMG_6320 Nasib baik ada bantuan mini-fan tu.. Boleh sambung tidur tanpa berpanas..

IMG_6395 Nite mode.. Bertutup serba serbi.. Takut nyamuk, sejuk etc..

IMG_6405 Dah bersiap nak pergi kenduri kat Dewan Hang Tuah.. Hensem tak? Macam Hero Kampung Dusun tak? hehe..

IMG_6415 Senang ada Mosses Basket ni.. Haikal tido lena dalam tu.. Nak bawak balik stroller, besar gedabak tak muat dah bonet.. hehe..

IMG_6411 Last but not least, with my mama!

Monday, May 24, 2010

Susu Untuk Ibu Yang Menyusukan Bayi… Bantuan Diperlukan..

As a breastfeeding mom, aku pun kena minum susu jugak.. Macam-macam tips untuk tambahkan susu ibu (you can google it), termasuk minum susu..  Jangan lupa, banyakkan minum air.. Susu kan, air.. Kalau tak cukup minum air, macam mana nak produce air susu.. Tapi, ada jugak ibu2 yang kurang susu badan.. So, aku rasa ini rezeki masing-masing lah.. Alhamdulillah, aku masih breastfeed baby aku.. Baru 3 bulan, masih jauh perjalanan.. Semoga dipermudahkan.. Amin..

Oh, bercerita pasal susu for lactation ni, aku minum Susu Anmum Lacta.. Mula-mula ragu-ragu jugak nak beli.. Sebab takut tak sedap and tak habis minum.. Tanya sample sana-sini, tapi takde.. Aku nak yang chocolate flavour, macam Anmum Materna tu, takde jugak.. Only plain flavour available.. Jadi, main beli ajelah, try and error.. Aku boleh telan.. Rasa macam fresh milk yang biasa tu… Nak chocolate, tambah Milo sendiri.. hehe..

Ni nak mintak tolong dan jasa baik.. :) Ada tak antara korang yang minum Anmum sekarang ke, dulu ke tak kiralah.. Then, simpan the scoop (1 scoop, 2 scoops doesn’t matter).. And, tak nak scoop tu..  Actually, Anmum ada anjurkan Materna™ / Lacta™ Gift Redemption.. Aku ada 3 scoops aje sekarang.. 3 scoops dapat free towel.. Cuma, angan-angan tinggi sikit nak Blood Pressure Monitor tu.. hehe.. Jadi, kat sini kurang lagi 4 scoops.. Ada siapa2 yang murah hati nak bagi tak? Aku perlukan a small part kat hujung scoop tu aje.. Kalau ada, let me know ok.. :P

lacta

If wanted to redeem, you can download the form from their website.

Haikal At 3 Months..

IMG_6437 Tang bibir tu yang mahal.. hehe..

Sekejap aje dah 3 bulan.. Yes, semalam 24th May, Haikal genap 3 bulan.. Tapi, bila tengok Haikal, mama rasa anak mama dah macam baby 5 bulan.. hehe.. Badan semangat, pipi chubby.. :P

Haikal progress at his 3rd months:

  • Suka sangat nak nyonyot mittens (sarung tangan).. Habis basah.. Still pakai mittens sebab suka gosok2 mata dengan tangan, so, mama risau Haikal cakar muka dia.. Tapi, sekarang, bila mama/papa ada, kitorang bukakkan mittens tu, bagi lega sikit tangan Haikal nak menggapai2.. Terlepas jugak satu dua kesan cakar kat muka.. huhu..
  • Very responsive.. I like to talk to him.. Bila cakap2, tanya2, he will respond back dengan suara halus dia.. Alala, comelnya suara..
  • Agah2 dia, senyum lebar anak mama ni.. Tapi, make sure mood baik tengah baik.. Kalau baru bangun tido, mukanya serius semacam.. hehe.. Hari tu, masa amik Haikal kat rumah babysitter, mama tepuk2 tangan depan dia, terus melebar aje senyum.. Ini yang buat mama tak tentu arah nak balik keje cepat hari-hari.. hehe..
  • Bila baringkan kat playgim atau changing mat, kaki dah terangkat2.. pastu badang senget2, macam nak try meniarap.. go go, baby go..
  • Pandai merajuk sampai bibir cemik2... Bila lambat bagi susu, merajuk.. Pastu, sambil hisap susu, dia mengomel2,  tanda protes agaknya.. Kadang2, tak mahu terus.. Bagi air masak, baru minum.. Susu laju pun Haikal tak suka, habis dikeraskan badan dia, siap kaki tegang2 kat riba mama.. hehe.. kena pujuk2, baru okay minum senyap2..
  • Bila mama ada, Haikal tak mahu minum susu dari botol.. Pandai betul budak kecik ni!
  • Start ketawa bila agah Haikal dengan ayun-ayunkan mainan kat depan dia..

Semalam, after balik kerja, mama amik Haikal.. Sampai aje rumah, letak barang2 semua, then peluk Haikal untuk susukan dia.. Excited nya dia, senyum aje.. Sebelum menyusu, cakap2 dengan dia sambil agah2 dan ketawa.. Haikal pun senyum dan ketawa.. Dengar suara Haikal ketawa, mama pun ketawa sama.. And, suddenly I burst into tears.. huhu.. Bukan sebab sedih.. Tapi, I’m so touched! Haikal tengok aje mama, terus dia tak senyum.. Macam confused aje, mungkin fikir “nape mama kuar air mata?”.. hehe.. I love you, baby.. 

Sunday, May 23, 2010

EBM Rosak Bila Tiada Bekalan Elektrik?

Pernahkah ini berlaku bila ketiadaan bekalan elektrik di rumah? What will you do? Perkara ni tak pernah terlintas dalam fikiran aku sehinggalah TNB bagi notis pemberitahuan gangguan bekalan elektrik hari tu.. Bila dapat notis tu, aku hanya membayangkan kitorang akan berpanas dalam rumah, nyamuk waktu malam etc. Tapi, tak terfikir fasal EBM until my hubby mentioned about it.. hehe.. Then, mulalah cuak.. Mana nak simpan stock EBM yang tak berapa banyak tu? Bolehkah EBM aku tahan lama kalau peti ais tu aku tak bukak2.. Please note that my fridge is one-door type, dari zaman anak dara dulu.. :P  Macam2 dalam fikiran.. Fikir jugak, apa kata pegi tumpang simpan kat peti simpan aiskrim kat kedai runcit berdekatan rumah.. haha.. Macam best je idea ni.. Tapi, masa takde elektrik tu, Haikal punya pengasuh tak sihat, so, kitorang kena hantar Haikal kat rumah mak aku kat Wangsa Maju.. Makanya, dengan semua EBM kitorang angkut pegi Wangsa Maju guna bekas kedap udara yang selalu orang simpan nasi lemak tu.. Oleh itu, terselamat stock saya… hehe.. Kalau korang, apa korang buat? Bagi idea sikit..

Sekarang ni, I have another problem.. Aku sendiri confused! EBM yang disimpan dari 19hb hari tu, after 5 hari, tetap tak beku walaupun aku simpan kat tempat beku.. Ada jugak yang tarikh 14hb pun sama.. Aku buang aje susu-susu tu, takut nanti ada effect pulak kalau baby minum.. Start lah balik risau aku ni.. Gas peti sejuk nak abis ke? Tapi aku tengok frozz berkepuk kat bahagian tu.. *Peti ais ku bukan jenis anti-frost, patent lama sungguh! hehe* Susu-susu yang lain, beku okay je aku tengok.. Adakah ini petanda kena beli peti ais baru khas untuk EBM? Erm, rasa-rasanya, macam tulah gamaknya… :P

IMG_6025 Dulu, penuh barang-barang… Sekarang, penuh botol susu.. hehe.. Bahan basah, my hubby beli on daily basis..

Note: EBM = Expressed Breast Milk.. Hubby selalu tanya apa tu EBM? hehe..

Friday, May 21, 2010

Please Sit Properly In Your Car Seat, Baby..

Sweet Cherry Car Seat ni ialah hadiah dari adik aku, Epit.. Memang untuk newborn sampai 4 tahun.. Pernah nak try masa baby sebulan lebih, tapi, bila letak rasa macam melengkung aje seat kat bahagian punggung dia tu.. So, tak jadi.. Takut baby tak selesa..

Hari tu, nak pegi Mom & Baby Expo, try lagi skali.. Haikal nampak selesa duduk kat situ.. Actually, bukan duduklah, more to baring position.. pinggang baby pun tak kuat lagi.. For me, kalau dia tak nangis tu, maknanya dia selesa la tu.. :)  Yelah, kadang2 risau jugak, terfikir tak sakit ke pinggang, badan, tak rimas ke etc..

IMG_6223“I’m okay, mama”

IMG_6224 “Haikal suka pegi jalan, mama”..

Later, mesti Haikal tahu, kalau naik kereta dan duduk dalam car seat, maknanya mama dan papa dia nak bawak pegi jalan2.. :P

IMG_6308 On the way balik ke Melaka.. Si kecik tidur aje sepanjang perjalanan, tak nangis, tak bangun mintak susu ke apa.. Good boy!

Note: Nak try jalan2 berdua aje dengan baby.. Stroller kena belajar lipat dulu.. hehe.. “Papa, bagi lah, please.. Mama boleh handle punya, Haikal guarantee..”

Thursday, May 20, 2010

Online Shopping.. Why It Is So Addictive?

Do you agree with me? :)

It is so true (in my case la), once you start doing online shopping, you will stuck to it forever.. haha.. Started with buying simple and cheap stuffs like toys like Hotweels and Barbie Doll, Tupperware and up to buy big item like stroller.. And, now I’m addicted to it.. Especially, browsing for baby stuff.. Senanglah, no need to go to shopping complex. Plus, sometimes can get it cheaper from elsewhere.. Suka sangat perasaan bila dapat parcel tu.. Feels like getting present from heaven.. haha..

Oh, if anyone know good links, giving good price of course, do share with me.. I’m interested with baby related stuffs like cloths, toys, books etc.. Please leave the link in the comment box. Thanks ya!

Note: Satu aje tak suka, sometime they overprice the postage fee.. I don’t mind hantar guna registered mail biasa aje.. Tupperware besar gedabak, aku hantar baru RM3.50.. Takkan nak charge RM10 for it.. logic la sikit.. Unless nak dapat cepat, yes you have to pay more, guna PosLaju ke, G-Dex ke..

Pink Coach For Ladies..

train Gambar hiasan. Source: wikimedia

No, no, it's not about Coach, the designer brand.. It's about KTM Komuter coach.. :) Baru-baru ni KTM launch komuter coach untuk wanita sahaja.. Sound interesting to me.. Walaupun bukan regular customer KTM, tapi, aku suka lah idea ni, lebih2 lagi train colour pink.. hehe... Aku faham situasi2 wanita di luar sana..

Bila naik komuter, aku jadi bengang bila berhimpit2 dengan orang.. Especially ada lelaki yang naik sama.. Bukan orang Melayu aje.. Mat Bangla, Indon, Nepal semua ada, macam2 bau.. haha... Memang suka kan berhimpit2, bertolak2 pastu dapat rapat2 dengan orang perempuan? Rasa nak siku aje.. Dah ramai2 macam tu, aku mulalah muka serius tak tentu pasal.. Pegang handbag sampai ke dada.. haha.. Kalau ada wallet ke apa kat poket belakang, cepat2 masukkan ke poket depan.. Pick pocket memang ada setiap masa.. So, dengan adanya koc untuk wanita ni, harapnya takde dah masalah kena raba ke, kena rompak ke.. Tapi, beware juga, bukan semua pencuri tu lelaki.. Yang jadi pencuri hati wanita, itu, memang ye LELAKI.. haha.. 

Note: Erm, bila nak naik ni? Kena aku yang tak sabar ni, train apa yang ada, aku sapu.. Maleh den nak tunggu2.. hihi

Natural Bebe’s Home Outlet In Senawang..

I’m not sure whether they have other branch somewhere else.. This shop baru bukak di Dataran Senawang which I don’t even know about it until Suzie told me.. Jadi, kitorang buatlah activity emak-emak pada waktu lunch, nak tengok apa yang menarik kat sana.. :P Suzie pesan ingatkan dia jangan nak beli-beli.. Pegi tengok aje..

DSC00396

Sampai sana, belum masuk lagi dah excited tengok “SALE” tag kat pintu.. Nampak baju2, seluar off 50%.. Mulalah tanya2 saiz.. Mmm, takde maknanya tak nak beli.. Kalau dah terjebak, mesti susah undur balik.. hehe.. Aku pun mengaku, kalau nampak barang2 baby sekarang, tak kisahlah baju ke, toys ke, tentu nak belek2.. Kalau belek tak beli, tak apa.. Ini, mesti ada yang terbeli.. :P

DSC00397

Barang2 kat sini not bad juga.. ada macam2, playpen, stroller, milk storage bottles, toys pun ada etc.. Cuma promoter dia serius aje, tak friendly.. Nak tanya discount pun, macam tak sudi nak jawab :(

DSC00394 Alah gelap gambar ni.. 

Aku beli checked shirt and cap untuk Haikal.. Nak bagi dia lagi hensem.. Taklah nampak kepala botak anak mama ni.. hehe..

IMG_6211 “How do I look?”

Note: Suzie, nak pegi lagi nanti, ajak aku.. :P

Wednesday, May 19, 2010

Haikal’s Playtime…

IMG_6029 Haikal main kat playgim.. Playgim ni hadiah dari company papa kerja.. Memang excited aje kalau toys yang bergantungan tu goyang2.. Tengok tu, kaki menggelitis tak reti diam…

IMG_6221 Apa benda nama mainan ni ek? mama pun tak tau nak panggil apa.. Haikal seems attracted bila benda ni pusing2 dengan kuar music skali.. Kadang2 tak tidur pun.. Tapi, khayal tengok, mata pun tak berkelip.. Kadang2, mama tengok Haikal senyum sorang2..

IMG_6275 Seriusnya! Tengok apa tu?.. Mainan goyang2 atas rocker tu, kalau boleh, Haikal macam nak tangkap.. hehe.. Papa letak kipas kat rocker Haikal.. sebab selalu kepala Haikal berpeluh, mungkin panas.. Jadi, sekarang tak panas lagi.. Oh ya, kipas tu boleh jugak letak kat stroller.. Hari tu, masa pegi rumah orang kahwin, mama pegang aje kipas tu sambil dukung Haikal sebab tak tahan panas.. Sangat berguna.. Small fan tu, we bought at Toy’rUs masa pegi Mom & Baby Expo hari tu, jenama Little Bean.. Ingatkan mahal, tapi tak rupanya.. RM19.90 aje..

IMG_6357 Haikal dengan musical caterpillar.. Comel , pipi dah macam sama chubby.. hehe.. Malam tadi try bukakkan mittens.. Biar je tangan Haikal kena angin.. Nampak macam seronok.. asyik bukak tapak tangan dia.. Kalau tak cakar2 muka, boleh terus tak payah pakai mittens lagi..

Tuesday, May 18, 2010

Air Asia Free Seats.. Really Makes Me Sick..

airasia

Finally, I managed to book the tickets for 3 of us, after a few hours of trying.. Actually since yesterday lagi.. At one time, aku dah betul2 fed up and in a “lantaklah-malas-nak-fikir” mode.. Tapi, aku memang betul2 nak pegi cuti-cuti Malaysia.. Jadi, digagahkan jugak tangan ni asyik tekan refresh aje.. Nampak sangat suka berjalan.. hihi.. Berjaya jugak akhirnya.. Now, baru boleh panggil family trip, rite? hehe.. Me, hubby and our little tiger boy.. :P At that time, Haikal dah setahun lebih dah.. Rasa2, dah pandai jalan ke, anak mama ni? :)

Dapat grab zero fare for adults tickets.. Tapi, kenapa pulak untuk baby kena RM50 one way.. Zero fare kebenda? This is unfair.. Baby duduk atas pangku their parent aje, kan?.. Unfair-unfair pun, aku click jugak.. hehe.. Ada kawan aku suggest untuk letak baby under adults jugak sebab dia pernah buat.. So, dapatlah Free Seat jugak.. Tapi, aku malas dah nak click “Back” sebab dah halfway through.. Tinggal nak masuk credit card detail aje.. Karang tak pasal2, lagi mahal kena bayar sebab takde dah yang zero fare tu..

Being me yang sangat la creative (haha!), pilih aje mana2 tarikh yang rasa sesuai.. Flight time tak sesuai tak apa, tapi, cari yang murah.. Dengan harapan Air Asia retime dia punya flight schedule.. Then, kalau dah rescedule, boleh pegi kat kaunter Air Asia sana, and mintak tukar time lain.. or probably hari lain.. Don’t forget to make up excuses.. huhu.. I already that during our honeymoon in Bali last year.. No need to pay any cent..

Ok, dah boleh buat keje balik dah.. Kalau tak, tak senang duduk.. haha..

Owh, where are we going? Somewhere in Malaysia.. But still, over-sea (over the sea).. :P

Monday, May 17, 2010

Make Your Own Baby Sling…

Ever since I got pregnant, I’ve been aiming for having one baby sling for my baby.. Googled here and there to find the cheapest one in market.. Hihi, I don’t want to spend so much and end up my baby don’t want to sit in it.. So, I thought why don’t I try to make it by my own, which is cheaper of course!.. But still, I have to find the HOWTO in the web.. And, the steps were really simple and easy to follow.. There are many videos on the youtube on how to make ring sling as well.. Go and find it!

I bought the ring from Snuggbaby selling RM22 per pair.. Including postage, I have to pay RM25 only.. The fabric is the tough part.. I was not sure which fabric is suitable.. After discussing with the promoter and my husband gave his opinion, I agreed to take the “Scottish Band” style of fabric.. A little bit thick material and very reliable... Actually, need only 2 meters.. But, I bought extra 1 meter, afraid of the length is too short.. hihi.. The fabric cost about RM20++ as I can divide it for 2 (bidang besar).. The labor cost was free as my MIL helped to sew it.. yeay!

And there you go, my version of baby sling.. :P Not bad for the first timer, huh? Will find more suitable (yang sejuk sikit) and trendy fabric later..

IMG_6098 Carried Haikal during Angah’s wedding.. Haikal was sleeping in it..

imageDuring Mom & Baby Expo 2010.. I hold his butt and head because still not confident yet.. hehe..

IMG_6268Also can be used as his blanket while he’s sleeping.. :)

“Jangan Angkat”…

Pernah tak korang alami situasi macam ni? Ada orang call, pastu tanya “Adakah puan pemegang kad kredit? Visa atau Master? Bank mana?” Then, bila dah jawab ye, and so on, then, dia tanya lagi “Bila kad kredit expired?”

Aku, kalau dapat panggilan macam ni atau tentang insurans ke yang tanya tentang detail credit card aku, terus aku cakap “Oh sorry, saya takde kat tempat saya ni, kat production line.. Tak boleh nak check credit card.. Later la call saya balik”.. Letak aje phone, terus aku save number caller tadi sebagai “JANGAN ANGKAT”.. Bila dia tepon lagi, nampak “JANGAN ANGKAT” kat screen telefon, aku buat donno aje.. huhu.. Dah 3 number dah dalam phone aku ni yang aku fobia nak angkat: “JANGAN ANGKAT 2” dan satu lagi “JANGAN ANGKAT CC”.. haha.. Ada yang guna nombor 016-xxx, macam dari handphone aje.. Tu yang aku curiga.. Setiap hari, ada aje antara nombor2 ni yang call aku.. Oh, please don’t disturb me..

So kawan2, kalau ada yang call tanya fasal detail credit card, try your best to avoid.. Once they know your Credit Card Number and the expiry date, diorang boleh buat macam2.. Setakat 3 nombor belakang kredit card tu, tak sampai 999 kali try, sure boleh dapat combination yang betul.. Lebih2 lagi orang yang pandai programming ni, everything on his fingertip.. Tau-tau, dah ada transaction dalam your monthly bill.. Jadi, beringat sebelum terkena..

Sunday, May 16, 2010

Mom & Baby Expo 2010, Did You Get What You Want?

This is our first time visiting the expo.. Masa nak pergi tu, dah rangka2 list dalam kepala apa barang2 nak beli.. Tapi tengok jugaklah, kalau murah dan berbaloi, barulah beli..

IMG_6233 Anak mama buat apa tu? Basah mittens kena nyonyot..

Banyak booth-booth kat sini.. Ada yang jual secara online jugak.. So, if you come and buy, you can save the shipping cost here.. Sometimes they give extra discount.. 

IMG_6234 One of the booth..

IMG_6252

IMG_6248At TheLilCaliph.com.. Hotslings dijual dengan 50% off here..

IMG_6251At TheLilCaliph.com, beli Safety Plus BreastMilk Bottle RM40 for 12 pieces.. So, jimat RM2 daripada beli kat Babies Kingdom..

Kat FabulousMom booth, managed to grab Joy Angel Breastmilk storage bags.. harga RM12.90.. dapat another 10% discount.. And beli Sammy Nursing Bra.. RM35, tolak lagi 30% discount.. Best la, very comfy… Lagi satu, beli NUK bottle brush with 10% discount kat NUK counter..

IMG_6247 My hubby dah “tersangkut” kat tempat Nesh water filter ni.. nasib baik, mahal.. Kalau murah sikit, tentu dah terbeli..

Kat sini pun ada Pureen booth.. So, siapa2 yang ketinggalan tak dapat pergi Pureen Clearance Sale, boleh dapatkan barang2 kat sini.. Harga memang sama.. Aku beli Baby Wipes for RM9.00.. for 2 packs x 100pcs.. Dapat free sample Pureen’s Rekito Mosquito Repellant Liquid.. Yang baju2 tu, maybe tak semurah clearance sale, but still boleh dapat sepasang RM10.00.. aku tengok gitu2 aje, sebab tak focus nak shopping for clothes pun..

Oh ya, ada beli juga Farley’s Rusks.. hihi.. Lambat lagi baby nak makan solid food, tapi, dah mengada nak beli.. :) Beli 2 kotak biskut tu, dapat Heinz baby food for free.. Yang lain2 tu, takde pun free gift!! Maybe datang lambat kot.. Kalau first day, baru dapat banyak.. Dapat try S26 milk for breastfeeding mom.. sedap lah, tapi tak tau harga berapa..

IMG_6241 Senyum simpul.. :P

Haikal sangat baik hari tu.. Dari petang sampai malam round Midvalley, dah nak dekat balik, baru dia meragam.. Itu pun sebab nak menyusu.. Sampai mencemik, merajuk.. hehe..

Aku cari kipas untuk stroller.. Tak ada kat expo tu.. So, we headed to Toy’Rus.. Excited kan tengok barang2 mainan? Tapi, nanti bila Haikal dah besar, kitorang tak nak bawaklah masuk sini.. Naya aje kalau mintak macam2 sampai gosok2 kaki.. Kalau tak dibeli, kesian… Jadi, lebih baik tak masuk langsung.. hihi..

IMG_6262

IMG_6266

IMG_6273Ini barang2 yang dibeli hari tu..