Tuesday, May 25, 2010

Wedding Seasons.. Time To Dress Up..

Start bulan May, boleh dikatakan setiap minggu ada orang kahwin sampai bulan Julai nanti.. Bulan April hari tu, aku still dalam pantang… Yang pergi, hubby sorang ajelah.. So, bila nak pergi majlis ni, kena bawak baby skali dan setiap kali tulah aku fikir, baby nak pakai apa? Baju ni, dah pakai hari tu.. Seluar ni dah pakai jugak.. blablabla.. Tentang baju mama, senang aje.. Sarung baju kurung yang mana ada, settle.. hehe.. Betullah orang cakap, bila dah ada anak, fikir fasal anak aje dulu.. Mama punya kemudian.. Macam slogan 1Malaysia pulak, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Nanti Dulu Diutamakan.. Dalam kes aku, Anak Didahulukan, Mama Kemudian.. hehe..

So, bila rasa baby asyik pakai baju yang sama aje, macam tak best pulak.. Mulalah mama membeli sana-sini.. Memang pantang nampak kedai2 baby.. Lagi2 yang siap bukak khemah kat depan kedai.. Hari tu lalu masa lunch, Natural Bebe’s Home dan Manjaku buat sale, terus aje singgah sekejap.. Double parking pun tak apa.. hehe.. Memang tak tertahan tengok baju comel-comel ni.. :P Seronok kan tengok anak pakai baju lawa2.. hihi..

Owh, ini gambar2 Haikal attend wedding di Melaka, 2 minggu berturut2..

IMG_6311 Baju budak setahun lebih kot.. Saiz M.. Main sarung aje, acilah besar sikit.. Pakai malam, takdelah sejuk sangat.. :P

IMG_6317 Get enough sleep sebelum pegi kenduri.. :P

IMG_6320 Nasib baik ada bantuan mini-fan tu.. Boleh sambung tidur tanpa berpanas..

IMG_6395 Nite mode.. Bertutup serba serbi.. Takut nyamuk, sejuk etc..

IMG_6405 Dah bersiap nak pergi kenduri kat Dewan Hang Tuah.. Hensem tak? Macam Hero Kampung Dusun tak? hehe..

IMG_6415 Senang ada Mosses Basket ni.. Haikal tido lena dalam tu.. Nak bawak balik stroller, besar gedabak tak muat dah bonet.. hehe..

IMG_6411 Last but not least, with my mama!

4 comments:

ohmywtf said...

yeah...i been attending 3 weddings this month!

wawan said...

tu laaa
musim cuti skolah dah jadi musim kenduri kawen skang ni =P

Miss Q said...

Fuiyyoo.. Kacak lah hang ni Haikal pakai kemeja. Tapi tang seluar lipat tu tak tahann.. kekekke.. Bagus2. lama bole pakai nyee

This is .... said...

ohmywtf,
same with me..

wawan,
tak cuti skolah pun, orang kawen jugak.. time puasa nanti ajelah stop sekejap.. :P

Qast,
1 tahun punya jeans.. tulah lipat, nampak macho sikit.. hehe..