Tuesday, May 4, 2010

Hari Pertama Dan Terakhir Di Nursery…

Hari Isnin minggu lepas, aku start masuk kerja… Isnin tu jugaklah kitorang mula hantar Haikal ke nursery/taska berdekatan dengan rumah.. Memang susah nak tinggalkan Haikal dengan orang lain, especially nursery yang ramai baby-baby lain.. Rasa susah hati, risau macam-macam.. Dari cerita-cerita orang, ada yang ada bad experience baby selalu sakit la, baby tak mandi la, lagilah risau bila fikirkan semua tu.. Dengan harapan perkara yang sama tak berlaku kat Haikal, kitorang pun hantarlah jugak ke nursery pagi Isnin tu.. Sedih betul tinggalkan Haikal dengan orang lain.. :(

Kat ofis, terfikir2 apalah yang Haikal buat kat sana.. Ok ke tak? Sebab banyak kerja, sometimes terlupa kejap.. Tapi, bila dah tengahari, teringat balik.. Husband pun asyik telefon dan tanya, ada tak orang nursery call.. Tak sabar aku nak balik kerja petang tu.. Nak pegi amik baby!..

Masa sampai nursery, husband dah ada kat sana tunggu aku.. Masuk dalam, aku tengok penjaga tu sedang tukar pampers Haikal.. Haikal senyap aje, nampak mengantuk.. Penjaga cakap kat husband aku yang Haikal nangis kuat siang tu.. Aku rasa mesti bila dia nangis, orang biarkan aje, tak angkat.. Sebab biasanya bila dia nangis, kitorang angkat, lepas tu dia diamlah..  Aku amik Haikal, tersentap tengok ada calar kat mata dia.. Macam kesan kena kuku.. Rasa tak best sangat masa tu.. Penjaga tu kata terkena tilam kekabu dia.. Entah, macam tak percaya aje..

Balik rumah, Haikal tido sampai pukul 11.00pm.. Kesian tengok dia, macam tak tidur seharian.. Mata pun sembap seperti banyak menangis.. Sedih sangat, dahlah Haikal kecik lagi, dia tak tahu apa2.. Husband serik nak hantar lagi ke nursery.. And, that was it.. The first and also the last day at the nursery.. Kitorang tak cukup kuat nak tengok anak sendiri dibiarkan macam tu aje kat sana.. Aku faham memang nursery macam tu cara dia, and rasanya memang tak sesuai untuk Haikal yang baru 2 bulan ni.. Kalau dah besar, dah pandai sikit lainlah cerita..

10 comments:

eliyana said...

emy, so haikal 1 hari je lah kt nursery???so pas tu ko anta die kat mane???kesian haikal...tp aritu aku tk perasan lak kesan calar tu...

Unknown said...

siannya baby haikal..

too young for him to stay wif strangers yg mata depa nampak RM je..

bes tu wat mcm mana?

ina pun ngah risau ni..even baby ina dah nak masuk setahun esok, and kami kena cari nursery sebab yg jaga dia ni nak balik dok kedah..

sayahappyslalu said...

kesan calar dah hilang... haah, hanya sehari aje kat nursery.. esoknya, hantar rumah jiran.. dia nak jaga Haikal..

eliyana said...

ooo...aku br ingt sbbnye ms mak aku tanye, ko ckp org tu dok atas blok ko je...nsb baik ade org jaga...nursery mmg akn terbiar nye...kesian baby comei haikal..

sayahappyslalu said...

adlina,
Baby belum pandai apa2 lagi.. tu yang rasa sedih aje tengok dia..

InsyaAllah, baby dah setahun, dah faham cakap dan main sendiri, ok duduk nursery.. lagipun, boleh galakkan dia berkawan2 dengan budak2 lain..

sayahappyslalu said...

Ely,

Memang bersyukur sangat ada orang nak jaga..

Uwa said...

emi,
Kesian Haikal.
Adeena alhamdulillah, so far ok je kat nurseri belakang rumah ni. Dekat sebulan dah.

Harap-harapnya oklah sampai bebila. memang tak sanggup tgok anak kita calar2 ni.

sayahappyslalu said...

mariam,

kalau tak calar2, mungkin akan hantar lagi.. ini, first day dah jadi gitu, kesian anak aku wei..

shaida said...

ermm cian haikal..aritue baby saya pun sama hari first dekat taska mata sembab, suara serak lepas tue kantoi dengan saya menyusukan baby saya sambil baring tak dipangku..hari kedua ada tahi kering..hari ketiga anak berak sampai kene kat barut..baru kul 2pm pampers dah habis die makan agak ye pampers baby saya tue..pastue tak hantar ge sakit hati kalau ingat semula

sayahappyslalu said...

shaida,
memang sakit hati kalau dapat "tangkap" sendiri apa yang nursery buat kat anak kite.. seriously, memang kalau boleh taknak jejak kaki lagi kat nursery.