Wednesday, April 7, 2010

Berakhirnya Tempoh Berpantang..

Pejam celik, pejam celik, esok ialah hari terakhir aku berpantang.. Dah tiba hari yang ke-44.. Sekejap aje rasanya.. Ada orang pantang 40 hari aje, ada yang 60 hari, 100 hari.. Ikutlah, masing2 ada their own preferences.. Aku duduk dengan mak, ikutlah cara mak.. Kalau mak kata itu ini tak boleh makan, so, aku tak makanlah.. After sebulan hari tu, dah boleh makan ayam.. sedap lah sikit, asyik2 ikan aje, naik muak dibuatnya.. hehe.. almaklumla, makan memilih.. bila dah terpaksa, aku bedal ajelah.. :P

Berakhirnya tempoh berpantang tak bermakna aku boleh makan sesuka hati.. kena slow2 la nak balik ke normal routine.. Sebab my baby breastfeed.. so, aku kena tahan dulu lah nak makan pedas2 which is my favourite.. nak minum ice-blended, ice-cream ke semua tu pun kena hold dulu.. bila tengok orang makan, memang geram aje.. tengoklah macam mana nanti, boleh tahan tak pantang lagi? Atau pantang nampak? haha..

Erm, memang macam2 nak makan ni..hehe.. first skali, nasi lemak.. ni last thing tak dapat makan masa pagi sebelum bersalin hari tu.. sebab nasi lemak belum sampai kat kedai makan tu.. Pastu, bila dah rasa contraction, terus admit masuk labour room.. Then, nak makan Johny’s Steamboat.. Malam sebelum pegi hospital, me and hubby makan kat Jusco Cheras Selatan.. yum yum dah terasa kesedapannya ni.. Hari tu tanya mak “Lepas pantang ni, boleh makan steamboat tak? Steamboat, sup aje..” Mak jawab “Kot ye pun tunggu la dulu.. Lepas 2 bulan, pegilah..” haha.. tak sabar2.. Pastu, nak makan sambal sotong yang mak masak.. Duduk rumah, telan air liur ajelah tengok adik2 makan sambal sotong.. huhu.. Dah pesan dah kat mak, nanti time aku datang Wangsa Maju, masakkan sambal sotong.. :P Okay, dahlah tu pasal makan… Ikut selera aku, memang banyak lagi nak makan.. hehe..

Selama lebih sebulan duduk rumah, TV dah semakin sinonim dengan kehidupan seharian.. Dah hafal intisari rancangan setiap hari.. Bermula cerita korea East of Eden kul 11.00 pagi, pastu Tasbih Cinta, Air Mata Cinta, Siong diikuti dengan Na O Mei and Diari Akademi Fantasia 8.. Haa, sampai ke malam la dok layan TV.. Sometimes dah penat sangat, tertido jugaklah.. baby tak tido, mama yang tido.. :) Sekarang dah tertunggu2 cerita Samarinda – Asmaradana pulak.. Hari2 tengok Ikram Dinzly dalam Na O Mei and Asmaradana, rasa handsome lah pulak mamat tu.. hehe.. Nasib nama baby tak jadi Haikal Dinzly… haha..

Alhamdulillah aku dapat breastfeed Haikal sekarang.. Masa baby baru lahir, nurse mintak kebenaran bagi Formula Milk.. I said OK, sebab masa tu breast milk pun tak keluar lagi dan aku masih lemah.. Lepas dah berurut, baru breast milk bertambah dan aku stop bagi Formula Milk kat Haikal.. Harap2 dapat fully breastfeed to my baby selama yang boleh.. target mula2 ni, until 6 months la.. Jadi, sebelum masuk kerja nanti, operasi memerah susu untuk buat EBM (Expressed Breast Milk) stock akan bermula.. Sekarang ni, EBM aku bagi kat baby waktu siang.. Nak biasakan baby minum susu dari botol.. Senang bila hantar baby ke nursery nanti.. Bila cakap pasal masuk kerja ni, wargh.. malasnya nak masuk keje balik.. Rasa payah nak tinggalkan baby kat orang lain sebab dah terbiasa mengadap si kecik 24/7..

4 comments:

she said...

hati hati pilih nursery kak.saya penah keje part time kat nursery rasa tak sanggup nak tinggal anak in the future...

This is .... said...

she,
tulah, risau nak letak kat nursery.. tapi apakan daya, tak ada pilihan..

Dandelion said...

emi nnt rajin2 la upload pics haikal. bestnya ada newborn bb. my ihsan dh bsr hihi. cptnya masa berlalu. haikal will grow very fast b4 ur eyes. u will miss him already b4 u know it. cherish all d moments! :D btw aku amik pics ihsan tiap2 hari. mcm best plak. rasa precious sgt! buatler haikal 360 days project jugak hihi ;D

This is .... said...

Ina,
byk gambar haikal.. later aku upload.. ada jugak terfikir nak compile 360 days photo of him.. erm, nanti check balik semua gambar.. rasanya tak pernah miss any single day lagi..