Adik aku ni, Tasha namanya… Tasha kat sini ialah lelaki ye.. hehe.. Namanya Mohd Natasha.. Nak tengok gambar tunang hari tu, baca entry ni…
Ini rentetan majlis kenduri adik aku, sepanjang 3 hari berturut2.. Dari 2 July hingga 4 July 2010..
Friday, 2nd July 2010:
Tengahari tu, tolong Tasha iron baju melayu dia.. Aku tanya mana sampin, dia buat tak tahu.. Then, bila dah petang time nak bersiap, dia keluarkan sampin yang tak bergosok.. Itu boleh terima lagi, aku boleh gosokkan.. Sekali tengok sampin tu tak berjahit! Selamba giler la adik aku ni.. Nasib baik boleh adjust2.. Lantak ko la, ko yang nak kahwin.. Memang bising mak aku masa tu..
Majlis nikah dijalankan lepas Asar di rumah Ema, bakal isteri Tasha.. Lama jugak kitorang tunggu imam sampai.. So, duduk2 ajelah.. Haikal pun tertidur, sedap kena goyang2.. hehehe..
Dalam kereta.. On the way ke rumah pengantin perempuan…
Bila imam sampai, terus mula takde lengah-lengah dah.. sekejap aje semua settle.. Aku takde photo yang cantik2 la masa ni.. gambar gelap, setting salah.. huhu..
Rambut dah kena tebas.. haha..
Majlis batal air sembahyang di pelamin mini dalam rumah..
Haikal yang kaget dalam bilik pengantin.. :P Wallpaper tu, Tasha pasang..
Malamnya, ada majlis berinai pulak.. Hujan renyai-renyai, jadi masa sampai tu, aku dengan Haikal terus duduk bawah kemah, tak ikut diorang berarak.. Tak dapatlah tengok bunga api meletup-letup..
Sesi beramah mesra dengan makcik.. hehe..
Pengantin cilik, Marissa.. Anak Epit..
Saturday, 3rd July 2010:
Majlis bersanding di rumah pihak perempuan.. Dalam kalut2 semua nak pergi rumah pengantin, bunga telur yang nak dibawa tu tertinggal kat rumah.. Nasib baik aku masih di rumah masa tu, dan perasan yang diorang tak bawak bunga telur.. So, terpaksalah diorang semua tunggu aku sampai.. huhu..
Haikal, matanya terkelip-kelip dengar kompang..
Banyak gambar Haikal dari gambar pengantin.. hehe.. Tak apalah, gambar pengantin, ramai photographer yang amik.. :p
Me and Sofia.. Nampak chubby la pulak aku ni.. hehe..
Lepas balik dari rumah pengantin perempuan, kawan2 mak tolong isi bunga telur dan beg doorgift untuk tetamu.. Malam tu, kitorang buat barbeque ayam… Bising rumah, sambil makan sambil tengok bola Argentina Vs German.. First time aku tengok World Cup match ni… Tapi, tak lama boleh stay depan tv.. Baby menangis nak susu.. hehe..
Sunday, 4th July 2010:
Tiba pulak majlis sebelah pihak lelaki iaitu family aku.. Kali ni buat kat Dewan Setiawangsa.. Mak aku dah tak larat turun naik tangga rumah Wangsa Maju.. Tu yang pilih buat kat dewan.. Urusan sewa dewan, catering, khemah, pelamin semua diuruskan sendiri oleh Tasha dan Ema..
Kat setiap meja ada bingkai gambar outdoor photoshoot diorang berdua.. Gambar kenang-kenangan Tasha berambut panjang.. hehe.. Gambar tu, Ema yang edit sendiri dan kawan yang tolong amikkan photo guna kamera Ema.. Tak payah hire photographer mahal2 buat pre-wedding photoshoot.. Cantik, aku suka..
Catering ditempah dari Nurul Izzah Catering.. Complete package dengan lauk pengantin, meja makan, kerusi dan sarung skali, khemah.. PA system, karpet merah dan bunga segar, fondant cake semua termasuk dalam pakej.. Bagi aku harga berpatutan.. Makanan boleh tahan..
Nurul Izzah Catering staffs dengan their boss…
Ayam Golek.. Photo from Epit punya kawan punya kamera..
Ayam Golek tempah lain, tak termasuk dalam katering tu.. Sedap ayam dia, banyak aku makan!
Aku dengan baju beli last minit.. hehe.. Kaler purple2 sikit.. Padahal, tema kaler silver kelabu gitulah.. Belasah ajelah, tak perasan pun.. hehe..
Bergambar dengan my ex-carpool mate, Serene.. Sama tak rupa anak kitorang? hehe.. Ada tgk gambar dalam Facebook dia, baby rupa iras macam Haikal.. Agaknya sebab masa pregnant dulu selalu duduk sebelah dia masa drive kot.. hehe.. His little boy lahir 2 hari awal dari baby aku..
Haikal dan Kai Kai.. Haikal tengok apa tu?
Lama tunggu pengantin, kul 2 baru sampai.. Ketibaan disambut dengan paluan kompang.. Then, masa masuk dewan, diiringi dengan persembahan bag pipe.. If I’m not mistaken dari Kuala Lumpur Bag Pipes and Drum..
Bergaya macho.. sekali tengok, macam P.Ramlee pun ada.. kehkeh..
Haikal lagi.. Suka sangat kalau ditimang-timang.. Kadang2, sampai terkekeh2 gelak..
Haikal dan Abang Danish… Serupa tak?
Main bag pipe lagi sementara pengantin makan beradap.. Owh, Tasha join Scottish band dulu masa dia high school, main bag pipe.. That’s why beria nak ada orang main bag pipe time wedding dia..
Last but not least, gambar satu family.. Marissa dah tido kepenatan.. Baju purple aku tu, tak obvious sangat kan? hehe.. Haikal macam nak terjun aje.. :P
Ok, this one is better..
Lain-lain gambar dalam kamera adik aku.. Lagi lawa kot, guna DSLR.. Nanti nak mintak, buat kenangan.. banyak gambar Haikal jugak kat kamera dia..
Oklah, stop here.. Dah panjang bebenor dah.. Later, aku post gambar hantaran pulak.. Da..
4 comments:
meriah you...ehehehe...btw..skang dah ramai kan guna wallpaper je as backdrop..walaupun mahal sikit..tapi puas hati sebab as deko bilik terus...heeeeetak payah nak berbackdrop bagai...heee..
wah ! bestnya
tahniah dpt adik ipar. canggih jugak adik ko kawin pandai dia buat persiapan rapi sndiri. aku baca ko citer pn puas hati. aku dlu kawin muda xreti sgt so dok serah sumer kt org. byk flaws sana sini hihi. cantik je baju ko tu xnmpk obvious pn. dh kurus dh mama haikal :D
Queen,
yes, my wedding dulu pun pasang wallpaper je kat bilik.. tak suka langsir tirai bagai.. serabut.. so, gunakan aje kepakaran adik sendiri pasang wallpaper.. :P
Rizziela,
best, tapi penat jugak.. walaupun katering..
Ina,
Adik aku jenis sempoi.. banyak tunang dia yang urus jugak.. tapi, overall kitorang puas hati..
kurus ke? hehe.. ada lagi sikit tummy nak dikecikkan.. :P
Post a Comment