Thursday, July 29, 2010

Babysitter Hunting Mode…

IMG_7526

Tiba-tiba pening kepala jap bila dapat SMS dari babysitter Haikal yang dia tak boleh jaga Haikal lagi next month sebab baru dapat tahu yang dia pregnant.. Daripada mata mengantuk tengah training, terus jadi segar bugar.. huhu..

Akak tu bagi short notice, kitorang pun tak sempat nak buat apa-apa.. Dan next month itu bermakna next week.. Phew.. So, my hubby discuss mintak extend… Akak tu setuju boleh jaga sampai sebelum puasa aje.. Actually, dia risau sebab selalu nak pitam bila berdiri.. Takut2 la terjatuh masa pegang Haikal..

Semalam, print iklan cari pengasuh dan my hubby tampal kat block taman perumahan kitorang ni.. Harap2 ketemu dengan pengasuh yang ok.. Kalau boleh, biarlah boleh jaga Haikal lama.. Haikal pun dah kenal orang, kesian dia asyik tukar2 orang.. Tak ceria anak aku nanti!..

Pagi ni ada seorang laki call, cakap isteri dia tak kerja, boleh jaga budak.. Nanti kitorang pergi rumah dan jumpa, tengok macam mana.. Semoga ada rezeki Haikal jumpa pengasuh yang best! :)

4 comments:

Queen said...

insyaAllah..yang penting dia sayang budak..kan..

This is .... said...

Ye, harapnya begitulah..

KambingBujang said...

tak suka kan asyik2 tukar BB sitter ni.. cam i, end up anta kids to nursery sbb asyik prob ngn BB sitter. yg 1st husband dier accident, potong kaki. yg 2nd bb sitter lak asyik nk mntk coti..aduss.. susash la camni

mmg tak syok anta pg nursery, tp dorang commit jg anak kiter..cume cam terabai la skit..tp kiter doa je la..semoga anak kiter slamat n sihat.

This is .... said...

tak suka tapi terpaksa.. tak mau dah nursery, first day hantar baby dah calar.. sangat serik rasanya.. huhu