Saturday, July 24, 2010

Haikal Is 5 Months Today..

IMG_7465 Beli barang kat Madam King.. Orang Melaka tau tak kat mana Madam King? Saya dan mama, baru first time pegi :)

Tak sangka secepat ini masa berlalu.. Selalu terbayangkan Haikal yang baru lahir, baring diam-diam, nangis pun tidak masa tu.. Sekarang ni, after 5 months:

  • Berat Haikal akan diupdate kemudian.. Next week baru pegi klinik for next jab..*update* berat ialah 7.6kg..
  • Memang tak diam langsung, kalau dia berjaga la.. Mulut pun rajin “bercakap” dengan kitorang… Malam-malam kat rumah, memang riuh dengan suara dia.. Memanggil2 time mama dan papa tengah makan.. Melalak kuat-kuat bila takde orang waktu dia bangun dari tidur.. Macam kena pukul aje.. hehe.. Kalau masa bangun dan terus nampak mama atau papa, Haikal akan senyum balik bila kitorang senyum.. Such a cute boy!
  • Sejak pandai meniarap ni, asyik2 nak meniarap bila diletakkan atas katil atau atas toto.. So, kena monitor every second, takut2lah tersembam muka.. Takpun, Haikal suka makan tilam, bantal, tangan sendiri.. Habis basah kuyup.. Kelmarin, dia jilat bumbo seat dia.. Haiya, macam lapar je, nak? Yang ini penat sikit lah, tak reti tiam.. Tu yang selalu letak dalam rocker tu.. Tak bagi dia meniarap.. Tapi kan, time sekarang nilah masa yang best buat main.. So, biar kite gomol dia puas-puas.. :P
  • Kalau diagah berterusan, memang gelak beria.. Kelakar sangatlah tu, bagi dia.. hehe.. Kitorang pun gelak sama.. Lenguh tulang pipi gelak tak berhenti..
  • Haikal dah tahu nama sendiri.. Sebabnya bila panggil “Haikal”, mesti dia pandang.. Sekarang ni selalu tanya, “Siapa nama Haikal Zikry, angkat tangan” Kite tunggu bila dia boleh angkat tangan dan respons… hehe..
  • Dah mula kenal orang.. Kitorang balik Melaka ni.. Semalam nenek dia pegang.. Haikal tengok aje.. Lepas tu, cemik2 nak menangis.. Bila mama amik, okaylah pulak.. Siap senyum-senyum..
  • Pandai nak capai barang.. Mainan kat rocker tu, dah boleh tarik2 dah.. Pastu, kalau minum air sambil dukung Haikal, dia pun sibuk nak amik gelas tu skali..
  • Sangat enjoy waktu makan.. Tak sabar-sabar nak tunggu makanan masuk dalam mulut.. Baru aje letak sudu kat mulut dia, terus dia ngap.. :P
  • Time mandi dah susah nak mandikan dia.. Taknak duduk diam.. Sekarang fesyen nak berdiri pulak.. Memang kena pegang kuat2, takut betul terlepas.. Lagi satu, budak kecik ni kuat melonjak.. Seronok sangat la tu..
  • Masih suka hisap jari.. Tadi pegi beli puting jenis lain pulak. Harap dia tak reject yang ini.. huhu..

3 comments:

ken said...

cute boy =)

eliyana said...

aku tau madam king...kat bunga raya...best ke shopping kt sane???

This is .... said...

ely,
shopping baju tidur Haikal aje, Ely.. kat sana murah.. Baju tido, tak payah mahal2, pakai pun untuk tidur aje.. hihi.