Monday, July 12, 2010

Makan-Makan At Belanga, The Gardens Midvalley..

Tanpa dirancang, Jumaat petang, balik aje kerja, sampai rumah, betulkan carseat baby, packing2 barang masuk dalam kereta pastu amik baby dengan berbaju tidurnya dan terus ke Midvalley.. Tiba2 ke Midvalley sebab sebelum balik keje tu call Liana nak tanya mak masak apa (hehe.. wajib tanya sebelum balik rumah mak).. Rupanya mak dengan Liana ada kat Midvalley.. Apalagi, aku pun nak join jugak.. hehe.. Alang2, mak boleh balik skali dengan aku.. Oh ya, my hubby takde dia pergi offshore on that day..

Pergi Isetan The Garden, jalan2 aje nak tengok handbag.. Ada yang berkenan, tapi macam sure tak sure aje nak beli.. Tunggu my hubby balik la, nanti pergi dengan dia.. So, lepas jalan2 sekejap, singgah makan.. Lalu kat LG floor dari The Gardens nak ke Midvalley tu, ternampak restaurant Belanga.. Saja-sajalah nak try sebab tengok ramai orang makan kat situ.. Lagipun malas nak naik tingkat atas makan kat food court..

IMG_7143 Dah tukar baju lain.. Aku tukar dalam kereta.. hehe.. Besar pulak long sleeve romper ni.. Aku beli masa pegi Bandung hari tu..

IMG_7146 Jalan-jalan Isetan.. Apasal masam ni? Boring tunggu mama pilih handbag ye? :P

IMG_7172

IMG_7148 Sementara tunggu order sampai, main2 dulu dengan Haikal.. Sangat ceria, maklumlah baru lepas dapat susu…

IMG_7153 “Nenek kenapa pandang Haikal macam tu? Macam tak puas hati aje.. Nenek nampak tak tangan Haikal ni?” kehkehkeh..

IMG_7154 Haikal dengan Cik Ana..

Makanan yang kitorang order kat Belanga Restaurant ni ialah Laksam, Nasi Goreng Belacan dan Nasi Ayam Berempah.. Laksam is my favourite, tapi sebab tengah sangat lapar, aku order Nasi Goreng Belacan.. Dan, aku rasa sikit makanan yang lain, ternyata boleh tahan.. Laksam sangat sedap! Lain kali, dah tahu dah mana nak makan laksam.. hehe.. My favourite tu!

IMG_7155

IMG_7157 Laksam.. Mak order yang ni..

IMG_7159 Nasi Ayam Berempah.. Liana punya..

IMG_7163Nasi Goreng Belacan.. Ada sayur tauge.. Nak asing2kan payah, aku telan ajelah.. Lain kali, kena pesan tak nak sayur!

IMG_7160 Sirap selasih.. menggiurkan.. :P

IMG_7164 Nusantara Ice Blended.. Sangat yummy dan melekat!

Keseluruhannya, bagi pendapat aku, boleh datang lagi.. Service bagus, sangat cepat dah sampai order.. Next time, I want to try other drink.. Ice Teller, dessert orang Minang.. But, not sure whether it tasted the same here.. Dari segi harga, double daripada makan fast food.. Standard harga Secret Recipe camtulah.. Oklah sekali sekala nak makan kat sini..

IMG_7168 The restaurant..

Kalau datang on the weekend, mesti awal sikit.. Sebab bila dah malam, dah tak banyak choice.. Kebanyakannya dah habis..

2 comments:

Rizziela said...

Wow! berjalan sakan yer Haiqal

sayahappyslalu said...

kalau perut kenyang, memang syok dia berjalan.. cuba kalau lapar, mau menjerit dia tengah2 orang ramai tu.. huhu