Wednesday, July 28, 2010

Pelik.. Selipar Pun Nak Curi..

Payung Avon aku lesap.. Selipar jamban murah pun lesap.. Kes desperate takde selipar la ni.. haha..

Malam Ahad hari tu, bila sampai rumah balik dari kampung, tengok kosong aje depan rumah… Memang sahlah selipar kitorang; both me dan hubby dah disonglap orang.. Yang peliknya, selipar murah gitu pun nak curi.. Payung aku tu pun memang sengaja aku letak kat luar sebab senang nak guna bila amik Haikal time hari hujan.. Keje membeli payung ajelah aku ni.. Nasib Avon banyak jual payung comel-comel.. Kalau tak hilang, takde alasan nak beli baru, ye tak? hehe..

Sebelum ni, kat rumah sewa kitorang ni, pernahlah seluar slack dicuri bila aku gantung kat belakang rumah.. Sayang betul sebab seluar baru.. Takde rezeki, nak buat macam mana.. Lepas tu, terus tak sidai baju atau seluar mahal2 kat belakang.. Sidai dalam rumah aje.. Kesian, takde proper place nak sidai baju.. Lepas ni, selipar2 pun kena simpan dalam rumah.. Haish, leceh.. Tong sampah busuk luar rumah tak pulak orang nak curi.. Cit!

5 comments:

Rizziela said...

memang susahkan kalau keadaan mcm ni....tak tenteram hidup kita

Tale Of A Little Big Girl said...

Laa selipar jepun n payung pun nak d curik.. dah jadi habit mencurik agaknya org tu... tp risau jugak kan nnt kat luar dah takder benda nak d sapu tkut berani pulak nak msuk dalam.. nauzubillah.. xpa nnt haikal besar blajar karate ek.. ble protect mama n papa.

ken said...

mana mana pun ada pencuri =/

suhaisweet said...

Terdesak sangat kot...Nice entry friend...visit my latest entry today..;D

This is .... said...

Rizziela,
Kadang2 takut.. Sebab ada kes orang masuk rumah.. huhu..

Tale Of A Little Big Girl,
Harap2 takde sampai begitu.. Mintak dijauhkan.. Risau betul..

Ken,
True. Nowhere is safe nowadays.