Friday, July 30, 2010

5th Month Jab At Annur, Bangi…

Kitorang bawak Haikal pergi inject malam Rabu hari tu di Klinik Pakar Kanak-kanak An-Nur, Bangi.. This is why I like private hospital/clinic.. Boleh datang bila-bila masa aje.. Kena tunggu tu, perkara biasalah, datang lewat, kena entertain pun lewat la.. hehe.. So, sementara menunggu giliran, kitorang dinner di Kopitiam Bangi..

IMG_7515 Menunggu giliran.. Haikal syok tengok aksi-aksi kawan2 lain yang sedang bermain.. Dalam hati “Tunggulah bila Haikal boleh berlari esok, satu klinik Haikal ronda..”

IMG_7516Air liur meleleh selalu.. Atuk Haikal suruh bagi makanan yang aku mengidam dan tak dapat makan sebelum bersalin hari tu.. Then, tengok, lepas makan ada meleleh lagi tak.. Erm, bila tu? Aku pun terliur nak makan sekarang ni.. hehe..

IMG_7518 This is my favourite photo setiap kali pergi checkup.. hehe.. Haikal sudah 7.6kg sekarang.. Tinggi ialah 59cm kalau tak silap..

IMG_7520 “Kat manalah aku ni ye? Tempat cantik.. Harap mama deco bilik Haikal cantik macam ni jugak nanti” :P

IMG_7521 Papa meredakan gelora di hati Haikal sebelum kena inject.. Tapi, sebenarnya papa sendiri yang berdebar.. hehe.. Aku awal2 duduk jauh aje, tak sampai hati nak tengok..

Being a very good boy, Haikal tak nangis masa kena cucuk.. Like nothing happened.. Then, doktor check bebird dia.. Sebab masa aku tukar diaper dia kat rumah, tengok kat bahagian tu dah merah.. Doktor cakap jangan risau, normal bagi baby yang pakai diaper, some kind of fungus.. So, dia bagi ubat cream untuk sapu dan ubat demam, takut demam selepas injection.. Alhamdullah, tak demam pun.. And, after few days sapu kat bahagian gatal2, dah semakin okay dah.. Cuma kesian lah, I can feel that Haikal rasa gatal dan bila bukak pampers dia, tangan akan cepat aje ke situ.. Doctor pun advise boleh guna Bepanthen yang biasa aku guna tu.. Just apply a thin layer on his skin..

Aku suka doktor yang macam ni, bagi advise jangan risau, takde apa2, instead menakutkan orang, ini bahaya la, kena jumpa pakar lah.. I have experienced that masa pregnant dulu.. So, bila jumpa doktor yang sama, memang malas nak tanya banyak, OK, OK ajelah.. hihi.. Maybe doctor tu kena tukar job function, jadi pengkritik tetap AF.. haha.. Nasib baik aku ada kawan doctor, so apa2 yang buat fikiran aku runsing, tak sure aku terus tanya.. FOC yang best tu.. hehe..

Thursday, July 29, 2010

Babysitter Hunting Mode…

IMG_7526

Tiba-tiba pening kepala jap bila dapat SMS dari babysitter Haikal yang dia tak boleh jaga Haikal lagi next month sebab baru dapat tahu yang dia pregnant.. Daripada mata mengantuk tengah training, terus jadi segar bugar.. huhu..

Akak tu bagi short notice, kitorang pun tak sempat nak buat apa-apa.. Dan next month itu bermakna next week.. Phew.. So, my hubby discuss mintak extend… Akak tu setuju boleh jaga sampai sebelum puasa aje.. Actually, dia risau sebab selalu nak pitam bila berdiri.. Takut2 la terjatuh masa pegang Haikal..

Semalam, print iklan cari pengasuh dan my hubby tampal kat block taman perumahan kitorang ni.. Harap2 ketemu dengan pengasuh yang ok.. Kalau boleh, biarlah boleh jaga Haikal lama.. Haikal pun dah kenal orang, kesian dia asyik tukar2 orang.. Tak ceria anak aku nanti!..

Pagi ni ada seorang laki call, cakap isteri dia tak kerja, boleh jaga budak.. Nanti kitorang pergi rumah dan jumpa, tengok macam mana.. Semoga ada rezeki Haikal jumpa pengasuh yang best! :)

Inilah Jadinya Kalau Papa Yang Jaga Baby..

Kesian anak mama diperkotak-katikkan oleh papa sendiri.. haha.. Dipakaikan seluar macam S. Samsuddin dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk.. hihi..

IMG_7407 Bukan main tinggi seluar tu, sampai ke dada.. :P Haikal yang tak mengerti, tetap maintain senyum..

Cuba bayangkan kalau ditinggalkan baby sorang2 dengan papa dia, apa jadi ye bila kite balik nanti? Erm, aku belum pernah lagi tinggalkan Haikal dengan papa dia berdua aje, macam keluar dengan kawan2 ke, pergi post office ke.. Kadang2 tu terfikir jugak, boleh ke papa dia jaga.. Karang papa tertidur tengok tv, Haikal takkan dibiarkan macam tu aje.. Kalau baby menangis nak susu macam mana? So, bila dah fikir banyak macam ni, tak jadilah nak tinggalkan.. Kita angkut aje ke mana kite pergi.. hehehe..

Wednesday, July 28, 2010

Bila Dua Sepupu Bertemu…

Baru dua orang cucu, dah riuh satu rumah.. Ini Haikal belum besar lagi.. Habis “dikemas” rumah atuk.. Entah-entah diajaknya fight dengan Abang Danish.. Masing-masing nak tunjuk skill la katakan.. hehe..

Atuk Haikal suka melayan.. Tengok tu, Haikal diletakkan atas “car” Abang Danish.. Macam pandai aje anak mama ni..

IMG_7466 Vroom.. Vroom.. Tak pandai lagi nak adjust kaki..

IMG_7469 Angkat kening! Wajib.. Isyarat ngorat awek.. haha..

Next task ialah Abang Danish pulak bonceng Haikal.. Bukan main laju bawak kereta, silap2 Haikal tertinggal kat belakang pun tak perasan.. :P

IMG_7471 Masing-masing dengan baju tidur.. Haikal comot, baru lepas makan..

IMG_7473 Aksi 2 sepupu merempit.. :P

IMG_7474 Haikal, tengok depan please..

Ni pulak time main kat hall rumah.. Mula2 Haikal duduk dalam Bumbo Seat sambil main toys dia dan Abang Danish makan jelly… Bila mama angkat Haikal, kite tengok apa yang berlaku seterusnya…

IMG_7475

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Tada!!!

IMG_7481Heheh.. Amik turn.. Bontot kecik, boleh muat duduk dalam seat Haikal ni..

Pelik.. Selipar Pun Nak Curi..

Payung Avon aku lesap.. Selipar jamban murah pun lesap.. Kes desperate takde selipar la ni.. haha..

Malam Ahad hari tu, bila sampai rumah balik dari kampung, tengok kosong aje depan rumah… Memang sahlah selipar kitorang; both me dan hubby dah disonglap orang.. Yang peliknya, selipar murah gitu pun nak curi.. Payung aku tu pun memang sengaja aku letak kat luar sebab senang nak guna bila amik Haikal time hari hujan.. Keje membeli payung ajelah aku ni.. Nasib Avon banyak jual payung comel-comel.. Kalau tak hilang, takde alasan nak beli baru, ye tak? hehe..

Sebelum ni, kat rumah sewa kitorang ni, pernahlah seluar slack dicuri bila aku gantung kat belakang rumah.. Sayang betul sebab seluar baru.. Takde rezeki, nak buat macam mana.. Lepas tu, terus tak sidai baju atau seluar mahal2 kat belakang.. Sidai dalam rumah aje.. Kesian, takde proper place nak sidai baju.. Lepas ni, selipar2 pun kena simpan dalam rumah.. Haish, leceh.. Tong sampah busuk luar rumah tak pulak orang nak curi.. Cit!

Sunday, July 25, 2010

Aauwww, Seksi!

Balik Melaka hari tu, kitorang pergi Madam King cari baju tidur untuk Haikal… My hubby kata kat sana murah-murah.. Yelah, baju tidur Haikal pun dah sempit.. Haikal pulak suka tarik-tarik baju dia.. Bila tarik sikit, dah ternampak perut dia yang seksi tu.. :P Yes, he need new sleepwear.. Baju2 lain still besar2 dan masih muat..

IMG_7419 Seksi tak saya? hehe.. Setiap kali nak tidur, kena check tahap kebasahan baju dek kena air liur dulu.. Selalu aje kena tukar baju lain.. Kalau tak tukar, takut dada sejuk nanti selsema pulak..

IMG_7420Macho look.. :) Suka sangat berlenggeng tak pakai baju..

IMG_7421 Orang tua2 kata, kalau nak tahu jantina next baby, boleh tengok dari bentuk tetets baby kite.. hehe.. Betul ke?? Ha, pegi cepat2 check keadaan tetets baby anda.. kehkehkeh..

IMG_7423Muka bangga.. Model majalah Mangga.. haha..

Maybe It Is Time To Change To A New Template…

Sejak Sabtu aku notice blog layout aku ada sesuatu yang tak kena… It is showing “Photobucket – This image or video has been moved or deleted”.. I think it has to do with the layout provider yang aku guna iaitu “the cutest blog on the block”.. Ada image yang dah dibuang dari blog tu agaknya.. That’s means ini merupakan waktu yang sesuai untuk bertukar ke template baru..

phoy

Adakah anda pun mengalaminya?

Ada idea tak mana template yang okay dan cantik-cantik? Boleh share link kat sini.. Kalau boleh nak yang mudah dan straight forward.. Dan paling penting widget2 yang ada dalam blog ni tak hilang.. Penat woo, nak susun balik.. That was the reason why I did not change my layout for a long time.. :P

*Update*

Aku masuk balik website “the cutest blog on the block” dan copy balik the same template code.. And, managed to get things to normal.. So, I decided not to change template ;P Sangatlah loyal, aku ni.. hehe.. Aku kalau minat satu, satu tu jelah aku minat.. Sehingga bertemu dengan template baru yang bisa buat aku "Wow", then barulah kite bertukar angin, ye.. hehe..

Saturday, July 24, 2010

Haikal Is 5 Months Today..

IMG_7465 Beli barang kat Madam King.. Orang Melaka tau tak kat mana Madam King? Saya dan mama, baru first time pegi :)

Tak sangka secepat ini masa berlalu.. Selalu terbayangkan Haikal yang baru lahir, baring diam-diam, nangis pun tidak masa tu.. Sekarang ni, after 5 months:

  • Berat Haikal akan diupdate kemudian.. Next week baru pegi klinik for next jab..*update* berat ialah 7.6kg..
  • Memang tak diam langsung, kalau dia berjaga la.. Mulut pun rajin “bercakap” dengan kitorang… Malam-malam kat rumah, memang riuh dengan suara dia.. Memanggil2 time mama dan papa tengah makan.. Melalak kuat-kuat bila takde orang waktu dia bangun dari tidur.. Macam kena pukul aje.. hehe.. Kalau masa bangun dan terus nampak mama atau papa, Haikal akan senyum balik bila kitorang senyum.. Such a cute boy!
  • Sejak pandai meniarap ni, asyik2 nak meniarap bila diletakkan atas katil atau atas toto.. So, kena monitor every second, takut2lah tersembam muka.. Takpun, Haikal suka makan tilam, bantal, tangan sendiri.. Habis basah kuyup.. Kelmarin, dia jilat bumbo seat dia.. Haiya, macam lapar je, nak? Yang ini penat sikit lah, tak reti tiam.. Tu yang selalu letak dalam rocker tu.. Tak bagi dia meniarap.. Tapi kan, time sekarang nilah masa yang best buat main.. So, biar kite gomol dia puas-puas.. :P
  • Kalau diagah berterusan, memang gelak beria.. Kelakar sangatlah tu, bagi dia.. hehe.. Kitorang pun gelak sama.. Lenguh tulang pipi gelak tak berhenti..
  • Haikal dah tahu nama sendiri.. Sebabnya bila panggil “Haikal”, mesti dia pandang.. Sekarang ni selalu tanya, “Siapa nama Haikal Zikry, angkat tangan” Kite tunggu bila dia boleh angkat tangan dan respons… hehe..
  • Dah mula kenal orang.. Kitorang balik Melaka ni.. Semalam nenek dia pegang.. Haikal tengok aje.. Lepas tu, cemik2 nak menangis.. Bila mama amik, okaylah pulak.. Siap senyum-senyum..
  • Pandai nak capai barang.. Mainan kat rocker tu, dah boleh tarik2 dah.. Pastu, kalau minum air sambil dukung Haikal, dia pun sibuk nak amik gelas tu skali..
  • Sangat enjoy waktu makan.. Tak sabar-sabar nak tunggu makanan masuk dalam mulut.. Baru aje letak sudu kat mulut dia, terus dia ngap.. :P
  • Time mandi dah susah nak mandikan dia.. Taknak duduk diam.. Sekarang fesyen nak berdiri pulak.. Memang kena pegang kuat2, takut betul terlepas.. Lagi satu, budak kecik ni kuat melonjak.. Seronok sangat la tu..
  • Masih suka hisap jari.. Tadi pegi beli puting jenis lain pulak. Harap dia tak reject yang ini.. huhu..

Friday, July 23, 2010

Menu Apa Hari Ini?

“Nak masak apa? Nak masak apa?”.. Belum pun balik dari keje, dah fikir nak masak apa untuk malam nanti.. Boleh dikatakan hampir setiap harilah berlegar soalan yang sama.. Unless, kalau tahu nak makan luar, taklah susah payah fikir ;P.. Biasanya selalu SMS tanya my hubby nak masak lauk apa? I don’t have idea.. Kadang2, tak balas pong.. So, apalagi, kite masaklah makanan kegemaran kite.. Balik balik sambal; sambal kentang, sambal udang, sambal sotong.. Lama-lama, cirit.. haha.. No, no, aku tak masak sambal berturut-turut.. Kalau sambal pun selang seli lah dengan yang lain.. Takpun, ada lauk lain sebagai menu utama..

Kadang-kadang tu, google2 la jugak resipi dan cuba.. Tapi, kebanyakan tak memenuhi selera aku.. Aku suka makan apa yang aku suka makan… Paham kan maksudku? hehehe.. So masak ajelah rotate2 lauk yang hubby suka, aku suka sampai dah jemu.. Lepas tu kite makan luar, yeay!

Oh ya, bercakap fasal menu, aku ada satu list menu pusaka.. haha.. Sejak kahwinlah mula tulis resipi atas kertas dan simpan.. Ini dia………

IMG_7451My rules of thumb in cooking.. hihi..

Tulis atas rough paper, dah renyuk-renyuk pun masih simpan lagi.. Biarlah begini, bila nak guna, senang aku nak selak-selak.. Aku ni, bila lama tak masak lauk tu, selalu lupa kalau masak kari letak apa, masak pedas letak apa.. So, tengah2 masak tu, ada kunyit ke bawang ke kat tangan, selak kertas yang buruk ni takdelah rasa sayang sangat nak kotorkan.. Maka, tidak perlulah salin lawa2 dalam buku resipi ye.. hehe..

Thursday, July 22, 2010

Senget-senget…

Haikal dah mula tak reti duduk diam.. Cubalah dudukkan dia atas pangku dan peluk dia.. Tak lama duduk diam-diam, lepas tu, dia akan tarik dan angkat tangan kite, seperti cuba nak lepaskan diri..


IMG_7381 Tengok tu, dah senget2.. Memang kena pakai seat belt setiap masa, wajib!

Bila letak atas rocker dia, dah pandai dah tarik2 mainan yang bergayut tu.. Kaki pun terangkat2.. Most of the time, Haikal akan angkat badan, macam nak bangun dan lari.. :P.. Kadang2 tu, memang terpaksa letak dalam rocker aje sebab tak larat nak angkat dia selalu, meniarap pusing sana sini sambil tangan hisap jari.. Geram tengok! Camne ye taknak bagi baby hisap jari?

Munchkin Fresh Food Feeder..

Pernah tak rasa nak bagi baby makanan seperti biskut, buah-buah etc dengan sendiri? Maksudnya, biar dia pegang dan makan sendiri.. Bila bagi dia makan sendiri, sure lepas tu risau, takut baby tercekik, kan? Sebab baby tak pandai nak control makanan yang masuk dalam mulut, habis dia masuk semua dalam mulut dia.. hehe..

Jangan risau, ada penyelesaiannya.. Macam engineering pulak, Problem Based Solution.. haha.. Aku terjumpa ini: Munchkin Fresh Food Feeder..

image

Aku beli satu untuk Haikal.. Minggu lepas, try letak fresh apple dalam tu dan bagi kat dia.. Haikal pegang, tapi asyik terlepas.. haish.. Bila masuk mulut, mula lidah dia terkeluar2 hisap jaring food feeder ni.. Aku penyek-penyekkan apple, so, terasalah manis bila dia hisap air apple tu.. Kalau dah ada gigi dan pandai kunyah, lagi best kot dia gigit2..

IMG_7317

IMG_7319 “Jari Haikal pun sedaplah, mama..”

IMG_7321

Ada satu hari tu, letak biskut Farley Rusk dia dalam tu.. Hisap2 sekejap lepas tu melalak.. Rupanya2, tak puas, tak dapat makan betul2.. haha.. Terus aku lenyek biskut dan bagi dia makan… :P Orang tengah lapar, dibaginya macam tu, memanglah mengamuk.. Lambat kenyang.. hehe..

Hasil Photoshoot..

Dah lama nak letak gambar ni, tapi, asyik terlupa nak snap gambar yang dah letak dalam frame… Inilah hasilnya gambar photoshoot hari tu.. Haikal tak senyum, tapi luckily dia pandang camera.. Not bad at all for the first timer, rite? :)

IMG_7445

Wednesday, July 21, 2010

Crocs Crecs…

Apa perbezaan pakai kasut Crocs original dengan yang imitate version? I’m not a Crocs fan, so tak pernah beli sebarang sandal/kasut Crocs sama ada original atau ciplak one.. Cuba-cuba kat kedai atau kat pasar malam tu ada la.. Tapi, tak pernah beli pun..

Lepas dinner kat Soho Seafood Bangi, kat depan dia ada khemah jual2 bermacam2 pattern Crocs ni.. Dari saiz budak-budak sehinggalah mak bapak budak.. hehe.. So, dah dekat tu, sajalah singgah.. And, guess how much is the price? 1 for RM20.. Take another one for only RM10.. Macam kat shopping complex pulak, 2nd item got 50% discount.. haha…

Mula-mula sajalah nak tengok2.. Mana tahu ada sandal sesuai untuk Haikal.. Tapi, material cam tak sesuai lah, sebab keras sikit.. Kesian baby pakai keras-keras..

IMG_7371Selipar bukan Crocs pun ada dijual..

Dah tak ada untuk Haikal, tengok untuk aku pulak.. Payah nak cari saiz, kaki aku besar.. Paling besar saiz 9 aku pakai ngam-ngam.. Sebab dah takde yang lain, amik jelah saiz 9 tu.. Warna soft pink.. Warna lain takde dah saiz aku nak..

IMG_7372Kakak tu tengah carikan saiz aku.. Besar bapak kaki ni, saiz 9 pun ketat lagi.. huhu..

IMG_7376 Inilah dia rupanya..

IMG_7375

IMG_7374 “Haikal punya, takde?”

Stud yang lekat2 kat kasut tu, dijual RM2 satu.. Beli dua RM3.. Aku amik corak bunga2 tampal kat kasut..

The second piece of sandal kan dapat RM10 aje.. So, hubby pulak cari untuk dia.. Lagi lama memilih dari aku.. :P

IMG_7373

IMG_7385

Erm, maybe now I should consider buying the tulen one.. Baru boleh tahu apa beza dia, kan, kan, kan? :P Yang aku beli ni, takdelah sedap sangat sebab muat2 aje.. Lagipun tak berapa nak lembut.. Takpelah, aku buat pakai pegi keje aje..

Note: Makan kat Soho Seafood, so-so aje.. Malas nak buat review dalam post lain.. hehe.. So, next time, no more Soho Ho Ho Ho..

“Auntie.. Haikal Nak Kawan..”

Hmm.. Paham kan apa maksud Haikal ni? hehe..

Sengih aje memanjang anak aku ni.. Time tu baru lepas makan, sedaplah nak main-main... Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.. :P Bestlah dia asyik kena dukung aje..

IMG_7205 “Cepat2 lah auntie Dyan cari uncle untuk Haikal..” 

IMG_7206 Sengih senget.. hehe.. Suka betul bila suruh posing..

Ely dan Dyan datang melawat kitorang di rumah.. Langkah kanan la, sebab kitorang pun tak makan lagi.. So, we had our dinner together.. Lain kali datang lagi, ye..

Tuesday, July 20, 2010

Baby Food And Walker…

Hari Ahad lepas, sepanjang hari duduk berkurung aje di rumah.. Seronok, sekali-sekala lepak2 dan rilex kat rumah.. Tu yang lunch makan Nandos, sebab malas nak masak.. Takde apa kat dalam peti sejuk melainkan telur ayam.. hehe.. Bila dah petang takde buat apa.. Yang papa, tidur kat atas sofa.. Mama dan Haikal pulak bergolek atas lantai, tertidur atas toto.. Bukan kite tengok tv, tv yang tengok kite.. hihi..

Malam tu, keluar dinner di Bangi.. Alang2 dah ke sana, ingat nak pergi Susuibu.com kat sana, tapi, kedai tutup.. So, singgah kat Manjaku kat Bangi ni..

IMG_7346Tak larat nak dukung begitu aje.. Dah 7 kg lebih ni, boleh sengal tangan dibuatnya kalau dukung lama-lama.. So, baby sling is the best choice.. Haikal pun senyap aje dalam tu..

IMG_7348

Datang sini memang nak beli makanan untuk Haikal.. Bagi test perasa-perasa yang lain.. Kat Manjaku ni, makanan dalam botol, hanya ada Heinz brand aje.. So, aku pilih2 lah mana yang okay.. Amik perasa lain-lain, nanti boleh bagi Haikal cuba mana satu yang dia suka.. Aku amik perasa yang selain dari apple.. Sebab tau kalau ada apple, mesti masam sikit.. Kesian anak aku, berkerut2 muka tahan masam.. :P Pastu, beli Milna Rusk perasa pisang.. Tak tahu sedap ke tak, cuba try test lah, Haikal.. hehe..

IMG_7351

IMG_7349

IMG_7360Jalan sekejap aje, dah tertidur, sampai kitorang pegi makan.. Bagus betul.. hehe..

Dah siap pilih2 makanan, naik ke tingkat atas.. Kat sini banyak toys, walker, stroller, baby cot semualah.. Ternampak benda ni, Bright Starts Bounce Bounce Baby.. Macam best aje, dan tentulah harganya best jugak.. Tapi, murah lah dari Fisher Price Jumperoo tu.. Anyway, aku takde plan nak beli benda ni.. Suruh Haikal lonjak atas katil ajelah.. hehe..

IMG_7354Bright Starts Bounce Bounce Baby RM300++

IMG_7356 Survey walker..

My hubby minat dengan walker Little Bean, gambar bawah ni.. Sebelum ni, tengok dalam photo aje.. Ni baru dapat tengok in real life.. Bagi aku okay.. Yang penting, walker yang nak dibeli, mesti ada steering supaya Haikal rasa macam bawak Ferrari bila dia duduk dalam tu.. haha.. Yang lain2 tu, okay.. Nampak kukuh.. Cuma aku tengok tayar dia kecik sangat lah.. Risau aje cepat terpeleot atau tercabut.. So, aku rasa ada baiknya survey brand-brand lain jugak... Mana tau ada yang lagi okay..

IMG_7357Little Bean Walker..

Bila Haikal dah pandai jalan, kita pergi survey basikal pulak.. :P

IMG_7358

IMG_7383 Ini yang dibeli dari Manjaku, Bangi..

Di Manakah Saya?

Boleh nampak tak saya di celah timbunan baju yang sedang mama saya lipat? :P

IMG_7389 Tersenyum manis kat mama.. Meniarap atas katil bujang mama yang soon to be mine.. hihi..

Zzzzzzzzzz…

Aku memang lemah bila tiba time meeting.. Mata aku ni macam ada setan bergayut2.. haha.. This morning, attended our weekly meeting.. Lepas report tentang project aku, kira settle la.. Then, kena dengar update orang lain punya project pulak.. Ada artikel yang aku bawak, so aku baca lah.. Sambil baca, sambil mata terlelap.. Ambil kesempatan sungguh… Aku rasa boss pun nampak.. huhu.. Dia paham kot keadaan aku ni.. hehe..

Tengah sedap2 terlelap, tiba-tiba terdengar kawan sebelah kejutkan sebab boss tanya soalan kat aku.. hukhukhuk.. Dengan selambanya aku jawab soalan2, seperti tiada apa-apa berlaku dengan diriku.. haha.. Serious, I need more sleep! Lunch time, tidur kat surau.. Jap lagi balik sambung tidur dalam kereta, my friend driving today..

Monday, July 19, 2010

Souvenirs From Tokyo Disneyland…

Kawan aku, Kak Izan just got back from Japan.. Dia belikan souvenir untuk kitorang.. yeay! Haikal dapat topi.. Ada colourful Disney characters on it, like Donald Duck, Mickey Mouse and Goofy.. Lagi, ialah Image de Mary Chocolate dan Disney pen..

IMG_7400

IMG_7402 Nampak sedap dan cantik.. rasa sayang nak makan :P

Tengok gambar2 kak Izan kat sana, rasa teringin nak menjejakkan kaki ke Disneyland jugak.. Erm, bila tu? Tunggulah bila ada rezeki nanti, InsyaAllah..

“Haikal belajar pandai2, dapat no 1, mama bawak pegi Disneyland”.. Wah, Disneyland tu.. Takpe, berangan dari sekarang.. kihkihkih.. Time kite dulu2, dapat gi Mimaland aje.. hahaha.. Itu pun sekarang dah tak wujud lagi dah!

Gambar Haikal pakai topi.. Besar topi ni, takpe, dah besar nanti boleh pakai.. Pegi hari kantin kat sekolah :)

IMG_7396

IMG_7398