Thursday, December 30, 2010

Baby Tak Mahu Minum Susu…

Minum susu dari botol, to be specific.. Aku risau, lately Haikal tak nak minum susu sangat.. Pengasuh Haikal bagitau, bila bagi susu, dia paling muka dia kat tempat lain.. Biasanya aku hantar 7 botol susu sehari, tapi hanya 2 botol aje yang digunakan.. Itu pun tak abis minum semuanya.. Kenapa ye? Sebab baby dah start makan ke and boring asyik minum susu? Atau, adakah sebab ada satu phase baby akan tak nak minum susu, then after some time, back to normal again? Aku bertambah risau sebab badan Haikal nampak susut sikit..

Ada satu hari tu, akak tu bagitau, dia fikir2 macamana nak bagi Haikal minum.. Dia cakap kat aku dia tambah sikit gula dalam susu.. Then, habis Haikal minum.. Tapi, gula kan tak baik untuk baby.. Lagi-lagi dah ada gigi.. Takut rosak gigi baby... Aku pun bagitau akak tu, tak payah letak gula lagi.. Tak apa kalau Haikal tak nak minum.. Bagi aje yang mana dia nak, nanti balik kerja aku direct feed kat dia..

Erm, nak buat apa ye? Harap kerisauan aku tak berpanjangan dan Haikal minum susu seperti biasa, normally 5 botol sehari.. 

Note: Haikal demam hari ni… Kesian my little baby.. Demam2 pun, lasak macam biasa.. Get well soon, sayang..

We Are Now YES 4G Users…

Zaman sekarang, takde computer, takde internet, mati kutu dibuatnya.. I still remembered during university, I don’t have laptop.. Only big desktop at home with no internet connection.. I can live my life normally without thinking that there is something missing.. But, right now, without internet, terasa macam total disconnection with outside world.. huhu.. Takde internet, rindu nak berblog, susah nak buat online banking, nak cari nombor Domino’s pizza, macam2 lagi lah..

Disebabkan pentingnya internet dalam kehidupan, kitorang pilih untuk subcribe Yes 4G.. Ingatkan nak sambung guna Streamyx, tapi apakan daya, kat kawasan perumahan baru ni, diorang buat untuk High Speed Broad Band (HSBB) sahaja.. Nak tunggu Unifi kat kawasan ni, maybe bulan March.. Berjanggutlah nak tunggu, dahlah mahal giler.. Kitorang pakai internet pun tak seberapa.. So, goodbye TM! We can live without you.. There are so many internet providers out there, just choose which one we want.. Tak kempunan derrr takde Streamyx.. haha.. Ayat berlagak..

Isnin baru ni, me and my hubby ke Lot 10 (Yes 4G – YTL Head Quarters) semata-mata nak beli device and register Yes ni.. Jenuh gak jalan dalam keadaan rushing dari Time Square ke Lot 10 sebab nak kejar balik rumah sebelum pukul 5pm.. Takut jem.. Sampai2 aje, terus beli.. Kitorang beli huddle 4G Mobile Hotspot ni.. Pakej RM1199, untuk keterangan lanjut boleh click on below image.. Yang bagus device ni berbanding USB broadband dongle ialah dia boleh digunakan oleh 5 orang serentak.. Sharing is caring, what? hehe..

Actually, kitorang yakin dengan speed Yes ni sebab hari tu, orang kitchen cabinet ada guna Yes kat rumah baru ni.. Dia kata laju jugak speed internet.. Itu yang buat tak teragak2 nak subscribe.. Nak subcribe yang lain-lain tu, takut slow macam siput.. Kan ke aku ni duduk kat ceruk, sehinggakan McDonald’s pun tak buat delivery ke sini.. haha..

Berkenaan dengan rate, pengguna dicaj 9 sen untuk 3 MB data.. Boleh jugak guna untuk voice call dan SMS.. Voice call 9 sen seminit dan 9 sen per SMS.. Aku tak pastilah sama ada ini rate paling murah ke, mahal ke, yang penting cuba dulu then baru boleh tentukan sama ada mahal ke tak.. :)

Lega, now we can online as usual.. Memang laju jugak walaupun signal kat huddle tu kaler merah..

Wednesday, December 29, 2010

Outdoor And Indoor Water Filter…

Sebelum ni kat rumah sewa, kitorang guna Diamond Water Filter.. Tapi, filter kat paip dapur aje.. So, bila nak memasak dan jerang air, gunalah air yang dah filter tu.. Kadang2, aku ngelat jugak, terus aje tadah air paip, sebab tunggu air keluar lambat sangat… hihi.. Memang bagus guna water filter ni, at least kebersihan air terjamin.. Nak minum terus pun, boleh..

Cuma, yang kitorang perasan, kat bilik air, cepat sangat naik kuning2 kat tiles tu.. Memang confirm, air yang kitorang guna ni tak bersih.. Mesti air kuning, tu yang cepat bilik air kotor.. So, thinking of that, my hubby bercadang nak install outdoor filter.. Kat rumah barulah, kat rumah sewa, buat apa? Menghabiskan boreh ajo.. haha.. 

IMG_0079

IMG_0094  Inilah dia Delcol Water Filter yang menjadi pilihan… Install kat dalam gate..

IMG_0093  Indoor water filter.. Filter disimpan kat bawah sink, dan paipnya kitorang decide untuk mount kat sinki.. Air laju, senang nak tadah untuk memasak..

Delcol Water Filter ni, my hubby beli dari Delcol authorized dealer.. The good thing is kitorang dapat harga murah sempena MAHA 2010.. Walaupun tak pergi ke MAHA tu, dapat jugak lock harga kat MAHA.. Siap dapat water dispenser free.. Tu dah bagi mak aku..

Disebabkan water filter ni consists of outdoor and indoor filter, kitorang dah tak perlu risau nak cuci2 indoor filter selalu ataupun tukar dia punya penapis tu.. Orang tu cakap penapis boleh tahan sampai 2 tahun lebih.. Cuma, kena selalu backwash aje outdoor filter untuk bersihkan segala kotoran air.. Yelah, air kat luar tu, tentu kuning2 kan.. Pernah tak bila basuh baju, curah air kat baju, nampak kotor bertampuk kat baju? Tu sebab air karat la tu.. So, hopefully, sekarang takde masalah tu lagi..

Ada jugak survey water filter brand lain especially Diamond.. Diorang dah buat skim yang bayar bulan2 siap service free.. Bila kira-kira balik, kitorang rasa mahal.. Compare dengan apa yang kitorang beli ni, dah ada outdoor filter, yang indoor filter tu tak payah nak service2 selalu.. Sebab air yang masuk rumah dah tak kotor lagi…

Gila Tupperware…

Siap aje pindah, the first thing yang aku unpack dari kotak2 ialah koleksi Tupperware aku.. haha.. Tak sabar sungguh.. Selama ni, aku tahan aje diri dari nak pakai Tupperware, sebab my hubby suruh tunggu untuk pakai kat rumah baru..

Nasib baik kitchen kabinet agak besar, muatlah masuk semua Tupperware.. Ada ruang kosong lagi, maknanya ada chance tambah koleksi.. hahaha..

IMG_0228  Dah siap susun elok2 dalam kitchen kabinet… Ye, kitchen cabinet saya warna hitam ;P

IMG_0231  Kat kabinet ni, banyak bekas kecik2.. Later, aku nak fully utilized semua Tupperware aku.. Semua rempah ratus, makanan, nescafe, milo nak simpan dalam Tupperware.. Beras pun dah siap2 masuk dalam Rice Dispenser.. Tinggal nak beli bekas bawang pulak.. Dan kuali Tupperchef Wok jugak.... Abang, tolong belikan… kehkehkeh…

Tuesday, December 28, 2010

I Can Reach!

Inilah satu-satunya pintu yang Haikal boleh capai tombol dia bila berdiri... Namanya ialah Pintu Stor.. hehe..


Tengah estimate ketinggian..


"Yeay! Tinggi jugak saya ni, rupanya..". :P


"Mama, please jangan marah..."

Anak aku ni, tak padan kecik, semua dia nak explore.. Suka main kat pintu.. Semalam dah terhantuk kat pintu, bila papa bukak pintu bilik dari luar.. Nasib baik tak kuat sangat.. Kena tukar nama ni, dari Ahmad Haikal jadi Ahmad Albab.. haha..

Selain pintu, dah tahu tarik dan tutup drawer.. Aku risau tangan comel dia terkepit aje.. Kalau dikembur kain baju, memang nak kena babap tangan tu.. hihi.. Selain tu, at his 10 months, dah tau pegang handphone dan letak kat telinga bila kite cakap "Hello".. So cute.. :).. Dah pandai sayang orang.. Let say cakap "sayang baby", dia akan dekatkan mulut kat baby dan kiss.. Yang tak tahan tu, asyik2 nak cium aje.. Aku takut dia digigitnya baby tu nanti.. hihi.. Gigi dah nak tumbuh lagi 2 batang kat gusi atas.. So, total up ada 4 gigi semuanya.. Kena selalu gosok gigilah nampaknya, dahlah aku bagi makan macam-macam.. Sate pun aku bagi.. haha.. He loves to laugh contagiously.. Siap ada sedu-sedu kat belakang.. Just like his mama.. haha.. Seronok tengok telatah baby, walaupun sometimes I feel very tired and restless sebab asyik nak berdukung aje.. Tangan lenguh sokmo.. Tak apalah, janji baby sihat.. :)

We Have Moved In To Our New House..


Alhamdulillah, akhirnya penantian nak pindah ke rumah sendiri berakhir.. Kitorang berpindah pada Sabtu lepas… Lega rasa bila dah settle semuanya.. Barang2 yang mana nak jual, dah jual.. Yang mana tak nak, dah bagi orang dan ada yang dibuang.. Rumah sewa pun dah kosong, tinggal nak serah balik kunci aje kat tuan rumah… Kat rumah baru ni, tinggal nak unpack kotak2 aje dan simpan barang2 dalam kabinet or wardrobe.. Tak banyak sangat dah, sebab dah buat masa weekend hari tu.. Sikit2 lah buat, ada baby, movement aku limited sikit.. Haikal asyik nak mengekor aje.. hehe..

Oh ya, kitorang berpindah di sebuah townhouse somewhere in Balakong.. Sangat-sangat dekat dengan rumah sewa dulu.. Hari-hari boleh tengok progress rumah sampai naik jemu bilalah nak siap.. hehe.. Disebabkan dekat aje jaraknya, masa pindah, sewa lori hanya RM40.. Murah giler, minyak lori pun tak turun kalau jalan sekangkang kera gitu.. hehe..

Rumah townhouse ni, kalau ikutkan, memang kecik sikit… Tak bolehlah compare dengan rumah teres, tempat letak kereta pun boleh masuk dua kereta sekali.. Tapi, walaupun kecik, aku rasa sangat bersyukur, sekurang2nya dah ada rumah sendiri untuk berteduh.. Tak mahulah terus menyewa aje.. Aku pun dah biasa duduk rumah kecik, jadi small matter fasal tu.. Asalkan selesa, it is more than enough for me…

Ada banyak nak update tentang rumah, tak habis lagi menceceh kat sini fasal kitchen kabinet, wardrobe, langsir dan lain-lain yang berkaitan dengan rumah.. Tapi apakan daya, limited connection to internet.. Aku dah terminate akaun Streamyx dan land line kat rumah sewa.. Bengang dengan TM! huhu..

Okaylah, stop kat sini, karang ada pulak sesi complain2 kat sini.. heheh..

Monday, December 27, 2010

Sayahappyslalu Giveaway Results....

Tak suka buat orang tunggu2.. Sebab aku pun tak suka menunggu.. hehe.. Maka, dengan ini diumumkan pemenang bertuah bagi Sayahappyslalu Giveaway hari tu...

Pertama:


http://nurnuha-syakila.blogspot.com/

Kedua:


http://shahida-mysweetlife.blogspot.com/

Top Referrer:


http://malaysiagiveaway.blogspot.com/

Bagi yang bertuah diatas, boleh email kat saya nama alamat dan nombor telefon untuk urusan post hadiah.. Email kat emelia_khamis_at_yahoo_dot_com. Thanks for joining to all.. Kalau rajin, kite buat giveaway lain nanti.. :)

Sunday, December 26, 2010

No Network & Giveaway Results…

Currently, I am officially internet-less person.. huhu.. Terasa kekurangan sebab rumah baru belum ada internet. Tiang Telekom pun tak ada. We will opt for broadband. Harap taklah teruk sangat speed internet tu nanti sehingga aku menjadi seorang yang stress.. haha..

Oh, by the way, Sayahappyslalu Giveaway tu dah tamat tempoh.. I will select the winner randomly.. Tunggu ye.. Kena cari my own sweet time to do all that, then post the item straight away.. Tunggu ye..

Note: Where I got this internet from? Dari rumah sewa lama.. haha. Lepas hantar Haikal tadi, singgah sekejap bawak modem. Terpaksa. Aku nak tengok alamat orang, nak post barang yang aku jual kat Mudah. huhu.. Alang2 tu, update sekejap tentang ni.. So, I don’t have much time. Nak balik dah, nak sambung kemas. hehe..

Saturday, December 25, 2010

Sayahappyslalu Giveaway…

*Sticky post until 25th Dec 2010*

IMG_9966

Tiba-tiba buat Giveaway, mimpi menang loteri ke malam tadi? haha.. Saja2 je, kan dulu pernah cakap nak buat giveaway simple.. So, ini memang very simple lah..

Caranya:

Just leave comment on my comment box.. Tak kisahlah komen pasal apa, bagi cadangan pun boleh.. Dan jangan lupa tinggalkan link blog.. Kot boring2, bolehlah aku buat bloghopping :) Itu aje, mudah..

Kalau nak jadi top referral, bolehlah letak pasal benda ni dalam blog.. Tak nak pun, tak apa..

Tak perlu jadi follower kalau tak nak.. ikut suka.. I prefer you become my blog reader.. Yelah, kalau follow aje, tapi tak baca blog orang, tak guna juga kan? hehe..

Hadiah:

Hadiah ialah beg dompet dari Bali.. Ada 3 buah; 2 untuk komen yang terpilih dan 1 untuk top referrer…

Pemenang dipilih guna random generator.. Aku malas nak pilih2, nanti bias pulak pilih orang yang aku suka.. haha…

Due date:

Tarikh tutup sampai 25 December 2010, jam 10 pagi…

Thursday, December 23, 2010

My Baby Is 10 Months Today!

IMG_0196 Alala, sedapnya tidur..Aku sempat snap sebelum hantar Haikal ke baby sitter this morning…

Pada usia 10 bulan, here are his milestones/progress:

  • Still fully breastfeed. Alhamdulillah.. Cuma, lately kakak babysitter tu cakap dia dah tak nak minum susu sangat.. Sekali feeding, adalah 2oz atau 3oz aje dia minum.. Susu yang aku bagi, hanya 3 botol aje yang habis.. Ini merisaukan aku.. Tapi, aku cakap “Takpe” aje, asalkan Haikal nak makan.. Selain bubur, aku bekalkan roti jugak sebagai tambahan.. Aku risau sangat anak aku ni makan tak kenyang.. hehe.. Bila balik rumah, Haikal takde problem nak menyusu sebab aku direct feed dia.. Maybe dia nak “bergayut” aje kot, taknak minum dari botol.. Haish, manalah boleh, mama kan kerja… Aku harap masalah ni tak berpanjangan…
  • Suka mengutip dan masuk dalam mulut.. huhu.. Seriously, can’t take my eyes off him even for 1 minute.. Ada aje yang dia kutil2.. Dan tanpa disedari, dia masukkan benda dalam mulut.. Hari tu, masukkan polisterin dan kemam.. Lepas tu senyum2 kat aku dengan pipi kembungnya.. Aku pun suspect ada barang dalam mulut, terus korek dan keluarkan.. Phew, sesak dada aku.. Then, aku marah sikit “Ep, amboi dia”, terus melalak.. hehe..
  • Dah tau bila aku marah.. Nanti, dia akan tengok aje dan diam.. Sometimes, mencemik2 sampai menangis.. Ada satu hari tu, Haikal pecahkan botol sos tomato.. Aku geram betul, then cakap “Mama babap dia”, sambil tepuk tangan dia.. Apalagi, melalaklah kuat-kuat.. Tak lama lepas tu, datang balik kat aku… hihi.. Budak comel ;P
  • Belum lagi boleh berjalan sendiri… Memapah dari hujung ke hujung, bolehlah..
  • Sangat active.. Tak boleh duduk diam.. huhu.. Lenguh tangan nak handle si kecik ni..
  • Dah pandai buat babai, tepuk amai2, aksi bertumbuk.. hehe..
  • Bila tak dapat sesuatu atau lambat bagi makan, Haikal akan kerutkan muka dan hidungnya merengus.. Kadang2, dia lembikkan badan sambil kepala digeliat ke belakang.. Macam-macam pesyen…
  • Pandai main dengan kawan2, dengan pak sedara, nenek.. Tapi, jangan nampak mama dia.. Mulalah gedik semacam.. Terus nak berkepit aje.. huhu…
  • Dengan aku, tak nak makan bubur.. Aku tak tau kenapa.. Maybe dia selalu dapat roti, biskut, cheese cake bila dengan aku, so dia dah pandai memilih..
  • Very cheerful.. Suka sangat!

That’s all for now.. Mama sayang Haikal sangat-sangat :)

Tuesday, December 21, 2010

My Driving Skills...

Believe it or not, I can’t drive manual car.. muahaha.. Bila ada manual car sahaja, then, orang mintak tolong pergi kedai, ada excuse tak boleh pergi, kan? hehe.. Bijak2.. Aku amik lesen, masa baru kerja di Senawang.. So, during first few months kerja, jalan kaki aje pergi kerja.. Sedih sungguh.. Yelah, pak bangla pun naik basikal.. haha.. Rumah sewa dekat, tak jadi masalah nak jalan kaki.. Bila dah dapat lesen kereta, terus tak bawak kereta sehinggalah beli kereta auto.. Kat rumah, hanya ada kereta manual aje.. Aku tak berani nak bawak.. Masa belajar memandu dulu, pakcik tukang ajar tu selalu bising enjin asyik mati kat traffic light, kat tengah jalan.. Time test kereta, fail masa naik bukit.. Sejak itu, aku berazam, bila dapat lesen, aku nak bawak kereta auto aje.. No more kereta manual.. I don’t want to take a risk dan membahayakan orang di sekelilingku…

Nak bawak kereta auto, tak susah.. Tekan aje minyak dan jaga brake.. So, part nak memandu dan nak ke mana-mana tak jadi masalah.. Cuma, nama aje orang KL, tapi aku ni buta jalan2 kat KL.. Kalau tak salah masuk simpang, tak sah.. Padahal dah study dah peta.. Serius, aku tak pandai.. Sampai tu memang boleh sampai destinasi, tapi, lambat sikit lah.. hehe.. So, jalan yang dah terror pergi, setakat gi rumah mak, gi Midvalley, KLCC, pergi ofis itu aje.. Masuk bandar, memang sesat barat kot.. hihi.. Bila dah duduk KL, kena pandai-pandailah nak hidup, kata orang.. Bab cilok mencilok masa drive tu, dah jadi kebiasaan.. And, the skills sentiasa di polish dari sehari ke sehari.. hehe.. Tak tahan tu, kalau kena duduk barisan kereta panjang tapi tak gerak2.. So, cilok ke kiri kanan is the best solution.. Boleh sampai rumah awal.. :P

Lagi satu, my weakness.. Aku tak pandai buat reverse parking.. huhu.. You know how I do, so that it looks like reverse parking? Please study this diagram.. Siap diagram tuuuu.. haha..

Aku akan pastikan tempat yang nak parking tu, tak banyak kereta.. So, my aim ialah petak parking bertanda “X” tu sebab sebelah dia takde kereta.. Caranya, aku move kereta ke petak yang bertentangan.. Then, bila tayar dah tegak, slowly aku akan reverse sampai ke petak “X”.. Jadilah macam aku buat reverse parking.. Sebab muncung kereta kat depan.. hehe.. Tapi, kalau ada kereta sebelah kat sebelah, kirim salam.. Aku masuk terus ikut depan.. Kalau susah sangat sebab parking sempit, aku terus jalan, cari parking lain.. haha..

Side parking pun aku failed! Selalu masuk aje, senget pun sengetlah.. Janji kereta boleh lalu kat jalan tu, dan tak langgar kereta aku.. :P

Buy Electrical Appliances With Cheaper Price And Extended Warranty…

Aku ni macam buat iklan kedai elektrik pulak.. hehe.. No, I just want to share something with you regarding this.. Walaupun beli sekali saja seumur hidup, kalau boleh jimat, tentu kite nak jimat, kan? :)

What do you think about buying stuffs from Sen Heng? Mula-mula dulu, aku selalu assume, beli kat Sen Heng ni mahal.. Aku prefer beli barang2 elektrik dari kedai elektrik biasa.. Boleh tawar-menawar, ye tak? Kat Sen Heng, harga fix dan sometimes lagi mahal dari kedai luar.. Now, my perception is totally changed when my hubby proved me the price difference with normal electrical shop.. But, please bear in mind, bukanlah semua barang dia murah.. So, pandai2 lah memilih..

Sejak tahun lepas lagi, my hubby dah start survey tentang barang2 especially front loaded washing machine, home theater set dan LCD tv.. So, bila ada waktu free, time balik kerja ke, kalau sempat dia singgahlah mana2 kedai elektrik dan survey harga… Dan satu hari tu, kebetulan dia pergi Sen Heng dan terjumpa dengan front loaded washing machine dengan harga less than RM2k.. Menarik kan? Kena sign jadi ahli Plus One, maka dapat beli washing machine dengan harga tu.. Tambah menarik lagi, Sen Heng bagi extended warranty for 3 years untuk barang2 elektrik yang kite beli dari kedainya.. As I mentioned in my previous post, warranty ni penting.. Lebih2 lagi untuk barang2 yang mahal2.. Let say beli barang dengan warranty 1 tahun.. After 1 year that thing go kaput, kena keluar duit nak repair balik atau beli baru.. So, dengan warranty 3 tahun yang Sen Heng bagi ni, kira terjamin sikit… Nak pakai lasak2 sikit pun tak takut sangat.. hehe..

IMG_8907

IMG_8908  Guess which one is our fridge? Masa ni, Haikal kecik lagi, topi tu still dia nak pakai.. Sekarang, jangan harap… huhu..

IMG_8909  Kat Sen Heng, banyak pilihan.. Semua ada, sediakan duit aje.. :P

IMG_8912  Washing machine idaman hati Encik Ahmad..

IMG_8911  Look at the price now.. My hubby got RM1.8k for this..

Macam mana dapat harga tu? Masa ada promotion dulu, my hubby dah lock price dengan buat booking.. Barang tak amik dulu, tak apa, yang penting booking dulu.. So, dapatlah harga murah tu.. Bila dah siap nak pindah rumah macam sekarang, baru diorang hantar barang.. Tak dinafikan, dengan perancangan awal begini, dapatlah jimat sikit dan boleh beli barang2 lain.. Peti ais pun kitorang dah lock price awal2.. Dah survey tempat lain, memang tak dapat harga yang Sen Heng bagi..

Set home theater pun my hubby dapat murah.. Last month, boleh guna point untuk beli certain barang dengan harga murah.. Good news, set home theater yang my hubby aim nak beli pun ada promotion.. Dengan guna point, dan harga jadi less RM150 if I’m not mistaken.. Apalagi, terus beli.. Actually, sales assistant yang kitorang deal tu tu sangat bagus orangnya.. Dia yang bagitau my hubby bila masa barang ni murah, bila masa ada promotion voucher.. So, kitorang pun beberapa kali jugak datang nak beli barang2 lain.. 

IMG_8913   Gambar hiasan.. Bukan set ini yang kitorang beli.. hehe..

IMG_9447

Aircond pun kitorang dapat harga yang best.. Aircond Hitachi 1.0 HP siap dengan installation, dapat RM1.1k++..Ada cash voucher RM100 (guna untuk beli peti ais aku).. Beli dua, pasang kat bilik satu, pasang kat hall satu.. Dapat hadiah rice cooker lagi.. Itu aje yang kitorang beli kat Sen Heng.. Paling penting, warranty 3 years.. :) TV pulak, my hubby beli kat Carrefour sebab ada promotion masa tu.. Entry TV, nantilah dulu..

Dengan itu, sekian pesanan khidmat masyarakat.. Alah membeli, menang memakai.. haha..

Monday, December 20, 2010

Cuti...

Siapa tak suka cuti, kan? Lepas pindah kerja ni, baru aku rasa nikmatnya ada banyak annual leave ni.. hehe.. Kalau tak, memang berkira2 nak cuti.. Dulu, setiap bulan gain 1 hari cuti aje..Tu yang sakit2 sikit pun pergi klinik, dengan harapan dapat MC.. Bolehlah berehat.. hehe.. Bila kilang buat shutdown, cuti kena tolak.. Sampai hutang cuti dan unpaid leave.. Sehingga berhenti kerja pun, cuti aku negative kot.. Aku tak tahulah camana HR kira, yang penting aku dah abis bayar short notice compensation.. huhu.. Lega.. Bila fikir rasa sakit hati dan sayang duit, kot boleh guna beli barang2 kat rumah baru.. Tapi, takpelah, ada rezeki lain nanti.. InsyaAllah..

Sekarang, dah takde masalah nak cuti sebab company provide cuti yang mencukupi.. I will try to use it wisely.. Lagi satu yang aku suka, kalau cuti jatuh hari Sabtu, ada cuti ganti kita boleh amik selepas tu.. Bila nak cuti bergantung kepada diri sendiri asalkan dihabiskan pada tahun yang sama.. Syok-syok.. Itu yang minggu ni, aku apply cuti lagi 2 hari hari Khamis dan Jumaat.. Satu cuti ganti dan satu annual leave.. Nak settlekan hal rumah.. Last phase ialah pasang kitchen kabinet.. Can’t wait! Esok, sehari lagi kerja, lepas tu cuti balik.. Yeay! Then, krismas nanti pun dapat cuti ganti.. :) Erm, bila nak ganti ye? Akan difikirkan kemudian…

Saturday, December 18, 2010

He Loves To Eat..

Syukur Alhamdulillah, Haikal suka makan.. Apa yang aku bagi, semua dia akan makan.. Bila tak kena selera, baru dia tolak and tutup mulut bila disuap.. Bila suka makan, takdelah aku rasa risau, anak aku kurus keding ke.. hehe.. Nak bawak ke mana2 pun senang, bawak aje bubur, roti atau biskut dia.. Time papa and mama nak makan, bagilah makanan dia, then, barulah Haikal duduk diam dalam baby highchair.. Dia dah pandai makan sendiri.. Tapi, of course lah comot2.. sediakan aje baby wipes and baju lebih.. hehe..

Pernah aku dengar baby tak suka makan.. Nak minum susu aje.. Susah jugak kan? That is why I introduce solid food early to Haikal.. Sebab takut baby tak nak makan bila terlalu lewat introduce solid food kat dia.. Setakat ni, macam2 dah makan.. Aku pernah bagi ice-cream (don’t tell papa.. haha), ayam dan nasi Arab, jelly, cheese cake, roti, mee hoon soup (Johny’s steamboat).. etc.. Nanti kite bagi try makanan lain pulak.. Spaghetti ke.. :P


IMG_9730Makan biskut keras.. Teething Rusk.. Gigih dia menggigit..

IMG_0017  Tengah khusyuk makan Baby Bites Biscuit.. He likes it so much..

Tak cukup dengan makanan, benda lain pun nak makan jugak.. haha.. Suka sangat gigit barang2, sebab gatal gusi agaknya…

IMG_9553  Eat the shoe like a burger!

Wednesday, December 15, 2010

Wall Paint And Plaster Ceiling….

Tengoklah betapa gigihnya my hubby mengecat dari pukul 12 malam sampai 9 pagi..:) Setelah beberapa hari berhempas pulas, akhirnya my hubby surrender.. Tinggal sikit aje lagi, lepas tu pekerja Tik Ann yang cat plaster ceiling tolong habiskan… Dinding dan plaster ceiling, guna cat putih aje… Guna cat putih ni, tak nampak beza sangat kalau ada bahagian dinding yang tak terkena cat.. So, yang mana tak kena cat tu, pak indon tu touch up balik..

IMG_0006 Bersemangat! Good job, abang.. hehe..

Bila my hubby dah tak larat, pak indon amik alih selepas tu.. Tengok dia buat kerja, wow, rilex je.. Pegang batang cat pun maintain.. Speed laju aje.. Yelah, dah memang kerja dia.. Cuma boss dia dah pesan, jangan kacau pak indon tu buat kerja.. Tengok aje.. So, kitorang tengok sekejap dan tinggalkan dia cat sorang2.. Petang tu, dalam kul 4 petang, dah siap dah ceiling dari hall ke dapur dicat.. Very impressive, cat pun kemas..

IMG_0015 Dengan beg sling kat badan, bapak memang cool lah! haha..

Untuk seluruh rumah, guna cat putih aje.. Have I ever mentioned that our house is a townhouse? Townhouse ni, rumah kecik sikitlah, tapi memanjang ke belakang.. So, tak beranilah nak pakai kaler yang garang2.. To be at a safe side, guna putih, senang cerita.. hehe..

Bila semua dah siap cat, inilah hasilnya dan rupa plaster ceiling rumah kitorang…

IMG_0023 Kat living hall, buat L-box design.. Nampak modern concept di situ.. hehe.. So, kat dalam L-box tu, guna T5 fluorescent light yang dibeli kat V-World Lighting hari tu.. Then, ada pasang eye-ball light.. Tau tak yang mana satu? yang bulat2 kat 4 penjuru L-box.. Lampu ni, boleh adjust nak terang ke, nak malap ke.. So, we choose kaler oren.. Ada beza sikit dari lampu downlight yang kaler putih…

IMG_0026 Papa Haikal buat inspection.. :P Kitorang buat plaster ceiling dari living hall sehingga dapur.. Jadi, siling kat dapur yang mulanya tinggi sikit dah diturunkan sama level dengan ceiling kat hall..

IMG_0025 Air cond pun baru pasang last week di ruang tamu.. Kena buat hacking dan plaster semula selepas air cond installation.. Ni gambar dah siap plaster cantik2.. Kalau tak, begini rupanya..

IMG_9910 Wall hacking for air cond installation.. Kenapa tak pasang air cond kat atas sliding door? Senang sikit, tak payah hacking2 dinding, terus pasang air cond back-to-back kan? Ada sebabnya, nanti aku cerita..

IMG_0024 Plaster siling guna downlight 4 segi, saiz 4 inci.. I like it, sebab simple aje… Ingat tak aku cakap, simple makes perfect.. My philosophy tu.. haha..

IMG_0027 Haikal a.k.a Boss Kecik pun buat inspection.. Look at his eyes.. :P He like to look at the fan.. Especially kipas yang kembang kuncup kat dapur tu.. Mesti berfikir, how the fan works that way.. Siap ada lampu lagi.. hihi..

Oh ya, ada yang bertanyakan, berapa harga buat plaster ceiling ni.. My hubby yang deal, so I don’t know the exact figure.. Yang tahu, less than RM2k untuk dari hall sampai dapur.. Dalam bilik, kitorang tak buat plaster ceiling.. So, in our opinion, memang murahlah.. Siap dengan lampu2, kipas2, rail langsir dan water heater dia tolong pasang sekali…

Maka, dengan itu, tutup cerita plaster ceiling dan cat-mengecat.. :P

Electronics Book For Sale…

Tak abis dengan jual barang, sekarang jual buku pulak.. hehe… Actually, me and my hubby sekelas masa kat Universiti dulu.. Jadi, bila dah sekelas, masing2 amik subjek yang sama.. Pastu belilah buku rujukan sendiri.. Tak rocklah pinjam2 ni, kan?.. Lagipun dulu, tak sangka akan kahwin berdua.. haha.. Maka, sekarang dah ada 2 biji buku yang sama kat rumah.. So, I am willing to let go my book, since my hubby sayang sangat buku2 dia.. :P Takpelah bagi chance birthday boy, hari ni birthday my hubby.. hehe..

IMG_0035

Okay okay, to cut the story short, ini buku pertama yang aku jumpa setelah godek2 kotak dalam bilik.. Tajuk “Electronic Circuit Analysis and Design – Second Edition” by Donald A. Neaman. Buku ni sesuai untuk rujukan student Electrical/Electronics Engineering.. Kot ada yang berminat, bolehlah tinggal comment..  And, I will put my ads in Mudah as well.. Buku2 lain, nanti aku cari lagi.. :)

Nippon Paint Good Deal.. Buy 1 Free 1…

Sounds good, rite? Berbaloi, memang berbaloi.. You know how much it costs in KL? Around RM120 per tin.. Each tin contains 5 litres of paint..

nippon

Picture from: Nippon Paint website.

Macam ni ceritanya.. I was not there with my hubby at that time..Kitorang kan balik kampung 2 minggu lepas sebab my parents in law baru balik dari Mekah.. Kat kampung my hubby keluarlah gi cari kedai hardware nak beli lock untuk rumah.. Taulah my hubby ni, kalau boleh, dia survey semua tempat yang dia pergi untuk dapat harga yang lebih murah.. Dah dapat murah pun, kalau boleh nak murah lagi.. hehehe..

So, masa pergi2 kedai cari lock ni, kebetulan terjumpa lori Nippon Paint ni jual cat dengan separuh harga.. Lori ni buat promotion seluruh Malaysia katanya.. Jadi, jumlah cat yang dijual tu limited lah.. Masa tu, promosi sampai pukul 5 petang aje.. Apalagi, cepat2 lah beli 6 tin… Maka kena bayar harga untuk 3 tin ajelah.. Sebab buy 1 free 1, kan.. Harga dia bagi pulak RM88 setin.. Cuba darabkan dengan 3 tin, tak sampai pun RM300.. Kalau beli kat KL, mau nak cecah RM700.. Tu yang bila balik sini tu, bukan main rajin megecat sampai ke pagi.. Yelah, kalau upah pak indon pun, dia nak RM400.. Alang2 nak jimat, kena cat sendirilah.. hihi..

Sekarang, rumah dah siap cat.. Hanya tinggal kitchen cabinet, langsir aje kot yang kena settle kan sebelum masuk rumah.. Ni yang tak sabar rasanya :P

Tuesday, December 14, 2010

Prosperity Burger Is Back In Town…

prosperity Photo credit to Prosperity Burger Facebook..

Every year, ada aje post Prosperity Burger McDonald dalam blog aku.. Sebabnya setiap kali dia keluar, aku jadi excited.. haha.. I already had it last week.. How about this week? Nak makan Prosperity Burger setiap minggu, aci tak? hehe.. Apalagi, go and get yours now… :)

Note: Masa pregnantkan Haikal, memang selalu makan Prosperity Burger.. Seminggu tu, adalah 2 kali makan.. Sampaikan kawan aku cakap, nanti anak lahir bagi nama Mohd McDonald.. muahaha..

Monday, December 13, 2010

Get Me Out Of Here…

Part I:

Can you guess what is inside the box?

IMG_0001Kehkehkeh.. Kejam sungguh mama dia ni, masukkan baby dalam kotak.. :P Mula2 excited aku tolak kotak tu.. Bila start tutup, mulalah cuak dan nak melalak.. haha.. Banyak sangat kotak kat rumah aku ni, sepah2, malas betul nak kemas.. huhu..

IMG_0003 Kesian.. Budak botak dalam kotak… hihi.. Haikal mintak tolong keluarkan dari kotak..

Part II:

Dah pandai dah keluar sendiri dari Bumbo Seat.. Kalau dulu, jerit2 jugaklah mintak tolong.. Sekarang, dengan rilex nya dia tunjuk skill.. hehe.. So, dah patut simpan dah sebab Haikal tak nak duduk dah.. Simpan untuk next next and next.. berapa banyak next da? haha..

I will not let go this item.. Sebab aku rasa inilah barang yang best skali dan puas Haikal pakai.. Since 3 and half month dah start duduk dalam tu.. Tu yang Haikal cepat duduk.. To mommies out there, yang masih terfikir2 nak beli, beli aje.. Tak payah tunggu baby besar baru nak beli.. Tak pun, mintak orang sebagai hadiah masa baby lahir.. hehe.. Good idea, rite?

Boss Happy, Cincai Jual!

Hehe.. Belum masuk kedai, dah tersengih aku kat luar kedai.. Kedai apa? Kedai Hardware Suen Lee kat Wangsa Maju Section 1.. Betul ke “Boss Happy, Cincai Jual”, meh nak tengok sikit..

IMG_9744

Setelah round2 kat Bangi, tak jumpa railing langsir yang aku nak.. Aku nak aluminium rail, warna gelap.. Nak pasang rail langsir untuk rumah baru.. So, masa nak balik rumah mak, aku pun singgahlah kedai hardware berdekatan.. Mak aku cakap ada jual rail langsir kat situ, rumah mak pun pakai rail gelap tu.. Maka, bepergianlah aku ke kedai tersebut..

Ternyata benda yang aku cari, ada.. Discuss2 on the phone dengan my hubby dan taknak pening2 mencari lagi, terus aku beli.. Ukuran dah ada siap2 aku record dalam handphone… Harga rail dan accessories dia untuk seluruh rumah ialah RM130+.. Aku buat double rail untuk semua, mana tau nak buat langsir berlayer2, kan.. hehe..

IMG_9740

Sekali tu, nak balik, tak muat pulak rail untuk sliding door tu masuk dalam kereta.. huhuhu.. Pembantu kedai tu ikat dan letak kat side mirror kereta.. Bawalah aku rail2 tu, dari Wangsa Maju ke Balakong..

Cartoons Maniac…

Tak sangka I saw it myself.. Sebab hari tu ada tengok dalam blog orang.. hehe.. Terjumpa kereta berhias dengan character2 kartun ni masa pergi Baby Expo few weeks ago.. We parked our car right beside this car.. Unfortunately, Haikal was sleeping at that time.. Kalau tak, boleh tunjuk kat dia.. :)

IMG_9714

IMG_9715 Tak cukup kat luar kereta, kat dalam2 pun penuh dilekatkan dengan toys… Kalaulah kereta aku, puaslah nak pegang tangan Haikal supaya tak asyik mencapai.. hehe..

Sunday, December 12, 2010

OOO Notification…

I will be out of office for 1 week starting tomorrow.. Sebab kena attend training in Bangi.. Dekat aje dari rumah.. Syok sebab tak payah redah traffic jam kat MRR2 for 5 days.. hehe.. Walaupun training dekat2 sini je, tetap suka kalau dapat balik awal.. kekeke..

Enjoy your week! Happy working everyone…

Friday, December 10, 2010

Tepuk Amai-amai…

Haikal dah pandai tepuk-tepuk tangan sambil aku nyanyi lagu Tepuk Amai-amai.. Pap pap bunyinya.. hehe.. Dah pandai menepuk tangan ni, bila-bila aje dia suka dia tepuk.. Yang kelakar, bangun2 tidur terus tepuk tangan.. haha.. He want to practice, I know :) Lagi satu, dah pandai buat macam aksi bertumbuk using his fists.. Aku pun apalagi, tunjuklah cara taekwondo kat dia.. yah yah yah.. haha..

IMG_9791

IMG_9790

Ni video masa baru pandai tepuk tangan.. Ada banyak video lain, later I share.. :)

I Let Go Things At Mudah.my…

mudah

Have a look here: http://www.mudah.my/sayahappyslalu

Dalam process kemas-kemas barang nak berpindah ni, ada banyak jugak barang-barang yang aku rasa dah tak pakai dan masih lagi dalam keadaan baik.. So, daripada tak pakai langsung dan terbiar, better aku let go dengan harga murah.. Setakat ni, dah jual basikal exercise dan kasut hiking aku… Dua-dua melalui Mudah.my ni.. Yes, ternyata mudah ni boleh dipercayai, tapi kena hati-hati jugaklah pilih pembeli..

Nak kemas2 lagi, kot ada yang elok, I will publish in Mudah.. Sebenarnya, kebanyakan barang dalam rumah ni aku nak jual.. Peti ais, mesin basuh, bed frame, sofa, almari baju, periuk nasi etc.. Barang-barang besar ni, kalau ada siapa minat, kena sediakan lorilah.. Selain tu, barang Haikal pun banyak... Tapi, ada yang orang bagi kan, takkan aku nak jual pulak… Karang orang yang bagi tu tau aku jual, kecik hati dia.. hehe..

Itu saja nak bagitau, aku ada jual barang kat Mudah.my.. haha..

Thursday, December 9, 2010

Downlights & Ceiling Fans….

Dari tahun lepas lagi dah start survey fasal lampu, kipas ni.. Yelah, ingatkan dapat kunci awal tahun, maka kitorang get ready awal2 lah.. Sekali dapat kunci nak dekat hujung2 tahun.. So, dah nak dekat setahun dah.. Maknanya sinki Teka yang kitorang beli dulu pun dah berusia setahun.. hahaha.. Takpe, benda tu tak lapuk dimamah usia.. :P

Okay okay, berbalik kisah beli lampu kipas ni.. Setelah survey2 di beberapa tempat kat KL ni termasuk Puchong, Damansara, kitorang jumpa tempat yang okay di sekitar area Serdang, which is near to our house.. Nama kedai V-World Lighting, dekat2 dengan TM Point Serdang dan berhadapan dengan Komuter Serdang... Harga kipas boleh kata standard la kalau pergi mana2 pun.. Cuma harga downlights and lampu2 lain, kitorang rasa murah sikit kat sini.. Downlight yang menjadi pilihan ialah square shape size 4 inci, frame kaler putih.. Harga ialah RM22 termasuk energy saving bulb.. Lampu pendek yang dalam bilik air tu, kalau tak silap RM10 sebatang termasuk bulb.. Lampu lain yang dibeli ialah T5 untuk L-box plaster ceiling dan eye-ball lights.. semua lampu, harga dia siap dengan bulb skali.. Senang kira.. Dari segi harga, kitorang dapati kat sini murah sikit.. Banding kat kedai berdekatan pun, ini lebih murah..

IMG_9459

IMG_9453

IMG_9454

Setelah siap membeli 5 bijik kipas yang terdiri daripada 2 kipas KDK with remote control, 2 kipas Alpha dan sebuah kipas yang kembang kuncup untuk dining hall dan segala lampu-lampu, tibalah masanya untuk membayar…

IMG_9458  Papa pening kepala, banyaknya kena keluar duit..

IMG_9457  Haikal pulak tolong papa kira.. And, share tips on how to save cost.. Caranya, kite guna lilin dan kipas satay.. haha..

Lampu dan kipas2 semua dah siap pasang.. Cuma plaster ceiling tu, pekerja Tik Ann belum cat lagi.. Tak sabar aku nak tengok rupa dah siap.. Lama tunggu, tak siap2 lagi, memang nak kena tiau cina ni..