Thursday, December 23, 2010

My Baby Is 10 Months Today!

IMG_0196 Alala, sedapnya tidur..Aku sempat snap sebelum hantar Haikal ke baby sitter this morning…

Pada usia 10 bulan, here are his milestones/progress:

  • Still fully breastfeed. Alhamdulillah.. Cuma, lately kakak babysitter tu cakap dia dah tak nak minum susu sangat.. Sekali feeding, adalah 2oz atau 3oz aje dia minum.. Susu yang aku bagi, hanya 3 botol aje yang habis.. Ini merisaukan aku.. Tapi, aku cakap “Takpe” aje, asalkan Haikal nak makan.. Selain bubur, aku bekalkan roti jugak sebagai tambahan.. Aku risau sangat anak aku ni makan tak kenyang.. hehe.. Bila balik rumah, Haikal takde problem nak menyusu sebab aku direct feed dia.. Maybe dia nak “bergayut” aje kot, taknak minum dari botol.. Haish, manalah boleh, mama kan kerja… Aku harap masalah ni tak berpanjangan…
  • Suka mengutip dan masuk dalam mulut.. huhu.. Seriously, can’t take my eyes off him even for 1 minute.. Ada aje yang dia kutil2.. Dan tanpa disedari, dia masukkan benda dalam mulut.. Hari tu, masukkan polisterin dan kemam.. Lepas tu senyum2 kat aku dengan pipi kembungnya.. Aku pun suspect ada barang dalam mulut, terus korek dan keluarkan.. Phew, sesak dada aku.. Then, aku marah sikit “Ep, amboi dia”, terus melalak.. hehe..
  • Dah tau bila aku marah.. Nanti, dia akan tengok aje dan diam.. Sometimes, mencemik2 sampai menangis.. Ada satu hari tu, Haikal pecahkan botol sos tomato.. Aku geram betul, then cakap “Mama babap dia”, sambil tepuk tangan dia.. Apalagi, melalaklah kuat-kuat.. Tak lama lepas tu, datang balik kat aku… hihi.. Budak comel ;P
  • Belum lagi boleh berjalan sendiri… Memapah dari hujung ke hujung, bolehlah..
  • Sangat active.. Tak boleh duduk diam.. huhu.. Lenguh tangan nak handle si kecik ni..
  • Dah pandai buat babai, tepuk amai2, aksi bertumbuk.. hehe..
  • Bila tak dapat sesuatu atau lambat bagi makan, Haikal akan kerutkan muka dan hidungnya merengus.. Kadang2, dia lembikkan badan sambil kepala digeliat ke belakang.. Macam-macam pesyen…
  • Pandai main dengan kawan2, dengan pak sedara, nenek.. Tapi, jangan nampak mama dia.. Mulalah gedik semacam.. Terus nak berkepit aje.. huhu…
  • Dengan aku, tak nak makan bubur.. Aku tak tau kenapa.. Maybe dia selalu dapat roti, biskut, cheese cake bila dengan aku, so dia dah pandai memilih..
  • Very cheerful.. Suka sangat!

That’s all for now.. Mama sayang Haikal sangat-sangat :)

6 comments:

hamiDahRecKs said...

wahh..cepat!10mths dah memapah yer?with or without support emy?comelll

This is .... said...

recks,
memapah sendiri aje, tangan pegang dinding, peti ais.. kitorang tak pegang..

aanie said...

hehehe..comel je...suka tengok baby kita membesar depan mata...rasa happy je kan??

This is .... said...

aanie,
yes, absolutely. rasa syukur sangat dengan "gift" ni..

hafizah_ismail said...

gud boy betul haikal!yup, kalo jenis ngutip2 tu beware sesangat lah sebab ank aku masuk hospital last week, tertelan map pin!mmg nk gugur jantung aku..risau sangat2 Tuhan je yg tau..nasib baik pn tu kuar ngan popo dia..xdpt nk imagine la kalo kena operate..serius sedih, takut!

This is .... said...

hafizah,
aku tak percaya nak tinggalkan dia main sorang2.. kalau senyap tu, adalah benda dia buat.. huhu