Wednesday, December 1, 2010

Our Little Driver a.k.a Pak Supir…

IMG_9461“Ibu dan bapak mau ke mana?” :P

Sejak dah pandai berdiri ni, bila dalam kereta, tak reti duduk diam Haikal ni.. Ada aje yang dia nak buat, tarik2 baju papa dia yang tengah drive la, godek2 seat belt lock la, nak pergi kat steering la.. Lenguh tangan aku melayan.. Tu yang aku suka duduk belakang.. Boleh biarkan dia main sambil aku pegang badan dia.. Nak berdiri ke, baring ke semua boleh..

Haikal suka sangat main kat steering.. Macam bawak kereta betul2 aje… hehe.. Adik2 aku pun suka melayan dia, konon2 buat aksi bawak kereta, siap ada lap-lap ke kiri, ke kanan, pastu brek dengan sound effect skali.. Seronoklah Haikal.. Tengok orang main game kat computer pun boleh tergelak2..

IMG_9522 Memandu di rumah baru.. Boleh tolong bawak mama pergi beli daun sup… haha..

IMG_9523 Pemandu yang comel..

Sekarang ni, Haikal dah tak nak duduk dalam carseat.. Melalak2 dia kena paksa duduk dalam tu.. Macam kena pukul… haha.. Kalau aku sorang yang drive and kena bawak Haikal, memang kena cari timing yang baek punya.. Tunggu dia mengantuk2, baru bawak naik kereta.. Kalau tak, abis dia melalak sepanjang jalan.. Saiko aje, bawak kereta dalam keadaan huru-hara camtu.. haha.. Last2, aku pun angkat dia dan duduk kat riba.. Bahaya, aku tau.. Tapi nak buat camne, terpaksa.. Paling geram, dah duduk kat riba, bukan nak duduk diam2 tengok aku drive.. Dia pun sama nak pusing steering..Bila aku tahan tangan dia, mula lembikkan badan dan merengek.. huhu.. Dah bijak sekarang ni.. Memang aku fikir banyak kali kalau nak keluar berdua aje.. Lagi satu, kalau dah siap2 pakai tudung, tapi tak keluar2 lagi dari rumah, mula dia merengek jugak.. Kalau dah keluar, pastu masuk rumah balik, lagilah dia mengamuk.. haha.. Kaki berjalan ni.. :)

IMG_9564 Sukalah bila dapat drive sama macam ni.. Bayangkan tangan kecik tu kuat jugak nak pulas2 steering..

5 comments:

shakeymirza said...

wah comelnye little supir tu...hehe

This is .... said...

hehe.. comel sangat, tak sampai hati nak suruh tolong drive ;P

hamiDahRecKs said...

haa,,abis la mu emy..kena beli kereta la utk haikal ni..suka stereng

mommie Tia Zahraa said...

comel laaa Haikal nih!
aku nih sampai sekarang la tak berani drive berdua dengan Tia. Rela la aku dok umah aje, or mintak tlg kawan2 amik..hehe..

Tabikk springg la ko brani bawak hero kecik nih naik keta berdua :)

This is .... said...

recks,
bestkan kalau ada control car bagi dia drive.. Tapi tulah, rumah kecik, habis karang dia langgar semua benda dalam rumah!

mommie Tia Zahraa,
Bila dah terpaksa sangat, memang kena beranikan diri.. main belasah aje, janji selamat sampai.. hehe