Thursday, December 9, 2010

Downlights & Ceiling Fans….

Dari tahun lepas lagi dah start survey fasal lampu, kipas ni.. Yelah, ingatkan dapat kunci awal tahun, maka kitorang get ready awal2 lah.. Sekali dapat kunci nak dekat hujung2 tahun.. So, dah nak dekat setahun dah.. Maknanya sinki Teka yang kitorang beli dulu pun dah berusia setahun.. hahaha.. Takpe, benda tu tak lapuk dimamah usia.. :P

Okay okay, berbalik kisah beli lampu kipas ni.. Setelah survey2 di beberapa tempat kat KL ni termasuk Puchong, Damansara, kitorang jumpa tempat yang okay di sekitar area Serdang, which is near to our house.. Nama kedai V-World Lighting, dekat2 dengan TM Point Serdang dan berhadapan dengan Komuter Serdang... Harga kipas boleh kata standard la kalau pergi mana2 pun.. Cuma harga downlights and lampu2 lain, kitorang rasa murah sikit kat sini.. Downlight yang menjadi pilihan ialah square shape size 4 inci, frame kaler putih.. Harga ialah RM22 termasuk energy saving bulb.. Lampu pendek yang dalam bilik air tu, kalau tak silap RM10 sebatang termasuk bulb.. Lampu lain yang dibeli ialah T5 untuk L-box plaster ceiling dan eye-ball lights.. semua lampu, harga dia siap dengan bulb skali.. Senang kira.. Dari segi harga, kitorang dapati kat sini murah sikit.. Banding kat kedai berdekatan pun, ini lebih murah..

IMG_9459

IMG_9453

IMG_9454

Setelah siap membeli 5 bijik kipas yang terdiri daripada 2 kipas KDK with remote control, 2 kipas Alpha dan sebuah kipas yang kembang kuncup untuk dining hall dan segala lampu-lampu, tibalah masanya untuk membayar…

IMG_9458  Papa pening kepala, banyaknya kena keluar duit..

IMG_9457  Haikal pulak tolong papa kira.. And, share tips on how to save cost.. Caranya, kite guna lilin dan kipas satay.. haha..

Lampu dan kipas2 semua dah siap pasang.. Cuma plaster ceiling tu, pekerja Tik Ann belum cat lagi.. Tak sabar aku nak tengok rupa dah siap.. Lama tunggu, tak siap2 lagi, memang nak kena tiau cina ni..

3 comments:

rlongbomba said...
This comment has been removed by the author.
rlongbomba said...

hi, nak tny la.. berape charge tuk plaster ceiling untuk berape squareft?

hehehe

Assalamualaikum...salam perkenalan. sy selalu menyelit bc blog awak since awak keje kat senawang lg, on semiconductor kan?

This is .... said...

rlongbomba,
tak taulah berapa per square feet. cina tu charge lump sum. agak murah kitorang dapat, tak sampai RM2k.. my hubby yang deal benda2 ni..

ye, dulu ON.. sekarang dah OFF.. haha..