Monday, December 21, 2009

Kedai Barang Hantaran Murah di Chow Kit..

Hujung tahun dan cuti sekolah macam sekarang ni merupakan musim orang kahwin.. dan yang bertunang pun, ramai juga.. Tak lupa, musim budak2 lelaki berkhatan.. hihihi.. Semua pun buat time cuti sekolah, manalah jalan tak jem every weekend.. Tapi, bukan ini yang aku nak bincangkan kat sini.. :P

Aku just nak share tempat kat mana boleh beli barang2 buat hantaran dengan harga berpatutan.. Bercakap tentang kahwin, tunang, memanglah kena keluar duit.. kalau nak yang grand2, modal pun tentulah grand.. tapi, kalau rasa boleh buat hantaran sendiri (DIY) atau ada ahli keluarga yang boleh buatkan, that is even better… jimat pun, jimat :) Aku ni, mujur ada adik laki yang boleh tolong buatkan hantaran tunang dan kahwin, kalau tak, kena upah kat orang lain jawabnya.. kos upah pun makan ratus2 hengget jugak… Untuk hantaran tunang and hantaran kahwin aku, kebanyakan barang2 hiasan aku beli kat Chow Kit ni. Aku dah survey2 kat Nilai, Jalan TAR or Jalan Masjid India , tapi, can’t beat the price yang tokei kedai ni bagi.. siap boleh tawar-menawar lagi.. Kat Nilai, ada kedai yang harga tetap, so tak bolehlah nak buat apa.. just take it or leave it..

Oh ya, tempat yang aku nak cerita ni, terletak kat pasar Chow Kit.. Dah nama pasar, jangan la expect tempatnya glowing and shining2 dengan dim light whatsoever.. hehe.. Chow Kit ni besar, jadi mana lah letaknya kedai yang aku maksudkan?? First of all, cari dulu Balai Polis Jalan Raja Bot.. kalau takde GPS, ringankan mulut bertanya kat siapa2.. tentu tak sesat, punya..

Picture 214Orang jual murtabak dan roti bakar ni, sebagai landmark kedua, betul2 sebelah balai polis... Owh, murtabak kat situ not bad at all, by the way.. :)

Dah jumpa stall murtabak tu, terus masuk lorong kat situ.. turun tangga sikit and terus ikut kanan.. kat situ boleh nampak kedai2 di sebelah kiri yang jual alas2 meja plastik, pastu ada jual jeruk2, cikedis (lama x guna perkataan ni.. hiks..).. jalan lagi sampai lah jumpa Kedai Bunga Vivian ni..

Picture 211

Di sinilah tempatnya untuk cari2 segala keperluan dari bakul2, artificial flowers, riben2, bunga telur, doorgifts bagai.. Kalau beli, jangan lupa bargain, ok! Every year aku datang sini.. last year Epit kahwin, hari tu aku yang kahwin, next year, turn Tasha pulak.. So, ni datang nak beli barang untuk tunang dulu.. Nak kahwin nanti, datang lagi..

Picture 199

Picture 201 Picture 203

Macam2 design bunga telur ada.. nak yang mahal ada, murah pun ada.. semua bergantung kepada pitih masing2.. Kat SSF pun, bunga telur dia cantik2.. harga paling murah dalam RM1.20 sebatang.. Kalau nak beli riben, mahal la sikit.. sometimes, cari kat tempat lain, takde design yang sama.. nak ikut tema punya fasal, terpaksa la beli jugak macam riben hitam aku guna tu.. :P

Picture 207

Kalau beli barang kat kedai ni, pekerja dia boleh ajar camne nak buat reben, nak gubah bunga camne.. diorang jugak ada amik tempahan untuk buatkan hantaran skali.. kena beli barang kat kedai ni, tapi, aku tak tau la berapa kena charge.. Untuk doorgift pulak, kan sekarang ni ada macam2 jenis, so, kat sini bolehlah tengok design ada.. kalau rasa ada design sendiri, atau nak kaler gitu gini, bagitau aje, diorang boleh buatkan…

Picture 212Banyak artificial flowers.. Murah2 harganya.. kalau kreatif, yang murah pun boleh nampak mahal, tau!

Jalan selang sebuah kedai lagi, akan jumpa kedai Mow Fong Trading, kepunyaan tokey yang sama.. Yang tengah pun ada kedai camni jugak, tapi, mahal sikit.. harga dia pun tak dapat kurang banyak..

Picture 210

So, apalagi, siapa yang masih cari2 tak tau nak beli barang2 hantaran kat mana, boleh try pegi kedai ni.. Aku takde untung apa2 pun tolong promote kat sini… hihiihi..

25 comments:

Sharinginfoz said...

banyak benda ada kat chow kit kan.. dah click tupperware ngan mas.. bosan2 singgah le.

zella said...

kt area sana mmg byk brg...
rsnya harga pun berpatutan...

Aidi-Safuan said...

wah..betol2 murah ke nih?
nak kawen nanti bole la pegi sini

This is .... said...

sharinginfoz,
thanks for visiting :0

zella and aidi-safuan,
harga sgt OK kat situ.. let say kalau jumpa yang lagi murah kat tempat lain, try bargain dengan harga tu..

sue said...

alamak macam nak kawen cepat2la plak

::Nur Fazlyna Marlyssa:: said...

tq ye 4 da info..leh la g cari kat sane..pening gak kan bile pk nak cri kat mane tmpt murah nie kalo org yg xbiase cam sye nie

http://nurfazlynamarlyssa.blogspot.com

This is .... said...

Fazlyna,
Try la pegi sana.. mana tau ada yang berkenan di hati..

miss atie said...

thank you sgt2..tp nk tnya lg blh?klu nk beli barang2 hantaran 2 agk2 ktne ek murah?hehe tq

miss atie said...

majlis saya december 2010..tq

This is .... said...

miss atie,
barang2 yang nak bagi pihak lelaki ke? atau barang nak hias? kalau barang2 nak bagi, cari time sales la.. tunggu Jcard day atau Parkson Bonuslink day.. boleh jimat sikit..

Intan Sari said...

Hey thanks ya. I really looking for some stuff to do my hamper for this coming hari raya. You story was really helpful. Thanks again

This is .... said...

Intan Sari,
You're welcome.. Sharing is caring.. hehe..

Fatin Fairuz said...

hi..thanks for the info..ptg ni gak sy nak gi cari..nak gi beli barang2 nak wat hantaran tunang..hehe

This is .... said...

Fatin Fairuz,
Selamat bertunang ;)

ElyaElmo said...

elya hari tu gi tempat vivian ni..last2 gaduh ngn die cuz die bg dulang yg rosak kt org...huhu

Sayahappyslalu said...

ElyaElmo,
sampai bergaduh? hehe.. boleh aje cakap elok2 mintak tukar balik..

shaz said...

tq 4 da' info..menarik teruja plk nk p...

shaz said...

tq 4 da' info..sgt menarik :)

sayahappyslalu said...

shahz,
trylah pergi, mana tau jumpa apa yg dicari..

shaz said...

Insya Allah mmg nk p carik pn...jgn sesat x jmpe kedai sudah...hehe :)

Zurin Azrin said...

tq... nak p cr esok =)

Diana Alinlod said...

dah cari smlm..tapi mcm dh tutup..ada sesiapa yg pg dlm masa tdekat x?or kedai ni dh pindah..

sayahappyslalu said...

Diana,
Oh tak surelah kalau kedai ni dah tak ada.. I dah lama tak pergi

Nur Farazilla said...

Tq for the info coz mmg nk crik brgan utk hntran bertunang...hjng bln ni mmg nk p kl,tp xtaw nk crik kdai mna..nasib bek sis share smua ni..tq ^_^

"bella Chentaku" said...

arituh da g vivian kedai bunga..memang murah pon..berbaloi2