Breastfeeding ni memang mencabar.. Dari baby kecik sampailah umur nak dekat setahun ni, macam-macam peringkat ada.. Masa baru lahir dulu, mulut macam mulut burung, asyik nak menyusu aje.. hehe.. Bila dah besar sikit, umur 4 – 5 bulan, Haikal minum banyak sampaikan aku jadi risau stock susu tak cukup.. Masa dia 7 bulan, cabaran lain pulak, aku kena pergi OBM dan sungguh2 aku kumpul stock untuk baby minum selama 7 hari 7 malam.. Ni dah nak dekat setahun, cabaran lain pulak datang.. Paling mencabarlah dalam perjalanan breastfeeding aku ni.. Iaitu, Haikal suka gigit bila dia nak lepaskan nipple after dia menyusu.. huhu.. Tau ajelah, gigi dia dah 4 batang.. Gigi yang atas tu jarang sikit.. Bila dia gigit dan tarik, mak ai ngilu dan sakit giler..
Time menyusu sekarang ni aku rasa macam pergi perang.. Kecoh giler dengan adengan mama menjerit, lepas tu diikuti Haikal melalak.. Mana tak stress dibuatnya? Selalunya aku time susukan dia bolehlah baring2 sikit, kadang2 tertidur.. Sedap2 aje nak lena, dia pulak gigit.. Terus datang hangin satu badan.. huhu.. Kesian jugak baby kena babap dan kena marah, tapi memang sometimes tak boleh kawal.. Tapi takdelah babap betul2 pun, just acah2 dia supaya dia tak buat lagi.. Aku marah-marah selalu pun, baby bukan paham.. Bila dah asyik gigit ni, aku jadi takut pulak bila tiba time menyusu.. hehe.. So, panaskanlah susu dalam botol, dan bagi Haikal minum sebelum dia nak tidur.. Tapi, ini budak memang bijak.. Nenen yang fresh jugak yang dia nak.. Kalau tak bagi, sambung melalak2 lagi dia.. haish…
Jadi, macam mana ye nak atasi baby menggigit time menyusu ni? Ada tak alat yang boleh protect nipple kita? huhu.. Pernah sekali I came across this one product, Medela nipple shield , iaitu sejenis puting yang boleh letak kat nipple khas untuk ibu-ibu yang susah nak susukan baby sebab flat nipple. So, I guess, in my case bolehlah letak puting kat nipple untuk protect time menyusu.. Let say Haikal gigit, gigitlah getah puting tu.. hehe.. Tapi, risau beli mahal2, Haikal tak nak menyusu pulak.. Ada cara lain? Please give me some ideas! But, please don’t ask to stop breastfeeding.. I love to breastfeed my baby, except the “menggigit” part tu lah..
Hari tu dah geram sangat asyik gigit aje, aku bagi puting kat Haikal… Tersengih2 gigit puting.. Haish, anak mama ni..