Monday, January 17, 2011

Naik, Turun & Gigi…

Apa yang naik, turun dan gigi tu? Kalau nak tau, please watch the video.. hehe.. Bila teringat baru aku amik video Haikal.. Lucky this time boleh capture his new milestones.. Kadang2, dia tak nak bagi kerjasama, tu yang tak jadi amik video.. :)

Tengok tu, sampai tergolek dia.. Nasib, tak menangis.. hehe..

Yes, Haikal dah pandai panjat dan turun sofa sendiri.. :) Turun katil pun dah pandai jugak.. Tapi, katil tinggi sikit, so, kena perhatikan dan pegang sikit takut tergolek pulak.. huhu.. Mesti Haikal takut jatuh katil.. Tahu tak Haikal jatuh katil lagi masa hari pertama kitorang pindah dan tidur rumah baru.. Kesian dia.. huhu.. Sekarang ni, kitorang bentang toto aje dan tidur bawah.. Baru aku yakin selamat.. huhu..

At this age, I guess Haikal dah mula faham apa yang kitorang cakap dan suruh dia buat.. Bila tanya “Siapa nama Ahmad Haikal Zikry, angkat tangan?” dia akan lambai2 tangan dia.. Tanya “Mana gigi?” dia ketap2 gigi dia dan kalau tanya “Mana fan?”, dia akan tengok siling and tengok kipas.. Tapi, janganlah larang dia dari buat apa-apa dengan cakap “Jangan” atau “No”, tentu dia buat tak layan dan terus buat benda yang kite tak bagi tu.. Aku pernah dengar orang cakap, elak guna perkataan negatif seperti “Jangan panjat” sebab budak2 akan abaikan perkataan “Jangan” tu dan terus memanjat.. Contohnyalah.. Tapi, memang pun, benda yang kite tegah tu lah yang dia buat, kan?.. hehehe.. Maybe we can try something else to attract his attention.. Aku selalu cakap, “Babai, mama nak pergi jalan…” so, dia berpalinglah dan datang kat aku.. hehe.. Tak tahulah taktik ni akan bertahan sampai bila.. :P

7 comments:

shahida said...

berkenan tgk new sofa u emi..huhu

This is .... said...

shahida,
hehe.. thank u ;)

anne said...

menggelabah mama g tgk haikal.nasib baik x t'hantuk.klu x,habisla kepala botak haikal...hehehe

This is .... said...

auntie anne,
"haikal tak botak lagi, tau? ada rambut, walaupun sikit" kekeke

Zulaikha Mohamad said...

trick babai, mama nk g jln will work for a while je.. mcm my son lame2 dia dh tau mama dia nk g jln btol2 ke tak.. hehe.. he'll know camane mama dia dress up bile nk kuar and bile kat umah.. need to find a new trick bile haikal dh besar.. hehe

anne said...

rambut haikal segan nk tumbuh panjang2...hik3.ikut abg danish la ni...hehehe

This is .... said...

zulaikha,
sekarang pun, bila mama pakai tudung, dia cepat2 berpaut kat kaki mintak dukung.. pastu, kena cepat masuk dalam kereta.. selagi tak masuk, selagi tu dia merengek.. huhu..

anne,
ikut mama dia.. dulu kecik2 botak.. haha