Friday, January 29, 2010

I’m Hotter Than Wasabi..

Haha.. tajuk tak boleh blah..

Lately, aku rasa sangat panas, lebih-lebih lagi kalau kat rumah.. I just can’t stand the hotness.. Memang perempuan mengandung akan rasa panas ke? Aku pernah dengar tentang ni.. Tapi, tak sangka panas macam ni skali.. Waktu malam, time tengok tv, mulalah rebut kipas dengan hubby.. dahlah kipas lama, kepala dia tak boleh pusing2.. Jadi, selalulah mengelat alihkan kipas ke arah diri sendiri.. hihi.. Waktu tidur, kalau boleh, nak tidur dengan kipas yang anginnya tuju direct ke muka.. baru best.. Kalau naik kereta, aircond mesti bukak nombor 2.. pagi-pagi pun sama, aku bukak aircond besar2..

Bila badan rasa panas, tu yang mula teringat aiskrim la, ABC la.. Breakfast pun, belasah aiskrim.. :P Waktu tengahari, lagilah terliur nak makan benda yang sejuk2 macam tu.. Just now, having nice ABC at Penang Street.. Sedap, sampai ke titisan terakhir aku makan..

Aku ada terbaca ni dalam pregnancy.org:

Dear Midwife,
Is it normal that women who are pregnant have a slightly higher body temperature than non pregnant women? I been kinda sick and was worried. I had 98.7 on the thermometer by mouth and I thought that you usually add 1 to it so that would have been 99.7 but wanted to know if this was a normal temperature while pregnant?

Answer:

It is not a dangerously high temperature in any case, so I don't think you have to worry. Do you know what your normal pre-pregnancy temperature was? Some women just run "hotter" than others, and some women are a little warmer in pregnancy, as you suspect.

-- Cynthia, CNM. PhD.

Selain rasa panas, yang lain Alhamdulillah, takde problem.. Harap berterusan sehingga sampai masa melahirkan nanti.. InsyaAllah.. 

Wednesday, January 27, 2010

Trend Bertindik..

Kalau nak bertindik, biarlah di tempat yang betul.. I can’t imagine macam mana orang boleh tindik kat kening la, kat pusat la, kat lidah la dan tempat2 lain di anggota badan selain di telinga.. rasa macam seksa aje.. Kat telinga pun dah sakit, kat tempat2 tu, lagi la, kan? huhu..

Jangan ingat orang2 muda remaja aje yang ikut trend.. Adik aku yang sorang ni pun nak ikut trend jugak.. Memandangkan ramai kawan-kawan sebaya dia yang dah bertindik, dia pun tak mahu ketinggalan..

Dah lama dah Sofia cakap dia nak tindik telinga.. Aku janji, kalau free, kitorang pegi.. Mula2 pegi kedai emas, sehari sebelum raya.. Selepas dia fikir2 nanti tak boleh makan lauk ayam, sambal kacang sebab takut telinga gatal, tak jadi tindik masa tu.. hehe.. Then, hari Tasha bertunang, Sofia ajak aku lagi.. So, kitorang pegi selepas balik dari hantar rombongan tunang.. Senang, Jusco depan rumah, jalan kaki aje.. pergi tak sampai 30 minit, kitorang dah balik rumah semula.. Bagus betul, buk!

Picture 471 Sesi menanda.. Kang senget, tak comel pulak.. hehe..Sofia asyik cakap “Adik takut.. sakit”… Aku bagitau dia memang la sakit sikit… tapi, kena tahan, kalau tak, sampai bile pun tak bertindik..

Picture 473Tindik dua-dua telinga serentak.. mana tau, kalau tindik sebelah dulu, bile dah sakit, yang sebelah lagi dah tak nak..

Picture 474 “Aduh”.. itu perkataan yang keluar dari mulut adik aku.. Kesian pun ye, jugak..

Picture 475Belanja makan McFlurry Oreo Cornetto bagi lupakan kesakitan kat telinga untuk sementara.. :) Cantik tak subang saya? Colour purple tuuuu…

Sunday, January 24, 2010

My Complaint Towards Tesco Ampang Has Been Answered…

Remember my previous post about my disappointment when shopping at Tesco Ampang? Not only complaining in my blog, I also sent them email regarding this.. And, after a few days, they reply me with these feedback..

Re: Feedback on Tesco Ampang (110110-011-018)

From: Support Office Customer Service <SupportOffice.CustomerService@my.tesco.com>

To: xxxxxxx@yahoo.com


Dear Pn. xxxx,

Thank you for your valuable feedback. We are sorry to learn that you had an unpleasant experience concerning stock availability and cleanliness issue at our Tesco Ampang store in your recent visit. Please accept our sincere apology for the disappointment and upset that this must have caused you.

We were extremely concerned to learn that the availability and the shopping environment were not up to your expectation. We would like to take this opportunity to assure you that this is most certainly not our normal standard of service, and that we treat complaints of this nature extremely serious. It is our aim to provide our customer with good service each time you visit our store.

We have forwarded your comment to the Store Manager, Mr. Gunasegran who will look into the matter that you have raised.  We are confident that every effort will be made to rectify this situation.

Once again, thank you for bringing this matter to our attention and sorry for the inconvenience that we may have caused you. 

Thanks & Best Regards,
yyyyyy
Customer Feedback Coordinator
Support Office_Customer Service
Tesco Stores (M) Sdn Bhd

We, as a customer we do expect good services, quality etc from the store we visited.. I hope they will improve their services in the future so that they can make the customers happy.. 

Thursday, January 21, 2010

Berjalan Pun Semput, Jangan Mimpi Nak Naik Gunung Kinabalu Lagi..

Aku bukak balik Picasa Web Album and tengok2 gambar masa daki Gunung Kinabalu dulu.. It was almost 3 years ago.. Bila ingat balik, rasa tak sangka berjaya naik sampai puncak.. Masa on the way naik, asyik fikir kenapalah aku pilih nak daki gunung untuk percutian tu.. Banyak lagi aktiviti lain boleh buat.. Rasa menyesal, macam nak mati, exhausted gile, demotivated semua ada.. huhu.. Tapi, oleh sebab dah bayar semuanya sendiri, aku teruskan jugak pendakian sampai ke puncak.. Kalau tak, rugi duit aku.. :P

DSCN0195 Yeay! Finally, I managed to reach the Mount Kinabalu highest peak.. Mana pegi ek sijil dia aku simpan? Boleh tulis dalam resume nanti.. haha..

IMG_4152Berlatar-belakangkan South Peak.. Nice view sebab tak berkabus..

Now, at 32 weeks of pregnancy, naik tangga pun semput.. baru 7,8 anak tangga dah rasa stress kat kaki.. Rasa berat betul nak angkat kaki.. Yelah, baby pun dah bertambah beberapa gram.. Terpaksa stop relax sekejap, lepas tu sambung balik perjalanan.. Ini baru naik tangga kat ofis, belum lagi naik tangga Batu Cave.. hehe.. Tu yang tiba2 teringat masa naik Kinabalu dulu.. Tak payahlah ada hati nak naik lagi.. even bila baby dah keluar nanti.. Dah pernah naik skali, cukuplah.. Tak kuaso den nak naik lagi..

Note: To those yang plan nak daki Mount Kinabalu, boleh teruskan niat anda.. It was really good experience and can be something to remember when you get old.. That is what I feel la..

Wednesday, January 20, 2010

How Much USD I Earn From Facebook PayPal Wish List?

It only USD3!!hehe.. Better than nothing, right? :P

paypal

Siapa2 yang jadi kawan aku dalam Facebook, ada yang dapat my invitation untuk join Paypal Wishlist ni.. Malangnya, jemputanku tak mendapat sambutan.. huhu.. Makanya, hanya USD3 ajelah yang berjaya aku dapat…

Apapun, it was a real thing.. Paypal really paid me..

untitled

Yesterday I got email regarding this. USD3 has been credited to my Paypal account.. USD3 pun, jadilah.. Cuma, hari tu baru aje cashout duit dalam Paypal, duit dari jawab survey.. Ni nak kena tunggu bertambah lagi baru boleh cashout semula.. 

Dyan, sorrylah aku pun tak sempat explain bile ko tanya tentang Paypal Wishlist ni hari tu..

Note: To those interested untuk dapat reward in USD bila jawab survey, boleh join by clicking the below banner.

My Brother’s Engagement…

Lama nak update, tapi, asyik tak sempat..

Adik laki aku, Tasha bertunang pada 9th January 2010.. Dengan orang Wangsa Maju juga.. Since kitorang ni belah lelaki, takdelah buat kenduri ke apa.. Tapi, mak ada masak sikit untuk family2 dan jiran2 yang datang… Majlis tunang berlangsung kul 2.00pm.. Jadi, sementara nak tunggu pukul 2 tu, perut pun lapar.. :)

Tak tau nak cite apa.. tengok gambar hantaran ajelah.. hehe.. Hantaran, seperti biasa, adik aku, Epit yang buat.. Hantaran colour coklat ni, pilihan Tasha dan tunang dia.. Aku rasa meriah sikit.. hiks.. Tau complain aje!!..

Picture 404 Sirih junjung yang ditempah kat Chow Kit.. Betul2 kat sebelah gerai murtabak kat jalan nak pegi kedai hantaran yang murah tu..

Picture 361Cincin tunang dalam sangkar..

Picture 363Perfume.. I like this perfume tooo..

Picture 384 Baju 2 pasang.. Kenapa sampai 2? Sebab langkah bendul, mar..

Picture 396 Telekung dan Sejadah..

Picture 360 Buah-buahan sebagai penyeri hantaran..

Picture 403 Secret Recipe Cake.. Senang, order saje depan rumah.. Pastu hias sikit dengan bunga-bungaan..

Picture 394 Hantaran-hantaran yang Epit buat..

Picture 441 Oppss.. ini bukan hantaran ye.. hihi..

Picture 414Rombongan kami.. Being a pregnant lady, I got an exception, tak payah bawak dulang hantaran, bawak perut aje.. :P

Picture 446 Tasha dan tunangnya.. Rambut ala Beego, konon! Sorry, tak minat Beego.. Tu yang tak layan cite Alif Firdaus tu.. hehe..

Monday, January 18, 2010

Make Money With Nuffnang…

Entry ini khas untuk kawan saya, Peng yang bertanyakan bagaimana nak letak iklan Nuffnang dalam blog dia..

So, here are the steps:

1. Login your Nuffnang account.

2. Boleh nampak kan ada icon Add Ads (warna oren) kat situ? Click on that icon ok.

nuffnang Click image for better view.

3. There are 3 types of advertisement you can paste on your blog; Leaderboard, Skyscraper and Large Rectangle.

Leaderboard ialah untuk ditampal kat header, Skyscraper ditempekkan kat side bar of your blog and lastly, Last Rectangle untuk letak between the content..

nuffnang2 Ini contoh Leaderboard code. The code is in HTML format. You will have this in your account too.

4. Copy one of the HTML code. And then, go to your blogger account. Click Layout. Pastu, click on Edit HTML icon.

For Leaderboard code, sebelum paste code, click on the “Expand Widget” tick box. Pastu, paste code tu seperti di bawah ni. To make live easier, use “Find” function untuk search for <body> word in the HTML code . Then, right after the <body> line, terus paste Leaderboard code.

nuffnang4 Source: Nuffnang

Same goes for Skyscraper code. Copy the Skyscraper code from the Add Ads screen, then paste into your HTML blog template. Where to paste? Search for <div id='header-wrapper'> or <div id='sidebartop-wrap'> word. Then, right after </div>, paste the Nuffnang ads code.

nuffnang5 Source: Nuffnang

And, lastly paste the Large Rectangle Code. Search for <data:adStart/> word in your HTML code, then paste the Large Rectangle code after </b:if> word.

nuffnang6 Source: Nuffnang

Then, save template. Don’t worry kalau ada error yang keluar bila save template. Abaikan message tu. Nanti, kat blog, takde keluar error message tu.

4. Dah siap semua, boleh bukak blog sendiri. Then, refresh. Kita boleh nampak Ads by Nuffnang icon kat 3 tempat dalam blog sendiri.

nuffnang3 Contoh Leaderboard and Skycraper ads in my blog. Click image for better view.

nuffnang7 Contoh Large Rectangle ads.

Kalau ada advertisement yang running, you will see the advertisement appears in your blog.. Kalau takde ads yang running, hanya Ads by Nuffnang icon yang akan kita nampak..

5. Lagi satu, nak ingatkan.. Kalau nak advertisement dari advertiser yang appear, kena select the correct ads to be displayed. Selalunya kita select “Show Global CPC ads”. If not, only Nuffnang default ads yang keluar.. which is tak dapat apa2 pun kalau orang klik..

nuffnang8 Click image for better view.

Okay, selamat mencuba.. :)

Sunday, January 17, 2010

Raja Lawak Yang Tak Lawak…

Tengok tak rancangan Raja Lawak Musim Ke-4 ni? Aku bukan peminat Raja Lawak.. Tengok sekadar mengisi malam Ahad yang takde citer best kat TV..

Actually, last night ialah first time aku tengok Raja Lawak ni.. Excited jugak sebab juri2 yang bagi komen terdiri dari pelakon-pelakon komedi yang best and kelakar; Bob Lokman, Din Beramboi dan Afdlin Shauki.. Tertunggu2 apa komen dari diorang..

Berdasarkan dari persembahan peserta-peserta, aku tengok memang lawak hampeh sangat2.. aku tak dapat tangkap di mana lawak yang diorang buat.. Kebanyakannya lebih kepada lawak bodoh.. Susah nak buat aku ketawa.. Jadi, bila penonton di studio ketawa, aku tak paham kenapa diorang ketawa.. huhu.. Lawak2 macam tangkap muat sekadar untuk memenuhkan masa 2 minit setengah yang diberi.. Tapi, takde pengisian.. Kalau macam ni lah persembahan diorang sampai final, aku rasa standard nya belum sampai.. Bukan bagi aku ketawa, tapi, sakit hati lagi ada.. haha.. Komen2 yang diberi oleh juri lagi lawak dari lawak yang dibuat oleh peserta.. Berdekah2 aku ketawa tengok Afdlin Shauki yang curah air mineral kat kepala sendiri sebab sangat kecewa dengan persembahan perserta.. Sampai macam tu skali? huhu...

Apapun, I like the last performance by Alex very much.. Yang itu, memang buat aku ketawa bagai nak rak.. Something yang tak pernah difikirkan.. Lawak tentang pengemis yang “masyuk”.. Siap ada project juta2 dengan Tan Sri.. haha.. Nasib ada dia.. Kalau tak, episod malam semalam ialah episod yang senang dilupakan.. Maybe dia akan jadi Raja Lawak musim ni, mengikut jejak Nabil, who knows.. Undian SMS yang menentukan semuanya..

Note: I kinda agree yang pengemis/peminta sedekah di Malaysia ni memang “masyuk”.. Agaknya, lagi mewah dari kita2 yang makan gaji ni… huhu..

Thursday, January 14, 2010

Operasi Besar-Besaran…

You know what we did last weekend?

Plan nya ialah nak cuci baju-baju baby aje sebelum baby lahir dan kemas sikit2 yang lain tu.. Tapi, we ended-up buat aktiviti mengemas bilik secara besar-besaran.. Tu yang terjumpa balik DVD-DVD lama tu.. Dalam 2 bilik rumah aku ni, penuh dengan segala macam barang.. Dah macam tongkang.. hihi.. Barang2 aku sorang aje dah berapa kotak entah, dengan buku2 zaman belajar dulu lagi.. Ada surat2 lama zaman sekolah dulu, aku nak buang walaupun sayang.. Tapi, husband aku suruh simpan aje..

Penat gile mengemas ni.. Sampaikan, masa sort2 barang pun aku dah nak tertido.. hehe.. Sementara aku masih larat ni, baik lah kemas sikit2.. Nanti, nak pindah rumah, senang.. Terus angkut aje.. Kotak2 semua dah seal, jadi tak payahlah nak godek2 lagi nak cari barang2 dalam tu..

At last, dapat juga kemas barang2 aku.. Tinggal baju2 aje belum kemas.. InsyaAllah, will continue this weekend kalau rajin.. hiks..

Picture 498 Ni baju baby yang telah dibasuh dengan Pureen ABD Detergent Powder.. Wangi!.. Rasa nak guna untuk baju sendiri.. :)

Note: Erm, aku ingat nak jual la buku2 lama aku tu.. Kebanyakan subject untuk Electrical/Electronic Student.. Husband pun ada, jadi buat apa ada sampai 2 biji buku yang sama kitorang simpan.. Space pun tak cukup.. Rasa-rasa, ada ke orang nak beli??

Tuesday, January 12, 2010

30 Weeks Pregnant.. It’s Time To Wear Your Hubby’s T-Shirt..

Picture 440 My recent photo with little Princess.. Putri Marissa, si budak botak, hihi! Kat mana tu, ada siap hantaran2 bagai? nanti aku cerita..

At 30th weeks of pregnancy..

  • Perut semakin membesar.. Seluar maternity yang saiz S dah jadi agak ketat dan tak selesa dipakai.. Baju seperti blouse still OK.. Still can fit in nicely because it loose.. Tapi, bila pakai t-shirt, you can see my pusat terkeluar obviously.. haha.. So, is it the right time to borrow hubby’s t-shirt? no..no.. I don’t think so.. Husband pun pakai saiz t-shirt sama.. Jadi, tak boleh lah nak pinjam pakai baju dia.. :) Aku rasa nak beli baju baru lagi, tapi, rasa rugi pula.. Lagi 2 bulan aje nak deliver.. So, the best way, kita repeat ajelah baju yang ada tu.. hehe..
  • It’s become normal bila perut asyik mengeras.. Terutama kalau lama sangat duduk, berdiri.. Baby menggeliat ke? hihi.. Nak kurangkan sikit, aku baring.. bagi perut relax..
  • Sakit pinggang semakin menjadi2.. Walau tido katil seempuk mana pun, bile bangun dari berbaring atau tido, mesti sakit.. Kena bangun perlahan2, start dengan mengiring dulu.. Tak boleh terus bangun..
  • Kalau dah duduk, rasa amat berat nak bangun.. plus sakit pinggang lagi..
  • Susah nak tidur.. pusing sana-pusing sini.. Tapi, bila dah start tido, insyaAllah boleh tidur sampai pagi.. Tak adalah aku kerap terbangun in the middle of night..
  • Asal mula berjalan atau berdiri aje, mulalah rasa nak buang air kecil.. huhu.. Baby dah start tekan2 ke bawah kot… Tapi, malam2 aku tak kerap ke toilet.. Maybe sebab kurang minum air..
  • I’m craving for McDonald’s Ice Cream.. Nak makan 5 cones skali.. huhu..

Diam tak diam, dah pun 30 minggu aku pregnant.. Cepatnya masa berlalu.. Tinggal beberapa minggu aje lagi.. Which means, I started to get nervous.. Doakan saya, ye..

Public Holiday Message.. 14th January 2010..

Pengumuman-pengumuman! Siapa yang mau bantu, Tolong aku kasihani aku, Tolong carikan diriku kekasih hatiku,Siapa yang mau (ni lagu Wali Band Cari Jodoh, hiks :P) Esok cuti, yeay!! Ops, excuse me ya, message ini hanya untuk orang2 yang bekerja di Negeri Sembilan sahaja.. Yang kerja KL atau negeri lain, boleh amik cuti sendiri kalau mahu seperti suami saya.. :) Cuti sempena Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan..

public

Apa plan esok?? Tak tahu lagi.. Suka pegi IKEA time2 gini, tak ramai orang.. Tapi, tak tahu nak beli apa..  

Owh, by the way, hari ni dan esok, JCard Day di Jusco Taman Maluri.. I will be there tonight! Harap apa yang nak cari tu, ada lah… Hari tu, nak cari benda lain, benda lain yang dibeli.. And, another midnight movie tonight.. Jangan tertido, sudah.. hihi..

Monday, January 11, 2010

Mengimbau Kenangan Lama…

Picture 499

During weekend, me and my hubby kemas rumah.. Major operation.. Banyak barang2 yang mana tak guna, dah pun dibuang.. Masa kemas2 tu, aku jumpa balik DVD Majlis Konvokesyen Universiti Malaya 2006, yang aku beli selepas majlis convo..

That night, husband excited nak tengok balik since dia tak pernah tengok sebab tak beli DVD tu.. So, we watched it together.. Ini untungnya dapat husband sekelas, 1 DVD dah include both of us in it.. hihi.. Seronok tengok kawan2 sekuliah ambil ijazah sama2.. The best part that I will never forget was one of my friend punya topi tu jauh, right in front the Naib Canselor (betul ke jawatan ni?) yang bagi scroll kat kitorang.. Bukan sekali jatuh, tapi 2 kali.. haha.. Seluruh dewan bising dengan gelak ketawa dari audiences.. Siap ada yang bertepuk tangan.. Yang duduk kat atas pentas pun sama jugak.. What a memory!

Yes, I missed those good old days..

1) Zaman universiti.. zaman remaja yang tak perlu fikir banyak2; spt hutang kereta, hutang PTPTN yang mengejar seperti sekarang,.. Memang seronok.. Yang kena buat hanyalah belajar..

2) Bila dapat scholarship, kitorang satu geng pegi Makan Besar, tengok wayang, almost every semester.. But, I managed to simpan sikit duit scholar utk pegi melancong ke Bukittinggi.. :P

3) Selalu study and stay back sampai malam dengan Dyan, Ely, Ernie kat Menara Kejuruteraan sambil study dan makan2.. Sometimes, aku tumpang stay kat Kolej Ely or Ernie.. Masa ni I start to fall in love with Ayam Goreng Spicy McDonald’s.. hehe..

4) Naik motor bertiga ke kolej bile dah lewat sangat.. Boleh lagi tak sekarang ni?? Berat aku dah bertambah 10kg.. haha..

5) Usha2 orang.. pembakar semangat nak datang kuliah awal.. haha.. Siap ada lagu lah untuk dedicate to certain people..

6) Datang awal ke fakulti.. Surf internet, download lagu Korea and Jepun.. :)

7) Banyak lagi kenangan2 indah yang lain untuk diingat... Terasa ingin diputarkan waktu kembali ke saat itu..

Sunday, January 10, 2010

Aizat, Juara AJL Ke-24… Layakkah?

ajl Source: TV3

Anugerah Juara Lagu ke-24, telah pun berlangsung malam semalam.. Secara keseluruhan, aku sukakan konsep terbuka yang macam ni.. Lagu yang layak ke final tak dihadkan mengikut kategori.. Sekurang2 nya, semua lagu yang masuk ke final merupakan lagu yang hits dan biasa kedengaran di radio, tv dan di mana2.. Macam tahun yang sudah2, lagu yang tak pernah dengar pun dapat masuk Juara Lagu.. Rasanya, macam tak relevan aje.. Lepas Juara Lagu, barulah lagu2 tu nampak bayang kat radio2.. huhu..

Persembahan yang aku tunggu2 ialah dari Stacy dan Faizal Tahir.. Stacy, aku suka tengok dia menari.. I was expecting something extraordinary in her performance, maybe dance yang lagi umph.... Malangnya, koreografi dia seperti yang biasa dia buat.. step2 pun kebanyakan sama.. So, rasa boring sikit...

Faizal Tahir memang penyanyi yang hebat.. Persembahan mantap, ala2 Michael Jackson.. siap ada magic trick lagi.. blur sekejap aku tengok.. hihi.. Cuma vokal dia tak berapa terkawal masa dia nyanyi yang bahagian jerit2 tu.. maybe sebab dia tak sihat sepenuhnya.. kesian tengok pakai Faizal Tahir bertongkat.. Tapi, nampak ada style lah.. hehe.. Dapat tempat ketiga tu, memang rezeki dialah.. Lagipun, lagu tu best.. Layak untuk menang, walaupun bukan sebagai juara..

Yuna, aku setuju yang dia ni sangat talented.. Tapi, aku tak berapa minat sangat lagu "Dan Sebenarnya" tu.. Meleweh sikit.. Husband aku cakap "lagu orang malas".. haha.. Apapun, tahniah dapat Naib Juara.. Sangat memberangsangkan untuk penyanyi baru sepertinya..

Aizat, seorang lagi penyanyi yang berbakat besar.. Kalau dulu, masa AF, nampak poyo aje mamat ni.. tapi, tak kisahlah poyo macam mana pun, janji dia memang bagus.. Actually, aku agak terkejut dia boleh jadi Juara dengan lagu "Pergi" tu.. huhu.. Lagu dia slow sangat.. Minat masing2 la kan.. Komplen banyak2 pun, keputusan dah dibuat.. Dan sebarang persoalan tidak akan dilayan.. hehe.. Maybe background photos yang display kat screen masa dia nyanyi tu yang menarik minat juri.. Tentang tokoh2 lama yang telah pergi meninggalkan dunia seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Yasmin Ahmad etc.. tu yang bagi lebih sentimental value.. Kalau takde tu, rasanya persembahannya bisa buat aku tido.. huhu.. Yang untuk Persembahan Terbaik tu, aku rasa macam biasa aje.. Budak2 menari pun tak uniform.. Apa kriteria yang juri tengok ye? 

3 jam AJL berlangsung, tak terasa panjang sangat.. Celoteh pengacara2; Faizal Ismail , Ally Iskandar dan Cheryl Samad menghiburkan.. tak boring tengok.. Intro lagu Meet Uncle Hussein, yang Dato’ Siti nyanyi tu, version dangdut, ek? Kelakar lah.. hehe.. Tapi, bila Lan masuk, barulah dapat feel lagu tu.. Aku suka jugak Hafiz nyanyi lagi “Masih Jelas” tu.. Suara dia memang sangat jelas seperti lagunya :) Tapi, belum cukup untuk layakkan dia menang.. Penampilan Akim, nampak seperti orang yang “Bengang”.. Pakaian dan rambut dia mengingatkan aku tentang satu superhero, but cannot recall siapa.. siap ada api2 lagi tu.. hihi.. Suara Black memang mantap, walaupun lagunya sempoi sahaja..

For full results: click here

Note: Owh, masa aku pegi Bonuslink Member’s Day kat Pavillion hari tu, terjumpa Aizat kat Customer Service, dia nak balut hadiah.. Berbanding dulu, Aizat sangat kurus/slim sekarang dengan seluar keciknya..

Friday, January 8, 2010

Tahun Baru, Semua Nak Baru..

Roadtax baru, Insurance pun baru.. Apa lagi yang baru?? Last weekend, pegi tukar tayar baru untuk keretaku yang tak
berapa baru itu.. Semuanya khas untuk kereta.. Untuk tuannya, takde apa.. Oh, ada.. ada.. Jangan lupa, ada "orang baru" akan muncul nanti, iaitu our baby.. hehe..

Aku dan husband pegi tukar tayar kat Klang.. Dapatlah 4 biji tayar berjenama Falken..  Ramai orang cakap, boleh dapat harga murah kalau beli tayar kereta kat Klang.. Tak taulah betul ke tak.. And, berapa murah boleh dapat if compared dengan KL, pun aku tak sure.. Tak pernah pulak aku buat survey and benchmark harga tayar kereta ni.. Orang pompuan kan, mana nak amik tahu sangat fasal benda ni.. Janji kereta boleh jalan, sudah.. Air dalam tangki depan (tak tau apa namanya) pun tak pernah check..Air wiper tak tau ada ke tak.. Minyak hitam, lagi lah sangat.. tapi, aku tau, minyak hitam warnanya tak hitam kalau baru tukar.. hihi..

Picture 285

Tengok sport-rim2 kat display tu, memang mengancam.. Husband beberapa kali tanya sebelum tu, sama ada nak tukar sport rims ke tak.. Since, aku ni bukanlah kaki kereta, takde niat nak tukar itu-ini.. Lagipun, aku takde bajet untuk itu, rasa cam tak perlu aje.. Baik beli breastpump.. hehe..  

Picture 289Now, masa untuk service kereta pulak.. Vroom,vroom, kereta aku dah “sedap bawak” sekarang, menurut hubby la.. Ada beza ke? Aku  tak rasa pun apa bezanya… :P

Yeah, lepas ni duduk diam2, duit dah banyak spent kat kereta.. huhu..

Note: Kalau aku orang kaya, semuanya nak tukar baru.. ;) Tapi, aku hanya orang biasa yang hidup sederhana.. Apapun, aku tetap bersyukur dengan apa yang ada.. Alhamdullilah, masih diberi rezeki olehNya..

Wednesday, January 6, 2010

New Obsession.. Oh, Rubik’s Cube..

No, no.. It’s not me.. It’s my hubby.. Hobby barunya ialah main Rubik’s Cube ni.. Sejak balik Melaka during Chrishtmas holiday hari tu.. My SIL beli Rubik’s Cube kat Mahkota Parade.. Hari-hari godek cube ni, sampai leka dibuatnya.. Aku tak layan benda alah ni.. Sebabnya, dalam bab-bab memikir macam mana nak betulkan susunan cube tu, aku benak sikit.. Susun guli, aku taulah.. hehe.. (Note: Benak sinonimnya ialah lambat catch-up/pickup)

Bila dah balik KL, dah tak dapat nak main lagi.. So, on the New Year Eve tu, alang2 dah ke Midvalley, kitorang singgah Toys"Я"Us sebab nak beli cube ni lah.. Bukan beli toys untuk baby, ye.. Harga RM26.90 each.. Mahal jugak aku rasa.. Kalau aku, aku tak beli dah.. Baik makan Prosperity Burger 2 kali.. haha.. 

Picture 263

“No, no.. I’m not taking your photo” ;P

Picture 262  Picture 264 Belek lagi.. tak sabar-sabar nak main ni, i know.. hehe..

Picture 267His new toy.. Nanti, baby pun boleh main jugak.. Nak jadi Rubic’s Cube Master.. :)

Picture 270

Masa lepak kat Restoran Murni SS2..

Tugas aku tolong mess-up the order, pastu encik husband yang tukang selesaikan.. Kalau dah start main tu, kiri kanan dah tak pandang.. Kita cakap pun tak layan.. Maka, bercakaplah saya sorang dengan angin ;P.. Nak tengok sangat husband saya boleh solve Rubic’s Cube ni less than 1 minute.. Ini cabaran ni, ok? hehe..

Kalau nak belajar techniques, formulas, solutions or macam2 lagi, boleh Google cari the answers... Aku tak minat, so, takde hati nak belajar.. :)

Tuesday, January 5, 2010

Renew Insurance And Roadtax With MYEG.. It’s So Easy!

Tentu pernah dengar pasal MYEG kan? Alah, dalam iklan tu, Scha Al-Yahya tolong hantar roadtax sampai depan rumah.. I’m expecting the same, gile best kalau Scha yang hantar, boleh mintak autograph, posing2.. hehe.. tapi, semalam, budak lelaki naik motor kapcai yang serahkan roadtax baruku itu ;P.. Nevermind, janji dapat..

Aku nak share experience aku renew insurance and roadtax dengan MYEG ni… Roadtax aku mati next week sebenarnya.. Tapi, biasalah, awal2 tahun ni kalut sikit.. Kalau boleh nak settlekan semuanya, lepas tu tak payah susah hati nak fikir..

Oleh kerana nak jimat sikit, time lunch Isnin hari tu, aku pegilah ke Uni.Asia Insurance, letaknya depan JPJ Senawang ni.. Yes, kalau pergi direct, boleh dapat 5% rebat untuk insurance renewal.. Tunggu 5 minit, takde staff kat kaunter, semua busy kat dalam.. 10 minit sama juga, orang pun makin ramai.. 20 minit aku, aku tak boleh tahan..dan start angkat kaki.. So, husband suruh buat dengan MYEG aje.. lagi senang.. lagipun husband pernah ada good experience with MYEG dulu..

For those yang baru nak guna MYEG ni, kena register dulu lah.. Kalau dah register, login pastu pilih Auto Insurance Renewal.. Then, on the next page kena isi semua detail fasal owner dan kenderaan yang nak diinsurankan.. dinasihatkan supaya ada geran (tak kiralah fotostat pun boleh) kat tepi supaya memudahkan proses mengisi semua detail2 yang dikehendaki..

myeg2

Actually, masa aku isi tu ada problem sikit.. maybe Mozilla aku guna ni tak berapa betul, so takde icon untuk Submit.. aku tak dapat teruskan sampai habis.. Tapi, tak lama kemudian, ada orang dari MYEG ni call (aku ada click icon Need Help masa mula2 isi online form) and dia akan hantar email quotation untuk insurance and roadtax sekali.. For your information, renew roadtax dengan MYEG, kita eligible for 20% off for the roadtax.. Bolehlah, kan? Senang pun senang..

myeg Delivery charge pun free! Insurance aku tak mahal pun sebab keretaku MyVi sahaja.. :) And insurance price depends on sum insured for the car and the NCB..

Sebelum aku proceed dengan bayaran, aku tanya husband dulu okay ke tak? When he said okay, the next day, aku terus bayar.. MYEG personnel email me and asked for other details: Address to deliver the roadtax, second driver name, I/C etc.. Settle semua.. Pastu, dapat polisi insurans through email..

Tup-tup, before balik keje pada hari yang sama, which is semalam, ada orang call cakap dah ada kat depan ofis nak hantar roadtax.. budak yang naik kapcai tu lah! hehe.. Wow, it was super fast! So, from now on, I want to continue using MYEG.. Nak bayar saman polis traffik pun boleh..

To know more about 5% rebate on the car or motor insurance, click here..


Monday, January 4, 2010

Disappointed Midnight Shopping at Tesco Ampang..

It was already 11.40pm when we arrived at Tesco Ampang on Friday’s night.. We were actually on the way back to Balakong from my parent’s house in Wangsa Maju.. Since Tesco was still opened, we stopped there for our monthly groceries shopping which we usually choose Carrefour for the activity.. At first, I’m kinda shocked when my husband told me Tesco is open up until 1.00am on every Friday and Saturday.. So, we thought that was a good decision to shop at Tesco on that night.. At least, we can save the next day for doing something else..

By looking at the brochure, I found that certain items were cheaper than Carrefour.. example F&N milk, 3-in-1 Nescafe, Nestle Ice-Cream etc.. But, to my surprise all the best-deal items are sold out.. Maybe they are not restocking it since it was already midnight.. But, I just can’t except the excuse if it was what they think… It was really make us disappointed, because we did not manage to catch all the things we need.. And, we ended up buying other things which are not in our list including baby basin and electric mosquitoes repellent.. hehe..

Other things that distract my view was dirty, slippery floor at frozen foods area and trolleys were everywhere.. It was hard for us to push our trolley as there were trolley filled up with stuffs blocking our way.. Definitely they have to do something, no need to wait until people complain about it… See, now I’m complaining.. :P

Picture 283Can you see the sampah on the floor?

Erm, we thought that would be the last time we ever go to Tesco for groceries shopping.. No more Tesco after this.. 

Saturday, January 2, 2010

My Last Wish Of 2009 Has Came True…

Beberapa minit sebelum balik kerja on the 31st Dec 2009, I posted a status on my Facebook Wall..

facebook

Oleh sebab malam sebelumnya, on the 30th Dec, me and my hubby already went out for the Parkson-Bonuslink Member’s Day, aku tak fikir kitorang akan keluar lagi untuk malam tahun baru tu.. And,  went I reach home, I prepare dinner as usual.. Bila encik suami balik, dia tanya nak pegi Metrojaya and tengok wayang tak? Aku pun apalagi.. Nak, nak, nak, bagaikan impian menjadi kenyataan.. hihi… So, my hubby pun terus buka GSC website and he managed to get 2 tickets for Avatar 3D at GSC Midvalley.. yeay! Tapi, masanya ialah 12.45am.. Tunggu ajelah, walaupun lewat sikit..

Ingat pegi Metrojaya nak cari besen mandi untuk baby.. Tapi, takde.. So, kitorang jalan2 ajelah.. And, I took the opportunity to redeem TM voucher for New Zealand Natural ice-cream.. the last day to use it was on 31st Dec 2009.. nasib baik sempat, kedai pun tak tutup lagi..

Picture 260 Suka! Harap dapat makan ice-cream setiap hari.. :P

Lepas tu, rush pegi Toys"Я"Us sebelum tutup.. My husband nak cari satu barang.. Dah besar2 pun nak beli toys.. hehe..

Picture 265

Sementara nak tunggu sampai kul 12.45am tu, kitorang keluar dulu ke Restoran Murni di SS2.. just minum2 aje.. Hubby sibuk main dengan barang yang baru dibeli di Toys"Я"Us tu.. kalau dah main, ralit la jawabnya..

Nearly 12.00am, kitorang ke Midvalley semula… Masuk parking after 12.00am, the parking rate is flat rate RM1.00..Picture 273 Print ticket at the kiosk..

Lama lagi nak tunggu 12.45am, seronok jugak kalau ulang balik kenangan zaman muda2 dulu, kan?? Buang duit sekolah yang mak ayah bagi.. hehe.. Aku temankan husband main racing game, Daytona USA.. Aku duduk sebelah ajelah, tolong tengok.. nak main, takde bakat..

Picture 277

Tiba masanya kita menonton Avatar.. Let’s enjoy the movie..

2avatar_contest_02

Picture 280 Ramai orang menunggu.. tickets all old out.. tu yang aku tertanya2 apa yang best sangat..

From my perspective, the movie was great.. betullah kawan aku cakap, tak dapat beza mana satu yang real, mana satu animation.. Graphic dia memang tip top.. Cuma, masa dia lama sangat lah, nearly 3 hours.. aku hampir2 hanyut dibuai mimpi di sebalik cermin mata retro 3D tu.. Tak berapa selesa utk orang yang bercermin mata.. Husband asyik kejutkan aku aje, bile tengok aku macam nak terlentok2.. Apapun, aku dapat bertahan sampai akhirnya.. Pencapaian yang baik untuk permulaan tahun baru 2010.. hehe.. Thanks abang for the new year treat!