Sunday, August 23, 2009

Driving Licence Renewal..

Lesen memandu aku sudah mati tamat tempoh semalam.. maknanya, pagi tadi aku telah memandu secara haram ke tempat kerja.. :P nasib baik tiada polis menahan, walaupun aku telah memecut sehingga 130km/h.. sekarang, bulan puasa, aku memandu sendirian.. kalau ada car-pool-mate, aku behave sikit.. hehe..

Lunch hour tadi, aku telah ke pejabat pos di Giant utk me"renew" lesenku.. renew utk setahun je, kena bayar RM30, sebab dalam wallet cuma ada RM50.. additional charge kalau renew kat pejabat pos ialah RM2.. Jadi, baki duit aku tu, aku dah berkira2 nak membeli2 di pasar Ramadhan petang nanti.. Tunggu giliran tak berapa lama, tapi, sempat jugalah aku survey2 stroller dalam Giant.. Aku janji nak belikan untuk anak buah aku..

Sebenarnya, ada option lain untuk renew lesen memandu ni, tak payah susah susah beratur di pejabat pos mahupun JPJ.. Seperti minggu lepas, encik suami telah menggunakan perkhidmatan MYEG untuk renew lesennya.. Bayaran tambahah ialah RM5.00 untuk postage fee and RM2.00 untuk e-service.. Okaylah tu, nak jimat, buat utk 5 tahun terus.. Servisnya sangat cepat, hari ni buat, esok ada orang telefon nak hantar lesen tu.. Jimat masa dan tenaga, kan?.. aku pun suka, senang keje.. Cuma aku ni, paham2 la, sambil menyelam minum air.. hihi.. nak buat lesen hari ni sebab after pegi pejabat pos, aku nak pegi Manjaku Baby Store and Tupperware Centre.. 3 in 1 skali.. bulan puasa takde lunch break, rasa bersalah pulak kalau hari2 keluar nak pegi tempat2 lain..

Ok, pi check lesen sendiri, dah tamat tempoh ke belum.. aku jarang tengok lesen sendiri, dok perap dalam wallet aje, sehingga encik suami yang ingatkan..

Note: Tak silap aku, saman polis trafik pun boleh dilangsaikan menggunakan MYEG ni..

No comments: