Sunday, September 26, 2010

Peristiwa Di Pagi Raya…

Ini bukan kisah sedih yang biasanya berlaku di pagi hari raya. Tapi, lebih kepada kelakar or I would say unsangkarable.. hehe.. It was about my little boy, actually..

Seperti biasa, lepas semua balik dari solat Aidilfitri, ada sesi makan-makan.. Haikal, aku dah suap makan sebelum kitorang makan.. So, masa kitorang makan, aku letak dia kat Bumbo Seat dan duduk sebelah aku.. Being a good boy, dia duduk diam aje tengok kitorang makan, sambil berbaju melayu lengkap.. Yelah dah kenyang, kan.. Tapi, dalam diam-diam tu, dia buat ‘projek’ pulak..

Kes poo-poo bila duduk kat Bumbo Seat, biasa dah.. Memang dia selalu membuang bila duduk kat seat tu.. Tapi, yang unexpected ialah dia poo-poo dengan meriahnya sampai terkena kat seluar baju Melayu dia.. Bukan sikit, tapi almost separuh dah kena poo-poo dia sehingga seluar biru dah jadi kaler hijau.. huhu.. Pagi raya pulak tu, pergi jalan raya pun belum… Spoil betul tapi nak buat camne kan, baby bukan pandai cakap.. hehe..

So, you know what happened after that? Seluar baju Melayu, dah ganti dengan seluar tidur.. haha.. Aku cari yang colour biru yang lebih kurang warnanya.. There you go, this is how my boy dressed up on pagi raya..

IMG_8212Seluar tidur pun seluar tidur lah, janji raya.. haha..

IMG_8211 How cool is my boy! Muka selamba, tak bersalah…

On the other hand, Papa Haikal sebagai penyelamat, berusaha sedaya upaya selamatkan keadaan.. Lepas basuh poo-poo Haikal, dia basuh seluar baju Melayu tu jugak.. Aku dah macam surrender lah, tak apalah beraya dengan seluar tidur pun, janji biru.. hihi.. Papa Haikal basuh, lepas tu iron seluar tu sampai kering! Nasib kain jenis licin, senang kering.. Iron dan iron, lama-lama seluar kering, then terus anginkan bawah kipas.. Phew, nasib baik, kalau tak memang sempoi lah, beraya dengan seluar tidur.. hehe!

Moral of the story, jangan pakaikan baju lawa awal2.. :P

Saturday, September 25, 2010

Random Raya Photos…

Still hari raya lagi kan, maka belum terlambat nak letak gambar2 raya kat sini.. Betul tak? :)

Raya pertama:

IMG_8192 Pagi raya.. Haikal kena kejut bangun awal.. Baik betul, sikit pun tak merengek, melalak sebab terpaksa bangun dan mandi pagi-pagi.. Tau nak dapat duit raya, kot.. hehe…

IMG_8196 Teka berapa kali seluar tu kena lipat? haha..

IMG_8203 Papa dan Anak Papa…

IMG_8207 Mama dan Anak Mama…

IMG_8215 Berjalan raya.. Senget-senget songkok Haikal..

IMG_8219 “Mama ni tak abis-abis amik gambar..” said Haikal…

Raya Kedua:

Bila dah baby ni, seronok pulak pergi beraya.. Sebabnya, dapat collect duit raya.. hihi.. Before this, bagi kat anak orang, anak buah, sekarang kutip untuk anak sendiri pulak.. :) Habis raya kite bukak akaun Amanah Saham.. haha..

IMG_8229 Dah ready… Tunggu mama bersiap..

IMG_8235 Like father like son.. “Belang-belang seperti kuda belang” theme.. hehe..

IMG_8252 With Mama, kat rumah sedara..

Raya Ketiga:

Beraya di Johor, kampung ayah dan mak aku.. Kat sana pun ramai pakcik makcik dan sepupu-sepupu, so, time collect duit raya lagi.. hihi.. Adik aku, Sofia jealous sebab duit raya Haikal lagi banyak dari dia.. :P

IMG_8262

IMG_8275 Dengan Pakcik Nizam.. Adik-adik aku ni suka sangat bergambar2, posing syok sendiri.. Lepas tu, gambar masuk Facebook…

IMG_8279 Sebelum balik dari kampung…

Raya Keempat:

IMG_8282 Posing sebelum keluar beraya lagi..

IMG_8283 Happy mode.. Haikal dah mula tahu, kalau aku pakai tudung tu, maknanya nak keluar berjalan.. Cepat2 dia suruh aku angkat dia.. haish, bijak betul..

Ada banyak lagi gambar, kite letak2 satu2 lah ye..

Friday, September 24, 2010

Haikal 7th Months Milestones…

IMG_8480 “Umur saya 7 bulan hari ni..” :)

My baby, Haikal genap 7 bulan pada 24th September, which is yesterday.. Tak sempat nak scribble all his milestones on the same day in this blog.. But, anyway, better late than never.. haha.. Alasan..

Sekejap aje dah 7 bulan dah anak aku ni.. Aku selalu compare Haikal yang sekarang ni dengan masa dia baru 3 bulan, 4 bulan.. Tentulah jauhlah bezanya, kan? Lagi satu, bila tengok apa dia buat dan nak buat, memang tak padan kecik.. hehe.. Let see what are his milestones at his 7 months ni..

  • Alhamdulillah, Haikal masih fully breastfeed sehingga sekarang.. Milestones ke? Kira milestones for me la kot.. hehe.. Harap dapat teruskan menyusu baby selagi boleh, InsyaAllah..
  • On previous checkup, berat ialah 7.9kg.. Sekarang, dah 8.5kg.. Alhamdulillah, his body weight is progressing well..
  • Masa umur 6 bulan setengah, dah start merangkak dan duduk.. Tapi, tak berapa stabil at that time.. Sekarang ni, kira dah expert la.. Merangkak pun dah laju, duduk dah tegap.. Kalau senget nak terjatuh pun, dia dah pandai adjust so that tak jatuh terlentang.. Tapi, kitorang perhatikan, tak biarkan dia main sorang-sorang.. Karang bertelur dahi, hilang kehenseman.. hihi..
  • His new vocabulary is “Abuah, Abuah” instead of “Abu” Macam mintak buah aje… :P
  • Sudah cam orang start 6 bulan.. Sekarang ni, kalau sesiapa nak amik/dukung dia, mesti tengok dulu siapa orang tu.. Kalau yang jarang jumpa, mula-mula okay, lama-lama dia cemik..
  • Mula “gedik”.. haha.. Sebab apa? Sebab pantang nampak aku.. Kalau tengah main atau papa dukung, skali tengok kelibat aku nak gi dapur, toilet, time2 tu melalak mintak aku angkat.. Bila aku dukung dia, boleh pulak ketawa2.. Happylah konon..
  • Start nak berpaut kat kerusi, rocker, sofa macam nak bangun.. Bila aku hulur tangan pun sama, he will hold my hand and try to lift himself up dalam keadaan melutut..
  • Pandai betul imitate perbuatan orang especially his papa.. My hubby selalu petik jari kat depan dia.. So, dapatlah tengok jari dia pun macam nak buat jugak.. This week, dia ikut papa dia buat mulut ternganga2.. Later I will share the video.. :)
  • Before this, I kept complaining tentang habit hisap jari tu.. Tapi, sejak kebelakangan ni, dah tak nampak Haikal hisap jari waktu dia tidur.. Waktu2 lain pun dah kurang..

Itu ajelah kot, ni pun curi2 masa, terbangun dari tidur kul 1.30am.. Type cepat-cepat sebelum baby terbangun untuk cari susu.. hehe..

Tuesday, September 21, 2010

Busy…

Nak cakap busy, takdelah busy sangat.. Tak sempat update blog, due takde laptop sendiri.. Laptop dah pulang kat company bila berhenti hari tu... hehe.. Setakat ni, menumpang kasih kat laptop hubby sajalah dulu.. Tambah lagi, baru berhenti kerja, pastu dah mula tempat baru, so macam kelam-kabut sikit.. Nanti2 aku share cerita, tapi, mostly about my baby milestones la.. Haikal dah ligat, nak berkepit aje kat ketiak aku.. Aku masuk toilet pun dia melalak.. huhu..

Thursday, September 16, 2010

Last Day…

I’m working today.. Not good because raya mood is still there..

But, the good thing is, today is my last day working in where I’m working now.. Macam terseksa aje keje sini.. haha.. Aku tau keputusan agak drastic, I gave short notice resignation to my company, tapi, tak apalah, mungkin ada rezeki lebih baik nanti.. Wishing myself the best for my career, my family and for the future…

Note: Teringat balik “sepanduk” yang kawan aku buat dulu, sebelum berhenti keje sini.. haha..

Monday, September 13, 2010

Family Foto Di 1 Syawal…

Jika tahun lepas, bergambar berdua sahaja.. Tahun ni, dah bertiga pulak.. :) This is the photo that I like the most, gambar 3 of us on 1 Syawal.. Gambar-gambar lain, nanti dululah..

IMG_8224Selamat Hari Raya!

Gambar diambil selepas balik beraya dari rumah sedara, masa ni dah petang.. Walaupun penat, masih boleh tersenyum simpul especially my little baby boy tu.. Nampak macam fresh di waktu pagi, kan? :)

Tema tahun ni colour biru.. Tau bile kitorang beli? Satu hari sebelum puasa.. hehe.. Mula-mula beli baju hubby and baby.. Sama kaler, sama kain.. Lepas tu, baru cari baju aku.. Rupa-rupanya susah nak matchkan baju orang perempuan ni dengan colour baju melayu.. Lesson learnt.. Next time, cari baju aku dulu, pastu baru beli baju Melayu.. Yelah, first time, manalah tau.. Tahun lepas pakai baju kahwin aje.. hehe..

Note: Ada satu cerita masa pagi raya tu.. Later, aku share apa kejadian yang tak diingini yang berlaku pada pagi tu..

Saturday, September 11, 2010

Sosilawati Mati Dibunuh?

Dalam Akhbar Kosmo Online, dah keluar kenyataan bahawa dipercayai Datuk Sosilawati telah meninggal dunia akibat dibunuh dan mayatnya dibakar.. MasyaAllah, dahsyat sungguh sekarang ni.. Nyawa bagai tiada harga, sesuka hati aje nak bunuh2 orang ni.. Lagi2 hari raya ni, sangat menyedihkan..

Jika benar dari ujian DNA yang  mayat tu mayat Datuk Sosilawati, diharapkan ahli keluarganya terutama anak-anak tabah hadapi pemergiannya.. Al-Fatihah…

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri Buat Semua…

Di kesempatan ini, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri dan Maaf Zahir Batin.. Semoga Ramadhan memberi keberkatan kepada kite semua dan Syawal yang bakal menjelma disambut dengan meriah di samping orang-orang yang kita sayangi… InsyaAllah.

Dengan ini, disajikan gambar lemang in the making.. hehe.. Nak tau rasanya, kena tunggu waktu berbuka malam nanti.. :P

IMG_8179 My hubby dan abang-abang ipar beria bakar lemang tahun ni… Kali ni, giliran beraya di Klebang Melaka..

Tak lengkap raya tanpa ketupat, rendang, lemang, lontong, kan? Tak sabar nak makan semua banyak banyak banyak.. hihi.. Nafsu!

Till then, selamat hari raya and happy holiday to everyone…

Wednesday, September 8, 2010

Baby Walker cum Rocker…

Semua dah mood raya ke? Walaupun mood raya, aku nak cerita pasal Haikal akhirnya dah dapat walker setelah sekian lama menanti.. Padahal, aku yang tak sabar2 nak tengok anak aku duduk dalam walker.. hihi..

Last Saturday, bawak Haikal untuk injection masa 6 bulan.. Tapi, sebab suhu badan still panas, tak dapat inject pun.. Kena postpone to some other time.. Dari Klinik An-Nur, kitorang ke Manjaku Bangi nak beli walker! Manjaku is having sale now, jadi memang baguslah timing.. Cuma Haikal demam, kesian dia..

IMG_8115 Papa Haikal minat sangat dengan Mamalove Baby Walker ni.. Tapi, bagi aku, quite mahal RM259.. Tak berbaloi kalau pakai sekejap aje dan macam susah nak lipat..

Pilih punya pilih, beli Sweet Cherry Walker cum Rocker.. Ada Winnie The Pooh kat steering atas tu.. Haikal suka aje tekan-tekan button, so, I think this is a good choice for my little baby.. Dapat 20% diskaun..

IMG_8116 Dengan stroller baru.. Demam-demam pun masih bersemangat nak main..

IMG_8117 Melopong mulut tengah main dalam walker..

IMG_8121

Oh ya, tengok harga Huggies diapers kat Manjaku.. Murahlah RM29.90 untuk pek besar 80pcs tu.. Beli 2 pek hari tu… Biasalah, kalau lalu kat bahagian Pampers, mesti tengok harga dan compare dengan tempat lain.. Bila dapat murah, baru beli.. huhu.. Cost saving!

Tuesday, September 7, 2010

Check Saman Trafik Online…

Menjelang hari raya ni, macam-macam operasi ada, Ops Sikap la, Ops Balik Kampung la, tapi, paling banyak berkenaan kesalahan traffic la, kan.. Time orang berlumba-lumba balik kampunglah, time tu encik polisi nak buat speed trap.. Bagilah chance nak sempat sampai kampung sebelum waktu berbuka.. hehehe..

Walaupun aku belum balik kampung, aku tidak terkecuali dari melalui kawasan-kawasan speed trap ni sebab hari-hari aku lalu PLUS highway dari Balakong ke Senawang.. Start minggu ni dah nampak pondok2 polis tepi jalan kat highway.. Kalau biasa, aku pecut paling laju lebih 120km/jam, sekarang ni asyik dok jaga brek aje jangan bagi over limit.. Aku risau kena saman.. Baru-baru ni aku baru tahu aku kena saman.. Selama ni, aku bawak setiap pagi dan petang tak kena pulak.. Tapi, ada satu hari tu, aku datang kerja tengahari, time tu pulak bad luck.. huhu.. Sakit hati pulak sebab sekarang ni takde diskaun dah nak bayar saman.. Terpaksalah bayar buta-buta RM300.. huhu..

Oh, berbalik ke tajuk asal macam mana nak check saman traffic online.. Senang aje, boleh check di laman web ini..

saman2

saman

Sebelum balik raya, check saman dulu okay.. Rasa-rasa takde banyak saman, nak speed banyak mana pun ikut sukalah.. haha.. Janji selamat sampai kampung, okay! :)

Selamat Balik Kampung!

Monday, September 6, 2010

Persiapan Hari Raya Tahun Ini…

Baju-baju/Pakaian:

Bagi aku tahun ni rilex aje persiapan raya.. Tak bersesak-sesak di shopping complex sebab dah beli baju raya sedondon tiga beranak sebelum raya lagi.. Awal sangat, tapi takpe, senang dah settle semua.. At this point of time, I felt very fortunate sebab tak buat semua last minute sebab Haikal asyik demam sepanjang bulan puasa ni.. Memang sangat tak sesuai nak bawak dia jalan2 keluar shopping.. Baju raya selain baju Melayu untuk Haikal pun dah beli awal2..

IMG_7762 Haikal tengah buat pilihan nak baju kaler apa di Wisma Yakin.. hehe.. Maybe next year, he know which colour to choose.. :P

Masa pergi jalan Wisma Yakin tu, tak jumpa songkok yang berkenan untuk Haikal... Ingat nak belikan songkok Raihan yang atas ada bunjut tu, tapi, tak jumpa untuk saiz baby.. Last-last papa dia pergi balik Wisma Yakin cari songkok biasa.. Kat rumah dah siap ukur dah berapa inci saiz kepala Haikal.. And, this is how he looks in songkok!

IMG_8095 Pak aji air liur meleleh..

Sampin untuk Haikal tak beli pun.. tengok kebanyakannya saiz besar, rasa tak cantik kalau Haikal pakai labuh sampai tutup seluar baju melayu dia.. Macam skirt pulak nanti.. hehe.. So, no sampin for this year..

Raya ni, banyak untuk Haikal ajelah.. Aku takde beli beria untuk diri sendiri.. Takpe, asalkan happy tengok baby handsome di hari raya itu dah memadai.. :)

Kuih Raya:

IMG_8107 Kuih kegemaran aku mestilah coklat warnanya, except tart nenas.. kalau tak coklat, memang tak berapa nak pandang.. hehe..

Buat chocolate chip cookies, itu pun adik ipar, kakak ipar dan adik aku tolong buatkan.. Aku amik 2 balang aje, jadilah tu, takut makan tak habis nanti.. Rumah sewa kitorang ni, takde siapa nak datang kot.. hihi.. Aku beli kuih shortbread dari kawan dan tart nenas gulung dari kawan mak.. Shortbread tu, beli 2 bekas, 1 bekas dah selesai.. :) My hubby pulak beli kerepek pisang.. So, kuih kitorang ada 4 jenis sahaja..

Bekas kuih raya:

Bersesuaian dengan 4 jenis kuih raya, balang kuih pun beli 4 aje.. Yang last year punya ada, tapi tak keluarkan lagi.. Kite rasmi yang baru dululah..

IMG_8132Pink kaler I like, Vacuumsaver product.. Beli di Parkson dengan stamp Bonuslink, baru dapat murah..

Duit Raya:

Macam tahun-tahun lepas jugak, tukar aje duit, nanti kalau tak abis bagi budak-budak, duit tu boleh buat belanja hari-hari kat cafe office… hehehe.. Tau ajelah, makan kat cafe murah aje, meehoon 50 sen, nasi lemak 70sen..

And, one more thing, tahun pertama collect duit raya untuk Haikal.. Kena sedia pouch besar ni.. haha..

Cuti raya:

Cuti ada 2.2 hari aje.. tapi apply sampai 4 hari.. Terpaksalah, alang-alang beraya biar raya sakan.. haha.. Tak taulah boss nak kautim macam mana, kira unpaid agaknya…

Rashes on Baby…

Lepas baik demam, timbul pulak ruam-ruam/rashes kat badan Haikal.. Tengahari tadi, babysitter Haikal call bagitau Haikal nangis aje dan badan merah-merah.. Dia risau jugak kalau-kalau Haikal kena demam campak.. Aku lagilah risau, sebab Haikal jarang menangis tak berhenti kalau takde apa-apa.. Aku amik half day tadi, dan terus balik rumah.. Sampai rumah, simpan-simpan barang, dan amik Haikal kat babysitter… Masa nak amik tu, dari tingkat bawah aku dah dengar suara anak aku menangis.. Aku bwak terus ke klinik Mediviron berdekatan dengan rumah.. Nak pergi Annur, aku risau Haikal melalak dalam kereta.. Sebab takut dia melalak, aku letak dalam carseat tapi tak lock pun.. Bawak kereta perlahan-lahan sampai klinik..

Kat klinik, doktor cakap rashes ni naik lepas dia baru baik dari demam.. Kena monitor these 2 days, tengok keadaan baby camne, selera makan okay ke tak, muntah ke tak.. Harap ruam biasa aje.. Doktor bagi ubat sapu dan ubat tahan gatal.. Balik rumah, Haikal minum susu, lepas tu aku bagi ubat tahan gatal dan sapu liquid yang doktor bagi tu kat badan.. Ni dah tidur dah baby aku.. Maybe kesan ubat kot.. Bila asyik2 demam aje ni, baby pun dah bosan asyik makan ubat.. Pandai betul, tutup mulut rapat-rapat bila aku nak bagi ubat..

IMG_8145Rashes kat pertut dan muka.. Nak dekat raya pulak kena, dugaan dugaan.. Tapi, kesian, takut baby can’t bear the pain/itchiness..

Ya Allah, semoga anakku cepat sembuh.. Amin..

Sunday, September 5, 2010

Tumpang Lalu, Lembu Nak Melintas..

Teka di mana ni? Look like at the safari, kan? haha.. Sebenarnya tempat kejadian ialah kat our housing area.. Entah dari mana datangnya lembu-lembu ni, ada pulak orang ternak lembu kat kawasan perumahan.. Horror betul..

IMG_7559 IMG_7560

Kalau menghadapi keadaan seperti ni, memang dalam kepala fikir bukan-bukan.. Kot tiba-tiba lembung menggila pulak, datang tanduk kereta, macam mana? huhu..

Kalau nak feel the experience, mari datang Balakong.. haha..

Tupperware Flyer Sempena Raya 4 – 25 September 2010…

Setiap kali ada perayaan, akan keluarlah new flyers.. Saja aje nak suruh orang banyak membeli.. hehe.. Aku tau pun masa pergi outlet Tupperware hari Sabtu lepas.. So, here I share with you.. Sorry for the quality, flyer dah renyuk kena main oleh Haikal.. hehe..

IMG_8140 (Large)
Yang ini best, Buy 6 and Free 6 Tupperware, really worth it! Aku pun teruja.. hehe.. *click image for larger view*

IMG_8139 (Large)Ingat tak aku guna tupperware kecik untuk simpan bubur Haikal, so, now ada promotion lagi.. Sangat berbaloi, hanya RM49.90 untuk 2 set.. Kalau nak murah, tapi taknak beli semua, boleh share dengan kawan ;P 

IMG_8138 (Large)

IMG_8137 (Large)

Kalau ada berminat nak beli dan of course nak special diskaun, bagitau ler… :)

Thursday, September 2, 2010

Tweet Like Mad..

Bila bosan, mulalah menceceh kat Twitter.. haha.. Seriously, now I like twitter more than Facebook.. Dulu, beria konon tak tau nak buat apa dengan twitter, sekarang macam dah addict pulak.. hehe.. Tambahan, kan dengan twitter ni boleh buat duit, so okaylah, sambil menyelam kite minum air.. hehe.. To date, baru ada RM1.99 earnings churpchurp aku.. Bolehlah, better than nothing.. :P

Oh ya, kalau nak follow me in twitter, click here.. Banyaklah merapu2 dalam tu, mentang2 mood cuti sudah datang.. hehe..

Heart Wrenching…

Sangat sedih bila tengok anak sakit.. Entah, maybe sebab dah jadi ibu ni rasa sangat sensitive.. Asyik risau aje memanjang, sampai tidur pun tak lena.. Susah hati betul.. 

Malam tadi dan malam sebelumnya badan Haikal panas lagi.. Asyik demam aje anak aku ni, kesian dia.. Orang cakap demam sebab nak pandai sesuatu ni.. Cepat2lah pandai duduk, merangkak, pastu cepat baik.. Berbekalkan ubat demam yang ada, aku bagi dia makan.. Nasib baik ubat ni nak dia telan, takdelah terbuang banyak.. Towards sahur, badan rasa dedar sikit.. Itupun dah letak kool fever dan letak tuala basah kat kepala, biar dia sejuk..

IMG_8083 Kesian Haikal.. Cepat baik ye!

IMG_8084 Mata bulat :)

IMG_8087 Sakit2 pun masih aktif bermain..

IMG_8090 Habis basah baju kena tuala basah.. Haikal tak kisah letak apapun atas kepala dia.. Kalau asyik tepis aje, susah jugak dibuatnya..

Malam tadi kul 10.30pm, bila panas lagi badan Haikal, terus aku tadah air dalam bath tub dia.. Aku nak mandikan.. Kat bilik air, menggelitis kaki sebab tau nak mandi.. Memang suka sangat main air.. So, aku mandikan dengan air suam lama sikit sampai badan tak berapa panas lagi dah.. Lepas mandi, pakai baju lubang-lubang dan seluar pendek aje, then terus tidur.. Pagi ni, still suam-suam lagi badan.. Berat hati nak hantar ke baby sitter :(

Sejak demam hari tu, pantang aku dukung pastu letak dia, mesti dia nak menangis.. huhu.. kalau tengah main-main, and tiba-tiba aku lalu, time tu jugaklah menjerit mintak angkat.. Makin manja ni..

Get well soon, baby..

My Baby’s First Word…

Bunyinya “abu abu abu”.. I’m assuming that he tried to say “ibu”.. hehe.. Tapi tulah, air liur meleleh-leleh.. :P Memang dah start bising mulut Haikal sekarang, tak tahu tengah mengomel apa.. Selalu kemam-kemam bibir dia, aku rasa macam nak tumbuh gigi pun ada jugak.. Kot dia gatal gusi, tu yang macam tengah kunyah sesuatu..

Haikal dah mula menunjukkan skill nak duduk pulak.. Merangkak, baru angkat bontot tapi bergerak sikit2 aje ke depan.. Belum lagi menyusur ala komando.. Perlahan2 lah, nanti laju sangat, bila tergolek sikit dah melalak.. Aku tengok Haikal ni macam manja (orang cakap kememe), tak boleh kena sikit.. Baru tersembam ke tangan aku pun dah cemik2 melalak.. hihi..

Wednesday, September 1, 2010

Knee Pads..

Bajet baby macam baru belajar naik basikal, siap beli knee pads bagai.. hihi.. Saja aje beli nak cukupkan RM200 hari tu beli barang kat LittleWhiz, dapat free shipping.. haha.. Alasan!

Haikal kan baru nak belajar merangkak, so bila dia pakai seluar seksi pendek, bolehlah pakaikan knee pad ni kat lutut, takdelah sakit pusing2 kat lantai, kan.. Lagi satu, kalau pakai seluar panjang, seluar pun tak kotor.. Senang, tak payah sental.. :P Sekarang ni pun, tengok stokin Haikal, Mak ai! Macam kerja kebun.. hihi..

IMG_8013

IMG_8015 Gaya mesti ada! Barulah umph! Tapi jangan lupa, merangkak mesti ke depan, bukan ke belakang.. hehe..

IMG_7971Suka sangat kena timang.. Senyum lebar sentiasa..

Kalau balik rumah mak kat Wangsa Maju, ketiak Haikal mesti lenguh.. haha.. Sebab apa? Sebab semua orang nak dukung dia.. Sekejap-sekejap pass kat Maksu Sofia, pastu pakcik-pakcik pulak.. Kadang-kadang sampai berebut bergaduh.. Sofia yang selalu merajuk sebab tak dapat dukung lama-lama.. Tapi, kalau Haikal dah mula menangis tau pulak cari mama dia..

IMG_8010 Posing dengan Pakcik Nizam.. Nak letak kat Facebook katanya.. :P

IMG_8012 Nizam pulak bergaya dengan spec professor..

IMG_7977 Dengan Maksu Sofia pulak.. Gembira kena agah.. Haikal bergaya dengan romper baru :)

Aku suka tengok Haikal pakai romper.. 1 piece aje, nak check berak pun senang.. hehe.. Aku beli online, size 12 months.. s\Skali pakai sedang molek aje dengan saiz badan dia.. So, tak payah nak simpan2, terus pakai aje.. Boleh buat basahan jugak..