Monday, September 6, 2010

Rashes on Baby…

Lepas baik demam, timbul pulak ruam-ruam/rashes kat badan Haikal.. Tengahari tadi, babysitter Haikal call bagitau Haikal nangis aje dan badan merah-merah.. Dia risau jugak kalau-kalau Haikal kena demam campak.. Aku lagilah risau, sebab Haikal jarang menangis tak berhenti kalau takde apa-apa.. Aku amik half day tadi, dan terus balik rumah.. Sampai rumah, simpan-simpan barang, dan amik Haikal kat babysitter… Masa nak amik tu, dari tingkat bawah aku dah dengar suara anak aku menangis.. Aku bwak terus ke klinik Mediviron berdekatan dengan rumah.. Nak pergi Annur, aku risau Haikal melalak dalam kereta.. Sebab takut dia melalak, aku letak dalam carseat tapi tak lock pun.. Bawak kereta perlahan-lahan sampai klinik..

Kat klinik, doktor cakap rashes ni naik lepas dia baru baik dari demam.. Kena monitor these 2 days, tengok keadaan baby camne, selera makan okay ke tak, muntah ke tak.. Harap ruam biasa aje.. Doktor bagi ubat sapu dan ubat tahan gatal.. Balik rumah, Haikal minum susu, lepas tu aku bagi ubat tahan gatal dan sapu liquid yang doktor bagi tu kat badan.. Ni dah tidur dah baby aku.. Maybe kesan ubat kot.. Bila asyik2 demam aje ni, baby pun dah bosan asyik makan ubat.. Pandai betul, tutup mulut rapat-rapat bila aku nak bagi ubat..

IMG_8145Rashes kat pertut dan muka.. Nak dekat raya pulak kena, dugaan dugaan.. Tapi, kesian, takut baby can’t bear the pain/itchiness..

Ya Allah, semoga anakku cepat sembuh.. Amin..

3 comments:

fira hamzah said...

alamakkk cian nyerr haikal..
semoga cepat sembuh baby haikal yang comel!be tough boy.. :)

This is .... said...

Fira,
thanks.. Alhamdulillah, Haikal dah makin okay hari ni..

armouris said...

info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit