Baju-baju/Pakaian:
Bagi aku tahun ni rilex aje persiapan raya.. Tak bersesak-sesak di shopping complex sebab dah beli baju raya sedondon tiga beranak sebelum raya lagi.. Awal sangat, tapi takpe, senang dah settle semua.. At this point of time, I felt very fortunate sebab tak buat semua last minute sebab Haikal asyik demam sepanjang bulan puasa ni.. Memang sangat tak sesuai nak bawak dia jalan2 keluar shopping.. Baju raya selain baju Melayu untuk Haikal pun dah beli awal2..
Haikal tengah buat pilihan nak baju kaler apa di Wisma Yakin.. hehe.. Maybe next year, he know which colour to choose.. :P
Masa pergi jalan Wisma Yakin tu, tak jumpa songkok yang berkenan untuk Haikal... Ingat nak belikan songkok Raihan yang atas ada bunjut tu, tapi, tak jumpa untuk saiz baby.. Last-last papa dia pergi balik Wisma Yakin cari songkok biasa.. Kat rumah dah siap ukur dah berapa inci saiz kepala Haikal.. And, this is how he looks in songkok!
Sampin untuk Haikal tak beli pun.. tengok kebanyakannya saiz besar, rasa tak cantik kalau Haikal pakai labuh sampai tutup seluar baju melayu dia.. Macam skirt pulak nanti.. hehe.. So, no sampin for this year..
Raya ni, banyak untuk Haikal ajelah.. Aku takde beli beria untuk diri sendiri.. Takpe, asalkan happy tengok baby handsome di hari raya itu dah memadai.. :)
Kuih Raya:
Kuih kegemaran aku mestilah coklat warnanya, except tart nenas.. kalau tak coklat, memang tak berapa nak pandang.. hehe..
Buat chocolate chip cookies, itu pun adik ipar, kakak ipar dan adik aku tolong buatkan.. Aku amik 2 balang aje, jadilah tu, takut makan tak habis nanti.. Rumah sewa kitorang ni, takde siapa nak datang kot.. hihi.. Aku beli kuih shortbread dari kawan dan tart nenas gulung dari kawan mak.. Shortbread tu, beli 2 bekas, 1 bekas dah selesai.. :) My hubby pulak beli kerepek pisang.. So, kuih kitorang ada 4 jenis sahaja..
Bekas kuih raya:
Bersesuaian dengan 4 jenis kuih raya, balang kuih pun beli 4 aje.. Yang last year punya ada, tapi tak keluarkan lagi.. Kite rasmi yang baru dululah..
Pink kaler I like, Vacuumsaver product.. Beli di Parkson dengan stamp Bonuslink, baru dapat murah..
Duit Raya:
Macam tahun-tahun lepas jugak, tukar aje duit, nanti kalau tak abis bagi budak-budak, duit tu boleh buat belanja hari-hari kat cafe office… hehehe.. Tau ajelah, makan kat cafe murah aje, meehoon 50 sen, nasi lemak 70sen..
And, one more thing, tahun pertama collect duit raya untuk Haikal.. Kena sedia pouch besar ni.. haha..
Cuti raya:
Cuti ada 2.2 hari aje.. tapi apply sampai 4 hari.. Terpaksalah, alang-alang beraya biar raya sakan.. haha.. Tak taulah boss nak kautim macam mana, kira unpaid agaknya…
4 comments:
Memang bagus buat persiapan awal. Tak payah nak berasak-asak dengan orang ramai..tambahan plak kita ada anak kecik..lagi payahkan?
ahaha..bab belanja balik duit raya yang belen2 tu best..samela..buat beli sayur ke nanti lepas raya..hihihi
Qaiser dulu masa raya tahun lepas pun, umur dia baya2 Haikal (6 bulan++), dah pandai nak amik duit raya bila org hulor. Wah3.. syok lah Haikal nyot-nyot sampul duit raya sampai basah2 nih!
p/s: part sampin memang beso. Akhirnya jahit bawah sampin biar jadi pendek! Tapi sekejap aje pakainye sbb susah nak cari baju Melayu budak daripada kain cotton!
Rizziela,
ada baby, kesian dia bersesak2 dengan orang ramai.. lagipun puasa, tak larat nak dukung lama2.. hehe..
Qast,
Haikal pun dah pandai hulur tangan kalau orang hulur barang.. Nanti mama dia ajar hulur tangan amik angpow pulak.. ehehe..
Post a Comment