OUR BABY'S TICKER :)

Saturday, November 7, 2009

Kencing Manis Semasa Mengandung…

Masa checkup kedua di KD Balakong hari tu, aku kena buat ujian darah untuk kencing manis atau diabetes Aku tak tau ada kencing manis ke tak, tak pernah check sebelum ni.. tapi, mak ada diabetes sejak mengandung Nizam dan Sofia dulu.. Since salah satu faktor penyakit ni ialah keturunan, aku kena check jugak..

Sebagai panduan untuk ibu2 mengandung yang dikhuatiri mengidap diabetes, inilah yang akan dilalui semasa checkup nanti..

  1. Puasa dari pukul 10.00 malam.
    Kalau boleh, kurangkan minum air jugak.. Malam sebelum pegi klinik tu, rasa nak makan durian. dah siap keluarkan dah dari fridge.. tapi, bila fikir balik, tak jadi.. takut nanti kandungan gula naik pulak dalam darah aku.. tak pasal2 kena cucuk tang sini, cucuk tang sini sebab amik darah..
  2. Datang ke klinik pukul 8.00 pagi.
    Aku datang sebelum pukul 8.00am, dapat nombor 36.. ramai dah orang dalam tu.. agaknya, selepas subuh dah kena gerak kot.. :P
  3. Ambil nombor and bagi tau kat jururawat/missi (lama x guna perkataan ni) yang kite ni puasa.
  4. Tunggu giliran sehigga dipanggil untuk ambil darah
    Aku tunggu lebih 40 minit.. perut rasa berkeroncong sebab tak minum and makan apa2..
  5. Ambil darah pertama. Akan diberi minum air glukos secawan.
    Kalau “mai kopi secawan”, sedap lah jugak kan? hehe.. Kena cucuk ambil darah, part yang paling tak suka.. pastu, kena minum air gula yang manis gile tu, lagilah tak suka.. rasa tersekat kat kerongkong.. nurse cakap belum boleh makan atau minum lagi.. tanpa aku sedari, aku mengeluh "Ala..." Memang lapar betul dah time tu..
  6. Sekiranya rasa loya, tekak perit, boleh minum sikit aje air masak.
  7. Tunggu lagi 2 jam.
    Time ni ada check blood pressure, Hb darah and timbang berat badan.. pastu, nurse bagi consultation.. Berat aku dah naik 3 kg since last checkup.. nurse cakap, berat aku naik banyak, sepatutnya kena naik 0.5kg aje.. dia nasihatkan makan sikit-sikit, tapi kerap.. aku ni, skali makan terus banyak, lepas tu tak makan until next meal.. tu yang naik mendadak kot.. hehe.. sekarang ni, kena ubah sikit cara makan tu.. tapi, kalau lauk sedap, who can resist, you tell me? :P
  8. Selepas 2 jam, kena panggil untuk amik darah yang kedua. Jika muntah, kena buat temujanji yang baru (repeat the whole process)
    Aku dah tertido2 menunggu bilalah nak sampai giliran aku... lepas amik darah yang ni, boleh balik and baru boleh makan.. lega sikit.. aku dah beli siap2 roti and susu, simpan dalam beg.. belum sempat hidupkan enjin kereta, roti dah aku ngap.. hehe..
  9. Keputusan akan diberitahu semasa next appointment.
    Harap2 keputusan darah aku ok..

Next month, kena pegi lagi untuk regular checkup.. ingatkan nak bawak novel pulak la.. baca magazine Pa & Ma pun mengantuk jugak, x boleh jadi ni.. hehe..

7 comments:

Drama Mama said...

oh risau gak kan. sebab i time preggy dulu suka sangat makan benda manis! huhuhu

This is .... said...

Drama Mama,
kalau takde kencing manis, still ok lagi.. tapi, kena kawal juga.. jangan terlebih..

Mohd Shahir said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Shahir said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Shahir said...

Assalamualaikum.

Penawar untuk kencing manis dah ada, sila klik sini: Laman Web Usana Malaysia sekarang juga!

This is .... said...

Mohd Shahir,
Ada dengar jugak produk Usana ni bagus utk kuruskan badan.. betul ke?

Mohd Shahir said...

Yes, InsyaAllah boleh membantu menurunkan berat badan hinga 1 kg sehari. Keterangan lanjut, layari: Laman Web Usana Malaysia

P/S. Kini berwajah baru dan lebih murah!