Apa pendapat korang tentang bazaar macam ni? Uptown, downtown, macam-macamlah.. Jangan “downturn” sudah.. hehe..
I’m not a big fan of these.. Sesekali nak jalan tu okaylah.. Maksud aku, sekali setahun.. haha.. Lagipun, bila Haikal ada ni, aku agak tak selesa pergi tempat ramai-ramai macam ni.. Haikal tak suka berdukung.. Lepas tu suka lari jauh dari aku.. huhu..
Sebelum puasa hari tu, my hubby ajak pergi cari jam loceng untuk bangun sahur.. Mula-mula aku tak nak.. Carrefour pun ada jual jam loceng.. Macam-macam alasan, bunyi tak kuatlah, tak banyak pilihanlah.. Aku pun ikut sajalah..
Sampai sana, mak ai, parking penuh… Kitorang pun terpaksa buat double parking.. Ronda-ronda tengok biasa aje.. Sama macam Cheras Downtown jugak.. Cuma barang maybe dah tukar kepada trend semasa.. Tengok sandals untuk Haikal, tanya RM15 tak boleh tawar langsung.. So, tak beli pun.. Beli jenama Bubblegums lagi dapat yang comfy..
At this time, dah sleepy.. Yelah, dah dekat pukul 12.00am dah..
Di akhir pencarian, bertemu jugak jam loceng.. Lambang Manchester United.. Hentamlah labu.. hihi.. Itu yang sampai sekarang ni bangun sahur setakat ni belum pernah miss.. Bunyi KRINGGGGGGGG jam tu aje boleh membuatkan aku bangun terkejut dan terus tak mengantuk.. haha..
Tak lupa jugak untuk anak bujang kesayangan, belikan Haikal spek mata hitam untuk bergaya dan jugak jam digital Ben 10. Masing-masing berharga RM5 setiap satu :) He loves his watch so much.. Sampaikan waktu tidur pun tak bukak.. hehe
“Jam Ben 10 saya..” Cepat 2 jam dari waktu Malaysia.. haha..
Sekian..
2 comments:
cepat 2 jam tu waktu sydney.haikal nak mai dok sini ka?
ada rezeki, nanti boleh ke sana.. hehe..
Post a Comment