How do you guys cope with it? Hari-hari menghadap traffic jam, semak jugak kepala otak, kan? Aku yang baru-baru kerja KL ni pun dah tak berapa nak tahan, inikan pulak nak kerja bertahun-tahun sampai pencen.. huhu.. Nasib baik ofis tak masuk sampai area Kerinchi, Bangsar etc.. Federal Highway tu kalau tak jem, memang ajaibla, I tell you..
Masa kerja Senawang dulu, tak jem pun.. Adalah sesekali jem sebab accident.. Aku make sure 7.20am dah berada kat simpang depan rumah, then aku akan sampai at the office’s gate at 8.00am.. Kat KL ni tak boleh begitu.. Even keluar awal pun, kadang-kadang tak tentu.. The traffic is so “unsangkarable” and unpredictable.. Waktu hujan, it will take you longer than usual.. Tapi, biasanya, aku akan keluar rumah dalam 7.00am++.. Target aku, sampai kat Tol Besraya dalam pukul 7.20am.. Then, mesti lepas dari area Taman Desa (berdekatan Desa Waterpark) pukul 7.35am.. Kalau lewat dari masa ni, for sure aku akan lambat pada hari tu.. huhu..
Kalau jam sepanjang jalan, what will you do? Bagi aku, cara nak cepat ialah mencilok dan potong lane.. haha.. Kadang-kadang orang potong lane, aku tak rasa nak marah sangat, sebab aku pun buat benda yang sama.. hihi.. Kat KL ni, kena beranikan dirilah cilok-mencilok.. Kalau ikut aje lane, dari 40 minit, mahu jadi sejam lebih duduk atas jalan tu.. huhu.. Pernah jugak aku lalu emergency lane.. For the first time lalu, terus kena tahan polis.. huhu.. Nasib terlepas tanpa kena saman.. Bapak polisi tu tengok muka aku innocent kot.. haha.. Sekarang ni dah takde lalu emergency lane dah.. Aku dah tahu kat mana biasa polis terpacak setiap pagi.. Tapi tulah, potong lane memang tak boleh elak especially bila time U-turn.. :P
Tapi apapun, walau sesak macam mana pun, nak cepat sekalipun, keselamatan perlu diutamakan.. Drive safely!
Note: Hari ni Selangor cuti.. No traffic jam this morning.. I’m happy!
No comments:
Post a Comment