Tuesday, May 3, 2011

Sepetang Di HOMEDEC 2011…

Last Saturday, kitorang ke HOMEDEC 2011 di KL Convention Centre ni.. Kalau dah datang sini, kenalah tahan, memang orang ramai bersesak-sesak.. But, lucky during first 2 hours, Haikal tidur sejurus kitorang menjejakkan kaki ke Convention Centre ni.. So, dapatlah survey barang-barang dan pusing2 tengok booth2 yang ada kat situ dengan tenang.. hehe..

IMG_2046 Hehe.. My hero tidur! yeay..

Pada pendapat aku, tahun ni, tak berapa banyak booth buat kitchen cabinet yang ada.. Tak seperti 2 tahun lepas.. Untuk buat grill pun tak banyak sangat booth..  Company yang kitorang buat kitchen cabinet pun tak ada.. Tapi, itu tak penting sebab we are not looking for kitchen cabinet pun… hehe.. Jalan-jalan, and snap photo while my baby sleeping.. Here are some of the photos..

IMG_2039

IMG_2045

IMG_2043  I would say ni design baru kot.. Sebab dia glossy material.. Tapi material dalam tu macam papan biasa je.. First time tengok..

IMG_2042 Hob, hood and oven.. Tak tengok2 pun harga kat situ..

IMG_2040 Electrical appliances.. Ada lagi di Level 3, tapi kitorang tak naik pun.. Tak larat dah masa tu..

IMG_2044 Home Raccolta booth.. Kitorang beli sinki Teka kat sinilah dulu, tapi kat kedai di Puchong..

Plan datang sini nak cari Bathroom Rack yang stainless steel.. And, jalan punya jalan, pusing punya pusing, ada 2 booth aje yang jual.. Too bad, yang first booth tu jual sampai RM300, tak boleh kurang lagi.. The second booth, kedai dia nama Ferraz, jual RM198 frameless rack, and RM178 with frame.. Aku takde gambarnya.. Tapi rupa macam nilah..

IMG_2041 Yang ini di booth pertama.. RM300.. huhu.. Mahal gilo..

Last2, beli kat booth Ferraz tu.. Unfortunately, masa nak beli stock abis.. Terpaksalah bayar dulu and keesokan harinya my hubby datang balik untuk amik barang sahaja.. Tapi okaylah, memang berbaloi, my hubby beli 2 untuk 2 bilik air di rumah..

Booth kipas Alpha…

IMG_2048

IMG_2049

IMG_2050 Cantik2 kipas macam-macam design.. Tanya jugak berapa harga kipas design atas ni, tapi kaler hitam.. It is RM800++ huhuh.. Terus tak tanya lagi.. haha.. Baik tukar aircond terus.. Tapi, memang stylish lah! Tunggu ada duit tapi tak tau nak buat apa dengan duit tu, baru boleh tukar yang ini kot.. hihi..

IMG_2055 Suis Schneider ni pun murah.. My hubby tension sebab dia baru tukar suis kat rumah tu.. Mahal sikitlah dari harga kat HOMEDEC ni..

Ni lagi satu nak share.. Kitorang ke booth Joven.. Macam-macam water heater with pump dia jual kat situ.. Yang sangat-sangat terkejut, harga dia mahal berbanding kita beli kat kedai luar.. Baik tak payah masuk HOMEDEC! hehe.. Tulah, tak semua barang kat HOMEDEC ni murah ye, kena pandai2 surveylah..

IMG_2053

IMG_2054 Teka berapa ni? Di HOMEDEC ni harga RM450 camtu dia bagi.. Kitorang beli exactly like this hanya RM350.. Nak tau kat mana? Di kedai V-world Lighting di Serdang.. Memang tak jumpa lagilah water heater with pump yang murah macam tu di tempat lain..

Sambil2 tu kitorang survey jugak pintu bilik air yang jenis sliding macam gambar kat bawah ni.. Jumpa satu booth tu jual RM300 untuk satu pintu... Terus kitorang lock harga.. Amik untuk kedua-dua bilik air.. This week dia datang rumah untuk ukur.. Cuma pintu jenis begini, kena hati-hati sikitlah bila ada baby ni.. Haikal suka tolak pintu bilik air.. So, kena make sure takde baldi yang berisi air.. Takut senyap2 je dia masuk bilik air.. Bahaya jugak tu..

IMG_2051 

Dah lepas discuss2 beli sliding door ni, Haikal pulak terbangun.. Terus cepat2 kitorang settlekan semua dan terus keluar.. At that time, kepala aku pun dah pening2.. Seriously, aku memang tak boleh sangatlah pergi tempat ramai2 orang pastu dalam kepala fikir nak cari barang-barang, confirm after that kepala automatic jadi sakit..

IMG_2056 Masam je muka kena duduk dalam stroller..

Kitorang lalu di taman semasa nak ke KLCC.. Lepaskan Haikal jalan sendiri kat situ.. Dia asyik nak ke arah kolam air aje.. Pantang tengok air anak aku ni.. hehe..

IMG_2057 Excited tengok air..

IMG_2058   I can walk by myself now! Smile

IMG_2059 

IMG_2062  Haikal lepak-lepak di KLCC.. :)  Mulut muncung tu yang tak tahan! Next time kite datang lagi..

5 comments:

edrina said...

salam kenal...

akak tgh google carik contractor plaster ceiling sekali terjumpa website neh.. best blog awak neh..mcm2 info.. suka tgk kitchen cabinet etc.. keep it up sis!

akak pun pegi homedec neh.. dapat lah jugak lock prize utk built-in wardrobe utk 3 bilik, tv cabinet utk living hall & family hall kat atas.. mmg berbaloi lah harga dia kan :)

sayahappyslalu said...

edrina,
salam kenal jugak :)

yes, memang best harga kat HOMEDEC ni, tapi kena pandai pilih jugak.. takut kena ketuk lagi kaw-kaw.. hehe..

Thanks for visiting my blog..

onewhitelily said...

Salam. Tengah cari pvc door utk toilet macam yg ada kat blog u. Kedai mana. Kalau oleh share tolong e-mail contact dan nama kedai tu pada zarinamsaid@gmail.com
Tq

onewhitelily said...

Salam. Tengah cari pvc door utk toilet macam yg ada kat blog u. Kedai mana. Kalau oleh share tolong e-mail contact dan nama kedai tu pada zarinamsaid@gmail.com
Tq

sayahappyslalu said...

onewhitelily,
nanti saya carikan nombornya..