Wednesday, May 11, 2011

Vroom Vroom…

Zaman sekarang ni, pernah jumpa lagi tak kereta macam ni? Ni mainan masa zaman kite kecik2 dulu, kan? Sekarang dah tak nampak lagi di pasaran..

Hari tu, masa pergi kenduri akikah anak kawan, ternampak kereta ni kat rumah mak mertua dia..Agaknya dah berapa generasi yang pakai ye, sebab sampai sekarang masih ada lagi.. Haikal, seperti biasa sibuk nak mencuba.. Kereta jenis camni, jenis yang kena kayuh kat bawah.. Haikal duduk jelah, gerak-gerakkan sendiri.. Nak kayuh, tak reti.. hehe..

IMG_1930 Test drive.. Kaki terjulur kat bawah.. :P

IMG_1931

IMG_1932

Bila tengok anak aku seronok main steering kereta mainan ni, teringin nak belikan dia control car yang battery operated tu.. Memikirkan rumah kecik macam tak sesuai, rasa terbantut impian aku.. hehe.. Tapi, hari tu time balik dari rumah babysitter, ternampak anak jiran main kat luar rumah.. Haikal macam berminat aje tengok.. Erm, bagus jugak, kalau tak main dalam rumah, main kat luar pun boleh, kan? Nanti-nantilah, kalau ada rezeki lebih, baru boleh consider about it.. hehe..

4 comments:

Putra Mama said...

hehe.. dulu mase kecik2 pun ade keta kayuh ni warne merah.. ;)

sayahappyslalu said...

Putra Mama,
ada lagi tak sampai sekarang? hehe..

sri noraima othman said...

salam..saya nak tanya..selain dari mudah.com kat mana lagi boleh dapat kereta kayuh ni ek??

riezcoz780 said...

ada lagi kereta nie..x mau jual ke..nak buat koleksi..