*Phew, after a few times trying, baru boleh post this entry.. Tulah, entry panjang berjela.. hehehe*
Tiket dah dibooking lama dulu… Beli sama tarikh dengan tiket kitorang ke Langkawi.. Terpaksalah burn tiket Langkawi tu.. Nasib baik tak mahal sangat.. huhu..
Okaylah, nak cerita fasal trip ke Padang-Bukitting bersama family-in-law.. Kali ni, rombongan kitorang terdiri daripada 10 dewasa dan 3 kanak-kanak.. Let’s start the story.. Aku prefer tulis dalam satu entry sahaja, tak suka part by part, nanti nak cari dan baca balik, susah.. hehe.. So, this will be a long entry, macam biasa.. Kalau tak larat baca, just skip :P
Jumaat, 4th March 2011:
Flight bertolak pagi at 7.50am.. So, dari Balakong, kitorang bertolak ke LCCT pukul 4.30am menaiki 3 teksi.. Sampai di LCCT, tengok counter check-in dah bukak, so terus check-in dan settle urusan luggage.. Selagi tak masuk luggage, selagi tu pening dengan beg banyak-banyak..
Boarding pass dah dapat, luggage dah settle, ada masa lagi.. Kitorang breakfast at McDonald dan solat, lepas tu terus masuk departure hall..
“Saya suka McDonald, macam mama saya..” :)
Flight berlepas tepat pada waktunya.. Itu kelebihan naik flight early in the morning.. Kalau tengahari, kemungkinan flight delay.. Cuma yang tensionnya, awal2 pagi kena jalan kaki jauh nak ke tempat flight kitorang.. Mahu 1km kot jalan kaki.. huhuh.. Exercise sungguh! Kitorang bawak stroller dan letak Haikal dalam tu.. Walaupun dia menangis tak nak, kite letak jugak.. Bila stroller jalan, dia senyap la.. Tapi, jalan2 terus jalan, jangan berhenti.. Kalau berhenti, dia nangis balik.. haha..
Sempat berposing on the way nak ke flight..
Sunrise.. Nice..
Sepanjang perjalanan, dalam flight Haikal tidur aje.. Dia tak sedar kot dia naik kapal terbang.. hehe.. Lucky beli seat untuk Haikal, so, dapatlah dia tidur lena atas seat tu..
Perjalanan ambil masa 1 jam 10 minit.. Sampai di Padang, masih awal lagi.. Tapi, yang membuatkan kitorang lewat ialah barisan panjang di kaunter imigresen.. Mak ai, leceh giler kena cap jari, cap tangan dan amik gambar.. Yang bukaknya 2 kaunter aje.. huhu.. Menguji kesabaran di awal pagi..
At last, keluar jugak kitorang dari bangunan airport.. Terus jumpa pakcik Ely yang uruskan transportation.. Kitorang naik van besar, cukup2 untuk semua.. Maka, bermulalah perjalanan kami..
Duduk dengan atuk kat seat depan van..
Pak supir bawak kami pergi makan dulu sebelum bertolak ke Bukittinggi.. Makan kat tepi Pantai Padang, aku tak sure di mana tempatnya.. Tapi, makanannya sotong bakar, ikan bakar dan udang bakar memang sedap..
Licin pinggan semua..
Happy, budak dah kenyang..
Destinasi seterusnya ialah Taman Rekreasi Malibou Anai.. Ala-ala kolam buatan dan air terjun.. Tempatnya lawa, so, my hubby beria-ia nak mandi kat situ.. Diorang dah beli seluar kat gerai yang ada semata-mata nak mandi.. Dan, aku dah siap2 sewa tikar dah nak berkelah kat situ sambil makan durian yang ayah beli dalam perjalanan.. Malangnya, hari hujan.. Ingatkan sekejap aje hujan.. Tapi, makin lama makin lebat.. Terus tak jadi mandi..
Dah get ready dengan pelampung.. Ingat nak bagi Haikal swimming jugak, tapi tak kesampaian.. huhu..
Gambar sebelum hujan..
Cantik, kan? Air sejuk sangat..
So, aktiviti kat sana ialah makan durian dalam hujan aje.. hehe..
Terpaksa sewa payung bila hujan dah lebat sangat.. Di Indon, semua kena sewa ye.. Tak ada yang free/gratis.. Payung 5000Rp, tikar 5000Rp..
Dah tak dapat mandi-manda, kitorang teruskan perjalanan ke Bukittinggi dan lalu di Air Terjun Lembah Anai.. Tak singgah pun sebab masih lagi hujan.. Dan masing-masing pun dah frust tak dapat mandi.. huhu..
Dalam kul 4.00pm, check-in hotel di Bukittinggi.. Stay di Hotel Nikita selama 3 malam.. Senang, sebab tak payah nak pindah2 barang..
Nikita Hotel, Bukittinggi.. Very near to town, about 1km to Jam Gadang..
Hotel ni ialah budget hotel, so, tak bolehlah nak expect macam2.. Apapun, breakfast nasi goreng dia sedap, room service cepat.. Hantar baju ke laundry, hari yang sama baju siap basuh.. Siap iron sekali.. Hotel takde aircond sebab Bukittinggi ni sejuk, especially waktu malam.. Tapi, entah kenapa kitorang rasa panas.. Maybe bilik tertutup dan rapat sangat dengan bangunan sebelah, so angin tak banyak masuk.. huhu.. Apapun, still boleh tidur lagi..
Godek wallet mama sebelum keluar dinner malam tu.. We had dinner at Rumah Makan Family, tak jauh dari hotel.. After dinner, terus rehat untuk preparation perjalanan esoknya..
Sabtu, 5th March 2011:
After breakfast at the hotel, perjalanan bermula seawal 8.30am waktu tempatan.. Plan hari ini ialah ke Danau Maninjau, danau kedua terbesar selepas Danau Toba, kalau tak silaplah..
Posing-posing depan hotel.. Bersweater, tapi berseluar pendek.. kehkehkeh..
Bergomol dengan Abang Danish dalam van.. Tak padan kecik Haikal ni..
Sebelum sampai Danau Maninjau, kitorang stop di satu kedai jual kerepek.. So, kat situ posing2 lagi.. Biasalah, pelancong mesti banyak ambil gambar, kan? hehe..
Haikal tak perasan hood atas kepala.. Kalau tau, memang confirm dia tak mahu.. huhu..
Beautiful scenery behind us..
Amazed tengok burung.. :)
Inilah dia Danau Maninjau.. Gambar diambil di Kelok 34.. Kitorang tak turun sampai ke tasik tu.. Just amik gambar dari jauh aje..
Then, terus ke Museum Kelahiran Buya Hamka, yang terletak di sebuah kampung berhampiran tasik ni.. So, dengar-dengar cerita dari bapak tu, nak dekat 45 minit… Siap Haikal buat “project” lagi kat situ.. haha..
Kemudian, kitorang balik ke Bukittinggi semula.. Had our lunch there and start the first round of shopping at Pasar Atas, Bukittinggi.. Masa ni tak beli sangat, sebab nak survey2 harga dulu.. Kitorang akan datang lagi sebelum balik nanti..
Macam-macam design telekung ada..
Kat pasar ni, masing2 berpecah cari barang masing-masing.. Lebih senang macam tu.. Kalau jalan berkelompok, peniaga pun kadang2 tekan harga.. Lagi-lagi tau kite ni orang luar.. Cara paling baik tak mau sesat atau lost dengan yang lain, kitorang beli SIM card Indon.. So, bila semua dah settle, janjilah jumpa kat mana2.. Nak contact pak supir pun senang, bagitau kite dah abis shopping…
Dah selesai window shopping di Pasar Atas, kitorang ke Lobang Jepang (Lubang Jepun @ Japanese Tunnel).. Aku tak turun pun ke terowong kat bawah tu.. Tunggu kat atas aje dengan Haikal dan kakak2 ipar aku… Masing-masing dah tak larat nak turun naik tangga…
Main rumput tanpa berkasut..
Grand Canyon Sianok..
Sementara tunggu yang lain masuk dalam tunnel tu, aku bawak Haikal jalan2 ke kedai2 jual souvenir kat situ.. Jumpa fridge magnet, terus aku beli.. Harga mahal jugak, tapi sebab fikirkan takut tak jumpa lagi nanti, aku pun belilah 2 biji aje.. Sekali tu, on the last day, jumpa lagi murah kat Pasar Atas.. Sebuah magnet Rp10k aje.. huhu.. Takpelah, rezeki penjual tu, agaknya.. hehe..
Bersantai di taman… Sambil makan biskut Marie..
Malamnya, kitorang makan KFC… Hari-hari makan nasi Padang, jemu jugak.. Menu dia hampir sama.. So, malam ni makan ala-ala orang putih sikit.. hehe.. Tau tak, setiap kali ke Indon, aku bawak cili sos sendiri.. Sebab sos cili kat sana tak sama macam yang kite makan.. Ada rasa masam2 sikit..
Cili Sos Life dari Malaysia.. Barulah berselera makan KFC.. :P
Selepas makan, kitorang ke Ramayana, satu-satunya shopping mall di Bukittinggi ni.. Ramai sangat orang sebab malam minggu, so masuk dalam tu rasa panas.. Yes, shopping complex pun takde aircond… huhu.. Sekejap aje pusing2, lepas tu balik hotel..
Ahad, 6th March 2011:
Pagi ni kitorang ke Pasar Aur Kuning.. Kat pasar ni, boleh beli telekung, kebaya, kain pelikat atau kain ela lebih murah dari kedai2 di Pasar Atas Bukittinggi.. Memang pun, aku pun rasa yang sama.. So, aku amik peluang untuk beli telekung2 semua kat sini… Dah beli siap2 pesanan orang, lepas ni dah tak tercari2 lagi..
Lepas membeli-belah di Pasar Aur Kuning, kitorang bertolak ke rumah Ely untuk attend kenduri kahwin dia.. Sebelum ni, aku dah pernah tengok sendiri macam mana adat Minangkabau, so macam dah biasa.. Family akulah yang rasa lain dari yang lain kot.. hehe.. Apapun, enjoy.. Haikal siap joget2 sebab layan lagu2 Minang yang rancak2.. hehe..
Pentas orang menyanyi2.. Ayah siap request diorang nyanyi lagu Ayam Dan Lapeh… hehe..
Tengok persembahan sementara menunggu waktu makan..
Pengantin..
Sesi bergambar dengan pengantin..
Atuk Haikal siap tepuk2 tangan nak suruh Haikal senyum.. hehe.. Bad mood baru bangun tidur tu..
Haikal kena kiss dengan pengantin.. Auwww..
Lepas dah kenyang makan nasi orang kahwin, kitorang berangkat ke destinasi seterusnya iaitu Istana Besar Pagaruyung.. On the way ke sana, singgah ke tempat pemprosesan kopi dan pisang salai.. Tapi, tak nampak pun orang buat2 kopi kat situ.. Just dapat rasa the end product aje.. Memang terbaiklah kopi dan pisang salai dia.. Haikal suka sangat pisang salai.. :)
Rehat2 minum kopi dan makan pisang salai..
Dah pekena kopi, teruskan perjalanan ke Istana Pagaruyung.. Istana nilah yang dah terbakar dulu.. Tapi sekarang dalam proses pembikinan.. Dapat bergambar kat luar ajelah sebab belum dibuka lagi..
Belajar jalan.. hehe
Kemudian, kitorang ke Danau Singkarak masa on the way nak balik ke Bukittinggi.. Ingat nak singgah duduk2 tepi tasik aje.. Sekali diorang semua nak naik bot.. Haikal yang baru bangun tidur bagus aje, behave dalam bot.. Risau jugak naik bot takde life jacket.. huhu..
Muka serius.. haha.
Lepas tu ke Pandai Sikek, kawasan perkampungan yang jual barang2 hasil kraftangan termasuk tenunan dan sulaman.. Kat sini beli tudung aje.. Harga lebih mahal berbanding Pasar Atas..
Haikal tolong mengemas kat kedai orang.. hehe..
Dah siap shopping, terus pergi makan dan balik hotel…
Isnin, 7th March 2011:
Pagi Isnin, we had our last minute shopping kat Pasar Atas sebelum ke Padang.. Time nilah nak cari balik barang2 yang belum beli lagi seperti fridge magnet dan souvenir lain..
Jam Gadang..
Dah siap shopping, lebih kurang pukul 11.00 am lebih, bertolak ke Padang.. Singgah makan sekejap dan pak supir terus hantar ke hotel.. Kitorang menginap di Best Western Premier Basko Hotel.. Senang duduk kat Padang sebab esoknya flight pagi, so takdelah kena bangun awal sangat nak bertolak ke airport..
Selepas 3 malam duduk budget hotel, barulah rasa heaven duduk kat hotel ni.. haha.. Kalau tak silap, hotel ni 5 bintang, tapi rate dia okaylah jugak..
Welcome drink upon arrival…
Gambar2 dalam bilik hotel…
Lepas check-in, rehat2 sekejap, kitorang terus keluar balik.. Hotel ni bersambung dengan Basko Grand Mall, jadi senanglah nak makan2 dan shopping, tak perlu naik teksi.. Ada Matahari Department Store, tempat yang aku suka untuk beli t-shirt2 untuk souvenir buat adik2 lelaki aku..
Jalan kaki ke shopping mall..
Shopping mall ni tak besar pun.. And, my hubby’s frust sebab takde Levi’s boutique kat dalam tu.. huhu.. Kitorang naik teksi dan pergi ke butik Levi’s.. Nasib baik jumpa jugak.. On the way, nampaklah bangunan2 di Padang ni yang dah runtuh tapi belum dibaiki.. Ngeri aje tengok kesan2 runtuhan akibat gempa bumi..
Tengoklah bukan main comot anak aku… Dia meleset2 kat dalam teksi.. huhu..
Akhirnya, dapat jugak 2 helai jeans untuk aku dan 2 helai t-shirt for my hubby.. Dapat free gift notebook…
Malam tu, makan KFC lagi.. Sebab dah tak tahu nak makan apa.. hehe..
Selasa, 8th March 2011:
Sempat breakfast kat hotel.. Banyak pilihan, tapi tak larat nak makan banyak2 pagi tu..
And now, it’s time to say goodbye.. Kitorang ke airport menaiki van yang dibooking di hotel.. Penuh van dengan hasil shopping semua orang.. So, duduk pun berhimpit sikit.. hehe..
Tiba di airport, terus beratur untuk check-in.. Nasib baik cukup semua luggage boleh masuk.. Aku beli 150kg aje untuk kitorang satu keluarga.. Dan semuanya sudah fully utilized.. huhu..
Adik kat dalam stroller pun sibuk nak jenguk, abang2 tengah buat apa.. hehe
Masa tunggu nak naik plane, memang tak tahan duduk dalam departure hall dia lama2.. Aircond macam tak pasang… Kitorang dah kepanasan.. Lega bila diorang announce dah boleh masuk dalam flight.. Sejuk sikit..
Haikal active dalam flight..
Alhamdulillah, kami selamat sampai tengahari tu di LCCT.. Naik 4 teksi untuk balik ke rumah.. Datang 3 teksi, bila balik bertambah 1 teksi untuk letak luggage dan barang2 sahaja…
Yeay! Dah sampai Malaysia..
Note: Seriau bila dengar gempa bumi dan tsunami di Jepun.. Lagi2 dulu Padang pun pernah gempa jugak.. Kalau gempa di Jepun berlaku awal, tentu kitorang risau sangat jalan2 kat sana.. Alhamdulillah, dah sampai Malaysia dengan selamat dan perjalanan lancar..