OUR BABY'S TICKER :)

Tuesday, March 29, 2011

Resipi Chocolate Cupcake Paling Sedap Di Dunia..

Haha, di dunia tu, tak tahan.. Smile with tongue out

IMG_0903

Ada yang bertanyakan tentang resipi cupcake yang aku selalu buat sejak kebelakangan ini.. So, ini dia aku share di sini.. Cuba ye, jangan tak cuba.. hehe..

Resipi Moist Chocolate Cupcake

Bahan-bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 cawan Van Houten cocoa powder (Aku guna Hershey’s cocoa powder, lebih masa raya hari tu)
1 table spoon baking powder
1 table spoon soda bikarbonate
3 table spoon serbuk Nescafe 3 in 1 (Halusss.. hehe)
Secubit garam halus

Bahan-bahan B :
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak (Guna minyak jagung pun boleh, tapi aku tak beli, takut tak habis guna)
1 cawan susu Dutch Lady Full Cream
2 biji telur
1 cawan air panas

Cara-cara:
1. Ayak semua bahan A sekali gus.

2. Di dalam bekas lain, pukul telur dan gula.

3. Kemudian masukkan susu, minyak.. Putar lagi sehingga sebati..

4. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit dan putar lagi.. Teruskan sehingga semua dah mix together..

5. Last sekali, masukkan air panas.. Putar lagi sampai semua sebati..

6. Panaskan oven pada 175 degree celcius.. Biarkan.

7. Masukkan adunan dalam acuan cupcake.. Ikutlah, kalau suka chocolate chip, boleh letak atas cupcake tu.. That was what I did with mine..

8. Masukkan dalam oven.. Jika oven jenis yang pembakarannya sekata, 20 minit dah masak.. Kalau oven lain, kena pandai2 bajet sendiri..

Okay, dah siap cupcake untuk dimakan.. Lagi sodap makan dengan aiskrim vanilla.. Yummeh!

3 comments:

Nava.K said...

how to resist chocolates, what more as cupcakes, awesome taste.

linie said...

emy,agak2 klu kukus,jd tak?

sayahappyslalu said...

Nava.K,
absolutely :)

linie,
jadi tu jadi. tapi, aku tak tahu tahap moist dia tu mcm mana. takut mampat aje sebab byk air jatuh kat cake tu..