Monday, February 28, 2011

He Loves Steering So Much!

Bila masuk kereta, tempat pertama Haikal tuju ialah steering kereta.. Nak lepaskan tangan dia dari steering punyalah susah sebab dia genggam kuat sangat.. Baru2 ni, pandai dah main signal kiri kanan, high beam dan main viper.. Sampai terpancut air viper tu.. Bunyi hon, jangan cakaplah.. Berkali-kali, sampai orang yang lalu pun terkejut.. :P

Biasanya, kalau papa Haikal yang drive, kitorang duduk kat sebelah.. Bila aje kereta berhenti kat traffic light, cepat2 Haikal pergi kat papa dia nak berdiri kat steering.. huhu, tak reti diam betul..

Setiap kali nak keluar, aku dan Haikal akan naik kereta dulu sementara tunggu my hubby kunci pintu.. So, time ni aku bagilah Haikal main puas2 kat steering.. Tengoklah budak kecik ni, main steering sambil layan lagu jiwang.. Terlentok-lentok kepala, you.. haha..

Hari tu pergi Jusco, trylah naikkan dia mainan kereta music yang masuk duit tu.. Memang purposely pilih yang ada steering.. Suka Haikal duduk dalam tu, tapi mata pandang ke sebelah.. Sebab ada awek.. haha.. Bila music stop, dia melalak.. hehe.. Nasib baik bila papa dia nak keluarkan dari situ dia okay aje..

IMG_0997 Alamak, garangnya.. hehe..

IMG_0999

IMG_1000 Dah boring duduk kat seat, duduk mencangkung pulak.. hehe..

Entah tak tahu kenapa Haikal suka steering sangat2.. Firstly, dia boy.. Budak lelaki suka ciri-ciri yang lasak macam ni.. Atau, yang kedua, maybe dulu masa aku pregnant kan Haikal, hari-hari drive ulang-alik Senawang.. Tu yang dia asyik rasa perut aku kena steering tu.. haha…

Suka sangat steering sampai rasa nak makan.. Nyam nyam!

IMG_1002

4 comments:

~HaiRiZaN~ said...

hehehe kelakar la haikal ni sampai stereng pun nak makan.. kejap je dah besar kan..

Qis said...

emy, dia buat kepala senget sbb nak buat korner baring dkt lap kot... ni mesti ko penah korner baring masa mengandung dulu... hehehe...

Em's Family said...

tak pe tak pe, at least dia suke bende laki punye stuff kan, kalau dia suke mmasak2 ke, tak ke pening haha :)

geram tengok dia dengar lagu terlentok2

sayahappyslalu said...

izan,
haah, dah setahun dah anak akak ni.:)

Qis,
haha, corner baring.. pakcik2 Haikal selalu buat aksi corner bila main dengan dia.. tu yang terlentok2 kepala..

Kak Mira,
hehe.. betul jugak.. :P