Sunday, July 10, 2011

Melaka, Negeri Kaya Traffic Lights...

huhu.. Bercinta tau nak pergi kerja pagi-pagi dari Klebang ke Merlimau ni.. Asyik2 tekan brake sebab banyak sangat traffic lights.. Kat KL, dari Balakong ke Mid Valley, 15 km, ada satu aje traffic lights masa pergi kerja.. Jem tu biasalah, nama pun KL, kan? :P

Cuba teka, berapa banyak traffic lights aku kena harung sepanjang 35km dari Klebang sampai ofis kat Merlimau? It is 17 traffic lights.. No joke.. Banyak giler, sampai aku pun tertanya-tanya macam-mana perancangan kat Melaka ni.. Cewah, mempertikaikan kredibiliti orang pulak.. haha.. Nama Lebuh AMJ, mestilah kena buat macam lebuhraya.. Ini tak, sikit2 traffic lights.. Kalau compare dengan KL, dia patut contoh macam Besraya.. Daripada buat traffic lights banyak-banyak, boleh ubah guna susur keluar dan kalau nak ke arah bertentangan, gunalah U-turn.. Perjalanan pun tak tersekat-sekat..

Bukan kat Lebuh AMJ ni aje yang banyak traffic lights, kat jalan-jalan utama nak pergi bandar pun banyak jugak.. Dahlah satu traffic lights tu amik masa lama nak tukar kaler hijau balik.. Sempat aku main game sambil menunggu... huhu..

Kalau tak caya, meh datang Melaka ni.. hehe..

Lagi satu, aku ni jenis tak sabar.. Tengok kereta depan aku bawak slow sikit, aku geram betul.. Kalau nak bersiar-siar, duduklah lane kiri.. Bila dah tak sabar, aku pun memotonglah dari sebelah kiri.. Mengaum-ngaum enjin cuba memecut.. pastu hon kereta yang slow tu.. haha.. Saiko tak? Sehari kalau tak hon, tak sah.. Memang bezalah dengan KL, semua orang pun nak cepat.. Tu yang tak tahan tu bila tengok orang bawak slow sangat depan kita... hehe..


8 comments:

||kiena|| said...

btul! klu blk melaka aku dah tak pi bandar dah! malas,.. sbb traffic lite yg bnyk tuh sebabkan jln jam! heh,.. aku kurg sabar di jalan raya

sayahappyslalu said...

kiena,
sama lah, aku pun tak sabar.. ni sebab pergi kerja, kenalah hadap hari-hari.. huhu.. kalau jalan2, my hubby yang drive kereta..

Rineldi @ Ineld said...

Merlimau tu kg sy n eliyana. Ada assignment apa kat merlimau? Btw, sy silent reader since last 2 yrs.

sayahappyslalu said...

Rineldi,
kenal.. sepupu ely kan?
ada kerja, outstation kat sini..
tadi baru jumpa ely.. :)

LynnDa @ PeNg said...

wow biar betik 17 traffic lite?
aku pun tak sabar gak tambah2 lagi nak tunggu traffic lite hijau..

sayahappyslalu said...

Peng,
betul peng, ni dah terlebih bersabar ni.. dua minggu aku kat sini.. hehe.. kira aku ni golongan orang2 yang sabarlah ni.. haha

Rineldi @ Ineld said...

Aah sepupu eli. N kebetulan office sy pun kat mid valley. Centre pointnorth. Betulkan office emy kan mid valley?

sayahappyslalu said...

Rineldi,
haah, ofis kat menara IGB..