Yes, our home has new look! :) Buat wallcoverings di living hall, master bedroom and Haikal’s room.. Plan nak pasang wallpaper ni dah lama, tapi tak sempat nak pergi showroom pilih wallpaper.. Last month baru pergi ke Wallpaper Carpet Distributor di Brickfields untuk tengok samples.. Serious pening, tak tahu nak pilih yang mana.. Banyak sangat choices.. Memandangkan adik aku, Tasha memang bisnes wallcoverings ni, aku banyak tanya dia tentang paper mana yang cantik dan sesuai untuk rumah aku.. Yelah, wallpaper ni ada banyak jenis.. Ada yang bila pasang, nampak join kat dinding, ada yang banyak bubble, macam-macamlah.. So, kita rujuk pada yang pakar.. hehe..
Dah siap pilih2 wallpaper, adik aku datang rumah untuk confirmkan ukuran dinding dan kira berapa rolls wallpaper guna.. Lepas tu, next weeknya dia datang balik untuk pasang.. Time lain tak free, dia datang rumah Jumaat malam last two weeks kalau tak silap aku.. Pasang sekejap, pastu berhenti tengok Maharaja Lawak.. hehe.. Then sambung balik sampai pukul 2.00am lebih baru siap kot.. Aku pun dah mamai-mamai time tu..
Ini gambar2 semasa proses pemasangan wallpaper tu.. Haikal pun sibuk mengacau time diorang pasang wallpaper..
Buat kat master bedroom dulu.. Pilih design yang light colour sebab bilik aku wardrobe kaler hitam.. Kalau feature wall gelap, alamat bertambah gelaplah dalam bilik.. Oh ya, sorang lagi yang tolong tu adik aku jugak..
Lepas siap master bedroom, buat kat bilik Haikal pulak.. Untuk bilik Haikal, pilih warna yang colourful sikit, bagi nampak ceria sesuai untuk budak2.. Feature wall bilik ni gabungan 2 design, iaitu stripe dan yang bercorak.. Pilih colour yang sesuai untuk boy mahupun girl..
And, lastly buat kat living hall.. Time ni aku dah tak larat nak tunggu, tertidur terus.. hehe..
Inilah hasilnya…. Aku tak ingat semua nama catalog untuk design wallpaper ni.. Hari tu pun, main tunjuk2 gambar je kat Tasha nak design yang mana satu...
Master bedroom..
Haikal’s Room…
Living Hall…
Gambar tak dapat nak tangkap keseluruhan, sebab aku takde DSLR yang wide lense tu.. hehe.. Untuk ruang tamu, wallpaper ni kitorang pilih gelap sikit.. So that, contra dengan dinding lain.. Cuma bila match dengan langsir, macam sama-sama gelap.. Maybe kena tukar langsir baru kot tahun ni, amik colour yang light sikit.. hehe.. Tengoklah macam mana nanti.. :)
Perasan tak sekarang ni dah jadi trend kan pasang wallpaper, especially feature wall.. Berbanding cat dengan colour yang contra, wallpaper yang bercorak2 lagi menarik, kot.. Kalau rasa at one point tu dah bosan dengan design tu, boleh tukar design lain pulak nanti.. Aku ingat, dalam 2 tahun tu tukar, kira okaylah.. Tapi bergantung budget jugak.. hehe.. Cuma, bila ada anak kecik ni, memang diorang akan tertarik nak pergi ke dinding yang pasang wallpaper ni.. Kenalah jeling2 dia buat apa kat situ.. Jangan diguris2 dengan mainan dan koyakkan, sudah.. Memang geram, huhu.. Haikal bila main, suka acah2 kita pergi ke wallpaper, pastu bila kita datang nak dapatkan dia, dia larikan diri.. Haiyo, pandai bergurau betul..