Monday, November 29, 2010

Claim For Warranty…

Pernah tak alami barang elektrik yang dibeli tak sampai beberapa bulan dah rosak tanpa diketahui sebabnya? Sometimes kite rasa benda ni remeh-temeh, tapi as a customer, we have our right to get good quality of product which should be working as it is, at the first place.. Itu pasallah warranty card tu penting, kena hantar awal2 selepas setiap pembelian..

So far, dalam lepas ni aje, dah 2 barang elektrik kat rumah kitorang kaput.. First ialah blender bubur baby dan yang kedua ialah cerek.. Blender tu, entah macam mana asap kepul-kepul keluar waktu tengah blend bubur.. Baru beli dah jahanam.. haha.. Then my hubby bawak pergi service centre dan the service guy tukar motor blender tu on the spot.. Sebab ada warranty, senang aje dapat tukar.. Paling penting, tak payah bayar.. :P

Yang cerek pulak, kitorang beli brand Faber.. Tiba-tiba masa masak air, rasa cerek tu tak panas.. My hubby mintak aku tolong hantarkan kat service centre di Kepong.. Dahlah aku ni tak mahir jalan KL ni, nak pulak kena pergi tempat yang tak pernah pergi.. Rasa putus asa cari nama taman tapi tak jumpa.. huhu.. Akhirnya, dapat jugak sampai dengan bantuan secara remote dari my hubby.. Tempatnya senang aje, depan Hytex pengilang pakaian kanak-kanak tu.. Aku dah lalu kawasan tu, tapi tak jumpa sign nama jalan/nama taman yang aku cari.. Lurus sungguh pemandu macam aku ni.. haha..

This is the company: Exact Quality Sdn. Bhd.. Brand yang termasuk dalam service diorang ialah Elba, Faber, Mec, Maytag, Braun dan Rubine.. So, sesiapa yang ada masalah berkenaan barangan elektrik bolehlah terus ke service centre.. Lagi cepat boleh solve problem..

IMG_9196

After 1 week, cerekku telah siap dibaiki.. Tapi, bila balik rumah, aku test, air dia leaking pulak.. huhu.. Memang menguji kesabaran sungguh, sebab aku terpaksa pergi balik sana untuk betulkan..

IMG_9000Tak suka pakai cerek manual, sebab selalu lupa tutup api dapur.. Cerek takde wisel la, katakan.. hihi..

Then, aku pergi lagi dan mintak diorang baiki on the spot.. Takde maknanya aku nak datang2 balik.. So, tunggu nak dekat sejam siap boleh tertidur, and finally my cerek is back in action.. Harap boleh guna bertahun2 lamanya.. :) Moral of the story, as a consumer, we have our right.. Jangan lupa hantar warranty card dan kite berhak dapat free service bila berlaku kerosakan semasa barang masih under warranty.. Next time, aku cerita pulak kat mana boleh beli barang dengan extended warranty.. hehe..

Sunday, November 28, 2010

Need Recommendations: Hotels In Padang, Indonesia..

Seperti biasa, setiap kali nak pergi trip, kena riki2 hotel yang okay untuk didiami.. Trip ke Bukittinggi pada awal March tahun depan adalah untuk attend kenduri kahwin kawan,Ely, di sana.. Selain tu, sebab nak berjalan2 dan bercuti2 lah, apalagi? hehe.. This will be my 3rd time to Bukittinggi and my family in law akan turut serta sekali, sama macam trip ke Bandung dulu.. Cuma kali ni, jumlah kanak2 dah bertambah.. hehe.. Jadi, adalah menjadi tugasan aku untuk cari2 hotel dan buat itinerary… Aku suka! :)

So, ada suggestion tak tentang hotel kat Padang ni? I’m looking for good hotel dalam range Rp350k to Rp500k per night.. Yang selesa, kalau boleh within walking distance to shopping complex.. haha.. Takde lain, nak shopping aje kejenya.. :P Sejak gempa di Padang pada 2009 dulu, aku dah tak pasti mana satu hotel yang ada lagi.. Sebab ada yang website ada lagi, tapi bila tanya kat travel agent, hotel tu dah ranap masa earthquake tu.. huhu.. Jadi, sesiapa yang ada melawat Padang, Indonesia dalam tahun ni, tentu tau hotel mana yang masih wujud lagi.. Please help to share, if you don’t mind..

Transportation and accommodation, aku dah mintak bantuan makcik Ely untuk book kan.. Nanti, dah new year, just follow up dan buat confirmation untuk booking semua.. Harap semuanya lancar..

Okay ye, kalau siapa2 ada opinion, please give sugggestion.. Thank you!

Thursday, November 25, 2010

Friday Is A Flyday...

Happy Friday everyone!
Friday is a Flyday... Tak kiralah, nak fly ke shopping complex ke, ke rumah mak ke.. muahaha.. Rehat 2 jam hari ni, nak extend sikit lagi, boleh tak? :P Every Friday memang seronok, sebab esok dah cuti.. hehe.. Siapa tak suka cuti, kan?.. This weekend, ada wedding lagi nak attend.. I will be in Melaka.. Next week, my parents in law balik dari Tanah Suci, kite balik kampung lagi.. And, will be another short week for me.. Nak apply cuti hari Jumaat tu.. The other week pun keje 4 hari aje, ada cuti Awal Muharram.. huhu... I like! Cuti, takde nak pergi mana2 kot. Nak kena kemas barang kat rumah.. Seriously, tak sabar nak pindah! Tapi, tak nak kemas barang, boleh tak? haha.. Rasa nak buang aje semua, nak beli semua baru termasuk semua baju-bajan.. keke..

Okaylah, I've got to go to Melawati. Ada meeting kat sana. Bye!

Note: Entry orang takde keje.. haha..

Wednesday, November 24, 2010

9 Months…

Haikal 9 bulan hari ni.. Yeay! Cepat kan? Rasa macam baru aje lahirkan Haikal.. :) Sembilan bulan dalam perut rasa macam lama aje, tapi, bila tengok baby membesar depan mata selama 9 bulan ni, tak terasa masa begitu pantas berlalu… Dah rasa rindu dengan saat-saat Haikal masa kecik dulu.. hehe.

IMG_9648 Tangan pegang handphone, mata tengok tv, kepala sedang berfikir.. Tu yang nampak serius.. hihi..

His progress on his 9 months age..

  • Active dan I would say my baby ni agak lasak.. Redah aje apa ada.. Kalau nak capai mainan ke, boleh nampak muka penuh excited dia tu.. huhu.. Kalau masa kecik dulu, tengok Haikal baring aje, tak sabar nak tengok dia meniarap, merangkak round2 satu rumah.. Ni, dah pandai merangkak dan main serata rumah, aku pulak suruh dia duduk diam2.. haha.. Tapi, baby kan, manalah nak faham dan nak duduk diam2 even for 1 minute, kecuali nak tidur.. Dia continue jugak merangkak ke dapur, ke tv, abis seluar kotor sebab dia “sapu” lantai.. hehe..
  • Alhamdulillah, Haikal masih menyusu badan.. Semoga banyak susu lagi.. Sekarang pun tak cukup masa nak pam selalu.. Aku cuba jugaklah pam dengan consistent.. Tapi, kadang2 time malam, bila dah penat sangat, dah terskip satu session.. Pagi, kalau bangun terlambat pun, dah tak sempat nak pump..
  • Such a sweet baby.. Selalu aku cakap “Sayang mama, sayang mama”.. Then, Haikal akan dekatkan mulut dia kat pipi aku sebab nak cium.. Very heart melting.. Bila dia cium sambil nganga mulut, habis basah pipi kena air liur.. hehe..
  • Bila aku menangis/buat2 menangis, he will stop on what he is doing and look at me with his pity face… Then, datang dekat dan seolah2 nak cium.. Dia dah faham kan bila kite sedih, seronok, gelak2, marah etc? I’m so touched..
  • Dah pandai merengek bila tak dapat sesuatu.. Lepas tu, lembikkan badan ke belakang.. haha.. Lagi tak tahan, dia henjut2 badan dia.. Dah taulah tu, bila merengek, apa yang nak, tentu dapat.. huhu..
  • Kadang2, bila asyik merengek, macam ada tak kena, aku acah2 marah “Amboi dia.. Biasa dia”.. Lepas tu, mulalah diam dan tengok muka aku.. Then, cemik dan menangis.. hihi.. Comel.. Aku pujuklah lepas tu..
  • He loves food.. Nampak sesiapa makan depan dia, mulut pun sama terkumat-kamit macam tengah kunyah makanan.. Tak sampai hati tengok.. Mana-mana yang boleh makan tu, aku suapkanlah jugak.. Biar dia rasa makanan, nanti makan aje semua, tak memilih macam mama dia ni.. haha..
  • Susah nak tidur, asyik nak main aje.. Nama pun baby kan? Apalagi yang boleh buat, main ajelah yang dia tahu.. hehe..
  • Kalau dah siap2 nak pergi jalan, aku acah2 keluar rumah dan bawak dia masuk balik dan tutup pintu, sure lembikkan badan.. hehe..
  • Dah boleh berdiri dan cuba2 lepas tangan.. Mungkin tak lama lagi nak berjalan pulak.. Dah dapat kaki, abislah kite pusing satu rumah.. :P
  • Suka main kejar2 dengan papa.. Kalau papa cakap “Kejar dia, kejar dia” mulalah Haikal merangkak tak tentu arah sampai panjat badan aku, berdiri kat kepala katil sebab cuba larikan diri.. Pandai betul nak main..

Mama sayang Haikal! Mmuah..

Tuesday, November 23, 2010

My ChurpChurp Earning..

Have you registered with Churp Churp? Pada yang suka guna Twitter application tu, rasanya lebih baik join Churp Churp ni.. Sebab, with tweeting, you can earn some money.. Tak susah pun, register with Churp Churp.. Later on, they will give you advertisement and ask you to tweet about it.. Very easy.. The earning you have will be based on your number of followers… The more followers you have, the more income in your Churp Churp earning you will get..

This is my recent earning.. Tak banyak mana, only RM33.11 but it is better than nothing, right?.. Kena cukup RM100 dulu baru boleh cash out.. Tambah lagi dengan Nuffnang earning, bolehlah buat beli2 apa2..

Recently, I like Twitter more than Facebook.. Sebab apa ya? Erm, Sebab Twitter is simple and kat Twitter boleh tulis macam-macam, bila-bila masa, ikut suka kita... Kat Facebook pun boleh, tapi, orang lain nampak asyik kite punya status aje yang keluar, lama2 orang tu hide kite.. haha..

Oh ya, if you want to follow me on twitter, my tweet name is SAYAHAPPYSLALU.. Or just click here.

Monday, November 22, 2010

Can You See His Tiny Tooth?

Gigi Haikal dah tumbuh 2 batang.. Dua-dua kat gusi bawah.. Aku try nak capture gambar Haikal dengan mulut ternganga dan nampak jelas gigi dua batang dia tu, memang payah.. Asyik tutup mulut aje.. Bila merengek, tergelak2 sambil mulut terbuka, camera pulak takde kat aku..

So, this is the best photo I have!

IMG_9413Nampak tak? Macam butir nasi aje.. hehe.. Yang lagi satu, time ni belum naik lagi.. Baru nampak sipi2 aje..

Sejak ada gigi ni, suka sangat masuk barang dalam mulut.. Gusi gatal agaknya.. Abis handphone, mainan, laptop charger semua dia kemam.. huhu.. Time menyusu pun kadang2 dia gigit, terjerit sikitlah aku dibuatnya.. Setakat ni, takdelah teruk sangat.. Just gigit-gigit manja aje.. hahaha.. Kalau gigit tak lepas, tak pasal2 kena sepuk pulak (tindakan reflex luar kawal).. hihi..

Sunday, November 21, 2010

Barter System: HP Mini Netbook For RM650..

Good deal, hmm? Sekurang-kurangnya, I got nearly half price from the market price.. :) Actually, my sister Liana, baru subscribe Streamyx Package dan dia dapat HP Mini Netbook for free.. Dia dah ada Sony Vaio yang lebih hebat dari HP MIni ni, jadi buat apa nak pakai sampai dua-dua skali kan? So, dia tanya nak tak, tapi kena tukar dengan camera.. Bagi free aje, tak dapek lah.. huhu.. Adik aku, Epit pun minat HP Mini ni, tapi nak tukar dengan camera lama Nikon yang dia ada.. Then aku bagilah good offer, belikan dia Canon Ixus.. Kalau bagi Canon Powershot lama yang aku ada pun, dia taknak.. Tebal giler camera tu.. haha.. So, dengan berbekalkan Canon Ixus 105 yang aku beli dengan harga RM650, dapatlah aku sebiji HP Mini Netbook.. :) Berbaloi-baloi, kan?

IMG_9469Belikan Canon Ixus…

Dapat….

*

*

IMG_9473HP Mini Netbook.. I like, senang bawak dalam handbag besar gabak aku.. haha.. Right now, I’m writing this post (and save in Draft), while hubby is driving and baby is sleeping.. We are heading to Batu Pahat to attend friend’s wedding.. :P

Friday, November 19, 2010

Grill…

Baru aku faham camne excitednya orang nak masuk rumah baru.. Sebab, right now, aku pun merasai benda yang sama.. hehehe..

Seperti dinyatakan pada entry sebelum2 ni, grill yang paling penting skali.. Jadi, dapat aje kunci, terus aje mintak kontraktor buat ukuran.. Ingatkan lama sangatlah sampai 2 hingga 3 minggu.. Tak sampai seminggu, cina tu dah pasang.. Sebenarnya, cina tu yang tak sabar2.. haha.. Yelah, konon nak jadikan rumah kitorang sebagai contoh.. Nanti orang lain berkenan lalu depan rumah, bolehlah dapat job lain.. Business minded sungguh! Bior, janji grill aku buat lawa2. hehe..

IMG_9038 Grill pintu depan yang dah siap..

IMG_9437 Grill pada tingkap bilik dan sliding door..

IMG_9034 Kitorang pilih grill plain aje, just straight line design.. Takde kerawang2.. Yelah, rumah kecik, bagi aku, nampak serabut kalau banyak sangat corak2.. So, simple makes perfect (peribahasa mana la ni.. haha).. And, what I like about this grill, dia macam built in, so, frame dia tak nampak terkeluar.. Just fit in nicely at the window/door frame..

Keseluruhannya, dari time dapat kunci hingga sekarang hanya grill aje yang dah siap sepenuhnya.. huhu.. Agak lewat progress kitorang ni, tapi nak buat camne kan.. Hari tu, aku cuti seminggu gi OBM.. My hubby hold dulu, tunggu aku balik.. Nanti, buat kitchen kabinet tak ikut citarasa aku, aku tak nak masak pulak.. haha.. Then, sehari lepas balik OBM, my hubby pulak pergi offshore for 2 weeks.. So, aku pulak kena tunggu dia sebab he is the main funder.. heheh.. Start last week, baru panggil orang buat kitchen kabinet, plaster siling datang buat measurement.. Later lah update fasal tu.. Rumah memang tak rupa rumah sekarang, kena tebuk tang sini, tebuk tang sana..

Oh ya, sebelum terlupa, aku buat grill dengan Tik Ann Renovation and Decoration.. Nak alamat penuh, click on the image lah.. I just put here, mana tau ada yang minat nak buat dengan Tik Ann ni.. Aku takde dapat satu sen pun letak dalam blog ni ye… hehe..

My hubby kenal this chinese guy kat Tik Ann ni sebab dia buat grill dan plaster ceiling kat rumah kawan.. So, looking at the outcome, kitorang puas hati.. Kalau nak ikut, memang mahal jugak dia quote harga grill, tapi lihat kat hasil dia, kira baloi lah dengan harga.. I have no complain, because my hubby yang bayar.. haha.. Plaster ceiling and wiring pun kitorang buat dengan Tik Ann jugak.. Sekarang, still in progress…

Thursday, November 18, 2010

Cubaan Berdiri…

IMG_9483

Just a little update about my lil boy.. sekarang ni, tengah belajar nak berdiri sendiri.. He can stand a few seconds without holding anything.. Bila dah rasa tak stabil, Haikal turunkan badan dan duduk sendiri.. Si kecik saya ni jugak suka golek2 dan berdiri atas tilam.. Then, hempas diri sendiri sambil ketawa2.. :) Jadi dapat bayangkan ye, kalau kite nak tidur time dia tengah main, badan jadi mangsa tempat dia berdiri dan berpaut.. Memang “lena” mama tido.. haha..

Friday, November 12, 2010

Bepanthen Ointment For Nappy Rash…

*Aku tidak dibayar untuk promote product ini. Harap maklum :)*

Just for sharing to all mommies or mommy-to-be who happen to read my blog…

IMG_9417

Nappy rash pada punggung baby tu, biasa la, kan? Kawan aku cakap baby bontot merah..haha.. Kadang2 sebab pampers atau nappy liners tak sesuai dengan kulit.. I’ve never came across this product sehinggalah adik aku, Epit, bagi cream ni kat aku.. Dia bagi sebab baby dia (Marissa at that time) tak pakai.. Masa buat preparation nak bersalin, aku takde beli cream ni.. So, masa Haikal ada nappy rash disebabkan tak sesuai dengan diapers yang dia pakai, guna ajelah apa yang ada.. Aku apply a thin layer of this Bepanthen cream kat tempat yang merah tu.. Alhamdulillah, sekejap aje dah hilang nappy rash dia.. Maybe ada lagi cream-cream lain yang elok, tapi aku belum pernah cuba lagi dan selagi masih okay pakai Bepanthen ni, I will stick to this only..

Pernah jugak Haikal kena gatal2 kat bebird dia sampai merah macam nak bengkak.. Sebelum nak jumpa doktor tu, kesian tengok dia asyik nak garu kat situ je.. So, aku sapu cream Bepanthen ni.. Tak lama, beberapa hari dah tak merah lagi.. Doctor pun cakap cream ni okay..

Bepanthen ni juga sesuai untuk para ibu yang mengalami nipple crack especially bagi yang menyusukan baby.. Tau kan macamana rasa nipple crack? Rasa nak menangis tahan pedih, Tuhan aje yang tahu.. Tapi, nak tak nak kena bagi baby menyusu jugak.. Kalau tak, breast engorge.. So, dengan cream ni, boleh cepat heal the crack problem.. Bagi aku, sangat berkesan.. Dan yang penting, ia selamat.. Lepas sapu, tak payah lap dan baby boleh menyusu seperti biasa… Cream ni kandungannya vitamin yang tak membahayakan.. Entah, aku tak belek isi kandungan secara detail.. Kalau baca pun, bukam paham… hehe..

Haikal punya stock dah abis.. Baru beli tube baru, harga ialah RM8.90 aje sekotak.. Boleh dapatkan di farmasi berdekatan.. Sekian, siaran khidmat masyarakat untuk hari ini.. hehe…

Thursday, November 11, 2010

Where Is My Burger?

IMG_9189 Patiently wait for his order at McDonald, Bangi..

"Where is my burger?" ask Haikal with tak-puas-hati face.

"No baby, you can't eat bur-ger. You can only eat bur-bur (bubur)" :P LOL.

*Masa dalam perut mama, dah puas makan McD.. hehe*

Wednesday, November 10, 2010

He Loves Gadgets!

Pantang nampak sesiapa bukak laptop, mesti si kecik ni datang.. Sejak pandai merangkak, memang cepat aje dia pergi ke laptop kalau nampak ada orang bukak.. huhu..

Ni video masa Haikal baru start merangkak laju..

Best kot mainan barang-barang orang besar.. He like to play with handphone as well.. Jari-jari comel tu, mulalah mengutil keypad handphone.. Keyboard kat laptop pun dia kutil sampai terkeluar huruf.. huhu.. Yang ini, papa dia memang bising, sebab laptop papa yang jadi mangsa.. hehe..

IMG_8889 “Bestnya dapat handphone cap ayam mama.. Tapi, lagi best kalau dapat iPhone 4G” :P

IMG_9164 “I come, I conquer! yeay”.. See how excited he was..

Last week, kat rumah Epit, ada Vtech baby’s laptop.. Bukan main suka dia tekan-tekan keyboard.. Tambah lagi ada bunyi2 yang keluar bila tekan.. Pandai pulak dia flip monitor laptop tu..

IMG_9305A B C.. Marissa tunggu aje kat tepi, tak bagi main.. :)

IMG_9307"Papa, belikanlah untuk Haikal satu… Boleh, kan?”

Agaknya, kalau belikan Haikal satu laptop ni, Haikal datang kacau mama lagi tak time mama tengah surf internet? hehe.. Kadang-kadang tu, bila Haikal asyik kacau aje, memang tension sekejap.. huhu.. Sebab tangan penat nak stop him daripada tarik WIFI dongle atau korek2 keyboard dan kena asyik angkat baby letak kat tempat lain.. Lepas tu, dia pergi kat tv pulak.. Takpun, main kat extension plug, etc.. Haish, mencabar sungguh.. Last2, aku bawak masuk bilik, menyusukan dia dan sama-sama tidur.. :P

Tuesday, November 9, 2010

Buta Sayur…

vege_pic06

Gambar: Credit to Syarikat Poh Hup *nama sebenar*

kehkehkeh.. Sebelum aku cerita, biar aku gelak untuk diri sendiri dulu.. hihi..

Alkisahnya begini.. Hari tu, aku beli daun sup untuk letak dalam bubur baby.. Bila dah nak masak bubur tu, baru aku masukkkan daun tu dalam bubur.. Dan, aku terasa lain benar bau bubur yang aku masak kali ni.. Bila dah blend bubur, dengan bau yang lain dari biasa, aku pun try la.. Rasa okay, cuma rasa sup tu kurang.. So, bantai ajelah, dalam fikiran, aku fikir daun sup kali ni lain sikit kot..

Semalam, aku pergi kedai nak beli daun sup lagi.. Kali ni, aku cium dulu bau daun yang aku nak beli.. Hah, memang betul daun sup.. Then, aku try amik daun yang seakan-akan sama dengan daun sup dan try bau jugak.. Sekali sama daa dengan daun yang aku beli sebelum ni.. Rupa-rupanya, aku terbeli daun bawang... huhu.. Nasib baik baby tak apa2 makan bubur berdaun bawang.. Pity me, tak kenal sayur-sayur hijau ni.. Rupa lebih kurang aje.. :P Biasanya, papa Haikal yang beli sayur-sayur dan ikan..

Masa zaman bujang dulu, kalau mak mintak tolong beli sayur kat lori yang datang tiap-tiap pagi kat rumah, aku mintak aje kat orang jual tu amikkan.. Cakaplah, nak sayur bayam, sayur sawi ke, ikan selar ke atau ikan kembong ke, sebab aku tak tau yang mana satu betul.. Karang salah amik, mak bising.. hehe..

*update*: Daun bawang pun salah jugak.. Aku main petik aje.. Rupanya, daun ketumbar.. hehe.. Jadi, daun bawang, camne rupanya? haha..

Sunday, November 7, 2010

Cabaran Breastfeeding Mom Semasa OBM…

Citer fasal OBM hari tu, aku tak teringat nak cerita tentang pengalaman aku selama seminggu express susu tanpa bantuan my baby.. hehe..

At first, memang risau jugaklah macam mana 7 hari kat sana, bila nak pam susu dan kat mana tempat aku nak simpan susu aku… Sebelum pergi, aku dah maklumkan kat diorang yang aku perlukan tempat untuk simpan susu.. The representative bagitau ada tempat untuk aku simpan stock EBM aku.. Lega sikit aku dengar, at least takdelah rasa sayang nak buang susu..

Hari pertama, masa datang tu, pump aku bengong sikit, tak boleh guna bateri.. Masa bas singgah kat RNR, aku tak dapat nak pam.. Nak guna power plug kat situ, ada makcik sibuk nak cas handphone dia.. huhu.. Malas layan, aku terus keluar...Dalam bas, aku dah susah hati.. Aku godek-godek kat connector tu dan tiba-tiba pump pun okay.. Dugaan sungguh.. Alhamdulillah, pump okay sepanjang kat sana dan boleh operate guna bateri… Yelah, kalau dalam hutan, mana nak cari power point kan? huhu.. Masa first day tu, sampai dah kul 1 lebih, time tu dah start engorge..Then, masa lepas makan, diorang bagi masa pergi solat semua, time tu mulalah operasi mengepam.. And, aku yang paling last sampai dalam group aku tu.. Hopefully, diorang paham lah.. hihi.. Seterusnya, pada waktu-waktu lain, dah tak lewat dah, I manage to arrange my time to pump..

Bila waktu pam? Setiap hari, aku bangun pagi-pagi.. Kalau kena berkumpul 6.30am, kul 5 dah bangun siap-siap and pam.. Tak nak terlewat dan make everyone wait for me.. Then, sesi kedua, after lunch.. Time ni, selalu lepak kat surau aje, so, memang you can see I bring my cooler bag everywhere I go lah.. Who cares? hehe.. Sesi ke-3 ialah after maghrib.. And, the last session ialah sebelum tidur..

How I store my EBM? Kat sana, ada medical bay.. In the medical bay, ada peti ais.. So, aku tumpang simpan dalam peti ais 2 pintu yang ada kat situ.. Towards the end of the program, dah penuh satu freezer compartment tu dengan EBM aku.. hehe.. Orang kat situ pun dah faham, siap ada Medical Officer tu cari aku semata-mata nak tanya dah pam susu ke belum.. haha.. Dahlah lelaki, malu I.. :P

Bila masa aku simpan EBM? Aku bawak 5 ice packs dari rumah.. So, during day time, aku guna 3 ice packs and put in my cooler bag.. Aku amik ice pack tu pagi-pagi dan guna sampai around kul 8.00pm.. During night time, aku masukkan susu dalam cooler bag tadi ke dalam freezer.. Then, aku amik 2 lagi ice packs yang aku bekukan dalam freezer untuk digunakan untuk waktu malam..  Then, 3 ice packs yang dah guna tu simpan balik untuk digunakan esok paginya.. So, dalam sehari tu, aku pergi ke medical bay hanya 2 kali aje.. Takdelah boring diorang asyik tengok aku keluar masuk tempat tu aje.. hihi..

Masa camping dalam hutan, apa terjadi dengan EBM aku? Dalam hutan takde freezer, ice packs tak cukup nak tampung sampai more than 12 hours, makanya, aku terpaksa buang susu2 tu… Huhu.. Terpaksa.. Tapi, bila time pump, aku tetap pump.. Ada masa jungle trekking tu, my team belum siap pasang khemah lagi, aku pun tumpang khemah budak group lain untuk mengepam.. hehe.. Diorang dah faham dah.. Sampaikan girls dalam group aku pun panggil aku “Mommy.. mommy” dan selalu tanya “Mommy dah pam?”.. Gasaklah, janji rock.. haha..

How I bring back my EBM to KL? Aku balik KL tumpang kawan sebab risau kalau naik bas, bas selalu berhenti-berhenti and end up sampai KL lewat dan susu pun cair dan rosak.. So, from OBM, kitorang ke Lumut beli ole-ole… And, aku mintak kawan singgah kedai runcit jap, nak beli polisterin dan ice.. Dari OB, aku simpan dalam Tupperware Modular Keeper with Grid yang aku bawak dari KL.. Bila dah beli polisterin, semua susu aku letak dalam tu.. Alhamdulillah, masa sampai KL, susu masih lagi beku.. Siap boleh singgah The Mines lagi, teman my hubby makan.. hehe.. Oh ya, semua skali, dapat dalam 26 packs of EBM, tak termasuk yang buang time camping tu..

Itu ajelah pengalaman nak share.. Ada kawan-kawan atau lebih senang aku panggil adik-adik yang cakap kesian kat aku sebab tengok aku kena pam susu every now and then.. Aku bagitau, takde apa nak kesian pun.. I’m enjoying what I’m doing.. Rasa seronok pam susu.. Macam hobby pulak.. hehe..

Ad-Hoc Outing….

Petang Khamis, dapat SMS dari Reck, ajak keluar jumpa ramai-ramai kat Wangsa Walk kul 8.30pm.. Aku pun tak sedar bila handphone aku berbunyi, tau-tau ada SMS.. Time tu, dah dekat nak pukul 7 dah.. Malam tu, memang plan nak balik Wangsa Maju pun, tapi malam-malam sikit bila jalan tak jem.. Tau-taulah Haikal sekarang ni dah tak mau duduk dalam carseat.. Nak jadi co-pilot mama dia dan berdiri depan steering.. huhu..

So, bila dah confirmkan dengan Tiqah and Reck, aku pun cepat-cepat kemas barang Haikal, baju aku semua skali.. Lepas je Maghrib, terus keluar, guna MEX highway ke Jalan Tun Razak sebab risau traffic jam.. Lucky, Haikal tertidur bila masuk kereta.. hihi.. Kalau tak, bersilat aku dalam kereta… :P Akhirnya, sampai kat Wangsa Walk dengan tenang..

And, we meet at Subway Wangsa Walk.. Kalau plan betul2 aturcara, bila tiba masanya, belum tentu semua orang dapat join.. Especially yang dah ada komitmen berfamily macam aku.. hehe.. Ni kebetulan papa Haikal pergi offshore, bolehlah ber”outing” sekejap dengan geng-geng masa muda-mudi dulu.. hihi..

IMG_9252

IMG_9259 Smile Panda! :)

IMG_9263 Tiqah, Kak Chek, Mimi..

IMG_9264Kak Huda, Reck and my baby, Haikal.. 

IMG_9272 Centre of attraction..:P

37132_1210898450405_1767087572_411475_3728023_n 72522_1210899050420_1767087572_411478_3968166_n

75883_1210900050445_1767087572_411483_3414824_nSebelum makan, kena suapkan Haikal makan dulu.. Aku belikan cheesecake Secret Recipe, memang dia suka sangat.. Selagi tak kenyang, don’t ever stop feeding him.. kalau tak, melalaklah dia.. hehe..

149777_1210899610434_1767087572_411482_7506922_nHaving our late dinner at BBQ Chicken.. Not bad at all, definitely will come again next time..

Sebelum balik, apalagi, cam-whoring seperti biasa.. hehe.. ;P Seronok dapat jumpa gini skali skala, update about ourself, pastu kawan mintak tolong carikan calon, tu perkara biasa.. haha..

76624_1210911250725_1767087572_411492_604745_n

149875_1210910810714_1767087572_411490_3681293_n

IMG_9282 Haikal pandang pelik.. Apasal makcik-makcik ni gediks semacam. haha..

Nanti kite jumpa lagi ye, kawan2.. Next time, aku bawak my hubby skali.. :)

Thursday, November 4, 2010

Meh Layan Video Sama-sama…

Time boring tak tau nak buat apa, aku selalu ulang2 mainkan balik video Haikal.. Boleh tersenyum sendiri melihat gelagat dia and baru sedar he is growing up very fast.. Yang tak berubah, dia still suka tersengih bila mama senyum dan tengok dia.. Sangat adorable! :)

Tak tau apa yang digeramkannya… hehe..

Bersama bergabung main dengan Marissa dalam Mia’s playpen..

Suka sangat dengan basikal Marissa ni.. Kadang-kadang bukan nak naik pun, sekadar nak berdiri dan belek2 parts kat situ aje..

Sangat active lah anak aku ni sampai aku rasa tak boleh nak tinggalkan dia main sorang-sorang walaupun seminit.. Ada aje perasaan tak senang hati masa buat keje tu.. Time solat ke, time nak ke toilet ke, aku letak Haikal dalam Bumbo Seat dia.. To my surprise, dia dah tahu macam mana nak melepaskan diri dari duduk dalam tu.. Sambil keluarkan badan, sambil mulut mengomel-ngomel dan meraung mintak orang angkat.. Padahal, aku tak pergi mana pun, ada aje depan dia.. Very clingy lah, my little boy ni.. Memang beginilah agaknya baby ni, ada satu phase tu, dia nak “bergayut” aje dengan mama dia.. So, kite layan ajelah sampai tak payah buat kerja lain.. hihi..

Wednesday, November 3, 2010

Berus Gigi Untuk Bayi…

Sebelum Haikal ada gigi, beria nak beli berus gigi untuk dia… Macam tak sabar-sabar.. hehe.. Tapi, bila gigi sebatang dah tumbuh, langsung tak teringat nak beli sehinggalah ternampak kat Guardian Pharmacy kelmarin.. Aku tak pernah survey tentang berus gigi baby, jadi, try aje beli yang ini.. I like this one sebab berus dia bukan macam berus gigi orang tua.. Tooth brush ni jenis getah berusnya dan sangat lembut.. Kalau guna, takdelah sakit gusi baby bila kita gosok2 gigi dia tu..

Masa kat Guardian, aku amik aje without knowing the price dan terus bayar.. Ingatkan murah, rupanya lagi mahal dari harga deodorant aku.. :P Harga ialah RM16.91 untuk satu set ni.. Ubat gigi dia ada perisa pisang aje, cari yang lain. takde.. Habis stock agaknya..

IMG_9236  Infant Oral Set.. Suitable for baby age 6 months and above..

Last night, aku bagi Haikal makan cheese cake.. Lepas makan, bermulalah sesi menggosok gigi.. Aku basuh berus gigi tu then masukkan kat jari aku macam pakai finger cot..  Letak sikit tooth paste atas tu, seterusnya kite berus gigi baby.. :P 

IMG_9237 Digigitnya jari mama.. hihi.. Sangat bagus anak mama ni, sikit pun tak tepis tangan mama yang sedang gosok gigi yang sebatang tu.. :)

IMG_9239 “Yum.. Sedapnya rasa banana”.. Sampai meleleh-leleh air liur.. :P

Bila dah abis gosok gigi, aku amik towel basah dan lap gusi Haikal.. Kot ada tooth paste yang tertinggal.. Itu pun mesti dah separuh dah masuk dalam perut.. hehe..

Fisher Price Stride To Ride Lion…

Haikal dapat hadiah dari adik aku, Tasha.. Actually, aku yang request.. hehe.. Masa Haikal lahir, tak tau nak mintak hadiah apa sebab kebanyakannya dah ada.. So, mintak bila dah besar sikitlah.. Dah lama jugak Tasha belikan, masa Haikal start merangkak.. Ni bila dah pandai berdiri dan menapak sikit-sikit, kitorang baru pasang.. Bolehlah start main.. 

IMG_8821 Excited dengan mainan baru!

IMG_8826 Tengah tolong papa dia assemble the wagon..

IMG_8830Khusyuk buat apa tu? He knows if press at the lion’s nose, music akan keluar..

IMG_8953 Pose comel untuk semua.. hehe.. This is my lion!

This wagon is good untuk ajar baby yang baru mula-mula nak berjalan.. Ada 2 kegunaan, firstly baby boleh duduk atas seat dia and bergerak seperti biasa.. Yang kedua, boleh angkat sikit bonet dia dan baby can hold the handle and push the wagon forward.. Since Haikal tak suka duduk dalam walker, so, kitorang bagi dia berdiri kat wagon ni untuk ajar dia bertatih..

Note: If compared to other places, kat Jusco murah sikitlah…

Tuesday, November 2, 2010

Tupperware Flyers – Deepavali Promotion (1st-20th November 2010)..

Tupperware promo kembali lagi.. Seperti biasa, ada beberapa barang yang best, bagi akulah.. hehe..

Diwali Offer Leaflet *click on the image for larger view..

Banyak dah stock Tupperware, tapi masih ada hati membeli.. Takpe-takpe, kalau tak cukup tempat kat rumah baru nanti, kite let go aje.. :P

Outward Bound Malaysia, Lumut..

Pemergian aku untuk 7 days mission hari tu adalah kerana kena ikut program Outward Bound Malaysia (OBM) ni lah.. Disebabkan tuntutan kerja, terpaksalah aku pergi.. Kalau diberi pilihan, I would rather stay at home with my family.. huhu..

It was time to say temporary goodbye.. Picture was taken from the bus.. Sedih, sedih tapi, takdelah sampai menangis, malu kat orang aje.. hihi..

Okaylah, let me give my review about this program.. Bila diberitahu yang kitorang perlu pergi selama 7 hari, I felt very relief.. Bayangkanlah sebelum ni, ada yang kena 14 hari, 25 hari, memang mati woooo.. Ada yang rasa 7 hari sangat singkat, but for me, it was more than enough.. Cukup-cukuplah tu, buat apa pergi lama-lama bazir duit company tapi bila balik attitude, habit semua masih sama.. kehkehkeh.. Yelah, bukan senang nak ubah orang, kan? In my opinion, you will change if you really want to change.. That’s it...

Sepanjang kat sana, kitorang dibahagikan kepada group2 kecil.. So, selama berada dalam group, taulah camne perangai masing-masing.. Ada yang buat kite stress, ada yang buat kite gelak sampai rasa nak guling2, macam-macamlah.. Dapatlah tau serba sedikit true colour diri seseorang tu.. Kalau lagi lama kat sana, lagi banyak yang terserlah agaknya.. Dengan group-group lain, ada yang jadi geng kamceng dengan kitorang, tapi tak kurang jugak ada yang bengong pentingkan diri sendiri.. Bila fikir-fikir balik, aku rasa cam budak2 aje diorang ni.. huhu.. In fact, memang budak-budak pun, umur dalam 22 hingga 24 tahun.. Aku aje yang terlebih usia.. haha.. Bila jadi camni, kite buat tak layan ajelah.. Happy-happy sesama sendiri lagi syok.. :)

Meh nak cerita tentang aktiviti pulak.. First day tu, sampai dah petang.. Kena serahkan barang peribadi including handphone, IC, wallet and money.. Light and easy on that night, just ice breaking session with our team members and mentor.. Makan di dining hall macam kat asrama, tapi, tray, sudu garfu, cawan semua kena basuh sendiri..

DSCN0087

Next day, pagi-pagi lagi kul 6.30am ada warming up session dan kena kerah berjogging… huhu.. Dah lama tinggalkan aktiviti riadah begini.. Balik jogging, ada sesi compass and map orienteering... Aku bab peta-peta ni memang fail, so serahkan saja pada yang pakar.. Aku jadi pengikut aje, I follow.. :P

DSCN0091

Dah belajar tengok compass dan map, kena buat mini-jungle trekking pulak.. Sesat barat jugaklah, sebab salah arah.. Penat memang penat tapi still boleh lagilah sebab route dia takdelah panjang sangat.. Estimate dalam 2 jam perjalanan.. Tapi sebab sesat, kitorang lama sikit, nak dekat 3 jam, itu pun dah merungut-rungut kenapa perlu buat semua ni.. Relevan tak dengan kerja? I kept questioning myself the same question everytime.. haha..

DSCN0100 With my group..

The next day was a real challenge.. Kitorang kena hiking dengan bawak beg berat2 penuh dengan cooking utensils, makanan, tent sheet etc.. Seriously, hilang akal… Dulu, masa aku naik Gunung Kinabalu, asyik cakap inilah kali terakhir hiking.. Hah, amik ko, sekarang tak boleh elak, kena naik jugak walaupun taknak.. huhu.. Dengan susah payah, sampai jugak ke camp site.. Tidur satu malam kat situ dengan tak mandinya.. haha.. Ada lombong, tapi, susahlah orang pompuan nak mandi-manda kat situ.. So, tahan ajelah.. :P

DSCN0108 Tengah prepare barang.. Last check..

DSCN0112 Take a breath at 1st check-point…

DSCN0126At the camp site.. Budak laki pasang tali, nak buat khemah..

Malam tu, makan masak sendiri, guna bekalan yang kitorang bawak.. Semua makanan dalam tin, jadi lebur ajelah.. Sedap tak sedap, belakang kira, janji perut kenyang… Esoknya, pagi-pagi buta, dah siap2 packing balik dah kena balik semula dengan hiking guna route lain pulak.. This time, ada kawan yang cedera kaki dia, so, our move pun slow and steady sebab kena tunggu kawan.. We had a good journey walaupun group paling lambat sampai, siap nyanyi-nyanyi dalam hutan tu, tak fikir dah nak cepat ke apa, janji selamat sampai.. Dah sampai tak boleh terus naik bilik, kena kemas dan cuci semua hiking bag, tent sheets dan barang2 yang kitorang guna dulu sampai siap..

DSCN0136 Muka kepenatan..

Lepas tu, erm, apa ya? haha.. aku tak ingat… Owh, kitorang ada buat raft sendiri guna batang PVC dan water drums.. Aku takde gambarnya.. Guna pinjam camera Epit, so risaulah kot camera termasuk air ke apa.. Then, last expedition ialah berkayak sejauh 4km ke teluk yang berhampiran.. Pengalaman baru bagi aku.. Seronok berkayak ramai2, cuma tangan rasa lenguh gila.. huhu.. Camping satu malam kat situ, then esoknya balik semula ke tempat penginapan kitorang..

On the last night, ada barbeque dan persembahan setiap group.. Kitorang menyanyi aje malam tu.. Itu pun practice 3 kali, pastu belasah aje atas pentas..

Itu aje aktivitinya.. Relevan tak dengan kerja? haha.. Tapi okaylah, new experience, new friends, belajar dengan pelbagai ragam orang, seronok ada kawan2 yang giler2 yang buat orang gelak tak berhenti.. hehe.. Till we meet again next time, tapi, tak nak dah pergi OBM.. kehkehkeh..

Note: Tak banyak gambar aku snap sebab tak rasa nak amik gambar.. It was sooo not me.. hehe..