Wednesday, November 24, 2010

9 Months…

Haikal 9 bulan hari ni.. Yeay! Cepat kan? Rasa macam baru aje lahirkan Haikal.. :) Sembilan bulan dalam perut rasa macam lama aje, tapi, bila tengok baby membesar depan mata selama 9 bulan ni, tak terasa masa begitu pantas berlalu… Dah rasa rindu dengan saat-saat Haikal masa kecik dulu.. hehe.

IMG_9648 Tangan pegang handphone, mata tengok tv, kepala sedang berfikir.. Tu yang nampak serius.. hihi..

His progress on his 9 months age..

  • Active dan I would say my baby ni agak lasak.. Redah aje apa ada.. Kalau nak capai mainan ke, boleh nampak muka penuh excited dia tu.. huhu.. Kalau masa kecik dulu, tengok Haikal baring aje, tak sabar nak tengok dia meniarap, merangkak round2 satu rumah.. Ni, dah pandai merangkak dan main serata rumah, aku pulak suruh dia duduk diam2.. haha.. Tapi, baby kan, manalah nak faham dan nak duduk diam2 even for 1 minute, kecuali nak tidur.. Dia continue jugak merangkak ke dapur, ke tv, abis seluar kotor sebab dia “sapu” lantai.. hehe..
  • Alhamdulillah, Haikal masih menyusu badan.. Semoga banyak susu lagi.. Sekarang pun tak cukup masa nak pam selalu.. Aku cuba jugaklah pam dengan consistent.. Tapi, kadang2 time malam, bila dah penat sangat, dah terskip satu session.. Pagi, kalau bangun terlambat pun, dah tak sempat nak pump..
  • Such a sweet baby.. Selalu aku cakap “Sayang mama, sayang mama”.. Then, Haikal akan dekatkan mulut dia kat pipi aku sebab nak cium.. Very heart melting.. Bila dia cium sambil nganga mulut, habis basah pipi kena air liur.. hehe..
  • Bila aku menangis/buat2 menangis, he will stop on what he is doing and look at me with his pity face… Then, datang dekat dan seolah2 nak cium.. Dia dah faham kan bila kite sedih, seronok, gelak2, marah etc? I’m so touched..
  • Dah pandai merengek bila tak dapat sesuatu.. Lepas tu, lembikkan badan ke belakang.. haha.. Lagi tak tahan, dia henjut2 badan dia.. Dah taulah tu, bila merengek, apa yang nak, tentu dapat.. huhu..
  • Kadang2, bila asyik merengek, macam ada tak kena, aku acah2 marah “Amboi dia.. Biasa dia”.. Lepas tu, mulalah diam dan tengok muka aku.. Then, cemik dan menangis.. hihi.. Comel.. Aku pujuklah lepas tu..
  • He loves food.. Nampak sesiapa makan depan dia, mulut pun sama terkumat-kamit macam tengah kunyah makanan.. Tak sampai hati tengok.. Mana-mana yang boleh makan tu, aku suapkanlah jugak.. Biar dia rasa makanan, nanti makan aje semua, tak memilih macam mama dia ni.. haha..
  • Susah nak tidur, asyik nak main aje.. Nama pun baby kan? Apalagi yang boleh buat, main ajelah yang dia tahu.. hehe..
  • Kalau dah siap2 nak pergi jalan, aku acah2 keluar rumah dan bawak dia masuk balik dan tutup pintu, sure lembikkan badan.. hehe..
  • Dah boleh berdiri dan cuba2 lepas tangan.. Mungkin tak lama lagi nak berjalan pulak.. Dah dapat kaki, abislah kite pusing satu rumah.. :P
  • Suka main kejar2 dengan papa.. Kalau papa cakap “Kejar dia, kejar dia” mulalah Haikal merangkak tak tentu arah sampai panjat badan aku, berdiri kat kepala katil sebab cuba larikan diri.. Pandai betul nak main..

Mama sayang Haikal! Mmuah..

3 comments:

Queen said...

Kejap je dah besar kan.... harap2 esok bile die dahtak perlukan kita utk berjalan lagi..bile die dah boleh hidup sendiri..dia tak lupakan kita.. semoga Haikal jadi anak yang soleh...amiinn

hamiDahRecKs said...

auntie reck yg gorjes lagi glamer pun sayang haikal!hihihihi

This is .... said...

Queen,
Betul. Itu yang selalu saya doakan. Semoga jadi anak yang baik, lembut hati dan bersifat terpuji. Amin.

Recks,
"Sayang Auntie Reck!"