Monday, April 19, 2010

Tips Cemerlang Exam PTD..

Nak bagi tips konon! Macamlah aku jawab cemerlang sangat.. hehe.. Dalam berkira-kira nak pergi ke tak nak hari tu, akhirnya aku pergi jugak..Aku amik kat City Bayview Hotel, Melaka.. Berkobar-kobar sehari sebelum pergi, kononnya nak belajar.. Tapi, sampai 11pm, baru sempat tengok2 nama Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri.. Itu pun tak terhafal.. Lepas tu, sibuk nak tidurkan Haikal.. Lambat pulak dia tidur malam tu.. Dalam pada menepuk-nepuk anak, aku pun skali terlelap.. hehe.. Papa Haikal lagilah, dah tidur dulu sebelum Haikal tidur.. Aku terbangun balik 1.00am++.. Sempat buat EBM sambil baca Dasar-Dasar Malaysia serba-sedikit.. Bila baby terbangun nak susu balik, dengan itu tamatlah sesi ulangkaji aku.. Ini baru nak exam PTD, dah mcm ni.. Jadi takde harapan lah nak sampai amik PhD.. hihihi..

Thanks kawan2 yang bagi tips suruh baca Malaysia Kita ke, Malaysia Kini ke.. Kalau dah macam ni punya last minit, segala jenis buku pun dah tak bermakna lagi.. :P

Well, bila dah menjawab soalan peperiksaan PTD ni, aku ingat nak bagi sikit tips yang tak seberapa bagi sesiapa yang bakal mengambilnya next time.. Tips-tipsnya ialah:

1. Walaupun kurang study, kena tau format soalan yang akan kite jawab pada hari peperiksaan..So that, takdelah rasa terkejut masa dapat kertas soalan.. Rasanya kat surat biru yang SPA hantar kat kita tu ada format exam ni.. Ada 2 Bahagian; Bahagian 1 dan Bahagian 2.. Nak tau lebih lanjut, rujuk laman web SPA ni..

2. Bagi yang dapat surat tawaran lambat (macam aku), rasa gelabah dan tak bersedia nak jawab exam, don’t worry.. Mr. Google boleh membantu.. Memang tak sempat kalau nak study buku tebal-tebal, so the best way just search in Google.. Carilah tentang Dasar-Dasar Malaysia, Dasar-dasar Kerajaan, senarai menteri-menteri di JPM.. Ada presentation slide yang ringkas atau short note yang lebih senang dihafal..

3. Soalan bahagian pengetahuan am merangkumi semua yang berlaku di Malaysia especially tentang isu-isu semasa, tentang filem, sukan etc.. Contoh soalan yang aku dapat masa exam: Apakah slogan 1Malaysia? Piala Dunia FIFA 2010 di mana? Aku kantoi soalan ni.. Mana aku amik kisah tentang football ni.. Kalau tanya siapa terkeluar AF8 minggu lepas, tahu la jugak menjawab.. haha..

4. Untuk soalan jenis esei tu, ada 3 options.. Bagi yang rasa tak confident nak jawab soalan berdasarkan fakta, pilih soalan yang lebih general.. lepas tu pandai-pandailah goreng.. hihi.. Tentang perpaduan rakyat Malaysia contohnya..

5. Soalan-soalan tentang minat dan sahsiah ada 200 soalan masing2… Ala-ala survey lah, jawab setuju, kurang setuju, sangat tidak setuju etc.. Tapi, bagi aku yang selalu jawab survey (and dapat point), benda ni mudah saja.. just be yourself and tanda OMR cepat2 sebab masa sangat limited, 40 minit untuk 200 soalan Sikap.. dan 20 minit untuk 200 soalan minat…

6. Last but not least, kalau ada baby, make sure baby tidur dulu sebelum mula study.. kehkehkeh..

Gambar selingan.. Image0367

Cubaan Haikal menidurkan papanya.. Ops, terbalik.. :P

3 comments:

Qastalani® said...

ala comel tepek kat dahii

Ken Wooi said...

adorable baby =)

sayahappyslalu said...

Qast,
ikut petua org tua2 tu.. hehe..

kenwooi,
thanks..