Tuesday, June 8, 2010

Haikal Tak Sihat…

Last week, lepas aje kena inject, Haikal demam.. Sehari lepas tu, dah baik dah.. Then, hari Isnin, hantar Haikal kat pengasuh.. Pagi tu, takde tanda-tanda sakit.. Tengahari akak pengasuh SMS beritahu hidung baby tersumbat dan susah nak bernafas.. Balik dari kerja, tengok Haikal happy macam biasa.. Cuma, mata dia merah, selsema dan batuk.. Ala, kesian tengok dia.. Sakit, tapi tak menangis pun.. Risau..

Malam tu, bawak pegi Hospital An-Nur.. Banyak ubat doktor bagi.. Kecik2 dah kena makan ubat macam2.. Sekarang dah quite OK, ada batuk2 sikit.. Budak kecik ni pun pandai, time makan ubat, dia kemam mulut tak bagi mama masukkan ubat.. :P

IMG_6523

IMG_6524 Sakit2 pun gelak2 bila ada sorang akak tu mengagah dia.. Sweet la awak ni.. :)

IMG_6525 Sedih tengok baby tak sihat.. Cepat2 sihat ye, nak..

Monday, June 7, 2010

Ambil Kesempatan Selagi Boleh..

Bila dah ada baby, 24 jam rasa tak cukup.. Lepas balik kerja, kena sambung keje-keje lain.. Non-stop, itu pun masih tak sempat settle semua.. Especially, benda paling lemah, lipat baju.. hihi.. Penat memang penat, sampaikan kat ofis pun boleh tertidur2 depan PC, time meeting.. Luckily, aku carpool dengan kawan.. So, bila bergilir2 ni, senang sikit.. My concept now, taking chances whenever I can.. Dia drive, aku tidur.. Mula-mula, chit chat sekejap.. Bila dah senyap tu, maknanya aku tengah tidurlah tu.. Tau-tau dah sampai depan ofis.. And he said “xxxx, Dah sampai”.. Hihi, malu aku.. Bukak mata, cepat2 angkut beg semua, keluar dari kereta..

Kat rumah pulak, kalau susukan baby sambil bersandar pun jadi.. Tidur la, apa lagi.. Ini kalau dah penat sangat la.. hehe.. Kalau menyusu sambil baring, memang lagi senang nak lelap.. Tau-tau dah tengah malam.. Tak ada aku nak bangun balik, terus tidurlah sampai pagi.. Anak bujang aku tu pun dah susah nak tidur sekarang.. Nak “bergayut” pulak time tidur.. :P Bila lagi time boleh tidur ye? Memang kena amik peluang ni.. hihi.. Jangan tengah memasak tertidur, sudah! Abis hangus ikan aku..

Note: Teringat zaman skolah dulu.. Memang takde malu langsung, maklumlah sekolah perempuan semua.. Cikgu aje ada lelaki.. Boleh dikatakan aku tidur aje setiap kali dalam kelas.. huhu.. Tunggu turn mandi kat hostel pun boleh tidur.. hihihi..

Teething Book…

Kalau tak masuk tangan dalam mulut, memang tak sah!.. Memang baby suka sangat kan masuk jari2 dalam mulut?.. Yelah, sejak dari dalam perut dah start buat activity ni.. Haikal pun dah pandai adjust2, so, hanya ibu jari dia yang masuk mulut.. Geram betul, cap cap cap bunyinya.. Asyik mahsyuk la tu.. :P

Oleh kerana nak elakkan dari terus leka hisap jari, mama belikan teething book ni untuk Haikal.. Sekali tengok, macam kepala Mickey Mouse pun ada.. hehe..  Di samping boleh baca content buku, boleh jugak buat gigit2 telinga Mickey tu.. hehe..

 IMG_6583 Mula-mula masuk telinga Mickey dalam mulut..

IMG_6582Alamak! Dah terkeluar..

IMG_6584Last-last, dengan telinga Mickey dan jari-jari sekali yang masuk…

Memang kena bendung activiti hisap ibu jari ni.. Kalau habit sampai besar, boleh effect gusi.. Itu yang ada kes jongang, jongos etc.. hehe..

Thursday, June 3, 2010

Keranamu Air Asia..

Air Asia, ko ni memang lah! Buat orang jadi tak senang duduk, tak boleh tidur fikir fasal promotion free seat ko tu.. And, I’m one of them.. In my previous post, aku ada cerita pasal aku book 3 tickets for my little family, kan?? Our travel date is 4th to 8th March 2011, destinasi pilihan ialah Langkawi yang belum pernah dilawati oleh my baby and hubby.. Yes, I know, sangat lama lagi.. Sungguhlah aku excited bab jalan-jalan ni.. hihi

Tapi, tapi, tapi.. Excitement itu telah bertukar jadi kejutan.. :P Esoknya, kawan aku, Ely cakap dia dah beli tiket untuk balik kampung halaman di Bukittinggi.. Dia nak buat kenduri kahwin kat sana, which is memang aku dan family-in-law dah plan nak pergi ke sana, attend dia punya kenduri.. Yang menjadi kejutan ialah, masa kenduri tu sama dengan trip aku ke Langkawi.. exactly on the same date!.. Memanglah kebetulan! Sekali lagi pening.. Discuss dengan hubby, dia suruh beli terus tiket for all of us satu family.. Habis hangus tiket Langkawi aku.. huhu.. Cuma berharapan flight Langkawi tu Air Asia retime, then baru boleh tukar ke masa yang lain.. Maka bolehlah kite buat back-to-back trip… hihi.. Ada berani? Pokai lagi ada, nanti.. :P

Nak tunggu promotion lagi untuk beli tiket untuk family abang ipar pulak.. hari tu, semua RM0 seat sudah diambil orang..

Note: Dato’ Tony Fernandez, tolong ganti balik duit saya! haha.

Tiada Perkataan “Terlalu Awal” Untuk Anak…

Aku percaya sebagai ibu bapa kena mulakan segala-galanya sejak dari kecil lagi.. Tiada istilah “terlalu awal” especially yang melibatkan education.. Bila cakap education, tak semestinya kena baca buku aje.. Actually, bila kite cakap2, tepuk2 tangan kat baby dia belajar sesuatu yang baru.. Dan setiap hari merupakan pelajaran baginya.. Jadi tunjukkanlah contoh yang baik supaya baby pun ikut buat perkara yang baik.. InsyaAllah.. Tiba-tiba aku jadi pakar motivasi pulak.. hihi.

Memang seronok kan, tengok perkembangan baby? Daripada baru lahir yang hanya tahu tidur, pastu bangun sebab nak menyusu, poo-poo, mandi sampailah sekarang dah pandai senyum, ketawa sikit2, pastu hold hand, hug.. Baby aku menangis kuat, aku rasa cam dia dah explore kebolehan dia.. Kebolehan menjerit dan teriak.. hehe.. Rasa tak sabar and tertunggu2, what is next..

Aku suka belikan buku-buku untuk Haikal.. Sama ada secara online atau beli kat bookshop.. Pastu, try bacakan untuk dia.. Walaupun mungkin belum lagi faham apa yang aku cerita, tapi, bila tengok colour2 yang warna-warni tu, Haikal nampak interested.. That is how to attract baby’s attention.. Bunyi2 kan loceng, pastu dia pandang to the object.. Permainan2 yang macam2 dijual sekarang pun boleh merangsang perkembangan otak anak.. Takkan asyik nak baca buku aje, boring jugak kan? Hihi.. Itu menjawab kenapa banyak toys Haikal kat rumah.. Dan, semakin hari semakin bertambah.. hehe.

Last weekend, tidur kat Wangsa Maju.. Malam tu, lepak-lepak kat bilik dan baring sambil bacakan Cloth Book kat Haikal.. Lepas tu, aku suruh Sofia amik buku cerita dia dan bacakan kat Haikal.. Masa tengah bacakan tu, aku tengok mulut Haikal macam mengomel-ngomel.. Pastu buat muncung2.. Sooo cute.. Aku suruh Sofia teruskan baca sementara aku gi amik camera.. And, I managed to snap few pictures..

IMG_6511 Tajuk cerita hari ini ialah “Gadis Penjual Mancis”..

IMG_6510

IMG_6508 Mulut muncung-muncung.. Tengah bercerita jugak agaknya..

IMG_6509 Tengok tu.. Macam faham aje.. :P Berbuih air liur terkeluar.. haha

Mama doakan Haikal rajin membaca dan suka buku sampai besar nanti.. Sebab Membaca Itu Amalan Mulia.. :)

Wednesday, June 2, 2010

Krunch Your Way To A Healthier Start…

krunch

This is my favourite biscuits, recently; Munchy’s Oat Krunch.. Dark Chocolate flavour.. Sedap2, lebih chocolate chip.. Lagi banyak chip berbanding Chipsmore (lama dah tak makan).. Cuma biskut ni agak rapuh, so, bersepah sikit kalau makan.. hehe.. Yang bestnya, biasa beli RM3.90 for 150gm.. Ada 7 pack dalam tu.. Tapi, sekarang ada promotion kat Mydin.. Untuk 500gm, RM5.89 sahaja (normal price RM7.90).. Apalagi, cepat-cepat sambar 2 bungkus.. Jadi, sarapan pagi biskut, makan tengah hari biskut.. Makan malam aje, nasi.. :P Dah abis, boleh pegi beli lagi, MyMydin sekangkang kera aje dari rumah..

Munchy’s Oat Krunch ni kaya serat, katanya.. Before this my husband not aware about it.. Then bila dah tahu, dia cakap “Patutlah senang membuang!”.. hehe..

Oh ya, lagi satu aku suka Biskut Ano ni jugak.. Sedap macam biskut butter perisa coklat.. Memang semua yang aku suka adalah chocolate related.. hehe..

Picture 335

Cheap Stroller, But Not For Sale…

Masa balik Melaka hari tu, sejurus selepas photoshoot session, kitorang pergi Mydin kat Melaka Sentral.. Angkat Haikal dengan bakul dia sekali.. Senang dia nak tidur dalam tu.. Nak jinjit lama-lama bakul tu, lenguh jugaklah tangan.. Try masukkan dalam trolley Mydin.. Ha, nasib baik muat.. Rilex aje Haikal baring dalam tu.. Maybe rasa lain sikit, kot dalam hati dia bercakap “apasal lah bakul tu senget2 macam nak kena lipat?”.. hehe..

IMG_6436 Maintain cool.. Sampai tertido dalam tu.. hihi.. Anak mama memang sempoi macam mama dia… hehe..

Tuesday, June 1, 2010

Bila Facebook Di”banned” Di Office…

It’s not the end of my life.. And, I still can live peacefully without it.. Just because I’m not a Facebook-addicted!

Aku create Facebook account pun sebab nak cari kawan2 dulu masa nak kahwin.. Now, more to keep me updated with latest info from friends and I like to view their photos.. and get in touch with them as well.. Aku update status skali skala.. Aku tak suka langsung main segala jenis game yang ada.. Mafia War etc.. Susun guli lagi best! So, bila Facebook tak boleh diaccess di office, for me I can take it easy.. Boleh check malam nanti kat rumah :P

Sukanya Bila Dia Ceria…

Macam lagu dalam iklan pulak.. hihi..

Me and my hubby suka sangat amik gambar Haikal bila tengah tersengih2, tersenyum.. Kitorang pun tergelak dibuatnya… Comellah anak mama ni! Bila la Haikal nak mula ketawa mengekek? Time tu, tentu tak kering gusi nanti.. hehe..

IMG_6460

IMG_6468

Tapi, bila muka serius, senyum pun tak mahu.. :P

IMG_6462Baru bangun tido mode..

Note: Haikal baru lepas baik demam.. Sekarang, selsema dan batuk-batuk pulak.. Kesian dia.. :(

Stroller Purchase At Mybabyshop…

Bila SCR5 stroller dah dijual, kitorang dah tak ada stroller lagi.. Bila takde stroller, maknanya aktiviti me”round” shopping complex terpaksa ditangguhkan sebab tak larat nak dukung baby sepanjang masa..

Jadi, masa cuti Wesak Day tu adalah paling sesuai nak beli stroller baru sebab both of us cuti.. plus, last weekend kitorang takde apa2 function, wedding invitation to attend.. Ingat nak beli kat Babies Kingdom and hoping we can get good price there.. Tapi, call dia tanya stock.. Unfortunately, tak de colour yang kitorang nak, iaitu MacLaren Quest Sport Silver/Charcoal.. Tinggal pink aje.. kalau anak aku baby girl, memang okay lah.. Ini, Haikal nak pakai pink, memang big NO la from hubby.. Tak tanya pun dah tau.. hehe..

Google here and there, pastu telefon sana sini.. Finally, we found this one online shop, Mybabyshop.. Outletnya di Sri Petaling.. Yeay, ada ready stock unit untuk stroller tu.. After tanya harga, kitorang decide untuk pergi terus ke outletnya dan beli..

Banyak barang-barang kat kedai ni, including Fisher Price stuffs.. Next time, kalau nak beli barang2 lagi especially Fisher Price, I will come again to this shop sebab dia nak bagi discount.. Owner dia pun baik and very friendly..

IMG_6488 The owner bagi explanation tentang safety pad yang kena pasang kat stroller hinge tu.. Kan dulu ada case MacLaren recall product sebab tangan budak tersepit hinge tu.. Ada yang putus tangan kot..

IMG_6484

IMG_6483 Try letak Haikal dalam stroller.. Nampak macam suka aje… sebab senyum-senyum.. :)

IMG_6485

IMG_6486Bumble Bee, Medela, MAM, Avent products semua ada.. Nak tahu apa yang ada lagi, boleh surf the online shop..

IMG_6487

Mybabyshop address:

No 60-2, Jalan Radin Anum 1,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur

Lepas beli, terus jalan2 shopping kat Ikea sampai Ikea tutup :P