Wednesday, December 30, 2009

Blog Lists and Blogging Tips..

Aku baru create satu blog lists kawan2.. If you look at the sidebar, you can find:

~Happy Me~ Blog Lists

Ye, aku agak ketinggalan berbanding orang lain yang panjang berjela link nya.. hihi.. Sebenarnya, aku tak berapa selesa untuk letakkan semua link di blog yang ini sebab tak suka kalau loading time nya mengambil masa yang lama, especially bile banyak widget2 diletakkan dalam blog..

Lagi satu, dengan adanya blog lists tu, senang sikit aku nak bloghopping.. tak perlu type kat navigation bar Mozilla or IE yang aku guna.. just click on the link, that's so easy.. Blog yang baru update will be on top of the list, mudahlah kalau nak baca recent entry.. So, yang tak update, tak payahlah aku jenguk ;P

Owh, bercerita tentang blogging tips, aku ada beberapa tips how to attract traffic to your blog (walaupun aku punya blog pun traffic ciput aje.. kehkehkeh).. Tapi, tak salah, kan? Sharing is caring.. Not only to attract visitors to your blog, you can indirectly make money through your blog.. especially with Nuffnang..

  1. Kalau nak orang visit blog, jangan lah private kan.. ini semua orang pun tahu, kan?.. hihi..
    Kalau private, orang luar tak boleh masuk blog kite.. so, your traffic/visitors are very limited.. Nuffnang crawler pun tak dapat detect the traffics.

  2. Tulis entry yang menarik untuk dibaca atau dikongsi..
    Biasanya siapa akan masuk blog kite? Kawan2 kan? Kalau entry biasa2 pun, kawan2 tetap akan baca.. tapi, how to attract more people who we don’t even know? You can write almost anything, tapi, dinasihatkan tentang politic tu, tak payahlah.. karang tak pasal2 masuk ISA.. hehe..Tulis aje tentang apa2, LRT tambah gerabak ke, tips atau petua awet muda ke, not necessarily personal life and daily routine aje.. Orang akan attracted with your blog bila ada kepelbagaian.. kalau cerita yang sama, orang masuk satu kali, lepas tu, tak masuk2 lagi.. lagi satu, orang Malaysia ni suka pasal gossip artis.. no wonders, kalau blog gossip, memang ramai gile visitorsnya :) aku pun suka jengah.. hihi.. tapi, tak minat sangat nak cerita pasal gossip dalam blog ni, silap gossip karang, aku jadi penabur fitnah pulak.. hehe..

  3. Cara penulisan pun penting juga..
    Tak kiralah menulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris atau rojak sekalipun, kena tulis dengan betul.. Pernah fikir tak orang akan “sangkut” atau terjumpa kat blog bila diorang search something through Google? So, bile orang search apa2, apa yang diorang type kat search bar tu? Sama ada “knp sy ssh nk dpt kwn?” atau “kenapa saya susah nak dapat kawan?” Fikir-fikirkanlah.. Kadang2, aku baca pun tak berapa paham.. Nak guna sikit2, yang common seperti “yg”, “tak”, “nak” still ok.. tapi, bila semua dah dipendekkan (aku tak tau apa motifnya.. Kalau SMS tu, sebab nak jimat kredit kan?), orang pun susah nak baca apa yang kite tulis..
  4. Tajuk entry yang menarik..
    Orang akan tertarik nak baca apa yang kite tulis bila tajuknya menarik.. instead of plain and boring title like “My Weekend”, you can add some flavour to it.. like “The Weekend Really Drove Me Crazy”.. Nak tau jugaklah, apa yang korang buat sampai nak gila tu.. hehe.. Ingat tak tentang tajuk entry aku “Macam Mana Nak Mengandung?”, sampai sekarang pun orang still google it.. haha..

Cukuplah takat tu dulu.. feel free to add to share more tips.. harap petua2 tips2 ni berguna untuk kawan2 dan diri aku jugak.. but, don’t worry! just write whatever you want to write, if you don’t bother about the traffic thingy.. your blog is yours.. so, nak syok sendiri ke apa, kite punya suka la kan? hihi.. Till then, happy blogging!

And, last but not least Happy New Year to all!

Good Hotel in Jakarta and Bandung? I Need Your Advise…

* This is sticky post, please scroll for new entry *

Any suggestion, anyone?? I’m looking for hotels with room rate between 350,000Rp to 500,000Rp per night.. Good location, near/within walking distance to halal food restaurants, Factory Outlets and shopping malls.. If you have nice experience staying in any hotels, feel free to share..

Actually, initial plan ialah percutian family ke Jakarta and Bandung pada bulan February 2010 nanti.. Awal2 lagi dah beli tiket Air Asia.. Bile ada promotion, terus beli… Tup2, bile dah beli, a few months later, I found out that I’m pregnant :).. And, will due on March.. Memang confirm aku tak dapat pergi, because by that time I’m already 35 weeks++, which is I don’t mind.. Ada rezeki, boleh pergi lain kali.. Since yang lain2 akan pergi nanti, aku ada tugas untuk arrange accommodation and transportation skali.. Jadi travel agent tak berdaftar sekejap.. hihi.. But, I enjoyed it anyway.. Aku suka buat trip itinerary..

For transportation, aku dah deal dengan bapak tu.. so, tinggal buat confirmation aje nanti.. Yang aku tengah cari2 ialah hotel yang sesuai untuk bermalam di Jakarta dan Bandung. Memang aku banyak search through the internet, read the review, especially in TripAdvisor.. Tapi, sometimes ada rasa ragu2 juga, yang review mostly ialah foreigners... Aku risau pulak silap pilih hotel, takut family aku yang pergi nanti tak selesa.. bilik kecik dan kotor ke, toilet tak semenggah ke, environment not very safe ke.. Yelah yang pergi nanti ialah my PIL, adik ipar, abang ipar dan tunangan, kakak ipar, including baby seorang.. kena consider semuanya.. lainlah kalau aku yang pergi sendiri, main balun aje, macam pergi Surabaya dan Bali dulu.. kalau tak selesa, diri sendiri yang tanggung.. hehe..

So, here, I need your sincere opinion lah.. Please leave your suggestions in the comment box.. This pregnant lady will appreciate it so much :P Thanks in advance..

Tuesday, December 29, 2009

Sunway Lagoon Free Admission.. Is It For Real?

I just read Cik Kart’s blog and found out about this.. And, quickly I opened Sunway Lagoon’s Website.. Yes, free admission.. from 18th December 2009 – 3rd January 2010.. But, but, don’t get too excited yet.. The FREE admission is only for entry to “Nite Park @ Sunway Lagoon”.. Erm, thinking at positive side, it is better than nothing, hmmm? Let’s bring your friends, kids or family before the promotion ended..

To find out more, click here.

lagoon

Note: Jom abang, kite gi jalan2.. Orang pregnant bagus jalan2 ni, kan? hiihi.. Alasan!

Friday, December 25, 2009

Kitchen Sink Hunting..

Minggu lepas ialah minggu survey barang2 rumah terutamanya sinki untuk dapur.. Aktiviti berlangsung selama 3 hari berturut-turut.. Kalau tak beli jugak, tak tahulah! hehe.. My husband beli The Star semata2 nak tengok iklan-iklan tentang sales atau clearance sales untuk kitchen accessories.. Kebanyakan kedai2 yang iklankan sales dalam paper tu terletak di area Puchong dan Petaling Jaya.. On the first day tu, dah sampai area Puchong tersalah masuk jalan pulak..:P Terus masuk LDP.. So, dah melenconglah kami ke One Utama.. hihi.. On the way, sempat singgah kedai2 jual lampu dan kipas kat area2 situ..  

Banyak sangat jenis2 lampu yang ada, tak taulah design mana yang berkenan.. rambang mata dibuatnya.. harga untuk downlight dalam RM30++ including energy saving bulb..

IMG_4513 IMG_4514

IMG_4512

Testing power nak rasa angin kipas sejuk ke tak bile pusing.. hehe..

Yang ni pulak kipas dengan lampu skali.. very suitable for dining area.. bila switch on kipas, automatically blades dia kembang.. cantik jugak.. cuma aku nak survey dulu design lain.. mana tau ada lagi yang cantik.. Ada satu kedai kat Balakong yang offer lagi murah dari kedai2 kat Puchong.. aku tak ingat nama kedai tu.. Maybe kitorang pilih kedai tu untuk beli lampu and kipas (probably KDK brand) nanti.. lagipun, dekat dengan rumah..

IMG_4517

IMG_4516

On the second day, we managed to go to the right destination with the help of GPS.. Tempatnya ialah Home Raccolta di Puchong.. Kedai ni baru buka branch di Puchong ni.. so, ada 3 days special during last weekend.. Sinki ada discount 20% to 30%.. Jenama yang ada ialah Effegi dan Teka.. Selain sinki, ada bathroom accessories, washing machines, oven, hob and hood dijual di sini.. Sebab kitorang dah beli oven, hob and hood during Home Deco hari tu, so our focus ialah kitchen sink..

IMG_4538 Sofia ikut skali.. adik aku tido rumah aku malam tu..

IMG_4540

IMG_4543 Discuss dengan sale assistant tentang design dan harga..

Kalau bab-bab design, kitorang pilih sama2.. tapi, tang harga, biarlah hubby saya tu yang deal.. dia lagi pakar dalam tawar-menawar ni.. hehehe.. Kedai ni bagi 30% utk sinki brand Teka.. For us, harga dah OK, tapi kitorang decide untuk tengok2 kat kedai lain dulu..  Makanya, lepas survey kedai lain, terus balik rumah.. belum decide nak beli lagi..

IMG_4544 Comel betul pipe ni.. sayang pulak nak pulas2 nak bukak air.. hihi..

IMG_4546Bug in the toilet.. :)

Malam tu, husband fikir2 lagi and ajak pergi survey tempat lain esoknya.. Aku ikut saja, no problemo.. Kat satu kedai ni, dia bagi 15% aje.. Apa lagi, kitorang decide beli terus kat Home Raccolta tu.. tempat lain memang tak boleh dapat murah lagi..  Jadi, dengan itu, berjayalah kami membeli sink Teka untuk rumah baru nanti dengan harga yang berpatutan... Ini yang bagus kalau pergi membeli dengan husband ni.. dia pandai tentang deal2 harga ni.. Kalau aku, memang tak fikir dah, beli aje kalau harga OK..  Even brand Rubine yang baik tu, dah harga RM600++ for 1 sink, yang ini dah dapat lebih murah, memang OK sangat la..

Kitorang pergi survey dan beli barang2 untuk rumah baru ni, bukan lah sebab tak sabar nak pindah ke.. Yelah, rumah pun belum siap, kunci pun tak dapat lagi.. tapi, sebab nanti bile aku nak dekat deliver nanti, takde chance nak pergi survey sama2.. pastu confinement 2 bulan.. by that time, kalau rumah kitorang tu dah siap, takdelah kelam kabut jadinya.. senang husband pegi beli sendiri sebab dah tau mana yang nak beli..

Note: Baru tau kat mana Fabulous Mom branch kat Puchong.. Betul2 atas kedai Home Raccolta ni..

Thursday, December 24, 2009

Bargain At JCard Day, Can You?

During Jusco Cheras Selatan JCard Day hari tu, I was planning to buy Little Bean Sterilizer and Warmer..

little bean

Why I choose this brand? Carpool mate aku yang pregnant tu bagitau yang kakak ipar dia pakai and cakap this brand is OK, tahan lama.. So, dia pun dah beli satu masa JCard kat Midvalley with 20% discount.. Harga retail ialah RM199.90.. That’s why I was hoping I can buy it at Cheras Selatan JJ, tapi, malangnya, brand ni takde dijual di situ.. :( Argh, terasa penat aje pegi merempit tapi yang dihajati takde… Memang tak banyak sangat choices kat Jusco tu.. Aku dan encik suami pusing2 pun, tak tau nak beli apa.. Barang2 baby yang lain, takde la murah sangat.. kat tempat lain pun boleh dapat harga macam tu.. Lagipun, malas nak beratur kalau beli setakat baju, seluar secotet.. 

IMG_4564Takde rasa nak memunggah baju2 hari tu.. Just lalu aje..

Pusing punya pusing, teringat tentang baby rocker.. My hubby suka sangat dengan Fisher Price Newborn to Toddler Portable Rocker..

rockerKenapalah zaman aku baby dulu takde rocker kayak gini? Sekarang ni, cam jakun aje.. haha..

Kat mana2 kitorang survey, harga rocker ni ialah RM289.90 yang paling kurang boleh dapat.. So, we went to Toys area.. Tanya kat promoter, all items ada 10% discount.. That already made me excited.. hehe.. kalau aku, dah okay aje, terus beli.. But, faham2 ajelah my hubby memang "pandai cakap” (ni zaman U dulu, dipanggil mulut manis.. hihihi, jangan marah).. my hubby try tanya lagi kat promoter tu, “tak boleh discount lagi ke? 20% ke?”.. After a while, the promoter said OK.. Weehoo, tersenyum lebar kami berdua dibuatnya.. Pegi bayar terus lepas tu.. syok2, dahlah dapat additional RM20 voucher lagi.. It was definitely a great bargain!!

IMG_4562

IMG_4566 Bile menyedari ada armature paparazi snap gambar, “No photo please…” :P

IMG_4574 This is for you, baby! nanti kite main sama2.. :)

Note: JCard Day Jusco Taman Maluri will be held on 13th – 14th January 2010.. InsyaAllah, aku akan pergi a few days earlier untuk survey ada tak barang yang aku nak.. Kalau takde, kirim salam aku nak pegi bersesak2.. Baik kite shopping tempat lain.. sebab 14th January, Negeri Sembilan cuti.. untung2 aku keje sini.. hehe.. 

Wednesday, December 23, 2009

Bila Perut Semakin Membesar…

Dah masuk six-and-a-half months of pregnancy ni, banyak perubahan yang aku alami.. Dari segi fizikal tu, jangan cakaplah.. banyak beza dari dulu.. Sekarang, aku gain 10kg dari berat asal.. boleh nampaklah, pipi, pinggang semua mengembang.. hehe..

Bila perutku semakin membesar….

  • aku cepat rasa letih bila banyak berjalan..especially selepas makan.. berjalan boleh laju seperti biasa, tapi, banyak pit-stop nya.. hihi.. panjat tangga pun rasa mengah..
  • tidur tak selesa.. tak tau nak pusing ke kiri ke, ke kanan ke untuk posisi yang selesa.. kadang2, terlentang aje.. 
  • aku dapat rasa baby banyak bergerak sekarang.. time aku berdiri, bawak kereta, cuci pinggan, tak kira masa lah.. ketawa kecil aku dibuatnya.. tapi, bile papa dia nak rasa gerakan, baby senyap aje.. hehe..
  • duduk lama akan membuatkan pinggang cepat rasa sakit.. aku selalu alas bantal bila bersandar bila duduk atas lantai.. kurang sikit backpain..
  • kena lebih berhati2 bila berjalan di tempat ramai orang.. karang ada yang berlaga dengan perut aku ni.. hehe.. lagi satu, bila basuh pinggan kat sinki tu kena beware sikit, perut selalu terkena sinki..
  • susah dah nak mencangkung.. so, kena opt for toilet jenis duduk tu.. kehkehkeh..
  • tak boleh dah meniarap.. actually, aku suka meniarap bila buat keje atas lantai, atas katil.. so, bile tak boleh meniarap ni, aku mengiring ajelah.. :P
  • time sujud agak susah sikit.. kena adjust kaki supaya kedudukan perut tak kena kaki.. nak bangun pun agak perlahan..
  • kalau dah start duduk, aku rasa malas nak bangun.. berat punggung.. hehe..
  • erm, last but not least, bila perut semakin membesar, SELERAku juga semakin besar!! huhu..

Tapi, tak mengapa.. kesulitan yang aku alami ni, sementara aje.. everything will be back to normal selepas baby lahir nanti.. These experiences are really worth it!!

Monday, December 21, 2009

JCard Day Jusco Cheras Selatan…

Hari ni dan esok (22nd – 23rd December 2009) merupakan JCard Day kat Jusco Cheras Selatan.. Since dekat dengan rumah, me and my hubby plan nak pegi sana malam ni.. Aku expect jalan mesti jam punya.. So, aku cadang nak naik motor aje.. takpe kot, bawak perlahan2.. harap tak hujan malam ni..

Tujuan utama nak pegi cari lagi barang2 untuk baby.. aku takde buat list pun, but, in my mind dah set nak beli bottle sterilizer and warmer.. yang lain tu, kalau ada offer menarik, kat sana karang baru kitorang decide.. :P

Apa yang bagus tentang JCard Day ni? Actually, takde beza dengan sales2 biasa.. Cuma bagi certain item yang tak pernah ada discount kat mana2, inilah masanya untuk dapatkan diskaun.. Walaupun tak banyak, kalau lebih murah dari tempat lain, kan lebih bagus.. hehe.. Lagi satu, aku suka dapat free RM10 voucher bile spend RM100..

Note: Nak tunggu Bonuslink Member’s Day on the 30th Dec 2009 kat Parkson.. Yang itu, nak beli barang untuk mama baby pulak :)

Kedai Barang Hantaran Murah di Chow Kit..

Hujung tahun dan cuti sekolah macam sekarang ni merupakan musim orang kahwin.. dan yang bertunang pun, ramai juga.. Tak lupa, musim budak2 lelaki berkhatan.. hihihi.. Semua pun buat time cuti sekolah, manalah jalan tak jem every weekend.. Tapi, bukan ini yang aku nak bincangkan kat sini.. :P

Aku just nak share tempat kat mana boleh beli barang2 buat hantaran dengan harga berpatutan.. Bercakap tentang kahwin, tunang, memanglah kena keluar duit.. kalau nak yang grand2, modal pun tentulah grand.. tapi, kalau rasa boleh buat hantaran sendiri (DIY) atau ada ahli keluarga yang boleh buatkan, that is even better… jimat pun, jimat :) Aku ni, mujur ada adik laki yang boleh tolong buatkan hantaran tunang dan kahwin, kalau tak, kena upah kat orang lain jawabnya.. kos upah pun makan ratus2 hengget jugak… Untuk hantaran tunang and hantaran kahwin aku, kebanyakan barang2 hiasan aku beli kat Chow Kit ni. Aku dah survey2 kat Nilai, Jalan TAR or Jalan Masjid India , tapi, can’t beat the price yang tokei kedai ni bagi.. siap boleh tawar-menawar lagi.. Kat Nilai, ada kedai yang harga tetap, so tak bolehlah nak buat apa.. just take it or leave it..

Oh ya, tempat yang aku nak cerita ni, terletak kat pasar Chow Kit.. Dah nama pasar, jangan la expect tempatnya glowing and shining2 dengan dim light whatsoever.. hehe.. Chow Kit ni besar, jadi mana lah letaknya kedai yang aku maksudkan?? First of all, cari dulu Balai Polis Jalan Raja Bot.. kalau takde GPS, ringankan mulut bertanya kat siapa2.. tentu tak sesat, punya..

Picture 214Orang jual murtabak dan roti bakar ni, sebagai landmark kedua, betul2 sebelah balai polis... Owh, murtabak kat situ not bad at all, by the way.. :)

Dah jumpa stall murtabak tu, terus masuk lorong kat situ.. turun tangga sikit and terus ikut kanan.. kat situ boleh nampak kedai2 di sebelah kiri yang jual alas2 meja plastik, pastu ada jual jeruk2, cikedis (lama x guna perkataan ni.. hiks..).. jalan lagi sampai lah jumpa Kedai Bunga Vivian ni..

Picture 211

Di sinilah tempatnya untuk cari2 segala keperluan dari bakul2, artificial flowers, riben2, bunga telur, doorgifts bagai.. Kalau beli, jangan lupa bargain, ok! Every year aku datang sini.. last year Epit kahwin, hari tu aku yang kahwin, next year, turn Tasha pulak.. So, ni datang nak beli barang untuk tunang dulu.. Nak kahwin nanti, datang lagi..

Picture 199

Picture 201 Picture 203

Macam2 design bunga telur ada.. nak yang mahal ada, murah pun ada.. semua bergantung kepada pitih masing2.. Kat SSF pun, bunga telur dia cantik2.. harga paling murah dalam RM1.20 sebatang.. Kalau nak beli riben, mahal la sikit.. sometimes, cari kat tempat lain, takde design yang sama.. nak ikut tema punya fasal, terpaksa la beli jugak macam riben hitam aku guna tu.. :P

Picture 207

Kalau beli barang kat kedai ni, pekerja dia boleh ajar camne nak buat reben, nak gubah bunga camne.. diorang jugak ada amik tempahan untuk buatkan hantaran skali.. kena beli barang kat kedai ni, tapi, aku tak tau la berapa kena charge.. Untuk doorgift pulak, kan sekarang ni ada macam2 jenis, so, kat sini bolehlah tengok design ada.. kalau rasa ada design sendiri, atau nak kaler gitu gini, bagitau aje, diorang boleh buatkan…

Picture 212Banyak artificial flowers.. Murah2 harganya.. kalau kreatif, yang murah pun boleh nampak mahal, tau!

Jalan selang sebuah kedai lagi, akan jumpa kedai Mow Fong Trading, kepunyaan tokey yang sama.. Yang tengah pun ada kedai camni jugak, tapi, mahal sikit.. harga dia pun tak dapat kurang banyak..

Picture 210

So, apalagi, siapa yang masih cari2 tak tau nak beli barang2 hantaran kat mana, boleh try pegi kedai ni.. Aku takde untung apa2 pun tolong promote kat sini… hihiihi..

Sunday, December 20, 2009

Berkongsi Kereta Amalan Mulia..

Starting 2 minggu lepas, aku ada lagi seorang kawan baru untuk berkongsi kereta ke ofis.. He is a new hire in the company.. Chinese guy named Ong.. memang banyak ONG woo.. hehe.. Dia duduk area Jusco Cheras Selatan sana..

As I mention in my earlier post, bila carpool ni aku dapat jimat almost 50% of the travel cost; petrol and toll.. Sekarang ni, bile dah bertiga, lagi la jimat, kan?… I pay around 1/3 of the spending.. Yes, maybe sometimes tak dapat carpool sebab ada hal tertentu yang tak dapat elak seperti MC, ada appointment etc, but still I can save here..

Bila dah bertiga kongsi kereta ni, banyak kebaikannya..

  1. Yang penting, save.. save.. save..
  2. Kawan yang seorang lagi ni lelaki, jadi bolehlah jadi harapan untuk mintak tolong kalau ada apa2 emergency nanti.. Kan kawan aku pun pregnant dan due lebih kurang timing sama dengan aku.. karang kalau dua2 dah nak bersalin, ada jugak yang boleh dimintak tolong.. hehe..
  3. Kurang sikit penat.. Ye, memang letih! bayangkan kalau hari2 drive sendiri dari Balakong-Senawang-Balakong, mula2 oklah sebulan dua.. kalau bertahun ulang alik drive sendiri, flat la jawabnya.. tu yang lepas masak and dinner, duduk melepek je depan tv.. hihi..
  4. Biasanya, time diorang drive, aku duduk belakang.. diorang borak2, aku boleh tido.. :P Yelah, kalau berdua aje, akulah jadi teman borak…
  5. Dari segi maintenance kereta, jimat jugak.. kalau drive hari2, tak sampai 2 bulan dah kena pergi service.. skrg ni, service 3 bulan sekali.. Tayar kereta pun tak perlu tukar selalu..
  6. Nanti, bile nak dekat due date, maybe kitorang yang pregnant ni tak akan drive lagi.. So, kitorang bayar ajelah kat Ong, he will drive us everyday to work.. kan bagus tu :)

Setakat ni, takde problem carpool dengan kawan2 aku ni.. Normallah kalau ada cons sikit, contohnya:

  1. Dari segi timing.. Especially masa balik keje.. aku ni jenis punctual hehe.. kul 5.30pm, dah start nak cabut.. tapi, bile ada kawan lain, kenalah tunggu diorang.. So, kitorang dah sepakat, boleh tunggu until 6.00pm aje.. kalau tak, kena bagitau awal2 so that bile hari yang tak perlu carpool..
  2. Let say ada emergency seperti sakit, kena balik awal ke atau macam hari tu kereta kawan aku ada problem, kena fikirlah option lain untuk balik sendiri.. susah jugak tu.. tapi, this one not happen that frequent lah, hopefully..
  3. Takleh “masuk” dengan geng carpool.. luckily, takde rasa tak selesa dengan diorang ni.. so, no problem with this…

Jadi, berkongsi kereta lah, ye kawan2.. Kurangkan sesak sikit especially kat KL ni.. serabut sangat kalau kena drive time peak hour.. I wonder what will happen to the traffic flow dalam masa 5 hingga 10 tahun lagi.. too many vehicles on the road and traffic jam everywhere! (sekarang ni pun dah sesak gile).. nak keluar rumah, kena fikir banyak kali.. huhu..

Note: Aku selalu fikir orang yang pakai kereta Smart For 2 tu, kedekut nak share kereta atau tak nak bagi orang lain tumpang.. kehkehkeh..

Thursday, December 17, 2009

She Has Grown Up Very Fast..

Picture 0564 months ago.. She was a tiny little baby who can’t do anything accept lying awake, sleeping and crying when hungry..

Picture 192 Now, after 4 months.. Marissa dah pandai meniarap at 3 month++.. She will smile and response when people tease her.. This botak girl is very active.. Tapi, kesian dia sakit mata.. sepet sebelah mata.. hehe.. Gara2  berjangkit dengan Mak Su dialah ni.. sikit2 datang dekat2 pastu cium2.. Harap dah baik dah sekarang ni.. 

Picture 188With Aunty Sofia @ Mak Su.. 

Picture 190Suka betul menjelir lidah.. :P

Info: Bila baby sakit mata ni, tak sampai hati tengok dia menangis.. Mata pun selalu penuh dengan tahi mata dan berair.. Memang tak selesa sebab mata gatal and sometimes rasa pedih.. Orang tua pun tak tahan, inikan pulak baby.. Selain bawak pegi klinik atau berubat dengan ubat moden, ada jugak petua ubati sakit mata ni.. Caranya, guna susu badan/susu ibu dan titiskan kat mata baby.. InsyaAllah, boleh baik..