Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

Monday, November 24, 2014

Pindah…

We have officially moved in to our new house.. Sudah seminggu dah.. I thought the packing part paling susah, rupanya nak unpack barang pun satu hal.. huhu.. Slowly but steadily, InsyaAllah.. Dahlah lepas je pindah aku terus ke Kelantan, memang tak sempatlah nak kemas beria…

3081 
Sedih bila mengenangkan nak pindah.. 4 tahun di situ, susah senang, built up our small family, we were really touched.. We will keep the house for our children.. Takde niat nak jual buat masa ni..

3084

For the time being, just nak kemas-kemas and cuci-cuci before we advertise for rental.. Harap sangat dapat tenant yang bertanggungjawab, boleh jaga rumah macam rumah sendiri..

Banyak hutang entry fasal renovation.. Later lah ye.. Bila ada masa dan ada mood… hehe..

Monday, April 1, 2013

Organizing Clothes…

IMG_9157
Before and After.. Apasal makin sikit bajunya? Shhhhh… New clothes are coming in.. Smile with tongue out

Balik dari outstation, baju setimbun atas katil.. Lipat-lipat baju Haikal, almari dah tak muat dah.. Banyak baju yang dah kecik untuk dia..  Bila baju dah tinggi, yang bawah baju kecik-kecik, sengetlah susunan.. Tak boleh jadi ni, makin biar, makin sakit mata menengoknya..

Sementara mood tengah rajin, aku bersemangatlah beli bekas-bekas untuk letak baju.. Murah saja di Daiso RM5 sebuah.. Macam-macam bekas aku beli, semua kononnya untuk organize things termasuk sudu garpu, senduk dan sudip dalam drawer.. Barulah sedap mata memandang.. Nanti nak kemas almari aku dan hubby pulak.. Beware kalau ada baju yang tiba-tiba hilang dari pandangan.. huhu.. Hubby lah, Baju dah buruk pun sayang..

Tuesday, July 31, 2012

Shopping From The US..

Diam tak diam, bulan July saja 4 batches of Gymboree order aku dah submit.. I believe, semua pun shopping untuk raya yang akan menjelma.. hehe. So, cukuplah dulu buat masa ni.. Kepada sesiapa yang tak sempat tu, sorry ye.. Aku tak tunggu, sebab bila order dah penuh, aku terus submit..

Okay, enough about that.. Baru-baru ni, kawan aku Qistin went to US for business trip.. Awal-awal dia dah tanya aku, nak pesan apa-apa tak? Kalau ikutkan hati, segala benda nak pesan, tapi apakan daya, budget was the main concern.. huhu.. Pening jugak nak list barang yang aku nak.. Dalam list siap bagi option, kalau takde barang A, aku nak barang B.. Yelah, kot kalau tak jumpa barang aku nak, takkanlah dia balik tangan kosong, ngangalah aku.. haha..

After puas fikir-fikir, inilah dia barang-barangnya.. I am a happy camper! hehe..

IMG_2327
Coach Tote and Fossil Drawstring handbag.. 

IMG_2358
Jam and perfume raya.. Ngam ngam je perfume aku nak abis, so mintak Kid belikan, Burberry Brit Sheer.. Love the scent.. :)

Kenapa jam sampai 2? hihi.. Tamak! Dalam list, aku bagi 2 option jam.. Kawan aku cakap, jam yang kiri tu elegant.. And aku suka jam yang kanan.. So, aku cakap kat dia, kalau jam kiri below $100, amik dua-dua.. kehkehkeh.. Ada 2 jam lah aku, boleh pakai dua-dua tangan.. LOL..

Tak lupa, order Corelle juga…

IMG_2330
Corelle are super cheap in US.. Bought 2 sets untuk kegunaan seharian.. My hubby menyesal tak beli banyak lagi.. hehe.. Takpelah, lain kali pulak..

IMG_2331
Corelle Classic CafĂ© – Red.. Yang Simple Line design, my hubby sayang nak guna.. hihi.. Okaylah, janji dia yang bayar, I have no problem.. hehe..

Sangat excited tengok barang-barang lain Kid tunjuk yang dia beli.. I can’t imagine myself kalau dapat ke US.. hihi.. My company, bila nak hantar saya pergi kerja kat US? Haha.. Dalam mimpi, Ulu Selangor bolehlah.. Smile with tongue out

Tuesday, July 10, 2012

Ukuran Langsir Rumah..

This entry is meant for me yang selalu lupa mana simpan kertas-kertas, resit, records etc.. Hehe.. Duit pun selalu lupa, tahu tak! Tahu-tahu bila iron seluar ada RM50 dalam tu.. Yahoo..

Sepatutnya resit langsir dulu (ada ukuran) aku simpan, tapi bila cari-cari balik dah tak jumpa.. Kecewa betul, kena ukur balik *___*

Letak dalam blog, nanti nak guna just google blog sendiri hehe..


Nampak kot tulisan aku ni? :P

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 29, 2012

Drawers Cabinet That Do Wonders!

Setiap kali masuk bahagian dapur, mata mesti ternampak INI!

IMG_1158 Hari-hari tengok ni, dengan barang-barang especially buku2 dan surat2 menimbum, mataku rasa sakit.. huhu.. Itu belum masuk macam-macam beg kat situ.. Haikal punya beg pun termasuk skali..

Sekian lama bertahan, akhirnya kitorang melangkah jugak ke Ikea last 2 weeks.. Cari drawer atau cabinet yang berkenan.. Malangnya time tu, barang yang dihajati dah abis stock.. Terkilan sungguh!

So last Sunday, pagi-pagi dah call Ikea tanya stock ada ke tidak.. Siap-siap, kitorang terus ke sana, sebelum ke kenduri kahwin kawan.. Aku masuk dengan Haikal berdua, my hubby parking kat luar, tunggu kat tepi sebab malas masuk parking time school holiday begini..

Without further delay, terus masuk, amik trolley dan terus ke rak cari barang.. Tapi, dengan kehadiran Haikal, agak delay jugaklah.. Budak kecik ni suka joget-joget tak reti diam, melambatkan pergerakan.. haha.. Takut kena langgar dengan trolley orang je..

ikea

Time papa dia nak install cabinet, time tulah dia sibuk jugak nak bukak manual, belek-belek skru, papan-papan tu.. Haish.. Tak boleh tahan!

haikal

9psqv0 
Ikat duduk dalam high chair.. Melalak jugak! huhu.. Terus bawak masuk bilik dengan mama skali tertidur.. hihi..

Aku bangun tidur, my hubby tak siap lagi install.. Memang payah nak pasang.. Lucky ada drill, so part mengskru tu agak mudah.. Kalau tak, sakit-sakit tangan jugak mengerjakannya.. Bagi orang tak sabar macam aku, alamat upah orang suruh pasang.. hihi..

Inilah dia hasilnya!

IMG_1159 Tersorok segala timbunan-timbunan yg kelihatan.. haha.. Tupperware memang purposely ada di situ.. My signature tu.. LOL..

brimnes
Sebelum & Selepas.. Smile with tongue out BRIMNES 4-chest drawers cabinet..

IMG_1160
Overall view.. Suka kaler putih, tapi janganlah Haikal makan nasi lauk kuah kicap, ditepeknya tangan kat situ.. huhuhu..

Bangun dari tidur, Haikal buat spot check.. Tak puas hati, dikeluarkan semua beg-beg.. kehkehkeh..

IMG_1170
Atas tu letaklah frame-frame kecik-kecik.. Bolehlah cuci gambar lagi beberapa keping, boleh letak atas tu.. Agak tinggi, Haikal tak boleh capai..

Tuesday, January 31, 2012

After 1 Year Of Moving In…

Tepat 26 Disember bulan lepas, genaplah 1 tahun kitorang duduk di rumah ini..

DSC_00890

Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat duduk di rumah sendiri.. Tak perlu nak menyewa.. Sekurang-kurangnya duit tak rasa bazir bayar duduk kat rumah yang bukan milik kita..

Sepanjang setahun, everything is still in place.. Gedegang-gedegung Haikal tutup gate, it is still okay in its position.. Alignment tak lari lagi.. hehe.. Barang-barang elektrik pun masih okay.. Which I don’t worry so much because mostly have 3 years of warranty.. :) Kitchen cabinet, wardrobe pun dalam keadaan baik.. Cuma kat kitchen cabinet yang glass door tu, dia punya soft close hinge dah tak berfungsi dengan baik.. Kena letak elok-elok.. Kalau main lepas aje, alamat berdentumlah jawabnya.. huhu.. Tiles dapur masih putih, sebab setiap kali masak aku lap.. Or sometimes my husband tolong lap.. :) Yeah, it is about how we maintain it.. Kalau tak, memang confirm berkeladak..

Satu jelah, duduk rumah berdepan dengan jalan raya besar ni, habuk sangat banyak.. huhu.. Most of the time, aku tutup pintu je.. Nak elak Haikal memanjat grill pun, iye jugak :P Tapi, yang bagusnya rumah tak menghadap rumah orang.. Seriously sangat congested depan rumah sebab banyak kereta parking kat luar, sampaikan nak lalu pun payah..

Selepas setahun, what else to do? My answer is I need new curtain! Dah setahun pakai wooo, maunya hitam kalau rendam.. hihi..

Sunday, October 16, 2011

Our House Awning…

Setelah lama tertangguh, baru ni dapat update tentang awning rumah.. ;)

Seperti biasa, sebelum decide nak guna contractor mana, banyaklah survey2 dijalankan.. Itu semua urusan my husband.. Tugas aku ialah pilih colour aje.. hehe.. My hubby search using google cari contractor.. Yang kelakar bila type “awning”, banyak keluar tudung awning.. haha.. Ada jugak tanya dengan our contractor yang buat grill dulu.. But, of course a little bit pricey.. Cuma, I am sure kerja dia memang tip top.. My hubby cakap try cari yang lainlah, maybe boleh dapat murah.. Aku cakap okay aje, asalkan dengan Chinese.. hihi.. Bias kan, aku?

Cari punya cari, bertemulah dengan this one contractor.. Nama company Seng Chuan Engineering & Construction.. My hubby call, terus dia datang rumah during weekend untuk ukur.. Serius lama giler dia buat calculation.. More than 3 hours kot.. Kitorang pasang awning kat depan rumah, bahagian tepi dan bahagian belakang.. Setelah discuss dan sesi tawar menawar, dapat harga yang berpatutan.. My hubby puas hati, tapi at the same time risau jugak macam mana hasil kerja contractor tu.. Sebab tak pernah tengok pun contoh2 kerja dia sebelum ni..

After 2 weeks, the contractor datang 2 hari untuk siapkan kerja2 memasang awning ni.. Tak sangka pulak aku sangat rumit kerjanya.. huhu..

Mula-mula pasang kat bahagian belakang rumah.. Kitorang pilih yang jenis biasa je.. Yelah, bahagian belakang aje, tak payah nak spend mahal-mahal..

IMG_3312 Sebelum..

IMG_3319

IMG_3318

Lepas ni dah tak tempias lagi masa hujan.. ;) Kat sebelah tepi kanan tu, purposely letak rendah sikit sebab kalau sidai baju baju ke, tak tempias lebih-lebih.. Tapi, akankah aku sidai baju di situ? hehe.. Kena ada orang temanlah, aku dahlah penakut.. hihi..

Then, awning untuk bahagian tepi rumah.. Kat sini kononnya nak buat mini garden.. Tapi selagi takde awning, alamat berlecaklah tanah kat tepi tu..

IMG_3306

IMG_3310

IMG_3423

IMG_3421

IMG_3422 Inilah rupa awning yang dah siap.. Amik transparent colour so that rumah tak gelap.. Matahari boleh tembus.. So lepas ni, bolehlah nak buat mini garden.. hehe..

Lastly, awning untuk car porch.. This is what I like the most.. Suka sangat dengan hasilnya yang solid dan kemas.. Even the S-curve tu nampak cantik, melentik.. kehkeh… Contractor tu cakap dia buat khas, lain dari yang kitorang tengok kat kawasan perumahan ni.. Memang betul pun, kitorang dah round tengok kat rumah orang lain.. hihi..

IMG_3366

IMG_3367

IMG_3368

IMG_3365 Pilih colour blue green.. Lucky pilih colour ni. Kalau warna coklat, rumah nampak gelap..

Overall, kitorang sangat puas hati dengan hasil kerja this contractor.. Harga pun berbaloi-baloi.. Let say kalau ada yang plan nak buat awning, boleh consider this contractor.. This is his contact number:

Seng Chuan Engineering & Construction
No. Handphone: 012-3771784

Good information are meant to be shared, right? Winking smile

Sunday, October 2, 2011

Rumahku Sudah Teduh..

Macam tajuk cerpen, aje.. hehe..

I will update about it later once I got back from Kuantan.. Sebab takde full photo lagi.. ;P

IMG_3325 Gambar ni pun masa belum siap sepenuhnya lagi..

I love sharing something good here.. “Good” in term of the contractor, reasonable price and satisfying outcome.. Kalau buat entah apa-apa, aku pun tak berani recommend.. Nanti orang complain kat aku balik.. hehe.. I also received emails and comments asking me about kitchen cabinet, table top, curtains so on and so forth.. Apa-apa yang boleh share, aku akan share.. On the other hand, I was so happy when one of my contractors said that he got many jobs because I share about his good work online.. Winking smileI will story about this too later..

Pss.. I’m on my way to Kuantan..

Tuesday, September 13, 2011

Corelle Simple Lines…

I’ve been eyeing these since long ago.. Selalu browse kat internet.. Bila jalan kat shopping complex selalu survey2 jugak, tapi setakat tengok2 jelah.. Kat sini harga mahal.. Lagipun, design yang aku minat, takde jual kat sini.. 

Setelah sekian lama, baru dapat last weekend.. Thanks to my hubby.. :)

IMG_3134 Simple Lines.. Love it to bits! Aku suka square pattern macam ni..

My husband pesan kat kawan dia yang beraya kat Australia baru-baru ni.. Kat sana, kawan dia belikan.. Dia siap cakap tak beli kat warehouse, but, that was okay.. Harga still tak mahal sangat...

IMG_3135

IMG_3137 Siap-siap susun masuk cabinet :) Rasa sayang nak guna.. Tapi, kalau beli untuk simpan aje, nak buat apa, kan? hehe..

Sebab pesan beli set Correle Simple Lines nilah, aku pilih design yang ala-ala sama untuk tea set aku yang beli kat Macy tu.. Black and white, with simple stripes..

Okay, tutup dulu list nak beli pinggan mangkuk.. Takut nanti tak tahu nak simpan mana..

Wednesday, September 7, 2011

Tea Set From Macy..

Percaya tak selama aku duduk 2 tahun lebih kat sini, tak pernah jejak kaki ke Macy (Wisma Minlon) ni.. Padahal hari-hari lalu depan tu.. Selalu tengok banner sales bila tiba musim jualan mega.. Siap dengan clearance sales semua, tapi kaki ni tak terasa nak melangkah ke sana.. Balik-balik ke Ikea cari barang rumah..

Alkisahnya begini, rumah aku takde tea set yang complete.. Piring pecah, jug pecah.. Semua angkara anak bujang aku.. huhu.. So, sempena nak raya ni, nak carilah set baru.. Merata pusing, survey2.. Kat Macy ni baru jumpa yang berkenan dan harga taklah mahal sangat.. Tengok Luminarc, cawan set sahaja dah RM199, belum masuk teko.. Terus simpan niat.. hehe.. Correlle apatah lagi, kan? Smile with tongue out

IMG_2978 Anak beranak bergandingan tangan.. Winking smile

Banyak jugak barang2 dapur kat Macy ni.. Kitorang round area ni je.. Bahagian langsir, perabot semua tak masuk pun..

IMG_2979

IMG_2981 

Round-round, terjumpa yang berkenan.. Simple stripes design like this.. Ada 20% discount.. Jug dia jual asing.. Nasib baik ada design yang sama..

IMG_2982

IMG_2983 Check before you go!

IMG_2984 Okay tak? Aku suka simple-simple gini.. Not into flowery design macam English style..

IMG_3113  Balik rumah cuci dan simpan.. Nanti orang datang beraya baru keluarkan.. hehe.. Apalagi, hidang air Nescafe lah! My hubby’s favourite.. hihi..

Sekarang baru rasa nak pergi Macy lagi.. Nak tengok barang lain pulak especially langsir.. Nak compare dengan tempat aku beli langsir dulu.. hehe..

Note: Hari raya ni, banyak rumah hidang air gas.. Mesti sebab malas bancuh air banyak kali.. hihi.. Air gas F&N is the best! Smile with tongue out

Thursday, July 28, 2011

Bathroom’s Sliding Door..

Should I use bathroom or toilet? hehe.. Bathroom is more proper, kan? :)

Dah lama tak update fasal rumah.. Okay, this time update tentang sliding door untuk pintu bilik air pulak.. We went to HOMEDEC 2011 last May dan kat situ jumpa sliding door yang kitorang cari dengan harga yang berpatutan.. Satu pintu harga RM300 for plain colour.. Nak corak2 atau design, tambah RM20 each… We have asked few others booth, and this one seller offered us better price.. Kitorang tukar 2 pintu, satu di dapur dan satu lagi kat master bedroom..

Memang kena tukar pun pintu bilik air kat rumah aku ni.. Sebab pintu yang developer bagi tu jenis pintu biasa.. Tau jelah, bilik air kecik sekangkang kera, bila bukak pintu, makan banyak space.. Nak masuk bilik air kat dapur tu kena mengiring pulak dah.. So, the best solution, tukar kepada sliding door yang lebih compact begini..

Oh ya, after few days of booking kat HOMEDEC, a chinese guy datang rumah untuk buat ukuran sebenar pintu.. Then, they took about 2 weeks untuk siapkan… And, inilah rupanya our bathroom’s sliding door..

IMG_2700 Both doors use the same design like this.. We choose design yang kena dengan konsep rumah yang lebih banyak kaler hitam, grey dan putih ;P

IMG_2701 My model.. Macam nak menari je.. hehe.. Sebenarnya Haikal cuba nak berdiri masa ni..

IMG_2702 Making cute face.. Now, bila mama cakap nak amik gambar, he will show his excited face like this atau mata berkelip-kelip.. Geram!

Itu dulu setakat ni.. Ada update lain, next time pulak yer.. Macam nilah kitorang, buat sikit2.. Nak sekali harung, banyak pulak modalnya.. hehe.. Erm, bila boleh buat awning ni? Doakan murah rezeki ye.. :)

Perasan tak kebanyakan kerja-kerja kat rumah aku, aku selalu amik khidmat orang berbangsa Cina.. Based on experience aku tengok kat rumah mak aku, bagi orang Indon or orang Melayu ni, kerja macam sambil lewa.. Sekejap je dah jahanam.. Lagi-lagi wiring dalam rumah, janganlah bagi Indon.. Diorang tak mahir tentang sistem elektrik kite ni.. huhu.. Bila ada something tak kena, memang payahlah nak panggil balik datang betulkan.. Orang Melayu pun kadang-kadang macam nak kenakan orang Melayu je, tapi bukan semualah...Ada yang charge mahal, tapi kerja tak halus.. Kalau kite cakap macam-macam, dia marah cakap taknak support orang Melayu.. Tapi, kerja tak bagus, mana orang tak complaint, betul tak? As the best options, I like to deal with Chinese.. Honestly.. Memang mahal sikit, tapi puas hati.. Kalau complaint, they wont take it personally, tapi datang balik ke rumah untuk betulkan apa yang tak betul tu.. This is just my personal opinion, sebab ada yang pernah tanya aku fasal benda ni.. But, of everything, the choice is yours.. :P