Showing posts with label 2nd home. Show all posts
Showing posts with label 2nd home. Show all posts

Sunday, August 14, 2016

Bunga Dari SSF…

Suka bunga, tapi tak reti jaga kalau bunga hidup… So bunga plastic it is!

Banyak-banyak tempat pergi, paling suka bunga di SSF.. Mahal sikit compare kat Ikea, Kaison etc.. Boleh tahan setahun, kira oklah kan? Hehe.. Setahun sekali baru ubah new look..

IMG_7812
Hydrangea di dapur… Tanam sepasu, mati tak berbunga pun.. haha.. Sedih..

IMG_7955
Tulips on my dining table..

Tuesday, April 21, 2015

Laundry Area…

Kawan-kawan makin rajin menulis.. Marilah kita menulis sikit.. haha..

Nak cerita fasal laundry area.. This is part of our house extension.. 8 kaki panjang area ni, kira sampai hujung.. Urusan kain baju cuci, keringkan (kalau hari hujan), lipat dan iron semua kat sini.. Tapi aku selalu mengelat, tak larat nak berdiri sambil lipat, aku bawak naik atas lipat.. :P Aku lebih suka melipat baju dengan tenang, tanpa anak bergayut-gayut kat kaki.. haha..

1786 3D drawing of the laundry area..

2729 Ni rupa dah siap.. Cabinet dapur warna putih, so kat sini pun kami pilih warna putih juga.. nampak fresh and clean.. Material ialah acrylic with combination of solid surface top..

Thinking to put sliding door untuk pisahkan dengan kitchen, tapi macam rasa lapang je kalau takde pintu.. So, kekal with this look dululah..

Cabinet bahagian bawah, simpan bahan pencuci untuk kegunaan harian.. Yang bahagian atas simpan toiletries..

084Ni contoh..  Stock pencuci, sabun, towels, shower gels, berus gigi, kitchen towels disimpan dalam cabinet di laundry area ni.. 

2738Extra sink here.. Bagus, memudahkan kerja juga.. Baju-baju kotor terkena poopoo hariz ke, muntah ke, cuci-cuci dulu kat sini sebelum masukkan dalam mesin basuh.. Aku pun senang cebok Hariz kat sini.. haha..

2736
10kg washer.. Yang sebelah tu, dryer 6kg..

194 Beberapa bulan dah pindah, keadaannya begini.. Tepi tu aku letak drying racks untuk toskan pinggan mangkuk, cawan segala.. Bila dah kering, aku simpan dalam drawer.. Rasa-rasa semak bila orang datang, tutup saja blinds dapur tu.. hehe.. So kat bahagian kitchen, takdelah barang sepah-sepah atas table top selain pencuci pinggan mangkuk dan periuk nasi, cerek, bekas air at the other side.. Aku tak suka banyak barang atas table top.. Yang lain semua simpan dalam cabinet, bekas garam etc.. Nanti in next post share fasal kitchen storage pulak.. Tunggu naa…

196 White bins tu untuk separate baju kecik dan baju besar.. Sila dapatkan di Ikea.. haha.

Oh, by the way, baju yang dah dibasuh, aku jemur kat luar rumah.. Dah try jemur kat dalam ni, rasa tak puas.. Bau tak berapa best..

Sekian sahaja kisah laundry area..

Friday, January 16, 2015

Kitchen Cabinet By Sliderdrobe…

From our experience (dan seorang kawanku – yang kenal melalui kitorang), we strongly DO NOT recommend this company - Sliderdrobe! huhu.. Sorry.. Malas cerita the problem, nak cite fasal kitchen aje.. hehe

Design and arrangement of the appliances memang dah plan awal-awal.. More than a year ahead! Cakaplah semangat ke apa, dah kami memang macam tu.. hihi.. We want it to be perfect (at least to our eyes lah).. Ada masa juga untuk save $$$$.. 

Banyaklah aku browse gambar-gambar kitchen.. Especially in Pinterest, Houzz and sometimes beli magazine.. Ini salah satu contohnya.. I’m so in love with the marble top.. Terus simpan niat I want! I want! haha..

040

Ni contoh gambar 3D dapur:

927Straight line design.. Simple sebab aku teringin sangat nak ada island kat dapur.. So, tak perlu cabinet fancy-fancy keliling dapur..

924 With an island, my kitchen will look like this..

Cabinet installation sepatutnya amik masa dalam 2 weeks plus, tapi sudah drag sampai sebulan lebih.. Gasaklah, benda dah lepas cabinet pun dah siap.. So, sekali lagi, not recommended… LOL..

1964 Larder unit..

1967 We chose Blum mechanism for whole kitchen, except for baking area (save budget)..

2208 Base for the island.. Saiz island 10 kaki x 4 kaki… Kalau letak bar stools, boleh muat 4 buah kerusi.. Mula-mula plan dulu, saiz dalam 6 kaki x 3 kaki macam tu.. Lepas pecah bilik, tengok boleh pergi up to 10 feet, designer pun suggest biar besar, maximise the space baru cantik.. Kalau kecik je tengah-tengah dapur asal ada, tak meet the purpose of having an island, baik letak meja makan je situ.. So, lepas consider laluan untuk lalu semua, memang ngamlah saiz tu.. Takde isu berlanggar punggung LOL…

2281

2456 Volakas Marble top ni beli dari supplier tiles.. Super love with this! Memang the “highlight” of my kitchen hehe.. Supplier tiles ni memang very nice person.. She helped a lot, design and all.. Dialah yang pilihkan this marble slab for us..

2960 Appliances sudah siap dipasang..

2988

3039 Desicion buat tingkap kat situ is a good desicion ever! haha.. Tak suka tengok table top semak penuh pinggan mangkuk lepas cuci, so melalui tingkap tu, pass ke laundry area.. Drying rack letak kat situ.. Lepas tu, tutup tingkap dengan blinds.. hehe..

3013 Reginox Jumbo sink & Grohe Minta mixer tap..

3093Untuk kitchen hob, kali ni aku nak try pakai jenis stainless steel pulak.. Before this dah try glass.. After 2 months of using, aku suka.. Senang bersihkan lepas masak ;)

This is how my kitchen looks like.. 

2964

138 Spoon Bar Stools beli from moredesign.asia.. Combination black and white..

Yang ini pulak 3D design for my baking area.. Panggil baking area sebab tempat aku simpan barang-barang baking aku..

1783 For this cabinet, guna acrylic material, cheaper option.. Pintu kat glass display tu saja guna spray paint..

045
Kecik je table top situ, with display cabinet just for the purpose nak design lain sikit.. Kalau aku buat full cabinet semua, macam too common and lama2 jadi bosan.. Kalau nak guna mixer ke apa, I still prefer buat kerja kat island..

Later cerita area lain pulak okay :P

Thursday, December 4, 2014

Solarwave Water Heating System…

Sistem ni purposely untuk air panas sahaja… Jangan salah faham dengan yang convert jadi tenaga elektrik pulak.. Yang itu, lain sistem dia..

My husband pilih Solarwave, setelah study and compare beberapa jenama lain.. Time Homedec ke, Perfect Living ke, memang sesuai nak compare sebab mostly ada bukak booth under one roof..

1242

Ideanya supaya boleh jimat elektrik, tak perlu pakai water heater biasa tu.. Yang tu, beli sebiji pun dah RM500+ (with pump).. Mula-mula ni memang banyak sikitlah belanjanya, melibatkan solar system, hack dinding, tambah copper piping.. Tapi, lepas tu dah tak pakai elektrik dah bila nak guna air panas... Air pun Selangor bagi free 20 meter padu.. hehe..
 
Kitorang buat sistem ni untuk shower tap di toilet tingkat atas sahaja.. Tingkat bawah, tak buat sebab tak mahu banyak sangat tukar/tambah piping.. Lagipun, kat dapur bukannya nak pakai air panas pun.. So, toilet tingkat bawah, just beli sebiji water heater aje untuk kegunaan tetamu, maybe.. 

1244

Setelah guna a few weeks ni, memang rasa berbaloilah.. Dahlah mandi tak kira pagi ke, petang ke, aku guna air panas.. :P Those yang plan nak pasang solar system ni, kalau boleh before pindahlah, hacking works ni memang serabutlah kalau ada barang-barang dalam rumah..

Wednesday, September 17, 2014

Square Cushions..

Mood deco rumah sudah sampai, walaupun belum boleh pindah masuk lagi.. hehe.. Bila jalan-jalan kat shopping complex tu, sukalah singgah masuk kedai-kedai barang hiasan rumah.. Selalu tak beli pun sebab kat sini harga biasanya mahal berdentum.. Double or triple the price berbanding beli di “seberang laut”

Sekarang minat aku bertumpu pada tea towels, place mats, alas kaki, cadar dan square cushions ni.. Sikit-sikitlah beli barang untuk rumah.. Tu yang laki bising asyik beli aje.. huhuhu.. Jenuh nak kemas masa pindah nanti Smile with tongue out

007
Ni lawa tengok kat iwannagohome.. Tapi mahal yarabbi, sampai RM169 sebiji.. Maybe sebab embroidered fabric.. Bila mahal macam ni, kirim salamlah nak beli.. hihi.. Sayang duit..

009
Suka sangat, simple.. Photo from Instagram..

Kawan aku sambung belajar kat UK.. Bagus betul, dia rajin layan aku.. Sayang ko, Ernie.. hehe.. So bila dia jalan-jalan tu, kalau teringat aku, dia whatsapp lah tanya nak apa..

011
Ni yang aku pesan.. Mintak aje dia belikan dulu.. Hal shipping ke sini, pandai-pandailah aku cari siapa yang boleh dikirim untuk bawak balik.. Dasar hantu kirim! haha.. Ikutkan hati nak mintak belikan cadar, comforter cover semua.. Smile with tongue out Takpelah, sikit-sikit dulu… hehe..

Tuesday, September 2, 2014

The Balcony..

Sudah 3 bulan berlalu, ini satu-satunya yang dah siap 100%.. Yang lain, banyak lagi tak siap.. One at a time, tapi kadang-kadang aku rasa tak sabar, semua nak cepat.. hehe.. Husband lagilah pening, macam-macam hal.. huhu..

So here I share the photos..

005
Sliding door.. Nanti grill pasang dari dalam for safety reason.. Takpelah kalau off sikit..

093
Tinggal pasang lampu kat dinding tepi ni..

240
Finishing timber flooring pun dah dibuat untuk gap antara timber flooring dan frame pintu.. Kemas aje developer buatkan, sekali dengan defects lain.. Bagus betul, diorang tak charge.. :)

386
Tempered glass for balcony baru je dipasang 2 minggu lepas.. Tiles dah siap pasang dan dah test juga bila hujan lebat air tak bertakung atas lantai selepas hujan.. Penting ni.. Lagi satu, air tak leaking..

Untuk stainless steel railing & glass ni, amik dengan contractor lain.. Inilah hasil dia.. Puas hati sangat.. We got to know the contractor from Homedec ke atau Home & Living Expo.. Banyak sangat pergi exhibition sampai tak ingat yang mana satu LOL.. Kalau berminat boleh refer to igates.com.my Banyak design lagi yang dia ada.. Good thing pergi expo ni, boleh compare harga dengan yang lain.. And we got good price for this..

383
Di sinilah nanti tempat kami lepak-lepak anak beranak.. For future improvement bolehlah tambah kerusi meja untuk bersantai.. hehe..

388
How it looks like from the front of our house…

In next entry, I will story about solar system InsyaAllah.. Smile

Tuesday, August 5, 2014

Renovation In Progress…

Aku selalu update dalam Instagram aje gambar-gambar renovation rumah.. You can also find it using this hashtag #ahzahlhome.. Saja je, bila nak tengok balik, senang cari guna hashtag sahaja.. Nak update blog selalu, payah nak cari masa hehe..

Planning dah start lama dulu, sejak mula-mula beli lagi.. Kitorang selalu bincang nak buat apa kat dapur, extend ke tak, kena pecah bilik ke and macam-macam.. So now the execution part pulak..

Renovation works dah start sebelum puasa lagi.. Sampai sekarang, masih lagi in progress.. So, ni aku share setakat apa yang ada ajelah.. Belum siap sepenuhnya lagi.. In fact, masih banyak lagi yang belum install..

Backyard:

Seperti yang dirancang, kitorang buat extension bahagian belakang rumah.. Bahagian tambahan ni untuk laundry area..

IMG_2329
Gambar asal.. Ada 8 kaki tanah kosong kat belakang ni.. So extend sampai habis.. Tingkap bilik 2 biji tu, guna balik untuk ruang yang yg di-extend tu.. Tingkap bilik air, alih ke tepi sebelah kiri, supaya udara toilet tak masuk dalam laundry area.. hihi..

443
In the making…

117
Inilah rupa dia.. Belum cat lagi.. Bila buat concrete slab macam ni, yang paling penting kena check water proofing dia.. Ada yang complain, air tembus masuk dapur.. Jadi kena check betul-betul masa buat.. Nanti dah pasang plaster ceiling semua, payah pulak kalau bocor.. 

381
Kenapa pintu laundry tu kat tepi?..  Sebabnya kat tepi ni ada lagi satu pintu bilik yang boleh keluar terus ke belakang, so ada laluan (macam dalam gambar tu).. Design dah mcm tu, redha ajelah, terpaksa tambah grill lagi kat situ *___*

Laundry Area:

Bahagian ni untuk letak washing machine, dryer dan ada sinki sebuah, sekali dengan cabinet.. Ingatnya aku nak letak ampaian sekali, senang sidai baju dalam rumah aje.. Pasang kipas full blast, sekejap aje kain2 aku kering hihi..

003
Wiring, piping semua dah siap buat sekali..

379
Tiles dah siap pasang.. Tak nampak sgt colour sebenar sebab belum cuci lagi.. Tingkap kecik tu, tingkap untuk my “baking area”..

Kitchen:

133
Gambar dapur asal.. Kat belah kanan ni, ada 1 bilik yang “terkeluar” sikit..

IMG_1425
Nak luaskan dapur sebab nak letak island kat tengah-tengah, dinding bilik dipecahkan.. Kalau tak pecah, laluan jadi sempit sikit dan terganggu sebab ada dinding bilik tu..

530
Nilah rupa bila dah pecah.. Ada yang tanya, tak sayang ke sacrifice 1 bilik kat situ? Aku rasa takde siapa nak tidur kat dapur kot.. hihi.. Anyway, ada 1 bilik lagi kat dapur ni yang dikekalkan..

143
Tingkap kecik (sebelah kanan) tu yang aku cakap untuk “baking area” tu, supaya cukup pencahayaan kat situ.. Walaupun bukannya baking selalu pun, tapi memang mengidamkan satu area yang aku boleh dedicate untuk baking stuffs aku.. Nanti nak buat concept apa kat situ, bolehlah buat sesuka hati.. hehe..

165
Tiles pasang ikut original code from Niro Granite, sama seperti developer bagi.. Tiles semua husband beli sendiri dari supplier.. Dapat murah sikit masa Homedec hari tu..

056
Wiring untuk dapur dah buat siap-siap ikut marking yang dah dibuat oleh contractor kitchen cabinet.. Marking ni penting supaya di kemudian hari, takde tersalah/tersenget, electrical point tak cukup etc.. Paip untuk air pun dah siap untuk island di tengah-tengah dapur..

300
Table top in progress.. Still prefer to use concrete table top.. Cumanya kali ni, material atas tu, guna Quartz.. Plaster ceiling untuk bahagian cabinet “diturunkan” sikit, so that, bila masuk kitchen cabinet, ngam-ngam kat bawah tu.. Aku berdebar jugak macam mana outcome dia nanti, harap-harap okaylah.. First time buat macam ni sebab ceiling tinggi sangat dan cabinet tu, standard height 8 kaki..

158
Tingkap panjang tu terpaksa tutup satu sebab ganggu tall unit kitchen cabinet nanti.. Sebenarnya, bahagian luar tu, aku nak letak cermin besar kat dining area, tapi tunggu dululah, kena kumpul fund lagi kehkeh..

206

Tunggu siap table top, baru orang kitchen cabinet datang untuk final measurement and aku finalize colour and all.. But for now, my kitchen will be all white.. Susah nak jaga ke tak, itu belakang kira.. hehe.. Laundry area aje tak sure lagi nak colour apa.. Nanti pergi showroom, tengok semua available colours, baru decide, insyaAllah..

382
Luas dapur dalam 20 kaki x 14 kaki kalau tak silap..

Balcony:

032
Balcony asal bersambung dengan rumah sebelah.. Jadi kenalah buat divider, supaya tak ganggu privacy jiran.. Lucky tingkap bilik tu besar dan bila tukar jadi sliding door nanti, tak nampak obvious sangat kitorang ubah kat situ.. Grill akan dipasang kat bahagian dalam bilik.. Kena grill jugak untuk keselamatan.. Tak yakin kalau rumah takde grill, walaupun pasang alarm.. huhu..

IMG_1429
Ni rupa asal tingkap yang nak pecah tu..

298
Kat luar tu tengah buat water proofing..

015
Ni rupa sliding door yang baru dipasang.. Husband purposely request ada 1 line kat pintu tu, so that dia sama design macam tingkap sebelah kiri dan kanan..

004

296
Nanti akan pasang tiles atas ni.. Kononnya nak buat artificial turfing, takut tak reti maintain aje.. Water proofing atas ni pun kena check betul-betul.. Saliran air pun sama, kalau hujan, jangan sampai bertakung atas ni, jadi swimming pool nanti.. LOL..

389
Handrail untuk balcony pun dah siap pasang.. Tinggal tempered glass aje.. Yang baju belang-belang tu, my hubby! Dah macam contractor dah haha.. He can stay there all day long untuk tengok orang buat kerja.. huhu..

012
Tiling works still in progress… Design untuk placement tiles ni semua dibuat oleh supplier tiles.. So far, sangat puas hati dengan service dia..

393
Setiap petang, selepas habis buat kerja, mesti ada orang kemas, sapu/cuci.. My hubby sangat cerewet! haha.. Nasiblah ye, dapat owner macam ni.. Bancuh simen, kena alas papan, buat kerja dalam rumah, kena alas canvas, siap contractor beli canvas baru lagi.. Laminated floor kat atas, semua alas jugak, diorang naik bukak selipar.. hehe.. Lama-lama diorang dah faham kenapa laki aku begini haha..

Plaster Ceiling:

Sebenarnya rumah dah ada complete plaster ceiling developer bagi.. Sebab tak kena dengan concept rumah, kenalah tukar lain.. Duit lagi.. huhu.. Tapi pilih yang simple-simple ajelah.. Tak suka sarat-sarat and complicated, sakit mata aku haha.. Untuk master bedroom pun tukar jadi L-box, pastu railing langsir “simpan” dalam plaster ceiling.. Bilik-bilik lain, buang cornice tepi, bagi plain aje..

119

383
L-box biasa aje.. Ni dining area, aku tengok “longkang” dia besar sangat.. Tak berkenan sebab nampak bulky.. Nanti contractor tu kecikkan jadi 4 inci.. Tunggulah hasil dia nanti macam mana..

Itu sahaja setakat ini.. Banyak lagi tak complete lagi, grill, lampu-lampu and all..

Kontraktor kitorang pilih ialah yang sama buat rumah sekarang ni.. Dah kenal, dah tahu kerja dia macam mana, memang lebih selesa deal dengan dia.. Anything tak puas hati ke, senang nak bincang.. Aku cakap dgn husband, dengan dia yang cerewet macam ni, memang kena cari contractor yang kita kenal.. Kalau tak, mau lari contractor.. Aku, kalau jadi contractor pun, confirm lari.. wakakaka.. That’s why pilih chinese contractor to deal with, complain ke apa, diorang profesional, tak amik hati.. hehe..

Ni nama contractor, in case ada yang berminat..

TIK ANN RENOVATION & DECORATION
G12AGA, Jalan Prima Saujana 2/E, Taman Prima Saujana, 43000, Kajang, Selangor
010-2316220 (Siam) – kitorang deal dengan dia

Sehingga bertemu lagi di next entry.. hehe..