Showing posts with label tv show. Show all posts
Showing posts with label tv show. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

AF9.. What Say You?

Korang tengok tak AF9? Aku ni nak cakap suka sangat dengan AF tu, taklah.. Tapi, asal ada rancangan nyanyi2 aje, aku suka tengok.. Tak kiralah AF ke, Mentor ke, Gangstarz ke semua aku layan.. Tapi sambil tengok sambil jadi juri awam lah.. hehehe..

Ni nak cerita fasal AF9 ni, masa mula-mula tengok konsert tirai dan konsert masa minggu pertama tu, aku tengok mak ai, hancurnya nyanyi.. Tapi bukan semualah, ada yang okay.. Masalahnya, yang tak okay lagi ramai.. huhu.. Yang jadi persoalannya, macam mana boleh terpilih? Apakah sebab rupa aje? Contohnyalah macam Aida, Amir, Miza, nyanyi memang hancur giler2.. Tak taulah macam mana boleh terpilih.. Last week, Miza rosakkan lagu Black nyanyi lagu "Sofea Jane”.. Sakit telinga wei, rasa nak tutup je mulut dia time menjerit tu.. haha.. Dahlah nyanyi tak sedap, pastu act macam diva.. huhu.. Baguslah ada operasi gugur hari tu.. Bagi keluar siapa2 yang tak sedap daripada rugi duit orang kat luar undi diorang.. Lagi sakit hati nanti kalau diorang yang dapat Top 3 nanti..

AF9 ni pulak macam banyak main-main budak dia.. Tengok diari banyak yang mcm main2, time bila belajarnya? Memang bagus pun ini AF yang terakhir sebab aku rasa macam tak berkualiti aje penyanyi2 yang masuk dalam tu.. Nanti keluar jadi penyanyi suam-suam kuku je.. Keluar single sebuah, pastu senyap sepi.. Last-last jadi pelakon cerita2 kat Astro tu ha.. Halimah Jongang lah, Fatimah Juling lah, macam takde cerita lain yang elok2 tajuknya.. huhu..

Tuesday, April 5, 2011

Perlukah Subscribe Astro Warna Semata-Mata Maharaja Lawak?

Masa dengar AC Mizal cakap tentang Maharaja Lawak hanya ditayangkan di Astro Prima pada minggu pertama dan kedua sahaja, seriously aku rasa tak adil! Ini mendatangkan marah.. haha.. Perkara pertama yang terlintas kat kepala aku ialah Astro hanya tahu nak untung sahaja.. Memang tak patut! Kalau tak nak tayang kat Prima, tak payah tayang terus at the first place.. Ini tak, bagi orang gelak2 dan rasa tertunggu2 episod seterusnya, pastu cakap boleh tengok kat Prima 2 minggu aje.. Nak subscribe Warna, kena tambah duit lagi..

Bagi orang yang agak susah, terpaksa subcribe Astro basic package sebab kat rumah dia kalau pakai aerial biasa, gambar tv tak lawa, tentu rasa dilema dan terbeban.. Diorang pun nak jugak rasa seronok2 tengok rancangan Maharaja Lawak dengan family.. Bila nak kena tambah duit lagi, tentu fikir dua tiga kali jugak nak subscribe.. Teruklah Astro ni! huhu..

Walaupun aku marah2, tak mendatangkan apa2 perubahan pun.. Astro tetap maju dan terus maju dan mengaut keuntungan berlipat ganda.. Aku pun takde choice.. Sebab suka bergelak ketawa tengok peserta buat lawak, terpaksalah jugak subscribe Astro Warna nampaknya.. Tengoklah macam mana nanti.. huhuhu..

Tuesday, June 29, 2010

Gelora Di Hati Tak Siapa Yang Tahu…

Setiap hari Rabu, mesti tak ketinggalan tengok cerita Gelora Di Hati Sara 2.. Episod dia baru start beberapa minggu lepas, kadang-kadang termiss jugak.. Dah separuh jalan, baru teringat nak alih channel ke TV2..

image Photo source: gua.com.my

Memang aku ikut siri ni dari mula lagi.. Masa tu, masih kat Senawang.. Bila baca balik entry yang lepas, sedih giler tengok tv gambar blur.. huhu.. Sekarang, dah tak perlu adjust2 retina mata sebab rumah pun dah ada Astro.. :P.. Cuma masih lagi CRT tv yang besar bagak tu.. Ah, takpe, janji gambar clear.. Nak tengok tv guna LCD or plasma tv, rumah siap nanti baru boleh cerita.. hehe..

Ok-ok, berbalik dengan cerita sequel ni, siri kali ni bagi aku agak kureng sikitlah.. Agaknya, sebab Rosyam Nor dah tua kot untuk jadi hero.. haha.. Jalan cerita seperti biasa, macam dalam novel.. Bab kahwin dua tu yang tak boleh tahan, siapa suruh cari penyakit?.. huhu.. Watie Elite psiko gile dalam cite ni, Fauziah Latif yang makan hati.. Tension tengok.. Pastu, aku tak suka bab-bab gaduh-gaduh sampai kuar-kuar pistol semua.. Tak boleh ke cerita aman2 sikit? hehe..  Kalau nak cerita ikut citarasa sendiri, kena buat drama sendirilah nampaknya.. kehkehkeh…

Sunday, January 17, 2010

Raja Lawak Yang Tak Lawak…

Tengok tak rancangan Raja Lawak Musim Ke-4 ni? Aku bukan peminat Raja Lawak.. Tengok sekadar mengisi malam Ahad yang takde citer best kat TV..

Actually, last night ialah first time aku tengok Raja Lawak ni.. Excited jugak sebab juri2 yang bagi komen terdiri dari pelakon-pelakon komedi yang best and kelakar; Bob Lokman, Din Beramboi dan Afdlin Shauki.. Tertunggu2 apa komen dari diorang..

Berdasarkan dari persembahan peserta-peserta, aku tengok memang lawak hampeh sangat2.. aku tak dapat tangkap di mana lawak yang diorang buat.. Kebanyakannya lebih kepada lawak bodoh.. Susah nak buat aku ketawa.. Jadi, bila penonton di studio ketawa, aku tak paham kenapa diorang ketawa.. huhu.. Lawak2 macam tangkap muat sekadar untuk memenuhkan masa 2 minit setengah yang diberi.. Tapi, takde pengisian.. Kalau macam ni lah persembahan diorang sampai final, aku rasa standard nya belum sampai.. Bukan bagi aku ketawa, tapi, sakit hati lagi ada.. haha.. Komen2 yang diberi oleh juri lagi lawak dari lawak yang dibuat oleh peserta.. Berdekah2 aku ketawa tengok Afdlin Shauki yang curah air mineral kat kepala sendiri sebab sangat kecewa dengan persembahan perserta.. Sampai macam tu skali? huhu...

Apapun, I like the last performance by Alex very much.. Yang itu, memang buat aku ketawa bagai nak rak.. Something yang tak pernah difikirkan.. Lawak tentang pengemis yang “masyuk”.. Siap ada project juta2 dengan Tan Sri.. haha.. Nasib ada dia.. Kalau tak, episod malam semalam ialah episod yang senang dilupakan.. Maybe dia akan jadi Raja Lawak musim ni, mengikut jejak Nabil, who knows.. Undian SMS yang menentukan semuanya..

Note: I kinda agree yang pengemis/peminta sedekah di Malaysia ni memang “masyuk”.. Agaknya, lagi mewah dari kita2 yang makan gaji ni… huhu..

Monday, December 7, 2009

Amazing Race: Meghan and Cheyne, You Guys Rock!

meghan_cheyne

Photo source: cbs.com

I just finished watching the finale of Amazing Race.. My heart beats faster as the race goes on.. Really hope Meghan and Cheyne could win the race.. and finally, the USD1 million belongs to them.. What I can say, both did a very good job in the race.. Meghan was playing really smart!!