Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Malware Attack..

Malam semalam my hubby bukak my blog (silent reader tu LOL), sekali tu tengok keluar screen “Malware”.. Cuak aku, terus godek-godek blog.. Dalam fikiran, abislah blog aku, nanti kena delete.. kehkeh..

Rupanya, ada satu link yang aku letak kat blog aku jadi penyebab Malware tu.. Aku remove satu-satu link yang aku letak kat html widget.. And, finally blog aku jadi seperti biasa.. Pfft.. Lega..

Serious aku cuak semalam, kalau tak settle, mesti stress. hehe.. I love my blog Smile with tongue out

*Entry bosan hari ni.. Tapi aku tak bosan sbb ada byk aktiviti – shopping.. keke..*

Monday, February 13, 2012

Cheques From Nuffnang, ChurpChurp And Tupperware..

Penantianku berakhir semalam.. Hehe.. Dah dapat cheques yang ditunggu-tunggu.. Alhamdulillah.. Harap ada rezeki lagi tahun ni.. InsyaAllah..




Pergi bank nak deposit cek, tapi machine out of service pulak.. Takpelah, lambat sikit duit masuk dalam akaun, lambat sikit habisnya.. Hihi..


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, January 2, 2012

31st Dec 2011–The Day I Cash Out My Nuffnang, ChurpChurp & Says.My Earnings..

Memang dah target end of year nak cash out semua income yang dapat dari blog and Twitter.. Alhamdullillah, ada sikit rezeki dengan blog, so dapatlah cecah 4 angka… Ni kira achievement for my blog lah ni.. hehe.. Harap2 murah rezeki lagi tahun 2012.. Sometimes, it becomes more meaningful when we least expect it.. Pada pendapat, akulah.. :)

nuffnang 

Melalui Twitter, termasuk yang ni, dah 2 kali aku cash out untuk ChurpChurp dan Says.My.. Ternyata tak sia-sia.. Hanya perlukan sikit usaha untuk share those campaigns.. Tak susah pun..

churp2

saysconfim

Semua-semua ni, tunggu sebulan proses, so awal February baru dapat, InsyaAllah..

Sesiapa yang minat nak join Churp2 dan Says.My, boleh join guna link yang aku bagi kat atas tadi..

Monday, September 19, 2011

More Buffered Earnings..

Setiap pagi mesti check Nuffnang website.. Kalau nampak ada Buffered Earnings bertambah, memang syoklah.. hehe.. Semakin lama berblog, baru rasa excitement bila kite tengok income blog bertambah.. Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. :)

Sebelum ni, aku pernah share tentang my highest Buffered Earnings, tengok2 kali ni lagi tinggi dari sebelumnya.. And still belum jadi Metered Earnings.. Harap dia naik tinggi lagi.. hihi..

buffered

Actually tak sabar nak cash out duit Nuffnang ni, tapi aku nak tunggu sampai hujung tahun.. Kan ada Year End Sales masa tu.. :P

Monday, September 5, 2011

Back To Normal..

Sudah dapat balik netbook adapter.. So, my blogging activity will be back to normal :) Nanti godek2 pulak macam mana nak blogging guna iPad 2.. Kena beli kot apps dalam tu sebab aku belum jailbreak iPad aku..

Orang cakap iPad tanpa jailbreak umpama sampah.. haha.. Perumpamaan yang cute.. Tapi tak mengapa, guna blogger pun boleh update.. cuma takleh nak letak gambarlah.. Don’t worry, I will find that out soon..

Welcome back to office, which in my case is tomorrow.. Jadikanlah aku orang yang sabar.. Amin.. :)

Thursday, June 30, 2011

Rindu Berblog....

Seminggu tak update, rasa tak lengkap hidup… hehe..

Yelah, hari2 biasanya ada entry, tapi ni lama dah takde..

Boring bila bukak blog sendiri takde new update..

InsyaAllah, will update very soon.. Smile

Saturday, May 14, 2011

Blogger.com Yang Bermasalah…

Sejak Jumaat lagi aku tengok ada yang tak kena dengan blog aku.. Mula-mula ada satu post yang takde.. Macam seseorang telah delete entry tu.. Ini, aku tengok comments pulak hilang.. Haiyo, janganlah ada hilang benda-benda lain lagi.. Aku dahlah dah lama tak buat backup blog ni.. huhu..

Hopefully, by tomorrow blogger.com will be okay.. Aku ada banyak nak update.. hihi..

Note: Update using Windows Live Writer!

Friday, May 6, 2011

My Highest Nuffnang Buffered Earnings So Far…

Time bosan-bosan ni, let share something here.. Bagi setiap penulis blog yang ada iklan Nuffnang dalam blog dia, perkara yang ditunggu2 ialah Buffered Earnings ni lah.. Masa mula-mula dulu, aku pun tak faham sangat.. Tapi lama-lama tu fahamlah sikit2..

From my opinion, Buffered Earnings ni ialah iklan yang running in our blog.. And the amount will be based on unique visitors yang masuk blog kita.. Kalau ramai, makin banyaklah dapat Buffered Earnings ni.. Once iklan dah tamat, Buffered Earnings akan jadi Metered Earnings pulak.. Bila dah jadi Metered Earnings, amount ni yang boleh cash out nanti..

Setakat yang aku berblog ni, inilah Buffered Earnings yang paling tinggi aku dapat.. RM22.06.. Erm, bilalah boleh dapat sampai beratus-ratus ye untuk satu Buffered Earnings? hehe.. Takpelah, perlahan-lahanlah.. Harap ada rezeki in the future.. InsyaAllah.. Smile

BE Click for larger view..

Happy Blogging! Happy Weekend, everyone!

Wednesday, April 20, 2011

Let’s Join Churp2 Race Now…

churp2race 

And, stand a chance to win Ipad 2, BB Bold 3, iPod Touch and a pair of movie passes! Siapa tak nak, kan?

Very easy.. Mula2, korang ada account Churp2 tak? Kalau takde, kena register dulu dan lepas tu login.. To register, click here..

Then, once dah register, bolehlah join Churp2 race ni sekarang.. Nak tau apa Churp2 race ni, you can find it here! Berbagai hadiah menarik untuk dimenangi.. Mana tau ada rezeki, ye tak.. Kadang-kadang, kite tak tahu rezeki kat mana.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, terpijak tahi ayam.. Smile with tongue out

Jom ramai2 join the race.. Macam lumba lari pun ada.. hihi..

Note: Churp2 ni jugak salah satu cara make money online.. Melalui FB and twitter.. Sama jugak dengan Nuffnang.. Cuma Nuffnang dapat duit dari blog yang kite tulis.. So, Churp2 ni, lagi mudahlah.. Tak payah tulis blog pun takpe.. So, why wait? Duduk2 saja2 pun boleh buat duit.. Don’t worry, they pay you! Join sekarang ye kawan2..

Thursday, March 31, 2011

The Day I Cash Out My Nuffnang Earnings…

Yuhuuu, semalam (end of month) aku dah cash out Nuffnang earnings aku for the 3rd time.. Kali ni aku reveal lah, berapa jumlahnya.. Tak banyak mana, tapi bolehlah dari tak ada, kan? hehe.. Total up semua, aku dapat RM573 from Nuffnang.. Kalau fikir2 balik, bagus kan? mana ada orang nak bagi duit free2 kat kita ni..

cashout2

Dengan blog aku ni, adalah rezeki sikit.. Mulanya, bukan niat nak generate duit semata-mata.. I write because I want to write.. Paham, kan? Do something you like, and you’ll be happy.. :) Tapi, bila ada cara dapat duit dari blog, aku trylah.. So, inilah hasilnya… Takpe, sikit-sikit pun duit jugak.. hehe.. Oh ya, check akan dapat dalam sebulan lebih lagi..

Tuesday, March 1, 2011

Trafik Blog Meningkat Disebabkan Saman Trafik…

Believe it or not, 2 days ago traffic blog aku meningkat secara berganda2.. Meningkat dalam 4 kali ganda dari trafik sebelum ni.. Macam tak percaya, kan? Tapi ini yang aku tengok dalam Nuffnang Analytic aku..

nuffnang

Ramai yang tersangkut kat blog aku ni sebab search pasal check saman trafik online, bayar saman trafik dan yang berkenaan dengan saman trafik ni.. Aku pernah tulis fasal entry saman trafik sebelum ni.. Tulah, orang suruh bayar saman awal2 tak nak.. haha.. Dah last minit, baru nak cari fasal bayar saman traffic.. kuikuikui.. Apapun, yang penting, aku takde saman.. :P

saman

Top keywords untuk blog aku this week..

Okaylah, itu aje nak share.. Info2 yang baik dan berguna, bolehlah dikongsi dalam blog.. Maybe satu hari orang search fasal topic tu, barulah traffic boleh meningkat.. :) Ececeh, kata2 nasihat dari blogger yang tak berapa tegar.. hahaha..

Sunday, July 25, 2010

Maybe It Is Time To Change To A New Template…

Sejak Sabtu aku notice blog layout aku ada sesuatu yang tak kena… It is showing “Photobucket – This image or video has been moved or deleted”.. I think it has to do with the layout provider yang aku guna iaitu “the cutest blog on the block”.. Ada image yang dah dibuang dari blog tu agaknya.. That’s means ini merupakan waktu yang sesuai untuk bertukar ke template baru..

phoy

Adakah anda pun mengalaminya?

Ada idea tak mana template yang okay dan cantik-cantik? Boleh share link kat sini.. Kalau boleh nak yang mudah dan straight forward.. Dan paling penting widget2 yang ada dalam blog ni tak hilang.. Penat woo, nak susun balik.. That was the reason why I did not change my layout for a long time.. :P

*Update*

Aku masuk balik website “the cutest blog on the block” dan copy balik the same template code.. And, managed to get things to normal.. So, I decided not to change template ;P Sangatlah loyal, aku ni.. hehe.. Aku kalau minat satu, satu tu jelah aku minat.. Sehingga bertemu dengan template baru yang bisa buat aku "Wow", then barulah kite bertukar angin, ye.. hehe..

Monday, January 18, 2010

Make Money With Nuffnang…

Entry ini khas untuk kawan saya, Peng yang bertanyakan bagaimana nak letak iklan Nuffnang dalam blog dia..

So, here are the steps:

1. Login your Nuffnang account.

2. Boleh nampak kan ada icon Add Ads (warna oren) kat situ? Click on that icon ok.

nuffnang Click image for better view.

3. There are 3 types of advertisement you can paste on your blog; Leaderboard, Skyscraper and Large Rectangle.

Leaderboard ialah untuk ditampal kat header, Skyscraper ditempekkan kat side bar of your blog and lastly, Last Rectangle untuk letak between the content..

nuffnang2 Ini contoh Leaderboard code. The code is in HTML format. You will have this in your account too.

4. Copy one of the HTML code. And then, go to your blogger account. Click Layout. Pastu, click on Edit HTML icon.

For Leaderboard code, sebelum paste code, click on the “Expand Widget” tick box. Pastu, paste code tu seperti di bawah ni. To make live easier, use “Find” function untuk search for <body> word in the HTML code . Then, right after the <body> line, terus paste Leaderboard code.

nuffnang4 Source: Nuffnang

Same goes for Skyscraper code. Copy the Skyscraper code from the Add Ads screen, then paste into your HTML blog template. Where to paste? Search for <div id='header-wrapper'> or <div id='sidebartop-wrap'> word. Then, right after </div>, paste the Nuffnang ads code.

nuffnang5 Source: Nuffnang

And, lastly paste the Large Rectangle Code. Search for <data:adStart/> word in your HTML code, then paste the Large Rectangle code after </b:if> word.

nuffnang6 Source: Nuffnang

Then, save template. Don’t worry kalau ada error yang keluar bila save template. Abaikan message tu. Nanti, kat blog, takde keluar error message tu.

4. Dah siap semua, boleh bukak blog sendiri. Then, refresh. Kita boleh nampak Ads by Nuffnang icon kat 3 tempat dalam blog sendiri.

nuffnang3 Contoh Leaderboard and Skycraper ads in my blog. Click image for better view.

nuffnang7 Contoh Large Rectangle ads.

Kalau ada advertisement yang running, you will see the advertisement appears in your blog.. Kalau takde ads yang running, hanya Ads by Nuffnang icon yang akan kita nampak..

5. Lagi satu, nak ingatkan.. Kalau nak advertisement dari advertiser yang appear, kena select the correct ads to be displayed. Selalunya kita select “Show Global CPC ads”. If not, only Nuffnang default ads yang keluar.. which is tak dapat apa2 pun kalau orang klik..

nuffnang8 Click image for better view.

Okay, selamat mencuba.. :)

Wednesday, December 30, 2009

Blog Lists and Blogging Tips..

Aku baru create satu blog lists kawan2.. If you look at the sidebar, you can find:

~Happy Me~ Blog Lists

Ye, aku agak ketinggalan berbanding orang lain yang panjang berjela link nya.. hihi.. Sebenarnya, aku tak berapa selesa untuk letakkan semua link di blog yang ini sebab tak suka kalau loading time nya mengambil masa yang lama, especially bile banyak widget2 diletakkan dalam blog..

Lagi satu, dengan adanya blog lists tu, senang sikit aku nak bloghopping.. tak perlu type kat navigation bar Mozilla or IE yang aku guna.. just click on the link, that's so easy.. Blog yang baru update will be on top of the list, mudahlah kalau nak baca recent entry.. So, yang tak update, tak payahlah aku jenguk ;P

Owh, bercerita tentang blogging tips, aku ada beberapa tips how to attract traffic to your blog (walaupun aku punya blog pun traffic ciput aje.. kehkehkeh).. Tapi, tak salah, kan? Sharing is caring.. Not only to attract visitors to your blog, you can indirectly make money through your blog.. especially with Nuffnang..

  1. Kalau nak orang visit blog, jangan lah private kan.. ini semua orang pun tahu, kan?.. hihi..
    Kalau private, orang luar tak boleh masuk blog kite.. so, your traffic/visitors are very limited.. Nuffnang crawler pun tak dapat detect the traffics.

  2. Tulis entry yang menarik untuk dibaca atau dikongsi..
    Biasanya siapa akan masuk blog kite? Kawan2 kan? Kalau entry biasa2 pun, kawan2 tetap akan baca.. tapi, how to attract more people who we don’t even know? You can write almost anything, tapi, dinasihatkan tentang politic tu, tak payahlah.. karang tak pasal2 masuk ISA.. hehe..Tulis aje tentang apa2, LRT tambah gerabak ke, tips atau petua awet muda ke, not necessarily personal life and daily routine aje.. Orang akan attracted with your blog bila ada kepelbagaian.. kalau cerita yang sama, orang masuk satu kali, lepas tu, tak masuk2 lagi.. lagi satu, orang Malaysia ni suka pasal gossip artis.. no wonders, kalau blog gossip, memang ramai gile visitorsnya :) aku pun suka jengah.. hihi.. tapi, tak minat sangat nak cerita pasal gossip dalam blog ni, silap gossip karang, aku jadi penabur fitnah pulak.. hehe..

  3. Cara penulisan pun penting juga..
    Tak kiralah menulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris atau rojak sekalipun, kena tulis dengan betul.. Pernah fikir tak orang akan “sangkut” atau terjumpa kat blog bila diorang search something through Google? So, bile orang search apa2, apa yang diorang type kat search bar tu? Sama ada “knp sy ssh nk dpt kwn?” atau “kenapa saya susah nak dapat kawan?” Fikir-fikirkanlah.. Kadang2, aku baca pun tak berapa paham.. Nak guna sikit2, yang common seperti “yg”, “tak”, “nak” still ok.. tapi, bila semua dah dipendekkan (aku tak tau apa motifnya.. Kalau SMS tu, sebab nak jimat kredit kan?), orang pun susah nak baca apa yang kite tulis..
  4. Tajuk entry yang menarik..
    Orang akan tertarik nak baca apa yang kite tulis bila tajuknya menarik.. instead of plain and boring title like “My Weekend”, you can add some flavour to it.. like “The Weekend Really Drove Me Crazy”.. Nak tau jugaklah, apa yang korang buat sampai nak gila tu.. hehe.. Ingat tak tentang tajuk entry aku “Macam Mana Nak Mengandung?”, sampai sekarang pun orang still google it.. haha..

Cukuplah takat tu dulu.. feel free to add to share more tips.. harap petua2 tips2 ni berguna untuk kawan2 dan diri aku jugak.. but, don’t worry! just write whatever you want to write, if you don’t bother about the traffic thingy.. your blog is yours.. so, nak syok sendiri ke apa, kite punya suka la kan? hihi.. Till then, happy blogging!

And, last but not least Happy New Year to all!