Showing posts with label shop. Show all posts
Showing posts with label shop. Show all posts

Tuesday, November 3, 2015

4D Flashcards…

Sekarang tengah trend 4D flashcards ni.. Bukan anak-anak excited, tapi mak ayah.. LOL.. Memang fun sebab zaman kita dulu takde benda-benda canggih macam ni.. haha

IMG 3898

I’m taking order for the cards.. Ada 2 jenis, animal and occupation.. Satu pack RM39 termasuk poslaju.. For both packs, RM72 termasuk poslaju..

Yang nak order, boleh email ke emelia_khamis[at]yahoo[dot]com… Amik masa seminggu untuk pre-order..

Thursday, December 18, 2014

Where To Buy Cushion Covers At Cheaper Price?

I’ve bought once.. Sebab nak tahu sama tak macam yang orang jual online tu.. Seeing is believing (prinsip aku ni LOL).. Ternyata sebiji sama.. Bila orang jual mahal sangat, aku pun tertanya-tanya betul2 mahal ke? Sekarang zaman internet, google sahaja insyaAllah boleh jumpa..

030 Cushion cover yang dibeli..

Since ramai yang tanya, I have to share this.. Good things must be shared, right? Hehe.. It is very easy! Open your browser and go to http://www.aliexpress.com/.. In the search window, type “Cushion Cover”.. Wallah, segala macam design cushion covers ada… Pilih yang boleh ship ke Malaysia.. Ada yang offer free shipping jugak, sangat best!..

cushion2

imageTengok, harga $3.99, dalam RM14+ sahaja.. Free shipping some more.. Berbaloi-baloi.. Bolehlah collect seberapa banyak cushion covers yang disukai :P

image

image Owl, anyone?

Okay, selamat shopping and deco rumah! Sorry, I’m not collecting orders for this.. hehe..

Wednesday, September 24, 2014

Babywearing: Ergobaby Four Position 360 Baby Carrier…

043

Tiba-tiba pulak tersuka.. hihi.. Tak surelah minat bermusim ke apa.. I do whatever I like to do Smile

Mula-mula dulu, babywearing ni bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan aku.. Aku tak dapat nak menerima bahawa ada baby melekat kat badan time aku berjalan, time aku nak shopping etc.. Rasa tak selesa.. Itu yang selalu aku “simpan” dalam kepala..

Tapi, keadaan berubah.. Semenjak husband aku busy asyik handle hal rumah, weekend selalu dia takde.. Aku pulak, kaki gatal nak jalan-jalan gi mall ke, gi mana-manalah, asalkan keluar berjalan.. Dan kalau keluar sekejap-sekejap, agak payahlah asyik nak keluar masukkan stroller dalam kereta.. Dahlah aku selalu singgah pejabat poslah, stesen minyaklah, takkan nak tinggal anak dalam kereta??.. Nak dukung boleh, tapi lenguh tangan lepas tu.. Hariz tu dah nak dekat 9kg tau! Jadi aku fikir, baby carrier lah yang paling convenient untuk situasi aku..

Bila semangat datang, aku teruslah pergi survey kat Fabulous Mom TTDI.. Konon mula-mula nak beli Boba Air.. Tengok material, memang tak sesuai untuk anak lama dalam tu.. Yang lain-lain aku tengok harga RM300+, nak beli ke tak, nak beli ke tak.. Balik rumah, fikir-fikir dulu, then baru decide beli Ergobaby 360 ni..

528
Bought from Mamapanda Store.. Since kenal-kenal dengan owner kedai kat Twitter, senang terus order aje dari dia.. Beli colour2 yang plain aje, hoping that one day husband pun boleh pakai jugak.. Smile with tongue out

027
Ni masa mula-mula try.. Baby rendah duduknya..

031
Keluar pergi klinik masa ni.. Singgah solat kat Alamanda..

Bila keluar bertiga dengan Haikal & Hariz, aku akan bawak 1 stroller jugak.. Senang.. Haikal boleh duduk dalam tu.. Time makan, baby boleh baring kat stroller.. Aku tak biasa lagi makan sambil baby melekat.. hehe.. Nak makan dengan selesa, gitu..

049

Selama beberapa minggu ni, seronoklah keluar berjalan guna carrier aje.. Baby pun senang je tertido dalam tu.. hehe.. Haikal sukalah asyik ajak mama dia berjalan.. Minggu ni nak gi Midvalley, kata dia haha.. Dah siap jadual Smile with tongue out

Wednesday, September 17, 2014

Square Cushions..

Mood deco rumah sudah sampai, walaupun belum boleh pindah masuk lagi.. hehe.. Bila jalan-jalan kat shopping complex tu, sukalah singgah masuk kedai-kedai barang hiasan rumah.. Selalu tak beli pun sebab kat sini harga biasanya mahal berdentum.. Double or triple the price berbanding beli di “seberang laut”

Sekarang minat aku bertumpu pada tea towels, place mats, alas kaki, cadar dan square cushions ni.. Sikit-sikitlah beli barang untuk rumah.. Tu yang laki bising asyik beli aje.. huhuhu.. Jenuh nak kemas masa pindah nanti Smile with tongue out

007
Ni lawa tengok kat iwannagohome.. Tapi mahal yarabbi, sampai RM169 sebiji.. Maybe sebab embroidered fabric.. Bila mahal macam ni, kirim salamlah nak beli.. hihi.. Sayang duit..

009
Suka sangat, simple.. Photo from Instagram..

Kawan aku sambung belajar kat UK.. Bagus betul, dia rajin layan aku.. Sayang ko, Ernie.. hehe.. So bila dia jalan-jalan tu, kalau teringat aku, dia whatsapp lah tanya nak apa..

011
Ni yang aku pesan.. Mintak aje dia belikan dulu.. Hal shipping ke sini, pandai-pandailah aku cari siapa yang boleh dikirim untuk bawak balik.. Dasar hantu kirim! haha.. Ikutkan hati nak mintak belikan cadar, comforter cover semua.. Smile with tongue out Takpelah, sikit-sikit dulu… hehe..

Tuesday, April 15, 2014

Pandora Charms..

Ni pun salah satu benda yang boleh buat addict.. Suka aje nak menambah charms.. Tapi takdelah selalu.. Bila ada duit terlebih atau hari-hari yang istimewa aje… Sebab harga dia sebiji-sebiji tu, kena fikir banyak kali jugaklah nak spend.. LOL. 

IMG_3859
Last 2 months, I bought a “bag” and a “bow” charms.. Sempena dapat duit Nuffnang & Churp-churp.. Nampaklah sikit duit tu pergi mana kehkeh..

059
This LOVE charm, given by my husband, balik dari Amsterdam hari tu.. muah muah.. Harap boleh dapat lagi hehe..

I love simple charms.. Tak suka banyak-banyak batu yang lip-lap sebab bila dah banyak sangat, nampak serabut (pada pandangan mata aku lah).. Ada duit lebih, boleh tambah lagi, okay!

Wednesday, April 9, 2014

Comfy Crocs Wedges…

I’ve been eyeing for this wedges for a long time.. Konon nak tunggu birthday baru nak beli sebab masa birthday boleh dapat 30% off.. Bila sampai masa yang ditunggu, dah takde stock dah.. New arrival keluar warna lain.. Frust sungguh.. Merata-rata cari..

Sebab nak sangat sangat, try google di internet.. Found out ada jual kat amazon.com.. Phew, tak sia-sia gigih mencari.. Berita baiknya, this merchant boleh ship direct ke Malaysia.. Of course with shipping cost.. I’ve paid around $18 for shipping.. Bila kira-kira balik, still murah lagi harga kasut plus shipping bila compare dengan beli kat butik sini.. For your info, tak semua item dalam amazon tu dia ship worldwide.. Biasanya ke US sahaja..

013
Hari tu ada tanya, which one suits me better.. Semua cakap yang warna coklat tu..

So, this is how it looks on my feet.. weeee…

163
Selesa dipakai walaupun masa sarat mengandung.. Takdelah risau terpelecok ke apa.. hehe..

I am not taking any Crocs order.. Kalau nak, boleh beli direct from Amazon.com. Sebabnya kalau amik order ramai-ramai, memang boleh save on the shipping charge, tapi bila pembelian dah lebih RM500, kena tax kastam pulak.. Winking smile

Monday, February 24, 2014

Cath Kidston Purchase…

Bermula pembelian kat Singapore last year, terus jatuh hati dengan Cath Kidston.. Now I know how to buy it cheaper, beli sales item, pool order dengan kawan-kawan dan order from www.cathkidston.com Smile.. Yang butik bukak kat Mid Valley tu, orang cakap mahal giler, aku pun belum sempat nak singgah lagi..

These are my recent purchase!

IMG_3730
Set-set untuk rumah baru, dengan harapan my baking room dapat direalisasikan hehe.... Dah simpan masuk kotak pun..

Dan, tak sahlah kalau tak beli handbag… hihi..

img60458598
(source from Google)
Boleh buat diaper bag jugak.. Tapi, aku dah rasmi siap-siap.. Smile with tongue out

IMG_3840
Haikal tanya “Bag baru ke? Berapa? Beli kat mana?” haha.. Tergelak aku, soalan macam papa selalu tanya!

More purchase to come.. Please bear with me.. hehe..

Tuesday, December 17, 2013

CIMB Fiesta Reward Redemptions 2013..

Salah satu kebaikan guna credit card ialah boleh redeem barang-barang bila tiba masanya.. Tentulah, yg penting sekali, kena kumpul points dulu.. Actually, points boleh jugak redeem masa beli groceries kat hypermarket, makan KFC etc.. Tapi aku tak suka guna macam tu, sebab tak nampak apa yang aku beli.. hehe.

This year, I’ve redeemed SmartTAG device through online.. SmartTAG aku dah rosak lama dah.. Nak beli guna duit sendiri, rasa sayanglah pulak nak bayar RM120 kan.. Jadinya, redeem guna CIMB Points.. Within 1 week+, item dah sampai kat rumah..

IMG_1565

Masa CIMB Fiesta Rewards berlangsung kat MidValley, aku redeem 2 items.. Yang pertama, cerek elektrik.. Cerek kat rumah dah rosak masa tu, so that was the right time to get a new one..

IMG_1561
Ye, just bayar guna points macam yang dia tulis tu.. 15,800 points..

And item yang kedua ialah Philips Air Fryer ini.. Excited.. hehe.. Tapi yang ini, kena bayar guna cash sikit sebab points tak cukup..

IMG_1686

IMG_2052
Test pakai sekali je, lepas tu bungkus balik masuk kotak.. Hubby cakap pakai untuk rumah baru nanti.. Baiklah.. hehe..

Now, mari kumpul lagi points supaya next year boleh redeem barang-barang rumah lagi.. Tapi jangan lupa, kena guna secara berhemah.. hehe.. Guna tapi tak bayar dengan consistent, tu nanti akan susahkan diri sendiri.. huhu..

Monday, September 23, 2013

Outfit Of The Day…

Kalau kat instagram, please search for the hashtag #ootd, mesti berjuta gambar keluar. haha. Anyway, it is not about me pun, tak kuasa.. hehe..

Siapa cakap baju budak lelaki tak variety? Asyik sama balik-balik jeans, t-shirt.. I don’t agree.. It is actually up to you how to dress-up your son..

IMG_1847
Haikal dah besar, so aku sukalah nak try macam-macam colour. Sampaikan dia cakap “Eee Baju pink, sakit mata” LOL.. bukan pink yang ini, ada lagi satu baju striking pink aku beli.. hehe.. Baju pink Ninja ni, one of his favourite..

IMG_1574
With the same stripe pant, tukarkan pakai baju pink lain..

IMG_1563

IMG_1852
Yellow pant with Green/Aqua T-shirt..

IMG_1598
Yellow pant with Blue T-shirt.. Kasut pulak merah..  Tapi banyak-banyak kasut yang ada, dia tetap pilh Crocs dia… Grrr... Senang nak pakai dan cabut, boleh terus berlari-lari kot..

The coordination of his clothes, memang aku main belasah je.. hehe..  Bila dah pakaikan, aku tanya hubby okay ke tak.. Kalau dia kata tak okay, aku tukarkan and matching with other pants or t-shirts.. Itu saja, just mix and match..

IMG_1625

IMG_2020

IMG_1512

IMG_2306
Baju yang sama, matching kan dengan seluar hijau..

IMG_1686

IMG_2136
Seluar askar, katanya..

IMG_1643
During normal days, bila keluar groceries shopping ke, makan-makan ke, just pakaikan jeans aje.. Haikal suka jeans.. Bila dah besar ni, dah pandai pilih-pilih sendiri nak pakai baju dan seluar apa..

By the way, aku tak spend banyak pun (ye ke??) untuk beli baju-baju Haikal.. Beli online memang jimat.. Senang je, bila setiap kali beli, aku buat conversion, kalau satu baju dalam RM30, kira sangat okaylah, sebab kat sini baju kat butik pun memang akan lebih dari harga tu..

IMG_1393
Bought this GAP t-shirts at $7 each.. Berbaloi.. Bila buat pilihan warna, aku pilih warna yang tak ada lagi.. Then, dia punya gambar/print tu pun kena make sure Haikal akan suka..

IMG_1220
Ini salah satu brand yg aku suka.. Nextdirect.com Bought 6 items at only RM200+, dalam RM30 lebih satu item, kira sangat okay kan? Kat shopping mall, seluar sahaja dah RM49 and above.. Jeans, kalau tak cecah RM50 memang tak sah.. Pandai aku mengajar, kan? LOL.

Raya kali ni, memang aku tak beli langsung kat shopping complex.. Semua beli online aje.. Brand yang biasa beli, I already knew the quality, so memang tak risau.. Jadi, teruskan online shopping.. haha.

Monday, August 26, 2013

Kenwood Ice Cream Maker..

Sejak buat aiskrim kali pertama hari tu, dah syok pulak nak buat lagi.. Tapi, bila kite buat sendiri tanpa ice cream maker, leceh sikitlah.. Kena rajin kacau bancuhan ice cream tu bila dalam proses nak bekukan dia..

Nak tunggu beli KitchenAid Ice Cream attachment tu, macam lambat lagi.. So, I decided to buy this first.. Kenwood Ice Cream maker IM280..  Aku beli online dari eShop Bagus, harga RM199.. Kat Lazada.com.my murah sikit, RM179 tapi masa tu abis stock pulak..

IceCreamMakers-IM280-800x600-1

IMG_1677

Ala terkecik pulak video ni.. Bancuhan aiskrim (yang disejukkan) dimasukkan dalam ice cream maker ni..Putar sampai likat…

Aku putar sampai jadi macam ni.. Then, masukkan dalam freezer untuk bagi dia lebih keras.. Bila dia keras, kite scoop dia, jadilah tekstur aiskrim sebenar.. 

Lepas ni, nak belajar buat aiskrim lain pulak.. Baru berbaloi dan balik modal bak kata my hubby.. hehe..